Promosi Advanced Joint Health Tablet Shaklee ~ Until tomorrow aje ye!!

Alhamdulillah, baru dapat bersiaran balik..ahaha. Sangat la mencabar jiwa raga bila bab nak update blog. Namun ku gagahkan jua.. Update sket tentang promosi minggu terakhir Januari 2013. Advanced Joint Health Tablet (AJHT)!

Buat pengguna Shaklee, pasti ramai dah alert tentang promosi bulanan dari Shaklee kan? Satu produk yang terpilih dipromosi sepanjang bulan. So dalam setahun akan ada 12 produk berbeza-beza dari rangkaian produk Shaklee akan dipromosi ikut giliran yang ditentukan Shaklee. Jadi buat mereka yang baru nak berkenalan dengan produk Shaklee jangan lepaskan peluang beli la time promosi ni. Dapat harga lebih JIMAT! Apa promosi dari Shaklee? BUY 6 FREE 1! Bulan ni AJHT menjadi produk pilihan. Apa yang best pasal produk ni?


Pernah mengalami salah satu situasi di atas? Sakit di lutut, pergelangan tangan, kaki, leher, belakang dan mana-mana la yang berkaitan dengan sendi. Jangan ingat anda masih muda belia tidak berisiko dengan situasi tersebut ya. memang diakui penuaan usia adalah risiko paling tiggi akan menghadapi masalah tersebut. Tapi ada juga perkara lain yang menyebabkan anda berisiko diserang masalah sendi.




Apa nutrien penting untuk sendi yang sihat?


Apa yang AJHT ada untuk atasi dan melegakan masalah tersebut?






See..how good it is? Awesome!! Boleh combine dengan Omega Guard dan Ostematrix untuk hasil terbaik bagi membekalkan sendi anda dengan nutrien penting.


Mahukan dengan harga PROMOSI?? Cepat book b4 31 Jan 2013 berakhir ok! Harga memang special! Belikan sebagai hadiah untuk insan-insan kesayangan anda pasti lebih berharga kan nilainya? Untuk mak, ayah, suami, isteri, atuk, nenek..dan sape2 ajelah yang anda tau anda masalah dengan sendi2 ni.

Hubungi saya: sms/whatsapp: 013-9230280 (ida) untuk tempahan dan keterangan lanjut. Dont miss out okey! Next month item lain plak kasi promosi!


Give Away: "Kome Nak Tak?"

Sebut give away macam menarik aje kan? haha..tapi ni bukan my Give Away la..another blogger. Dah lama tak join2 GA ni.sesaja la  ni. Gara2 nampak hadiah yang comey bangat!

Sesapa suka dengan benda cute2 leh arr try join GA: Kome Nak Tak? ni yek. Mana tau ada rezeki mau peluk plushie cute nih! Tak mo ke? Takpe..saya mau! Comel2 tu..


Ade dua kategori:
Ni hadiah utk Follower bertuah.

Ni pulak hadiah untuk Follower bertuah yang buat entri pasal GA ni.

So nak yang mana, sendiri pilih ek..hehe. For those yang nak joinkan diri leh la terjah ke blog Kuazue ni yek for more details. menarik yuk...

Cepat2..GA ni masa singkat aje. 2/2/13 (Sabtu) dia nak umum pemenang bertuah dah. Sempat lagi ni until Jumaat ni.


Teringin buat GA sendiri juga..tapi nanti saat yang sesuai dulu.haha.. Sabar menanti kalian semua.

Kos bagi kaedah perancang kehamilan oleh LPPKN

Tahun baru menjelang sudah, mungkin ada yang baru menimang cahaya mata dah mula berfikir-fikir cara terbaik untuk merancang kehamilan demi Family Planning yang terbaik. Saya rasa ini antara bab paling sukar juga untuk para ibu/ isteri memilih mana yang paling baik dan serasi untuk kalian kan? Walaupun dalam Islam ada menekankan setiap anak itu ada rezeki masing-masing, namun bagi sebahagian besar ibu bapa masa kini lebih selesa memilih untuk merancang kehamilan bagi menjarakkan usia anak-anak. Bukan menafikan anak-anak itu rezeki dari Allah tapi pelbagai faktor lain yang menyebabkan perancangan keluarga juga dititik beratkan. Faktor utama yang ibu bapa zaman sekarang fikirkan, mereka mahukan kualiti bukan sekadar kuantiti. Mendidik anak-anak zaman sekarang pastinya lebih mencabar ditambah dengan kos untuk membesarkan/ menyekolahkan anak-anak dan saraan hidup keluarga makin bertambah. Tambahan lagi apabila kedua-dua ibu dan bapa bekerja, kos menjaga anak yang diupah pada orang lain samada babysitter, maid mahupun dihantar ke Taska masing-masing ada peruntukan kos yang tinggi.

