Mascel Azrin & Azmie - Kenangan first time join Mascel.

Salam buat pembaca blog yg sudi singgah ke sini.

Dalam mode bed rest sbnrnya mlm ni.. Sebab dah terover aktif sket since smlm. Pinggang jadi sakit melampau tambah2 bila baby dah mengeras je kejap2. Mata tak mampu nak lelap jadinya buat je satu entri sblm tdo ni.

Nak share byk gambar pun tak byk yg dpt saya snap sepanjang majlis hari ni. Nanti saya cilok gambar org lain snap je la sbgai kenangan. Takleh sakan sangat bergerak satu hal dah hari ni..

Sepanjang penglibatan saya dalam Shaklee dah berapa byk Mascel @ Master Coordinator Celebration dh dibuat oleh pihak Shaklee dlm meraikan lahirnya ramai Master2 baru Shaklee. Especially dari group Jutawan yg dinaungi oleh PM Cery MamaFaiz. Namun baru hari ni saya berkesempatan nak join event yang grand dan sgt2 mengujakan ni.


Hasrat hati nak join hadir yang Mascel Master Wan Fatihanum dari group iReach juga pagi tadi di lokasi yang sama - Pullman Putrajaya, namun lps sarapan kami decide naik bilik get some rest sket lagi.. Tak cukup tdo sebab sampai Pullman jam 1 pagi lebih kurg, lepas 3jam+ perjalanan dari Kuantan semalam. Sampai pun tak dpt terus tdo gak.. Dah mmg gini la sejak2 kehamilan cecah 35weeks ni. Klu tdo pun tak lena la.

So sementara dlm bilik buat ulang tyg video yg kononnya nak kasi surprise sama nanny Shaklee saya ni masa majlis Mascel nye ptg td. Dah puas hati bagi kat staff Shaklee utk discuss bila nak tayang pulak. Settle hal tu turun makan, dan naik kembali ke dewan jam 3 lebih kurg. Sekali nampak En badut buat belon pulak anak2 ku..
Terus excited tggu nak belon jugak.

Sempat bergambar seketika dgn Master Azrin sebelum dia melangkah masuk lepas tu. Ehh gambar takleh rotate plak. Cantik nanny Shaklee saya kan? Seronok tengok orang bersanding lagi di majlis meraikan mereka ni.. Pasang impian saya pula akan di pentas itu dan diraikan akan datang.


Dah masuk lambat husband ckp duk blkg la senang.. Klu anak2 nak bising taklah menganggu org yg nak berucap kat depan sana.. Akur aje la kan. Bila dah start ucapan satu persatu dari upline2 Master Azrin dan GM Shaklee.. So sampai masa tayang video dedikasi dari warga OSF utk master kesayangan kami ni.



Acara paling best bila part sharing story dari Master Azrin sdri.. Something that yang amat ditunggu2 la sebenarnya sepanjang majlis ni. Sangat memberi inspirasi dan saya berharap saya juga akan kuat seperti Mama Azrin utk saya melangkah keluar dari zon selesa saya skrg ni. Sungguh saya katakan... Memang betul kata ramai teman2 yg selalu attend Mascel lain2 sebelum ni. Mascel adalah satu acara dan majlis utk kita serap caj2 positif berganda dari org2 yang telah berjaya harungi susah payah mereka utk sampai ke puncak Master Coordinator. Beruntunglah siapa yang selalu dpt luangkan masa join majlis hebat ni sebab setiap Master yg lahir punye aura tersendiri..and of course they have their own unique stories. So byk perkara boleh dikutip spnjg event hebat ni.

At 35 weeks pregnant saya mmg tak suka sgt jalan jauh2 takut jugak timbul perkara tak diduga. Tapi demi Mascel nenek Shaklee saya ni..saya redah perjalanan 3jam+ utk sampai dari Kuantan ke Pullman Putrajaya. Saya nak dengar secara live pengalaman dan kisah sebalik tabir kejayaan beliau.. Memang sangat teruja la. Tak sia2 perjalanan saya, tak sia2 sakit sementara saya alami ni. Soon menantikan Mascel Mama dan anak Shaklee saya pula. Giliran saya?? Kena bulatkan matlamat dl bila sbnrnye saya nak naik Master. Semoga cycle ni membantu utk saya lebih cemerlang mengurus kerjaya dan empayar Shaklee saya.

**Tak sempat nak publish semalam dah boleh terlelap pula..haha. Mula2 tak ngantuk..penawar tdo, berblogging thru HP sambil baring...lama2 lelap juga.

