Resepi makanan sihat & sedap : 'Overnight oat'

Gara-gara resepi 'overnight oat' yang melintas di newsfeed FB saya, dalam hati teruja nak mencuba juga. Actually i'm not oat lover. Sungguh saya tak pandai nak makan oat cara sedap sebelum ni.
Tapi overnight oat yang saya lihat ni rasa macam menarik je untuk dicuba. Siapa tau kut lepas ni saya akan lebih suka healthy food ni. Ye yg menyihatkan itu adakalanya kurg sedap ditekak org macam daku ni. So nak makan kena la cari resepi yg membolehkan tekak ni nak terima.

Setakat ni saya baru cuba satu rasa aje. Belum variasikan lagi dgn rasa lain. Nanti dah cuba saya update balik ye. So, bagaimana rupa dan rasa overnight oat versi mamalutfi ni? Apa yang saya letak?
Secara asasnya bahan2 yang diguna:
*Oat (ade pelbagai jenis oat, saya cari yang tak perlu dimasak la)
*chia seed (saya punye takde)
*kekacang,kismis or buah kering pun boleh letak (ikut selera masing2)
-nak mudahkan kerja saya beli yogood gourmet muesli je (byk variasi ade, saya pilih cran & berries punye.


*yogurt (boleh guna natural yogurt, greek yogurt, yogurt yg ade perisa pun boleh- ikut selera korg la)
*susu (fresh milk, goats milk, soy milk, almonds milk- pun ikut suka nak pilih ape)
*pemanis jika perlu (madu ke..asalkan pilihan yg sihat la, tapi saya tak letak pun)
*fresh fruits (strawberi, apple, peach, blueberry, kiwi, pisang or any kind of yg korg suka juga.

Lain2 terpulang pada kreativiti dan selera anda utk hasilkan menu sihat. Jgn pegi letak jajan or benda tak sihat dah. Saya letak tambahan Mealshake(bancuh dgn susu Higoat- sedap dgn bau dan rasa vanilla Mealshake tu!!)


Cara Penyediaan:
Letak bahan2 kering dl..oat, kekacang, dried fruit. Saya letak dlm 1/3 - 1/2 botol kaca tu. (Botol kaca recycle dari botol acarjutawan yg dh habis). Lepas tu letak yogurt bbrp sudu. Then letak la susu pilihan cukup2 utk tenggelamkan bahan2 td. Lepas tu gaul rata sume bahan tu dgn sudu. Kalau nak tambah fresh fruit boleh tambah terus or tambah sebelum nak mkn nanti. Dah siap simpan dlm peti sejuk utk bbrp jam. Biasanya buat malam utk serve as breakfast esoknya. Sebab tu nama dia 'Overnight oat'. Klu bancuh makan terus tak nama overnight la.hehe..

Apa rasa dia? Mcm makan bubur oat juga kut tapi versi sgt sdp sebab sejuk2 dari peti, ade manis2 buah, ade crunchy kekacang juga. Oat dah cukup lembut bila simpan dr mlm.
So kalau anda beli Mealshake bulan ni jangan lupa cuba juga resepi ni. Confirm bertambah sedap oat anda. Selamat mencuba!

Nak order Mealshake juga sempena promosi bulan ni? Sms/wassap je saya ye 013-9230280.

0 komen ditinggalkan: