Piknik BBQ - My ITBians Shaklee Family

Alhamdulillah, 23/3/2014 yang lalu selesai sudah majlis mini yang pertama melibatkan sebahagian kecil ahli kumpulan Shaklee saya. Bukan mudah nak memastikan apa yang dirancang berjalan dengan lancarnya, pasti serba sedikit timbul perkara tak terduga. Apapun sangat bersyukur dapatkan kumpulkan dalam 9 keluarga ni pun sudah cukup memeriahkan suasana. Havoc sungguh dengan keletah anak2.

Ini yang kami cuba terapkan dalam bisnes keluarga Shaklee kami. It is not just a business...tapi melibatkan ukhwah persahabatan dan kekeluargaan juga. Sesekali have to get fun juga kan? Permulaan cycle 2014/2015 dapat bertemu mata dengan upline saya..mama Dilla Jalil dan apak Apeh Dolah serta bertemu mata dengan susur galur downline saya - ia suatu memori indah untuk dikenang. Bertukar pandangan secara bersua muka jauh bezanya dengan berhubung secara alam maya. Get personal touch dan nasihat serta pandangan untuk memajukan bisnes dan empayar kami. Bertukar-tukar cerita dan bergosip pun tak ketinggalan jua..hehe..Terima kasih sangat2 kat upline saya yang sanggup turun dari Ipoh Perak nun..bagi menjayakan majlis mini kami. Seronok sangat ber BBQ di pantai Rekreasi Balok Kuantan pada hari kejadian. Saya takmo ulas banyak..meh layan gambar aje la ye.. Tercapai hajat mak buyung ni nak buat sebelum bersalin tak lama lagi. Happy...happy..happy! Itu je boleh cakap.

Sebahagian besar keluarga Shaklee kami..ade suami2 yang tak muncul dalam gambar ni pegi simpan barang dalam kereta dah kut.

3 generasi Shaklee - From left: Nurul Aziyana & Ida Fadliza (my anak Shaklee), mama Dilla Jalil and me!

Terima hadiah main sand castle
4 generasi Shaklee bersama - Sibaju biru anak Shaklee Nurul Aziyana - Nadya
 

Anak2 riang dapat main air pantai


Ayam + Seafood BBQ

Yummy!

Main sand castle jap

Aiskrim2! makan masa cuaca panas2...Layan!!

Family upline saya - happy family together!

Antara cameraman hari kejadian

Apak Apeh Dolah sedang memberi amanat dan tips2 berharga

Hero2 Ida Ifaz

Kami ada khemah! Port untuk ibu menyusu juga..hehe

Pasangan WAHM+WAHD pertama group kami...Semoga Ziela dan suami lebih success lepas ni

Hot mama! Jaja Kamal

Hasya yang bambam!

Jom mewarna!

Color cepat kakak2..

Tak sesia khusyuk mewarna..menang hadiah pastu.




Baby2 pun enjoy sama..lawan sape tido paling lama pastu..hihi.


Sand castle




Semoga kami berkesempatan untuk buat aktiviti lebih besar lepas ni dan lebih terancang pastinya. Apapun we really enjoy this day! Penat tapi sangat berbaloi...sume orang pun happy berBBQ dan beraktiviti dengan family. Sape kata berShaklee hanya fikir bisnes semata2? kami pun tau nak berukhwah juga tau!Moh sape nak join family Shaklee kami lagi... ITB- Inspirasi Tercetus Bersama! LOVE U ALL my upline and my downlines...anak cucu cicit Shaklee ku. Tanpa kalian majlis ni takkan meriah sebegini.

HARGA PRODUK SHAKLEE : Harga Ahli vs Harga Pasaran

Fenomena bisnes Shaklee yang makin berkembang pesat membuatkan ramai pengedar Shaklee yang merungut kerana tiada penyelarasan harga dalam jualan. Berlaku perang harga antara pengedar-pengedar Shaklee sampai menimbulkan persaingan yang kurang sihat. Shaklee Malaysia sememangnya sudah menetapkan harga ahli dan harga pasaran untuk jualan pada bukan ahli. Namun masih ramai yang kurang beretika bertindak asal dapat jual sudah dengan merosakkan pasaran Shaklee dengan menjual sesuka hati harga pilihan mereka even ada yang sanggup jual dibawah harga ahli juga. Pihak Shaklee sebelum ini mungkin kurang bertegas namun sekarang tidak lagi. Operasi membanteras pengedar Shaklee yang kurang beretika dalam proses jual-beli sedang giat dilaksanakan. Keahlian Shaklee akan ditamatkan bagi sesiapa yang melanggar peraturan Shaklee yang baru ini. So...lepas ni tak perlu lagi nak membuat tawaran harga dengan pengedar Shaklee. Apa yang terpapar sebagai harga pasaran itu lah harga yang perlu dibayar oleh mereka yang belum berdaftar sebagai ahli. Nak lebih penjimatan?? Berdaftar aje sebagai ahli...banyak kelebihan yang boleh anda perolehi. Tak semestinya nak jadi pengedar sahaja anda perlu berdaftar. Nak makan untuk diri sendiri pun sangat-sangat digalakan. Jauh lebih jimat!



