Cuti-cuti Malaysia : Pulau Perhentian Kecil

Alhamdulillah, diberi ruang dan kesempatan nak bercuti bersama keluarga tersayang last weekend. Actually ini adalah percutian pertama ku bersama mak ayah dan beberapa orang adik-adikku juga. Sayangnya en suami tak dapat join sekali sebab bekerja shift. Alhamdulillah jua diizinkan suami saya untuk kami 3 beranak menyertai program singkat family saya ni. Kami pergi 2 hari satu malam aje la kiranya..Masa cuti hari Wesak lepas.

Bertolak balik dari Kuantan hari Khamis malam Jumaat. Tunggu adik dari JB dulu..tak berani gak nak drive sesorang bertemankan anak-anak kecik aje. Alhamdulillah..dapat nap seketika lps sampai Kuala Terengganu. Bangun pagi bersiap lebih kurang jam 8+ pagi baru bertolak dari umah menuju ke jeti Kuala Besut..cadangnye nak awal sket tapi biasalah..haha..meleret2 bersiap. Bawak bekalan spageti mak celur siap2..dan kuah bolognese. Itu juga sarapan awal sebelum bertolak.hehe.. Bawak bekalan air kosong (RO water) satu gelen. Bekalan untuk kegunaan kat sana ada juga beberapa paket megi, roti putih dua bungkus, tuna 2 tin, kacang panggang dalam tin kecik, kuah carbonara (Prego) 2 tin, cendawan butang dlm tin..dan bbrp bekas sudu garfu jua untuk kegunaan kat sana..incase terlebih lapar kan, ada bekalnya. Maklum la makanan/minuman kat pulau mahal2 sket.haha..Kalau bercuti bawak banyak duit makan kat sana aje takyah bekal2. Tapi sebab pegi dalam group yang boleh tahan ramai..9 dewasa + 2 kanak-kanak (Mak, ayah, saya, adik+suaminya, adik2 single mingle ade lagi 4 orang, dan 2 anakanda ku).

Saya tak lupa bawa sesuatu yang sangat berguna juga untuk kegunaan di sana.. Penapis air mudah alih Shaklee Water Pitcher la semestinya..haha! Kata air mahal kan? Kut bekalan air bawak tak cukup ke boleh la guna jug penapis mudah alih tu juga. Tapi Alhamdulillah takde la guna byk kali sangat sebab bekalan air yang kami bawak memang cukup untuk keperluan sehari disana. Saje standby dulu.

Perjalanan kami menuju ke Pulau Perhentian Kecil ni sebenarnya bukan atas mana-mana pakej percutian. Semuanya arrange by individu yang sangat membantu kami..seorang Cikgu sekolah mak saya bekerja. Dia la tolong uruskan untuk perjalanan naik bot, penginapan kat guest house dan juga makan minum dan aktiviti kami kat sana. Kami tinggal sedia duit aje..tu pun ada aje yang dia taknak terima kami bayar..hehe.. Terima kasih cikgu Dah membantu kami. Dia memang asal dari pulau sana..kiranya kami bertourist guide anak tempatan la. hehe..





Sampai kat jeti Kuala Besut dalam kul 10-11 pagi kut..lepak2 jap menanti tourist guide kami.. tak igt exact hour sbb tak tgk jam. hujan renyai2..dalam hati rasa macam tak best aje..mcmne nak mandi manda hujan2 gini..haha.Kami menunggu agak lama jugak la di jeti tersebut..maklum lah bukan pergi dengan pakej mana2 so ade bot tertentu aje la kena tunggu giliran.. Perjalanan dari jeti ke pulau memakan masa lebih kurang 30 minit. Naik bot laju la tu..berkapasiti untuk 12 orang lebih kurang. Lagi besar bot lagi panjang masa perjalanan ye..sape2 naik feri ke maybe drag sket masa. Tambang RM60 untuk pergi dan balik atas sorang dewasa. My kids free aje..