Anda berisiko mendapat kencing manis atau diabetes sewaktu mengandung?

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Lama tak buat entri baru, harini luangkan sedikit masa nak berblog. Akhir-akhir ni selalu juga saya dihujani pertanyaan tentang masalah kencing manis@diabetes ketika hamil. Atau nama singkatan yang glamor iaitu GDM (Gestational Diabetes Mellitus a.k.a Diabetes Gestasi) Saya merupakan salah seorang ibu yang pernah melalui situasi ini sewaktu kehamilan pertama saya dahulu. Saya didiagnos sebagai GDM mommy ketika kehamilan berusia 28 minggu ketika itu, selepas bacaan gula dalam darah ketika ujian OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) melebihi tahap normal yang sepatutnya. So sedikit sebanyak saya akan cuba berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya tentang masalah kecing manis/diabetes sewaktu kehamilan dalam entri kali ni.




Apa penyebab masalah kencing manis ketika hamil/GDM ini?
*Diabetes gestasi adalah keadaan yang dicirikan oleh paras glukosa darah tinggi ditemui semasa mengandung.  Diabetes gestasi adalah hasil daripada perubahan hormon yang berlaku dalam semua wanita semasa mengandung. Keadaan ini berlaku pada kira-kira 4% daripada semua kehamilan. Peningkatan paras hormon tertentu yang terhasil dalam plasenta (organ yang menghubungkan bayi dengan tali pusat untuk rahim dan pemindahan nutrien daripada ibu kepada bayi) mengganggu keupayaan insulin untuk menguruskan glukosa. Keadaan ini dipanggil "rintangan insulin.

*Ketika plasenta membesar semasa hamil, ia menghasilkan lebih hormon dan peningkatan rintangan insulin. Biasanya pankreas ibu mampu menghasilkan insulin lebih (kira-kira tiga kali jumlah yang biasa) untuk mengatasi rintangan insulin. Namun terdapat situasi jika pankreas tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup untuk mengatasi kesan hormon yang meningkat semasa mengandung, paras glukosa akan meningkat, menyebabkan diabetes kehamilan terjadi.

*Ujian diabetes gestasi (OGTT) biasanya dilakukan di antara masa 24 dan 28 minggu kehamilan. Jika anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk penyakit kencing manis, doktor anda mungkin mencadangkan bahawa ujian dilakukan pada awal kehamilan lagi. Jika anda telah disahkan menghidap diabetes gestasi, anda akan perlu diuji enam hingga 12 minggu selepas melahirkan anak untuk melihat sama ada kencing manis masih ada atau tidak. Biasanya ketika bawa bayi checkup untuk bulan pertama mungkin kita kena ulangi ujian ni. Kalau bacaan gula dalam darah anda normal, maka sah anda hanya mengidap kencing manis sewaktu kehamilan sahaja. Namun anda tetap berisiko untuk mendapat kencing manis (type 2) untuk jangka masa panjang atau kehamilan seterusnya jika tidak menitik beratkan soal penjagaan kesihatan dan pemilihan makanan yang bersesuaian.
  
**************************************************

*Kalau cerita tentang penyebab awal kencing manis yang saya alami dulu...penyebab utama yang boleh saya katakan adalah kerana saya tidak mengawal pemakanan saya..Saya sangat cenderung dengan makanan manis seperti kek chocolate moist dan apa jua jenis manisan masa tu.

Buah-buah yang tinggi kandungan gula seperti anggur memang favourite juga semasa kandungan dah mencecah 6 bulan ke atas. Akibatnya bila berat badan naik mendadak (3-4 kg dalam satu bulan tu) masa kehamilan bulan ke 6 dan ke 7 kenalah buat prosedur MOGTT. Masa tu sejarah keluarga takde yang kena diabetes lagi. Bacaan 2 jam selepas MOGTT saya dulu adalah 8.3 mmol / L. Memang lebih dari kadar normal 7.0 mmol/L la kan. Dah kantoi GDM bermula episod prosedur BSP pulak. Yang ni saya cerita lain kali ye. 

So peringatan buat ibu-ibu mengandung...memang seronok bila dah ada selera makan tapi pandai-pandai la kawal pemakanan juga ye..walaupun macam susah je nak control nafsu makan tu kan? hehe...Semua benda craving aje masa tu. 2-4% ibu-ibu berpotensi nak kena GDM ni. Kira nasibla ye kalau terkena macam saya juga. Sapa suh tak beringat bab makan kan?