Banyak kaedah perancang kehamilan yang disyorkan oleh klinik-klinik kerajaan mahupun swasta bagi merancang keluarga. Dari semurah-murah dan semudah cara hinggalah yang berkos tinggi. Pil, kondom, suntikan, implanon malahan cara semulajadi seperti kaedah "buang diluar" (memerlukan kerjasama tinggi dari pihak suami), kiraan waktu subur boleh digunapakai dalam menjarakkan kehamilan. Cara pilihan saya? Meh story background sket la dulu kan?

So far 5 tahun perkahwinan, dikurniakan cahayamata pertama setelah setahun usia perkahwinan. Doktor / nurse pernah mengesyorkan bbrp kaedah untuk saya pilih. Tapi memandangkan saya menyusukan anak dengan susu badan, hormon saya kira agak terganggu sket la. Sehingga anak berusia setahun dua bulan, sejak habis nifas saya memang tidak didatangi haid. Saya kira saya ni kategori tak berapa subur la kut masa tu..haha (andaian saya aje). So saya malas nak guna ape2 kaedah untuk merancang ditambah suami yang kurang bersetuju saya ambil kaedah yang melibatkan pil hormon, suntikan mahupun implanon. Macam-macam la alasan dia bagi. Saya bimbang juga tapi ikut aje la kata suami. lagipun dia sanggup bagi kerjasama.:)

Maka berlalu la setahun 8 bulan tanpa kaedah-kaedah perancang yang macam2 tu.....bilamana masa tu tengok baby kekawan lain yang comel-comel, rasa macam nak tambah lagi..so berusahalah balik dalam 6 bulan aje didatangi haid secara agak teratur,saya preggy lagi untuk yang kedua. Alhamdulillah. Seperti mana yang saya agak, untuk second baby ni maybe haid saya pun lambat tiba dek kerana menyusu badan, maka sekali lagi saya membuat keputusan taknak amik kaedah perancang yang doc /nurse sarankan. Hahaha..bahaya betul kan? Apepun saya pegang prinsip jika termengandung dalam tempoh menyusukan anak kedua ni, saya terima seadanya. Tapi aim sy biarla saya sempat susukan dia sekurangnya 2 tahun sebelum lekat baru kan? Alhamdulillah..Allah mudahkan niat saya untuk menyusukan anak. Tanpa kaedah2 moden ni, hanya dengan bantuan dan kerjasama suami aje. Nak kira waktu subur tak dapat sebab saya memang tidak didatangi haid sejak habis nifas sehinggalah beberapa hari aje lagi nak mencecah usia 2 tahun anakanda saya itu. Nak gunakan konsep ukur suhu badan saya agak culas nak buat.

Bilamana anak dah nak cecah dua tahun ni, terasa la plak nak menambah lagi memandangkan usia masih muda ni kan? Baru nak masuk 30.haha..mak pun selalu pesan, muda2 ni la nak mengandung nak beranak, dah masuk usia 40 tak larat dah. Banyak komplikasi mungkin berlaku. Kalau ikut background family, suami saya ada 13 beradik (11 hidup 2 meninggal masa kecil), dan saya ada 10 beradik. Big family kan? Maka chances utk kami ade big family pun tinggi jika tak kena planningnya. Teringin gak nak anak ramai..tapi faktor kewangan membuatkan kami fikir banyak kali jugak..mampu kah kami mendidik anak2 menjadi anak soleh dan solehah semuanya. Kualiti mahu..kuantiti juga. So dalam merancang tak berapa merancang tu memang pernah terfikir nak consider kaedah-kaedah moden yang ada, tapi last-last satu pun tak pilih. hahaha...Alhamdulillah takde istilah terbabas sangat. Buat yang tak berapa konfiden dengan perancangan sendiri ni sila lah dapatkan nasihat dari yang pakar. Sebab setahu saya, klu jenis melibatkan hormon banyak kesan sampingan yang mungkin berlaku, who knows? Kalau takde effect negative Alhamdulillah..teruskan. Cuma yang pernah saya baca somewhere else..blog dr Zubaidi kut. Pengambilan perancang jenis suntikan sebaiknya elakkan ambil berterusan dalam 2 tahun. So boleh fikir alternatif2 lain juga. Itu pentingnya bertanya pada yang pakar. Tanya pengalaman orang lain boleh tapi harus diingat kesan terhadap individu boleh jadi berbeza-beza.

