Saya sedang belajar..

...tapi saya bukan belajar ilmu secara formal a.k.a menyambung pelajaran ke peringkat Master atau apa-apa ilmu untuk meningkatkan taraf akademik saya. Cuma sekarang saya dalam proses belajar ilmu dalam cabang kraf sahaja. hehehe.. Dulu saya belajar cara nak buat kek dan dekorasinya dengan Kak Zati empunya Akademi Bakeri Zati D'Hati. Masa belajar tu kak Zati belum buka lagi kedainya tu di Sg Isap Jaya sekarang ni. Alhamdulillah sekarang dah makin berkembang bisnesnya. Gembira saya melihat kejayaan yang dibina atas usaha gigih kak Zati bersama suami dan anak-anak tersayang.

Saya mungkin tak dapat lah nak berkembang sangat buat masa ni dalam bidang ini. Faktor kekangan masa, tenaga, suami dan anak-anak serta tuntutan kerjaya utama saya sekarang lebih tinggi. Nak berbisnes secara serius sukar sikit sekarang dalam bidang ini. Sekadar buat kek, kuih untuk makan-makan sendiri atau untuk dijamu oleh kawan-kawan seofis aje boleh la. Kat ofis pun ada yang bertanya saya tak amik tempahan dah ke sekarang? Hmm..nampaknya saya paksa tergantung dulu apron saya seketika sekarang ni. Mungkin bila anak-anak dah makin membesar dan tak menuntut perhatian yang terlalu tinggi baru saya dapat bagi perhatian balik pada dunia bakeri ni. Dulu anak seorang saya rasa mampu lagi nak buat, tapi bila anak dah dua dan masih kecil lagi ni tak termampu la saya nak serius..ye la, bila mama buat kuih, yang sulung kerenahnya begitu, yang si kecil kerenahya begini..maka tak terkejar la saya. Nanti sememeh hasil kerja saya rasa tak puas hati pula. Sekadar masak untuk dimakan terus Alhamdulillah boleh la buat lagi setakat ni. Nak berdeko-deko seperti permintaan anak sulung saya sekarang ni memang tak terbuat la.

Tapi bila berkelapangan mula la saya rasa bosan bila takde perkara menarik nak dibuat..itu la mula mencari minat baru. Saya belajar buat kraf bermula dengan felt masa tempoh berpantang Humaira, pastu berjinak-jinak beli mesin jahit hingga akhirnya saya terjebak membeli mesin sulam yang paling sempoi, paling murah..haha. Saya suka dengan jahitan ni pasal aktiviti yang boleh pause banyak kali. Kalau memasak/buat kuih tak boleh pause byk2..once u start u have to finish it secepatnya. Ade ke orang buat bancuhan kek hari then nak masak minggu depannya?takde kan?hehe..Tapi dalam menjahit boleh pause..hari ni potong kain, 2-3 hari pastu nak jahit separuh..then nak sambung bulan depan pun boleh aje. Bergantung kepada sikap Malas dan Rajin aje..ahaha. Kalau dah rajin ade kelapangan je, sehari dua boleh siap potong kain dan menjahit banyak produknya. Kalau orang macam saya ni tunggu hari minggu/cuti/anak-anak tidur awal boleh la saya menghadap minat/hobi baru saya ni dengan rancaknya. InsyaAllah kalau dah makin mahir jahit/sulam macam-macam boleh la buat side income pula nanti.;)

Sekarang saya dalam proses nak menjahit tote bag..dapat pattern free dari kak Ruzila Kasim masa dia offer nak bagi pattern free 11/11/11 yang lalu. Dapat pattern tu last week, then hujung minggu yang lalu saya dah proceed dengan potong fabrik dan buat sulaman applique.. cantum jahit badan beg belum lagi. dah masuk hari kerja terpaksa tangguh dulu jahit2 tu, fokus pada minggu exam student Poli saya sekarang ni. Termasuk cuba fokus pada tugas saya sebagai salah seorang Pegawai Peperiksaan Jabatan a.k.a PPJ. Banyak kerja perlu fokus di ofis sekarang selain menyiapkan pemarkahan student. makanya bila ada sedikit kekacauan hati sekarang ni ada la juga rasa terganggu emosi dan kerjaya saya beberapa hari ni. Semoga saya tabah dan dapat fokus pada perkara yang penting. Perlu letak sempadan antara kerjaya dan masalah peribadi and i'm still working on that..belum cukup hebat dalam mengurus perkara itu.