Tindakan diambil oleh pihak Shaklee Malaysia ini dilihat sangat membantu para pengedar Shaklee yang cuba berniaga dengan penuh beretika, disamping mengekalkan keistimewaan untuk semua ahli Shaklee dan pengedarnya yang sah. Hilanglah keistimewaan sebagai ahli Shaklee sekiranya yang belum berdaftar pun boleh menikmati harga ahli malah ada yang berani menjual dibawah harga ahli lagi. Kekadang saya terfikir juga, dimanakah konsep berniaga yang diamalkan itu? Shaklee sudah pun menetapkan setiap ahli/pengedarnya berhak menerima keuntungan dan penjimatan dalam lingkungan 20%-30% dari harga pasaran. Bukan lah satu margin keuntungan yang melampau jika difikirkan. Orang berniaga ada margin keuntungan yang perlu diperolehi..baru lah konsep berniaga itu berjaya. Klu tidak, bukan berniaga namanya.

Berbaloikah menjadi ahli Shaklee?

Ya! Sangat berbaloi jika anda sememangnya pengguna Shaklee.
Untuk menjadi ahli Shaklee hanya dengan serendah pendaftaran keahlian RM65 sahaja untuk SEUMUR HIDUP! Ya! Tak perlu membaharui keahlian setiap tahun seperti dulu lagi. Jika anda sign up keahlian dengan mana-mana pusat jualan seperti Jusco/ Cosway / Anakku dan lain-lain lagi pun..pastinya anda perlu membaharui keahlian setiap satu@ dua tahun kan? Even lesen kenderaan pun kena renew juga dengan bayaran tertentu. Dengan Shaklee semuanya tiada lagi! Daftar sekali sahaja. Tambahan postage untuk kit keahlian RM10 utk semenanjung dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak.

Ada perbezaan hargakah bagi setiap ahli Shaklee mengikut pangkat (rank) atau negeri?

TIDAK! Sesuatu yang sangat saya suka dengan bisnes Shaklee adalah konsep sama rata yang diamalkan. Shaklee merupakan bisnes yang ada turutan pangkat juga dalamnya. Bermula sebagai distributor/pengedar biasa sehinggalah pangkat tertinggi Master Coordinator. Namun yang bagusnya...setiap ahli tak kira di pangkat mana pun anda berada harga setiap produk adalah SAMA! Semua ahli menikmati harga yang sama. Tiada percentage yang berbeza! Maka keuntungan retail adalah sama bagi setiap orang. Jika sebelum ini harga produk di Semenanjung dan Sabah/Sarawak berbeza.. Namun mulai Februari 2014, Shaklee telah menyelaraskan harga. Setiap rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai ahli Shaklee berhak menikmati harga yang sama kini. Cuma postage sahaja masih berbeza..Padanlah kut nak ke seberang Sabah Sarawak kena naik 'belon' kan? Hehe.. Itu pun sangat minima sahaja. RM10 untuk penghantaran dalam Semenanjung dan RM20 di Sabah Sarawak. Betapa pihak Shaklee Malaysia sedaya upaya memberi yang terbaik untuk setiap ahlinya walau diceruk mana dalam Malaysia ini anda berada.

Yang lagi bagusnya.. kalau anda  nak menikmati penghantaran PERCUMA pun boleh! YES! NO COST for DELIVERY- sekiranya jumlah pembelian dalam Semenanjung melebihi RM800/ Sabah Sarawak melebihi RM1000. Wahhh...lagi banyak berbelanja  ada lagi penjimatan yang Shaklee nak bagi tu.

Saya sangat menyetujui tindakan yang diambil oleh pihak Shaklee ini. Ini kerana Shaklee mempunyai pelan pemasaran yang sudah cukup bagus, produk yang cukup berkualiti tinggi, dengan kelulusan KKM dan sijil halal, dengan kajian2 yang dijalankan keatas produk-produknya. Penyelarasan yang dibuat sudah pastinya bertujuan untuk meningkatkan lagi martabat produk Shaklee itu sendiri. These products not 'cikai2 punye produk'. Kebanyakan produk Shaklee tidaklah mahal seperti yang di sangka. Saya ambil contoh Vitalea, dengan harga RM88 untuk 120 biji pil multivitamin itu. Sebotol Vitalea boleh digunakan untuk 2-4 bulan kegunaan seorang individu. Jika RM88/2 bulan..kos bulanan hanya RM44 sahaja sebotol. Jika guna untuk 4 bulan - RM88/4 cuma RM22 sahaja sebulan. Anda boleh buat perbandingan dengan mana2 suplemen multivitamin di farmasi2, ianya sudah dikira cukup murah bila dibandingkan dengan kualiti produknya yang tinggi. Anda nak lebih penjimatan dari harga pasaran tersebut?? Berdaftar sebagai ahli dan anda menikmati penjimatan 20-30% lagi.

Saya dulu pun awal2 terjebak jadi ahli Shaklee sebab fikir senang nak beli sendiri - dah confirm tak perlu survey harga lagi saya dah dapat harga terbaik pastinya. Bila dah serius berniaga pula, saya nikmati lebih penjimatan. Keperluan suplemen saya dan keluarga setiap bulan hasil dari bonus dan keuntungan yang saya perolehi dari jualan bulanan. Tak perlu kuar duit belanja lain lagi dari gaji saya seperti sebelum ni. Malahan kini banyak lagi faedah2 lain telah saya dapat melalui berShaklee! Pelbagai ilmu dan lebih ramai sahabat juga saya perolehi.

Anda nak jadi pengguna yang bijak?? Daftarkan diri hari ini!
Boleh hubungi saya (Norlida) melalui :
SMS/Whatsapp 013-9230280