Little princess in Milkmaid dress..comey tak??

Latest hasil hobiku...diulang hobiku..hehe. Maksudnya buat slow2 bukan macam si tukang jahit expert.
Mula2 siap tak sabor nak suh modelnye gayakan..huhu tapi punye la payah. sbb she's not in the mood. Tapi akhirnya dapat juga amik gambo setelah diumpan dgn kamera ok.





Berkongsi kebaikan Shaklee, bermula dari rumah sendiri.

Saya buat entri hari ni sekadar nak berkongsi tentang ape yang saya dah guna pakai sepanjang menjadi ahli Shaklee sejak Disember tahun lepas.

Diam tak diam rupa-rupanya dah masuk 9 bulan lebih dah saya bersama Shaklee..menjadi seorang pengedar sah Shaklee dengan ID 865095, dan juga menjadi pengguna barangan Shaklee..bermula dengan penggunaan suplemen, kepada barangan rumah dan akhirnya saya ambil keputusan nak cuba rangkaian produk penjagaan wajah dari Shaklee..iaitu dari rangkaian Enfuselle.

Okay so saya story sket-sket la yer..klu nak ikutkan saya mula mengenali Shaklee saat pregnancy anak kedua saya. Alhamdulillah walaupun bukan pengguna setia sepanjang pregnancy trimester tersebut but atleast sebahagiannya mmg saya consume Shaklee.

Paling saya tak tggl pil Ostematrix..untuk bekalan Kalsium Magnesium dan yang sewaktu dengannya..Alhamdulillah syukur sangat-sangat, diberi kesedaran nak jaga kesihatan sepanjang pregnancy kali kedua tu.

Bukan ape, masa first pregnancy saya disahkan oleh doktor ade bbrp masalah..antaranya..awal pregnancy saya low HB. Agak low jugak sbb few months bacaan diantara 9-10 aje..siap kena gertak nak cucuk apenamanyantah..yang orang cakap menyakitkan klu dibuat prosedur tu. Macam2 la usaha nak up balik..sampaikan pil ferum tu sekali makan kena 4 biji terus doc suruh amik. Makan sup bayam dan bilis hari2..hihi..nasib la i suka jugak tu.

Then dipertengahan kehamilan kena plak satu lagi masalah... GDM atau dikenali dengan istilah panjangnya..Gestational Diabetes mellitus..(harap tak salah eja la) ataupun dikenali juga kencing manis sewaktu mengandung..bacaan agak tggi jugak la masa kena tu 8.8..huhu.should be below than 7 biasanya kan?? then penah sekali masa buat pemeriksaan BSP klu tak silap la namanya (cek darah berkala setiap 2 mnggu tu...) penah ade kantoi tinggi bacaan sehingga 9.3 klu tak silap la. kena buka buku merah tu balik utk kepastian.

So masa pregnancy second ni saya dah aware awal2 hal tu so mmg jaga pemakann dari awal la. Cumanya timbul satu masalah aje..sakit pinggang dan krem yang tak terkawal..that'show so berkenalan dengan produk Shaklee. saya beli dengan sape pun saya tak ingat dah..hehe. Tapi got the contact number from blog la..tak main Facebook lagi sangat time tu.

Dah rasa bagusnya Shaklee ni..saya bercadang nak continue guna bila saat kewangan agak mengizinkan..tambahan pulak dah terus menyusu anakanda kedua tu kena pulak tibanya bulan puasa..so saat tu la saya berkenalan dengan Dilla Jalil..melalui blog dia saya baca mengenai penyusuan dan juga Shaklee..start pulak amik ESP dan performance drink..

Last2 tiba hujung tahun dapat bonus saya rasa nak jadi ahli la plak..senang citer kalau saya nak stick-on beli produk saya leh beli sendiri plak yang saya fikir masa tu la..dapat juga harga ahli..plus dengan bonus klu cukup syarat pembelian..hmm..tergerak hati nak jadi ahli satu lagi sebab klu andaikata saya terlost contact dengan Dilla tu saya dah tau macamana nak beli produk Shaklee sendiri. macam first saya beli tu smpai skrg sy takleh ingat dengan sape saya beli...haha. Saya tak save pun no hp nya. Maybe masa tu tak rasa nak serius sangat cuba produk Shaklee walau dah tau mmg berkesan utk atasi masalah saya time tu..huhu.