So buat mereka yang nak mencuba kaedah2 perancang ni, boleh la dapatkan nasihat lanjut dari klinik2 berdekatan. Boleh juga terus ke LPPKN berdekatan anda. Bincang dan pilihla mana yang terbaik anda mahu. Semua pun ade risiko masing-masing. Jangan tanya saya mana yang paling ok ye, sebab saya langsung tak guna mana-mana kaedah yang berkos2 ni. So takde pengalaman nak diceritakan details. Cuma yang mampu saya bagitau..ni dia. Kos untuk perancang kehamilan yang di tawarkan oleh pihak LPPKN. Rujuk gambar ye. Dapat brochure ni last year masa buat pemeriksaan kesihatan kat tempat kerja saya. Klik gambar utk besarkan imej.



Haa..itu dia pilihan yang ada. Nak buat pemeriksaan kesihatan pun boleh ni. So boleh la melawat ke klinik kesihatan mahupun LPPKN berdekatan. Pegi swasta kos tinggi lagi yer! So tepuk poket la nak buat dimana yer. Pendek kata bincangkan pro dan kontra bersama yang pakar.

Semoga membantu buat ibu-ibu mahupun bapa-bapa diluar sana membuat pilihan untuk merancang kehamilan berdasarkan kos anggaran tersebut. Happy planning! Saya taknak merancang.tunggu berusaha nak dapatkan next aje pulak. mana la tau ada rezeki 2013 kan? Next entri insyaAllah saya cuba kongsikan tips2 dan step2 yang boleh dicuba untuk cepat hamil pulak. Ini based on buku yang saya beli dan baca la yer. Berjaya atau tidak kita usahakan dulu sama-sama ye. Meh jeling2 dulu buku apa saya maksudkan..
Taraaaa..

Okay..tu aje dulu buat masa ni. Next time saya curi masa untuk entri berkaitan Getting Pregnant Faster ni plak eh. :)

Selamat datang tahun baru 2013! ~Bila geng pengedar Shaklee Kuantan kumpulan kami berkumpul...hehehe~

Alhamdulillah..menjejak tahun baru 2013 sudah kita ni. 2012 yang penuh memori suka duka? Untuk saya memang banyak perkara sangat berlaku..yang kadang2 diluar jangkaan. Moga 2013 juga lebih banyak memori manis tercipta.

Bab duka2 tak yah dikenang2 kan? Bab citer best??

* Dapat kunci rumah baru - Hoyeahhh!Paling best sebab mmg ini yang ditunggu2.
* Pindah umah baru - officially bermalam di rumah baru pada 15hb disember yang lepas. bersamaan dengan 1/2/34 Hijriah.
*  Mula berbiz dengan serius dalam Shaklee.on April. Target asal by end of Disember 2012..nak jadi Supervisor! Ahaksss.. namun Alhamdulillah, Allah bagi lebih sket..dah dapat Sr Supervisor by Oct 2012. Paling gembira anak Shaklee a.k.a downline saya pun dah sama rank dengan saya sekarang  pada Disember yang lalu. Seronok berbiz Shaklee sebab tak kira bila anda join..takde istilah terlewat mencipta kejayaan!
* Anak2 Shaklee dah mula mengorak langkah kejayaan..bersyukur melihat mereka mencipta kejayaan demi kejayaan. Ada antara mereka yang dah merasa dari income 2 angka -- 3 angka -- 4 angka sudah. Happy sangat bila mereka juga happy.
* Dapat anak saudara baru - Wan Amir Husin
* Dapat desktop baru kat ofis...besar gtu screennya. Suka sebab penantian 5 tahun ni nak dapat PC.
* My students for 3 subjects takde sorang pun fail subject yg ku ajar untuk sesi Jun 2012.. Sesi awal tahun dulu ade yg fail.. pencapaian better la kan?
* Dapat gak completekan 3 mesin kat umah...mesin jahit, mesin sulam dan latest for 2012 grab mesin jahit tepi 3034D Brothers punya. I loikeee! Walaupun jahitnya suam kuku. haha.