Okay so sebagai pembakar semangat saya nak tunjuk juga hasil separa siap saya ni..moga2 saya dapat menyiapkannya secepat mungkin.

Comel tak applique bear tu??Dua kali sulaman side by side

Another side view..

I choose the corduroy fabric+japanese cotton utk tote bag ni. lining dalam cotton biasa aje. Supposed to be bila dah siap hasilnya akan jadi rupabentuk ala-ala gini la nanti.. pattern asal dia bagi ni kena jahit zip tapi memandangkan baru je berjinak-jinak menjahit, nak cuba pakai magnetic button je la dulu kut. Dah try jahit zip tapi senget hasilnye..tak berapa pandai lagi, nak kena practise lagi dan lagi..

Comel kan??siap ade ribbon bow tu tambah lagi cutenye. Ini hasil kerja mereka yang gi belajar dengan Kak Zila ni tau! Siapa nak belajar buat beg or tudung ke boleh la tanya kak Zila sendiri. Sebab dia ada buat kelas.
Pic.credit to kak Ruzila Kasim

Saya ni belum berkesempatan nak gi kelas menjahit secara intensif la..skdr belajar dari tutorial aje dulu tapi hasilnya mungkin berbeza la kalau kita pergi berguru. Kalau ada peluang nak juga belajar dengan kak Zila ni cuma bab siapa nak jaga anak tu yang payah nak uruskan kalau kelas jahitan hujung minggu aje.

>>Tak sabar menunggu weekend menjelma lagi..plannya hujung minggu akan cuba siapkan jua. Buat sesuatu yang kita suka adakalanya mampu melupakan seketika masalah yang melanda.hehe..

"Jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

Lama saya menyepi diri dari blog ni.Rindu pula rasanya nak menulis.Banyak yang nak saya coretkan,banyak yang saya nak kongsikan terutama tentang minat baru saya dalam jahitan dan sulaman. Nak bercerita tentang anak-anak dan kerenah mereka..tapi tiada kata-kata yang mampu disusun sebaiknya untuk dipublish sebagai entri yang menarik.

Hidup ini rasanya jadi kacau bilau seketika, bilamana saya diuji dalam alam rumahtangga..kenapa?Apa yang berlaku? mungkin itu sebaiknya tak perlu dikongsikan untuk umum.Cukup sekadar mengingatkan saya hidup berumahtangga ada pasang surutnya, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Gaduh-gaduh manja berselisih pendapat itu saya tak nafikan biasa berlaku bagi mana-mana pasangan, tapi bila sesuatu yang lebih besar dugaannya melanda, seketika hidup saya jadi suram. Mungkin tidak terlalu teruk bagi sesetengah orang tapi kalau tak dirawat luka kecil pun boleh merebak lagi teruk kan?? Sangat-sangat menguji ketabahan saya untuk menghadapinya. Hikmah untuk saya supaya muhasabah diri melihat kembali apa yang kurang dalam hubungan saya dengan Allah, dengan suami, dengan ibu bapa, dengan rakan-rakan dan orang sekeliling..mungkin saya lalai di mana-mana. Ujian itu diberi untuk mengingatkan saya. Sungguh hati saya rasa sangat pedih, sangat terluka hati ini seketika.. dalam merawat hati ini saya perlu kata-kata semangat, saya perlu kata-kata yang mampu untuk saya bersangka baik dalam dugaan yang Allah berikan untuk saya. Subhanallah, Allah itu sangat menyayangi hambaNya ini. Diketemukan saya untuk membaca nukilan dari blog Ust Pahrol Juoi ini..Sungguh saya belajar untuk lebih redha sekarang..moga-moga saya akan lebih kuat menghadapi supaya masalah saya ini akan dapat saya selesaikan dengan tenang. Saya copy paste petikan entri dari blog tersebut untuk tatapan hari mendatang saya jua.




BERSANGKA BAIK DEMI CINTA- Pahrol Mohamad Juoi

Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun si isteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”

“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”

“Mengapa pula?” tanya siisteri.

“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”

“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”

Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’

Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:
1. Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.

Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.

Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?

Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.

Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan. Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga) yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.

Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.

Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.

Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

ii) Sering berdamping dengan orang yang positif.

Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.

Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?

Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

iii) Jadikan sekarang masa paling gembira.

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

iv) Cari jalan untuk mengatasi stres.

Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.

Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?

Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.

v) Jangan terlalu serius.

Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah. Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?

Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.

Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!

Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.

Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”



>>Saya suka ayat terakhir itu..;)

Cerita awal November!

Haiihhh...malas sangat nak update blog ni ntah ape2 la. mentang2 la takde kamera sdri skrg ni..even pd phone sdri pun takat VGA je kualitinya. malas lerr. tak reti nak citer byk2 kdg tu sbb tu klu ade gambo best sket nak citer2 ni kan?

November dah pun menjengah, tak tau la brp entri je plak leh terhasil bulan ni.uhuhu..

Meh update pasal anak2 la plak bleh?wpun takde gambo mana nak dilayan. Citer si abang Lutfi, skrg dah hampir mencecah usia 3 years 4 months..banyak benda dia dah belajar since dah masuk 'sekolah' ni. Pre-fun school kat Taska dia juga tempatnye, cuma skrg bila dah cecah umur 3 tahun ni dah mula serap alam pra sekolah yang menyeronokkan sket la. teringat lagi masa awal2 tahun 2011 aritu, suka minta mama atau ayah lukiskan itu dan ini dan macam2 la kat kertas A4. bila kita ajar dia melukis dan suruh dia lukis sendiri pulak sbb nk ajar dia guna pensil/krayon/pen dan sewaktu dgnnye tu ade aje alasan dia.."Lutfi tak pandai, mama je pandai." Bila suh mewarna pun mcm tu gak dia buat sket je..pastu kuar ayat "Lutfi tak pandai!" Ngamuk2 suh kita yang lukis/warnakan utk dia.

Now since dah sekolah dah nampak perubahan, 1st picture yang dia bawa balik dari sekolahnye gambar upin ipin..dgn contengan warna yang bersepah sekali. Kagum jugak sbb dia boleh mewarna byk ruang dah. Pandai cikgu dia pujuk tu. kalau mama/ayah pujuk suh dia warnakan mmg langsung tak jaya la. Hari demi hari dah banyak gambar2 kartun yang diwarnakan..dah makin nampak improvement dalam penguasaan motor skill dia tu. contengan warna dah tak banyak bersepah macam dulu..kira dah agak2 masuk line la. Tapi pemilihan warna blum pandai sangat la. Bila mama tengok dah banyak perubahan tu mama mula belikan buku2 mewarna dan pensil warna/krayon yg baru dan lagi banyak pilihan. Beli yang buku tulis ikut dot2 tu..praktis dia menulis ikut garisan. Alhamdulillah hari demi hari ade kemajuan/perubahan. Dulu taknak langsung bila di suruh melukis/mewarna...asyk2 mama/ayah la kena buat. skrg Lutfi dah mula dgn dunia imaginasi yang lebih luas la...dia lukis something then dia cerita kat kita ape yang dilukis tu eventhough lukisan tu tak tergambar seperti benda yang disebut la. tapi ok je..mama suruh juga dia lukis ikut imaginasi dia sebagai kanak2 ni. dan kita pun layan je. sometimes bagi idea suruh dia lukis sesuatu yang baru berdasarkan gambar2 yang ade kat intenet. Moga2 dia akan jadi lagi rajin dalam menulis/melukis ni supaya kemahiran nya dapat di asah lebih lagi.

Selain tu Lutfi pun suka sangat berimaginasi dia dalam dunia masakan/berniaga..dia memasak then suruh kita rasa masakannye sedap ke tak...of course la brg2 mainan dia juga yang jadi bahan2 masakan tu. Kadang buat aksi jual beli dengan mama dan adik. Sifat pemalu masih ade tapi dah slow2 menghilang la terutama di kalangan ahli keluarga terdekat seperti tok nenek dia, pakcik makcik dia, sepupu2nye. Dengan orang luar still ade sikap pemalu tu...suka sembunyi belakang baju mama bila kena tegur dgn orang luar..hahaha!pastu buat aksi intai2 plak. Paling bagus sekarang dia dalam proses mengenali dan mengingati namanya, nama mama, nama ayah dan nama adik Humaira. Walaupun sebut ade bunyi pelat2 tapi ok la kan? Bila tanya nama mama, dia jawab "Siti Nonida"...ehehe..nama ayah? "Kokopian!uhuhu.dulu popia jadi kokopian skrg nama ayah dia lak.then mama betulkan balik  bukan "Koko-pian" Tapi.."Supian"...Suppppp....bukan koko yer! ahahaha..sambil buat aksi minum sup..hehe.nama adik??yang ni ok sket la..dia sebut Humaira..kdg2 ade bunyi Mia Maira je. nama dia of course dia tau Lutfi, cuma Ahmad kat dpn tu je tak kuar selalunye walaupun dah banyak kali ajar Ahmad Lutfi...hmmm kena ajar lebih lagi la ni. Itu perihal Lutfi..