Apepun kalau dah memang jodoh dengan Shaklee..dah memang aura Shaklee tu kuat untuk saya terus mencuba dan menggunakan produk dalam rangkaian Shaklee ni makanya jadi lah jugak ahli-makan-sendiri aje masa Disember yang lalu. Masa tu just beli untuk kegunaan sdri dan anak-anak..suami pun amik sesekali aje..last2 bila dah nampak makin banyak kesan positif lagi bila saya konsisten amalkan utk diri sendiri dan anak-anak..so saya rasa tiba masa nak berkongsi kebaikan yang saya dah rasa dengan orang lain start April yang lalu.

Alhamdulillah dah masuk bulan ke 5 saya menjadi pengedar barangan Shaklee secara aktif la.. tapi taklah over aktif..hehe.. maklum la skdr berkongsi sket2 di blog, di FB, bercerita dengan kawan2 yang bertanya..orang tak tanya direct jarang saya buka mulut nak bercerita..hehe. maybe tak konfiden dengan diri sendiri bab nak meyakinkan orang lain..bimbang dengan perasaan "nanti orang kata itu dan ini..". Memang saya malu tak bertempat lagi la tu..hehe. 

Apepun Alhamdulillah..hari demi hari keyakinan tu bertambah sket demi sket sebagaimana bertambahnya keyakinan saya dengan produk Shaklee ni sendiri..ape yang saya dah cuba memang saya konfiden nak citer..then sebab makin hari makin bertambah yakin tu la..makin lama makin bertambah juga produk yang saya sendiri dah cuba gunakan.

Klu nak citer bab healing crisis memang tetap ada juga especially sesetengah produk..namun saya tak bersendirian dalam hal ni. Berdaftar dibawah satu kumpulan yang sangat supportive, saya belajar untuk memahami setiap produk dalam Shaklee especially yang saya sendiri guna. Ada masalah saya boleh rujuk dengan upline2..a.k.a "relatives, mak,nanny, great granny" and so on yang kami bagi gelaran dalam group hebat ni. Bukan setakat boleh discuss mengenai isu kesihatan dan supplemen yang bersesuaian malah pelbagai lagi.

Syukur juga hasil dari berkongsi perkara yang baik ini..secara tak langsung dari mendapat kesihatan yang lebih baik untuk seisi keluarga, membantu misi penyusuan saya untuk anak, sedikit demi sedikit saya dapat income tambahan, bermula 3 angka dan Alhamdulillah akhirnya cecah juga 4 angka..dan saya berharap saya akan dapat membantu lebih ramai lagi orang sekeliling saya..bukan sekadar membantu untuk memperolehi bonus dalam bentuk cash tapi yang paling utama membantu mereka yang nak lebih menghargai kesihatan mereka dan keluarga. 

Ramai antaranya yang saya kenali dalam Shaklee ni berstatus ibu-ibu..malah ada ramai juga yang masih menyusukan anak masing-masing. masih bekerjaya..dan mengharapkan kesihatan yang baik berterusan demi anak2 dan keluarga masing-masing..

Alhamdulillah, produk Shaklee memang sangat sesuai dengan kami. Sebab ia merangkumi produk yang bagus untuk kesemua peringkat usia dalam keluarga..untuk kegunaan harian, untuk kegunaan rumah juga..Sebab tu saya rasa sangat selesa bersama Shaklee..pendek kata nak berkongsi kebaikan Shaklee yang terbaik adalah bermula dari rumah sendiri..

Tengok je gambar2 kat bawah ni..antara produk Shaklee yang memang saya dah gunakan di rumah. Alhamdulillah saya sangat suka dengan semuanya. Ade water pitcher (portable water filter), ESP, Meal shakes, Cinch (for my hubby), Ostematrix, vitaC..lain2 ada lagi dlm fridge..(ada PD, GLA, Collagen Powder, Carotomax, B-complex, Omegaguard).


