3 hobi yang memberi kepuasan hati pada saya

Another topik santai untuk dicoretkan hari ni. Tentang hobi kegemaran saya yang pasti memberi kepuasan hati untuk saya bilamana saya dapat melaksanakannya. Bilamana sebut hobi pasti kita fikir perkara yang kita lakukan diwaktu lapang..or atleast itu lah yang saya fahami masa zaman kanak-kanak dahulu. Tapi bila meningkat dewasa ni ia sedikit berubah - hobi dilaksanakan dengan cara kita sendiri perlu mencari ruang masa untuk melaksanakannya. Sebab kalau nak tunggu betul2 free dan lapangnya masa kita ada, pasti takde satu hobi pun yang mampu kita buat untuk kepuasan diri kita. Lagi-lagi bila dah jadi mak anak 3 bagi saya la.

Ada 3 perkara yang saya suka lakukan yang membuatkan saya rasa puas hati sangat dapat luangkan masa saya untuk hal2 begini. Apa 3 perkara tu?

Hobi #1 : Menjahit
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Haha..ape kaitan ye? Actually mak saya dahulu merupakan seorang guru yg mengajar subjek KHB-ERT (Ekonomi Rumah Tangga). Saya tak pernah belajar secara formal dengan mak saya, tapi sedikit sebanyak tips-tips menjahit, menyulam pernah saya belajar dengan mak. Buat projek utk matapelajaran tu, mak saya la sumber rujukan utama. Mesin jahit mak la tempat saya berlatih jahit supaya lebih konfiden, tapi tak sampai tahap jahit baju sekolah sendiri macam kakak saya. Dia lagi hebat bab menjahit tu.

Tambah lagi sejak saya ada anak perempuan, lagi la perasaan nak jahit sesuatu tu membuak2 rasanya. Dalam menjahit ada juga la terjebak dengan dunia sulam menyulam dan digitizing simple2 juga awalnya. Tapi sebab kekangan masa, digitizing saya terpaksa lupakan dulu. Banyak sangat perlu concentrate kalau nak mahir yang tu. Sempatlah juga saya ada sebiji mesin sulam berkomputer yang paling minima spesifikasinya. NV90e. Mesin khas untuk sulaman bersaiz 4in x 4in aje. Sempatla gunakan untuk beberapa sulaman sebelum jadi tukun aje mesin tu. Maybe saya perlu letgo aje lepas ni dari biar tak diusik sudah. Sian mesin saya tu tak cukup kasih sayang dari tuannya. Kalau dah namanya hobi menjahit haruslah ada mesin jahit kan? Maka selepas mengumpul duit lagi, saya beli pula mesin jahit berkomputer NV30. Haa..yang ni banyak jasa dia. Masih lagi diperlukan walau jarang-jarang dah panaskan enjin kata orang.Latest mesin beli tahun lepas, mesin jahit tepi 3034d pulak. Now i have 3 type of machine from Brother. Selok sungguh nak ade sume.hihi...

Dari awal cubaan menjahit bermula dengan jahit aneka bentuk beg aje. Tote bag, pouch, dll. Kemudian bila dah mula membeli pattern2, saya mula menjahit pakaian pula terutama anak-anak punye. Baju melayu untuk tadika Lutfi, baju kurung untuk Humaira, dress, amik tempahan sesekali sahaja. Lebih kepada kepuasan diri bila lihat anak-anak pakai yang kita jahit walaupun jahitannya tak la cun mana. Lagi puas hati bila anak puji pakaian yang kita jahitkan untuk mereka. Terharu rasa kan? Anak kecil tak segan pakai baju jahitan mamanya walaupun tak perfect. Itu memang satu kepuasan yang tiada nilai gantinya.
 