Pasal adik Humaira pulak skrg dah mencecah usia 9bln++. Alhamdulillah sihat walafiat wpun ade kdg hari merengek dan dedar2nye..first week in her 9months, dia dah tunjuk berani cuba berdiri sendirinye tanpa bantuan/pegang2 dah..dari sekejap2 skrg dh makin lama makin tegak sket berdiri. Goyang2 juga kadang2. Tapi okla, dah boleh berdiri sendiri sambil pegang mainannye, smbl makan snek Baby Bites, dah boleh bangun dari duduknye dan terus berdiri cuma melangkah tanpa bantuan aje belum. Even Humaira kategori menyusu susu ibu walaupun tak sepenuhnya (7days in her life with formula milk-2 hari pertama kelahirannye, 5 hari waktu mama berkursus) Humaira bukan jenis baby yang bamm bamm, berat pun baru je kuar border line kuning sbb tak cukup berat. She just weight 6.5kg at her 9 months old...;) Apepun mama tak risau sangat sbb dia masih menunjukkan keaktifannya. Aktiviti buang air kecik/besar pun masih normal. Cuma dia naik slow sgt..tapi ok la sbb bukan berat menurun. Maybe faktor makan minumnye pun tak la sehebat anak orang lain..yg berbotol2 susu dan banyak oz sehari. Humaira setakat ni just minum total around 12-14oz je sepanjang waktu keje mama. Tu kira banyak la tu sbb masa 6 bulan pertama Humaira just minum paling banyak total 9oz aje sepanjang waktu keje mama. Sejak dah mula makan baru la nmpk pertambahan sket keperluan susunya yang makin up sket. Plus ikut genetik mamanye ni kut. Dari dulu smpai skrg berat bdn normal kalau tak preggy tak pernah pun mencecah BMI normal..asyk underweight aje.

Apepun sangat mengujakan melihat perkembangan Damia Humaira, 4 months mula meniarap, 8 months mula merangkak dan 9 months+ mula tunjuk kemahiran berdiri sendiri. Few days after boleh berdiri sendiri tanpa bantuan, gigi pertama nye kuar. Bbrp hari selepasnya pula, gigi kedua pula muncul. Masa short vacation trip ke Johor minggu lepas, tumbuh plak gigi ke 3. And the day before Diwali..gigi ke 4! horeeyy!!! 4 batang gigi sudah ade untuk menggigit mama dengan jayanya..2 atas 2 bawah. Baru 2 mggu dah 4 batang...harap2 next gigi tumbuh lambat la sket. Tak tahan mama klu kena gigit je. So far ok lagi..dia belum buat aksi mengasah gigi lagi.Mungkin kah kerana lately mama rajin makan Ostematrix Shaklee kembali, makanye bekalan kalsium dah lbih bnyk untuknye. Makan OsteMatrix kembali yang diorder sewaktu trimester ketiga preggy si Humaira gara2 selalu cramp/lenguh/kebas kaki masa tu. tapi lepas bersalin makan dlm pantang je tu pun skip2. So balance yg tggl tu start consume semula lepas lenguh/sakit sendi kat kaki bermula kembali setiap malam dalam bulan lepas. Alhamdulillah ade perubahan dah sket skrg..terpaksa bajet nak mkn sbb duit kurang..Belanja terlebih lebih pula sejak akhir2 ni makanya tggu next bonus la baru boleh shopping lagi Shaklee ni kut..huhu. Kalau takde aral nak join jadi ahli je la. Moga2 ade rezeki untuk itu kan? Dilla Jalil..ape2 hal nnt sy kontek awak balik ye. rindu nak sambung minum ESP+PD la. plus nak try Mealshake utk Lutfi dan mama juga ni.

Maka sekian la dulu update terkini yang tak seberapa...owhh..one more. W.I.P sy dah siap dah tapi paham2 je la ye takde gambo nak upload buat masa terdekat ni. nnt sy tunjuk hasil jahitan senget benget saya yang tak seberapa tu ye. belum officially used in public lagi..segan! sebab sy punya murah je...ahahaha!

Mama yang merapu di hening pagi@malam yang membuta!