Gambar di atas tu merujuk kepada sudut Shaklee di dapur saya..hehe. Kalau dilihat atas tu mungkin ada yang cakap "banyaknya duit nak kena beli sekaligus"...Ohhh tidak!
Saya beli sket demi sket ikut apa yang saya nak cuba. Setiap bulan saya cuba spend sedikit utk satu dua produk berkait kesihatan.. banyak2 bulan berlalu..maka makin bertambahla kan? Lagi pun saya bukan pengamal suplemen tegar yang sggp telan byk2 benda setiap hari..ikut kemampuan tekak nak menelan la kan? So bila dah byk benda dibeli, saya akan aturkan jadual pemakanan supaya dapat imbangkan antara pengambilan makanan harian dan juga suplemen tambahan ni. tak semua 10 benda nak telan satu hari sekaligus..hehe.

Tapi yang hari2 saya guna kompem la water pitcher a.k.a penapisair yang mudah alih itu. Tidak lagi bergantung dengan air yang dibeli dari mesin penapis seperti sebelum2 ni..just buka kepala paip dan tadah masuk jag tersebut. Boleh terus diminum selepas siap ditapis..tak perlu on plug mana2.. JIMAT ELEKTRIK..rasa air kosong pun bertambah sedap sekarang.

Boleh dibawa kemana-mana juga. Mak ayah datang umah saya pun takde komplen air rasa klorin dah sekarang..hehe. Nak beli filter berjenama yang banyak dipasaran tu saya kurang mampu..yang ni Alhamdulillah, masuk bajet poket nipis saya.

ESP+Mealshake..ni antara rutin saya..tapi ada juga hari tak minum...Cinch shake..minuman untuk diet khas beli utk en suami..wpun dia tak la minum hari2 tapi ok la kan..sesekali boleh suh orang lelaki amik suplemen ni pun dah kira ok sangat. Vita-C antara pil harian wajib saya..especially kalau dah mula rasa tak sedap tekak, tak sedap badan.. dah lama dah rasanya saya tk MC atau cuti sakit ni.

Alhamdulillah la bila konsisten sesuatu pasti nampak kesan baiknya. Kulit wajah pun dah slowly nampak beza..kurang berminyak, jerawat pun dah makin kurang naik berbanding dl..kecuali klu makan sambal belacan..yg tu takleh nak kata ape la. hehe. ostematrix..pun saya suka sebab klu bab lenguh sendi dan penat kaki klu berdiri dan berjalan lama2 tu Alhamdulillah dah kurang terasa bab tu. Pendek kata semua yang saya cuba memang best!! Misi penyusuan saya pada anak kedua saya ni pun masih lancar lagi..hmm..harap2 tak sukar sangat nak wean-off dia nanti.


Sekarang yang terkini baru hjg mnggu lepas saya cuba pakai produk penjagaan wajah..Enfuselle Shaklee..nak beli Nutriwhite..kurang bajet..yg Enfuselle ni pun beli pencuci dan moisturizer aje dulu..sbb yg toner baru je beli yg Elianto punya masa Ramadhan lalu..masa offer 50%.hehe..so far ok...walaupun muka saya jenis oily tp pakai produk ni especially moisturizer dia tidak menyebabkan muka saya bertambah teruk.. malah ia membantu reduce oily kat muka ni..disamping masih memelihara kelembapan wajah..tak la jadi kering sgt tapi tak la oily sgt. Yang sedang2 ala2 Normal skin la.

(Purifying cleasing gel + moisturizer) shaklee punye + toner elianto..ehehe.
So far ini la antara yang saya guna pakai sekarang...Alhamdulillah..selain dapat sharing bersama orang terdekat sedikit sebanyak dapat gak duit extra dari Shaklee..tak byk pun, skdr nilai awal 4 angka aje setakat ni..tapi okla kan??hehe..Jika ada yang berminat nak dapat macam apa saya dapat ni..especially mendapatkan kehidupan yang berkualiti dengan kesihatan yang baik..jangan segan2 hubungi saya..

Berada dalam kumpulan besar yang sangat supportive dan menerapkan cara berbisnes yang berhemah dan tak menindas orang buat saya sangat selesa bersama kumpulan Shaklee saya sekarang ni. Dapat jalinan ukhwah yang baru, dapat bonus kesihatan yang baik, dapat membantu orang lain menjaga kesihatan mereka, dapat bantu orang lain juga membina bisnes dan meraih extra income mereka sdri dan dapat bonus dalam bentuk cash..Alhamdulillah..saya suka dengan apa yang saya lakukan sekarang. Tak sia-sia permulaan saya bersama Shaklee dengan modal RM75 aje tu... :)