**************************************************

 
Siapa yang berisiko mendapat masalah kencing manis ketika hamil/GDM ini?
Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:

  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar (macrosomia) dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi


Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 

Apa tujuan OGTT (Oral Glucose Tolerance Test)?*
Untuk mengukur keupayaan badan menggunakan sejenis gula, yang dipanggil glukosa, iaitu sumber utama  tenaga badan kita. Ujian OGTT boleh digunakan untuk mendiagnosis prediabetes dan diabetes. 

Berapakah bacaan normal dan bacaan yang didiagnos sebagai diabetes selepas OGTT dilakukan?  
Hemoglobin A1c (HbA1c) = 6.5%  
Glukosa plasma puasa => 126 mg / dL (7.0 mmol / L)  
Tahap glukosa plasma 2 jam = 200 mg / dL (11.1 mmol / L) semasa 75-g OGTT 
Tahap glukosa plasma rawak = 200 mg / dL (11.1 mmol / l) dalam pesakit dengan gejala klasik 
 hiperglisemia atau krisis hyperglycemic

********************************************************


Perkara yang bermain difikiran bila sekali pregnant dah kena GDM.."Apakah saya akan mengalaminya lagi untuk kehamilan seterusnya?"
*Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...haha apa punya peribahasa daaa...

Menurut doktor/dietitian yang saya dah jumpa sebelum-sebelum ni selepas kes GDM pertama saya tu katanya, next pregnancy akan berisiko tinggi berulang kes sama jika sepanjang kena GDM tu anda dah sampai tahap kena amik cucuk insulin tambahan sebab ketidakupayaan pankreas nak menghasilkan insulin semulajadi dari badan. Yang ni risiko untuk mendapat diabetes type 2 selepas dari kehamilan pun lebih tinggi.
Tapi jika berjaya mengurangkan simptom diabetes dan mampu kawal kandungan gula dengan pemantauan melalui prosedur BSP tu melalui diet control aje..insyaAllah risiko tetap ada cuma kadang-kadang nasib baik tak berulang dan tak berterusan.

Kalau pengalaman saya pula..First pregnancy saya ade GDM diusia kehamilan ke 28 minggu baru dikesan. Untuk second pregnancy saya memang giler control diet juga..saya kurang dengan makanan/minuman manis.. ikut betul2 saranan pemakanan..sampai terkurang makan pun ye kut..baby kedua lahir lebih kecil sedikit dari yang first tu. Dan sekarang baby yang ketiga dalam kandungan hampir mencecah 33 minggu sudah.. Saya terlambat sikit mengulangi prosedur MOGTT pada minggu ke 28 tu..saya sibuk apa tah sampai lupa sangat ...delay sampai 3 minggu..buat juga MOGTT pada minggu ke 31. Malangnya duk pulun makanan manis tak igt dunia saya ni walau dah tahu nak kena buat MOGTT tu..almost 2-3x seminggu saya pulun 2 slices kek Secret Recipe setiap kali makan kat sana. Dapat kek je pun tak pe dah..I love cakes so much!! Haha..Craving sungguh...langsung saya lupakan kembali diet saya yang penah saya control awal pregnant aritu. Bayangkan saya awal2 dulu buat tak pandang je Anis Moist Choc Cake yang sedapp tu... Cheese cake meleleh yang orang duk promote pun saya buat pandang tak pandang je walaupun orang duk ghairah promote merata2 sekarang.

Tapi saya dah kalah dengan kek SR..adoiiii..abis diet sugar control saya! Implikasinya...walau amik suplemen (kadang2 tak konsisten gak saya ni sejak busy2 lately)plus pulak tak control makan..MOGTT last week mengesahkan saya ada GDM lagi untuk pregnanncy kali ke 3 ni. baru aje tau semalam lepas pihak Klinik call nak maklumkan suh datang utk buat BSP nnt. Haihh...saya berdebor plak..bukan takut baby over besar..bukan takut kena cucuk darah buat BSP.. tapi takut kena paksa bersalin awal. Kena induce! So..right now nak makan manis masih boleh..tapi saya yang kena pandai kawal byk mana aje. Tapi baru je gatal tangan order kek lapis Sarawak dengan kawan..Acaner tu? Takpe..mkn sket cukup yang lain bagi orang je..bagi lepas craving dah ye. nanti klu kena berpantang bersalin lagi terbayang2 payah jugak kan? haha..Ayat nak sedapkan hati betul.

