5 Jenis Selendang Terkini Pilihan Wanita




Seperti fesyen baju yang sering berubah-ubah dan berkembang, fesyen selendang juga sering mendapat perhatian para penggemar fesyen Muslimah. Jika dahulu, fesyen tudung bawal dan tudung Syria pernah menjadi kegemaran ramai wanita bertudung, diikuti pula dengan fesyen tudung glitter shawl dan banyak lagi. Untuk tahun 2015 ini,  boleh dikatakan bahawa rata-rata rekaan selendang terkini yang baru adalah lebih ringkas dan praktikal

Saya sekarang pun dah terjebak dengan trend selendang @ shawl yang pelbagai sekarang ni. Hihihi.. Dulu konon-konon rasa tak sesuai bershawl sebab takut muka nampak bulat, tapi kreatif kan pencipta trend shawl sekarang ni, yang muka bulat pun boleh nampak tirus kalau pandai gayakan style yang ada.

 
 1. Instant Shawl
Fesyen selendang yang paling trending dan paling mendapat perhatian ramai wanita bertudung adalah tudung jenis ‘instant shawl’. Dan yang paling menarik mengenai pemakaian tudung ini adalah, anda tidak perlu menggunakan sebarang brooch atau pin tudung. Hanya sarung dan siap!  
Instant shawl macam ni memang pilihan hati saya, lagi-lagi bila dah ada anak 3 ni. Nak cepat dan mudah pakai tanpa perlu fikir pin sana-sini tapi still nampak bergaya dan trendy!



  1. Ombre Shawl
Bukan ombre shawl sahaja yang tengah trending, malah ombre jeans, ombre shirts dan ombre shoes juga sedang menjadi kegilaan ramai khususnya golongan muda. Ombre atau dengan kata lain corak abstrak dengan gabungan beberapa tona warna. 

Yang style ombre shawl ni pun memikat hati nak gayakan, sebab ia bertona warna. So tak la rasa plain sangat kan? Boleh match dengan baju plain color mahupun bercorak juga. Wahh...menyerlah gitu!



  1. Selendang Hood
Still, selendang hood tetap menjadi pilihan ramai wanita bertudung. Ia merupakan jenis tudung yang paling selesa dan mudah dipakai. Hanya sarungkan inner di bahagian dalam, anda hanya perlu memakai selendang hood dengan begitu mudah sekali.

Haa...kalau kalian perasan jenis selendang hood ni biasa tengok artis-artis suka gayakan betul tak? macam Dato' Siti, Emma Maembong dan beberapa lagi individu lain yang pernah saya tengok pakai. Cuma saya aje belum ade koleksi shawl camni. Hmm.. maybe boleh try satu klu kena dengan outfit yang dipakai.


  1. Satin Shawl
Kini terdapat juga tudung bawal satin dalam pelbagai pilihan warna. Apa yang digemari mengenai satin shawl adalah, tudung jenis ini boleh menjadikan si pemakai tampak lebih elegan dan classy. 
 Saya selalu sangat perhatikan dikalangan teman-teman saya, diorang prefer pakai shawl satin or berkilau 'shining2' camni masa pergi dinner or majlis special. Feeling so elegant you! Betul kan? hehe... Saya baru ade satu satin shawl dalam koleksi saya. Nak pergi National Convention Shaklee nanti harus saya beli satu yang nampak elegan dan classy begini. Baru terasa lebih menyerlah di pentas NC.hihihi...



  1. Printed Shawl
Dan yang terakhir sekali pastinya selendang bercorak yang sesuai anda gayakan bersama pakaian formal mahupun jeans dan t-shirt! 
Memang sangat sesuai buat pakai harian kalau camni, lagi-lagi bila kita gayakan dengan pakaian santai.  Kalau pakaian formal kena match dengan plain color punya baju. Memang perfect match la!

So, nanti belek-belek la koleksi selendang korang ada. Dah cukup banyak belum? Kalau belum ada walau satu kira belum terjebak trend selendang@shawl terkini lagi la tu.. So nak pastikan korang-korang still intrend dengan style Muslimah sekarang, haa...ape kata spend masa cuci mata tengok selendang terkini kat Zalora.

Mahal tak selendang??

Ehh..kalau korang nak tau, shawl ni ade banyak versi harga tau. Tak semua shawl mahal2..yang elegan dan bergaya of course la pricey sket tapi dalam koleksi saya pun mostly start RM15 aje. Koleksi selendang terkini kat Zalora pun ada yang semurah RM15 tapi nampak cantik bergaya tau!

Murah, berbaloi dan bergaya! Semua wanita pun suka kan?







Syoknya main gameboard MASTERIA setanding main gameboard Monopoly mahupun Saidina!

Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamalutfi..yang masih setia berkunjung ke blog yang dah agak lama tiada pengisian entri baru..tapi Alhamdulillah masih menerima kunjungan tak putus setiap hari.

Hari ni saya amik peluang nak berkongsi sedikit cerita mengenai gameboards baru yang ada kat umah kami.. MASTERIA hasil ilham Master Hadhatina MKB dan Supermom. Apa yang menarik dan syok sangat dengan games ni? Boleh tonton video testimoni dari mereka yang dah pernah bermain dengan game MASTERIA ni sewaktu pra-pelancaran Masteria pada bulan Mac yang lalu.



Disebabkan keterujaan saya mendengar review mereka ni maka saya pun dah beli satu gameboard Masteria ni untuk dimain bersama dirumah. Serius memang sangat menarik untuk dimiliki oleh mereka yang bergelar pengedar Shaklee khasnya. Dengan bermain game Masteria ini, kita sebagai pengedar Shaklee akan mendapat gambaran perjalanan yang harus dilalui dalam menempuh pangkat tertinggi dalam Shaklee yang memang idaman semua pengedar Shaklee yang serius nak berjaya iaitu rank MASTER.

Pada pandangan saya, Master Hadhatina telah berjaya menghasilkan games pertama dalam dunia biz Shaklee yang membantu memberi gambaran apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dihindari dalam mengejar kejayaan sebagai seorang Master Shaklee. Memang sangat sesuai  untuk dijadikan bahan coaching pada downline-downline yang baru mahupun dah lama berada dalam dunia biz Shaklee.

Seperti mana gameboard Monopoly mahupun Saidina yang berkonsepkan pemain harus membuat percaturan yang tepat supaya dapat lebih untung dan mengurangkan risiko kerugian, begitu juga gameboard Masteria ini. Namun ada yang specialnya pada gameboard ini, iaitu ia mempunyai ruang COMFORT ZONE! Dalam dunia sebenar seorang pengedar Shaklee istilah Comfort Zone adalah sesuatu yang patut anda beri perhatian. Terjebak dalam Comfort Zone akan membuatkan kita lambat menuju ke puncak kejayaan apatah lagi nak bergelar sebagai seorang MASTER SHAKLEE! Hohoho... memang tepat toing! toing! atas batang hidung sendiri plak rasa terkena pada saya sendiri. Buat2 tak sedar yang diri sendri dalam comfort zone plak. Bila dah main gameboard Masteria ni memang saya nampak banyak kelemahan dan comfort zone yang nak kena keluar tu.


Berdasarkan pengalaman saya sendiri main games ni dengan anak-anak, memang seronok. Bermain dengan downlines atau sidelines bisnes anda juga pasti lebih menyeronokkan. Ada aktiviti santai boleh dilakukan dalam memperolehi ilmu tentang bisnes Shaklee melalui gameboard Masteria ini. Meluangkan masa dengan anak-anak kecil saya dirumah sedikit sebanyak saya tidak meminggirkan mereka tatkala berfikir tentang mencari ilmu bisnes ini. Anak-anak jadi excited bila mereka mula mendapat rentak dalam games. Mungkin ini langkah awal untuk saya mendidik mereka tentang perjalanan bisnes Shaklee keluarga kami.


Muka bangga Lutfi dapat menang Masteria kalahkan mama nya.


So kalau anda seorang pengedar Shaklee yang masih tertanya-tanya lagi dan masih tak tentu hala tuju dalam bisnes Shaklee ini, saya sangat menyarankan kalian juga memiliki set gameboard Masteria ini.
Kenapa anda perlu memilikinya? Jom dengar kata-kata founder gameboard Masteria dalam video di bawah ini, Master Hadhatina dan master MKB.


Kalau belum jadi ahli Shaklee tapi saja2 suka nak mencuba bermain game ala2 Monopoly dan Saidina tapi yang lebih menarik lagi dari yang biasa tu..haaa...anda pun boleh beli juga tau! Takde syarat kena jadi ahli Shaklee dulu baru boleh beli. Tapi lagi bagus jika yang beli adalah pengedar Shaklee yang sedang berusaha membina dan mengembangkan bisnes Shaklee anda. banyak ilmu dapat anda pelajari sepanjang bermain games ini.

Promosi dari pihak Supermom sempena Hari Guru baru2 ini sehingga 31 Mei 2015 ini, setiap pembelian gameboard Masteria akan diberi kos pengeposan secara PERCUMA! 

Bayar harga gameboard aje sejumlah RM100. Berbaloi ke beli dengan harga begitu? Serius!! anda takkan rasa rugi jika anda betul2 manfaatkannya dan ambil ilmu yang dapat dipelajari dari games tersebut. Berminat nak membeli gameboard ini, anda boleh hubungi saya juga untuk mendapatkannya.