So, itu citer 2012..banyak lagi kut yang happy2.. Alhamdulillah sangat!

Azam 2013?
Banyak sangatt!!....tapi takleh di list kat sini. yang pasti impian sangat besar!

Permulaan tahun baru dengan coaching-mentoring anak-anak biz Shaklee saya.. hehe..
pengedar Shaklee kuantan

Sume pakat bawak anak masing2.. Ala2 macam perjumpaan kumpulan sokongan ibu dan anak pulak kan?Ahaha. Tapi inilah hakikatnya kami, berbisnes Shaklee selagi boleh tanpa mengabaikan anak2 kandung kami. Hehe.. Kami punya konsep mesra keluarga. biz2 juga, coaching2 juga..anak2?? Itulah tonggak kejayaan kami. Anak2 bukan penghalang kami untuk berkumpul dan berdiskusi. Semua dalam gambar di atas masing2 ibu bekerjaya. punyai anak 1, 2 atau pun 3. Perjumpaan beberapa jam untuk bertukar pendapat dan maklumat.. Para bapa/golongan bujang/surirumah pun boleh join biz ni..takde limitation utk anda bermula. Kalau tak sempat bersemuka offline, kita guna cara online, sms/whatsapp/emel...teknologi dah makin canggih..Asal nak aje kan? Saya punya impian besar nak melihat downlines2 (anak cucu cicit Shaklee) saya berjaya mencapai impian mereka. Saya tak boleh dikategori berjaya kalau tak mampu buat mereka juga turut berjaya.

Jika anda di luar sana nak join kami as a team in Shaklee.. Saya sangat2 mengalu2kan. Tidak semestinya anda kena berada di area Kuantan baru leh join kami sebagai pengedar Shaklee. My uplines n above in Ipoh, Miri, KL..pendek kata tak semestinya depan mata. Seluruh Malaysia..malah di negara mana sekalipun anda berada...US, UK, Indonesia, atau mana2 aje la.. Anda boleh join biz Shaklee..semua dah dihujung jari aje.. Dah ramai yang mula memilih membeli secara online. Dengan Shaklee anda boleh jual produk anda samada secara online mahupun offline. Kami bukan jenis rekrut orang untuk melabur dengan modal besar...that's not us!! Cara kami?? Fokus pada jualan disamping mantapkan kepimpinan. Jika anda pengguna barangan Shaklee tapi belum menjadi ahli, why not mulakan 2013 dengan menjadi ahli Shaklee. Bukan setakat dapat barangan Shaklee yang berkualiti tinggi malahan anda dapat pakej membuat bisnes menjana pendapatan secara online/offline. Nak income banyak mana?? Anda decide..anda buat! Bukan berseorangan tapi kita dalam satu kumpulan. 5 Masters coordinator (pangkat tertinggi Shaklee) in my upline rows dah ade..bukan Masters pada title semata-mata..tapi punya leadership skills yang mantap! Boleh rujuk entri saya sebelum ni bagaimana untuk anda bermula mendaftar sebagai pengedar Shaklee.

Yang dah baca entri tu boleh isi maklumat anda pada FORM ini.

Atau jika anda belum tergerak hati nak jadi pengedar Shaklee, just nak beli barang Shaklee aje, jangan risau...anda boleh juga dapatkan barangan Shaklee melalui kami.. mana2 yang di Kuantan dan berdekatan..just hello2 kami aje. Klik SINI utk mencari pengedar Shaklee terdekat dengan anda. Bukan sekadar barangan Shaklee, malahan anda berhak mendapatkan konsultasi percuma dari kami untuk barangan yang anda beli dari kami.

Impian 2013?? Salah satunya lengkapkan isi rumah baru hasil dari berbiz Shaklee.. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit diusahakan. One more dream yang utama, nak jejak kaki ke Tanah Suci Mekah di usia yang masih muda ini. Moga impian untuk jadi hambaNya yang terpilih untuk kesana.

Ya Allah, moga 2013 membawa sinar yang lebih membahagiakn untuk diriku, keluargaku, teman-temanku, dan umat Islam seluruhnya.