Memandangkan Shaklee ada beberapa jenis suplemen yang boleh membantu mengawal kandungan gula dalam darah sepanjang mengandung ni..maka saya kenalah lebih konsisten dan tambah apa yang patut plak lepas ni. More details untuk suplemen Shaklee yang boleh membantu mengawal kandungan gula dalam darah nanti saya share dalam entri lain ye. Moga bacaan BSP saya adalah dalam lingkungan normal bilamana saya mula mengawal diet saya dan lebih konsisten dengan suplemen yang bersesuaian juga.

**Moralnya: Suplemen hanya membantu kalau kita buat apa yang patut... Control Diet! Sebab suplemen Shaklee bukan ubat yang boleh merawat dan menyembuhkan penyakit2 yang ada ye. InsyaAllah saya yakin saya akan dapat bacaan yang normal sepanjang BSP nnt bila saya konsisten dengan jadual pengambilan suplemen dan diet control yang sesuai untuk ibu GDM.


Pengedar Shaklee di Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Beberapa hari ni keje nak update entri blog just nak perkenalkan beberapa pengedar Shaklee dalam networking saya aje..hehe. Maybe ade yang masih mencari-cari pengedar Shaklee berdekatan dengan anda untuk senang dapatkan produk. Maklum lah ragam manusia macam-macam, ada yang suka shopping online, ada yang lebih suka dapat belek2 produk Shaklee depan mata mereka sebelum serahkan duit untuk pembelian. Ada yang memang cari dekat supaya senang nak jumpa minta consultation depan2. So sekiranya anda mencari pengedar Shaklee di area Kuala Lumpur atau saya spesifikkan sikit lagi kawasannya sekitar Setiawangsa, Setapak, Danau Kota, Taman Melawati atau yang berhampiran, jangan segan silu hubungi pengedar Shaklee anda yang berikut - Puan Zawiah a.k.a Puan Vza nama panggilan manjanya.


Jangan cuba nak ngorat lebih2 haa..ni ibu anak tiga dah tau! Masih cun dan comel molek sungguh orangnya. Mengamalkan produk Shaklee semasa proses penyusuan anaknya yang ketiga ni. Alhamdulillah berjaya meneruskan penyusuan susu ibu melebihi tempoh setahu dah. So klu nak nampak ceria bertenaga macam Puan Vza kita ni..boleh contact beliau untuk dapatkan produk Shaklee yang anda mahu. So sesiapa area KL yang berdekatan di tempat saya nyatakan tadi boleh la anda hubungi beliau seperti berikut:

Sms/ Whatsapp : 019-3199445
COD Shaklee area KL:
 Setiawangsa, Danau Kota, Taman Melawati, Keramat dan sekitarnya.


Anda pun nak tersenarai sebagai sebahagian keluarga Shaklee kami? Jangan segan silu contact saya mahupun pengedar dalam jaringan saya ni. Kalau sekadar nak jadi ahli untuk menikmati harga istimewa sebagai ahli dengan membeli produk yang nak dimakan sendiri dan keluarga sahaja pun anda dialu-alukan. Tak semua yang jadi ahli wajib berniaga dan menjadi pengedar tetap Shaklee. Tapi kalau anda serius nak berjaya dengan Shaklee kami akan tunjukkan jalan.. Tak kira dimana anda berada, kita boleh bantu jika anda benar-benar mahu. Terpulang pada pilihan anda. Sign up keahlian dengan bayaran RM 65 seumur hidup sahaja. (tambahan postage rm10/rm20 berdasarkan tempat sekiranya kit keahlian perlu dipos)
Boleh isi maklumat anda DI SINI dan kami akan hubungi anda kembali untuk proses pendaftaran keahlian/pembayaran.

Pengedar Shaklee di sekitar Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Kerteh

Assalamualaikum..

Buat mereka yang mencari pengedar Shaklee di sekitar Terengganu, anda tidak perlu risau..kami mempunyai beberapa orang pengedar Shaklee yang sedia membantu anda mendapatkan produk Shaklee pilihan anda.



Di sekitar Kemaman (TATI), Kerteh:

boleh hubungi Puan Adiimah-
Hp. no: 012-9522725
 

Anda ingin menyertai keluarga Shaklee kami dan berminat untuk menjadi pengedar Shaklee yang sah serta dapat menikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee juga? Jangan segan untuk berhubung dengan kami ye. Kami memerlukan lebih ramai lagi jaringan pengedar Shaklee supaya lebih mudah untuk setiap orang menikmati kebaikan produk ini.

Isi maklumat yang diperlukan DI SINI dan kami akan menghubungi anda kembali untuk proses pendaftaran dan pembayaran keahlian.