Lama menunggu dekat nak masuk waktu Zohor baru dapat naik bot lajunya. Tunggu trip turn kami. Nasib baik tak melepas yang tu kalau tak kami kena naik yang selepas solat Jumaat selesai..ye aritu kami pergi hari Jumaat. so waktu solat Jumaat diorang rest la kejap kut. Perjalanan yang penuh pengalaman buat diriku dan anak2 pastinya. First time kami naik bot laju tau! Nasib baik setengah jam aje. Alhamdulillah cuaca agak baik, mendung2 aje, tak panas membahang macam situasi biasa di pulau2. Dapat la bersnorkling petang tu. kami smpai ngam2 orang tgh baca khutbah Jumaat. So mana yang lelaki pegi solat Jumaat dulu..yang perempuan amik kunci bilik guest house dan angkat barang masuk bilik. kami dapat dua bilik aje beraircond lagi..Alhamdulillah. Satu bilik untuk lelaki, satu utk perempuan. Boleh la kan?? sekadar nak stay satu malam. Kos penginapan rm150 satu bilik.

Layan gambar2 aje pula yer..hehe..

















 Antara menu special dinner kami...yummy!



 Seronok walau seketika..kami bertuah sebab cuaca tak membahang. makanya takdelah yang menggelupas kulit or surnburn teruk2 walau tak pakai lotion sunblock pun.. Untung gak datang masa renyai2 di jeti..sampai pulau mendung2 aje cuaca..redup sekali. InsyaAllah jika ada rezeki akan datang bercuti bersama suami juga maybe ke Pulau Redang plak next..hehe..Kelakar kan jadi anak Terengganu dah 30 tahun..first time pegi pulau2 cantik ni..haha. I love this short vacation!




Menjelang Rejab..Syaaban..Ramadhan..

Salam ceria buat teman2 blogger,

Sebelum sambung update entri pasal kehamilan blighted ovum part 2 plak..refreshing time dulu yuk!
Diam tak diam sudah menjelang tibanya bulan yang dinanti2 umat Islam. Bulan yang penuh dengan berkah..dan rahmat Ilahi.
Apa persediaan kita dari segi rohani dan jasmani? Mana yg belum berganti puasa masih ade kesempatan lagi selagi usia masih ada, kesihatan masih diberi. Yuk..ibu2..anak2 gadis..yang belum ganti posenya kerana uzur syarie last year. Yang mana tggl pose secara sengaja..mungkin ini masanya pulang ke pangkal jalan, sucikan diri, mohon keampunan dan doa moga2 tahun ini kita semua umat Islam dapat mengerjakan Rukun Islam ketiga ini dengan sempurna. Ganti puasa yang belum berganti..bayar fidyah jika perlu bayar kerana denda. Islam itu sentiasa memudahkan umatnya. tangguh ganti puasa tak kena double ganti pose..skdr bayar fidyah yang pasti ramai orang mampu membayarnya. Tapi sebaiknya jangan ditangguh kewajipan pada Allah ini. Mati tak kira usia dan tahap kesihatan. Itu janji Allah. Reminder for myself too..jom muhasabah!

Count down to Rejab, Syaaban, Ramadhan..
Tik..tok..tik..tok.. 


Mungkin dari sekarang kita dahleh buat persediaan menyambut bulan yang mulia ini...Setiap bulan Islam ade keistimewaannya..namun antara bulan yang dinanti-nanti umat Islam..Ramdhan..bulan untuk menambah kebajikan dengan pahala berlipat ganda ditambah bila kita ikhlas melakukannya.
Syawal memang ade yg dah nak rai dah..siap beli baju/langsir /kain utk tempah buat beraya.. tapi sebaiknya biarlah kita lalui bulan2 ini denga jayanya dulu barulah terasa seronok meraikan kemenangan itu nanti.

"Ya Allah..panjangkanlah umur kami untuk melalui sepanjang bulan Ramadhan mu kali ni.. Berkatilah setiap masa dan rezeki yang telah Engkau berikan pada kami ini"

~Ameenn~