Hobi #2 : Cooking, Baking & decorating
Ini pun hasil korek ilmu dengan mak juga la kiranya. Saya tak pandai masak semua jenis masakan pun, tapi certain masakan memang saya suka dan puas hati sangat bila dapat buat sendiri. Bila teringin tu datang, rela baking sendiri dari beli siap/tempah. Cuma sekarang aje kurang komitmen dan keinginan nak berhobi yang satu ni sentiasa.

Pernah belajar dengan attend kelas Puan Amaruszati (Kak Zati tokey acar jutawan skrg) untuk baking and decorating cake. Lain2 banyak try and error sendiri. Kek bantat, hangus, kurang sedap dan macam2 lagi pernah dilalui. buat masa sekarang, baking tu suka lagi, tapi deco2 dah kurang dah. Nak cantik2 tempah orang aje..hehe. Tapi melihat hasil masakan kita dimakan oleh ahli keluarga, sahabat2 dan saudara mara dengan hadirnya pujian lepas tu buat diri rasa sangat puas hati tau!

 

Hobi #3 : Mengumpul bahan bacaan untuk dibaca
Seronok rasanya kalau boleh ada sudut bacaan khusus ala2 mini library gtu. So far belum ade lagi. One day pasti ia akan direalisasikan insyaAllah. Ape genre bacaan yang saya suka?
Saya suka beli majalah. Sejak jadi ibu majalah kesukaan pastinya yg berkonsepkan parenting dan kekeluargaan. Pa&Ma, ibu&anak, Mama&baby, Keluarga(sri dewi), majalah berunsur kesihatan sejak2 aktif berShaklee- iSihat, Rapi.

Saya juga suka novel. Favourite writer saya RAM-Ramlee Awang Murshid. Penulis novel berunsurkan thriller. Start baca novel koleksi RAM sejak zaman sekolah lg. Ranggau, Tombiruo dll sampai yg latest siri kisah pengembaraan dan cinta Sunan. Saya bukan kaki novel cinta sgt..klu nak baca saya suka cari kawan je nak pinjam klu novel cinta. Hehe.

Koleksi bacaan yang masih sedikit
Terbaru sejak mengenali dunia Shaklee saya terjebak dengan genre bacaan baru- motivasi, self help, buku berkonsepkan nutrisi/ilmu kesihatan. Suka sangat bila dapat spend masa ke kedai buku. Koleksi buku keluaran PTS paling banyak especially buku self-help yg telah dialih bahasa memudahkan lagi untuk saya memahaminya. Maklum la buku2 sebegini kekadang agak berat bacaannya kan? Dapat luangkan masa utk baca by chapter pun sudah cukup baik utk saya setiap minggu.

****************************************

Itu dia antara 3 hobi yang bagi saya mendatangkan kepuasan hati untuk saya bila dapat laksanakannya. Hobi en suami pula jauh beza la, dia suka berkebun, memancing dan terbaru mengumpul koleksi wang lama. Apapun perbezaan ni tidak menghalang saya dan dia meneruskan hobi masing-masing. Yang pasti saya suka hasil dari dia berkebun dan memancing. Kalau nasib baik dapat jimat belanja bahan basah utk keperluan memasak. 

So,hobi favourite korang ape pulak?

5 komen ditinggalkan:

Azline Ishak berkata...

assalam Ida..ooo ida pandai menjahit ya..lamaa teringin belajar tapi entah bila baru tertunai tapi paling seronok tengok org menjahit hehee.

Ida Iar berkata...

wslm. sket2 boleh la jahit2 tu, atas minat je.

Cik Iman berkata...

Tak pandai sangat menjahit tapi minat tu ada, cumanya hobi lebih kepada melukis :)

Mak Jemah Jual Vitamin berkata...

Mj sentiasa kagum dengan orang yang pandai menjahit..kerana MJ bab jahitan tidak berbakat..

Ida Iar berkata...

Bakat boleh diasah klu ade minat..haha. Kita pun tidak la pandai mana gak tapi sket2 bleh la. Tapi still kena beli pattern dr org.. buat pattern sdri design belum pandai lagi.