Peace & Calming : I love this Essential oil effect...awesome!


Ada anak3 yang super aktif dirumah disaat saya memerlukan sedikit ketenangan untuk berehat selepas balik kerja, kadang2 memang mencetus perasaan stress dan mood swings la jugak. Korang paham kan feeling nak relax tapi terbantut sebab surrounding masa tu memang tak rasa aman sangat. huhu...




Nak dimarah dan diamuk selalu rasa macam kejam sgt tapi tu la kdg2 terlepas jugak buat gtu ðŸ˜¢ðŸ˜¢.. budak2 tgh membesar mmg la aktif kan? Macam la aku dulu baik sgt kecik2 dulu..😂😂 Rumah riuh rendah dengan suara dan telatah anak2 itu suatu yang harus dihargai nikmatnya.

Namun saya akui saya ni bukan la perfect mom sgt. Ada hari menyinga jugak la dengan aktiviti2 anak yg bikin mama rasa aduii.. kena Istighfar byk2 utk menanganinya. 

Klu makan B complex tu harus kena telan extra dose dl sebelum balik kerja tau. Lagi2 kalau hari husband kerja shift malam. Mmg dah confirm sendiri kena handle anak2 dirumah lepas kerja.

Dalam duk fikir apa ke cara lagi nak buat nak bantu diri sendiri jugak ni handle stress..ade baca pasal EO yg geng jemah share story.. maka pastu berjinak2 la pulak dengan EO Peace & Calming ni. Byk2 list EO ade tapi rasa nak try yg ni..tah la nape. Haha.. sebab nama dia kut. PEACE & CALMING.

Alhamdulillah EO ni membantu jugak la skrg ni untuk mamanye ni handle anak 3 yg tgh aktif tu. Sebab saya bukan guna just utk diri sendiri je tapi kasi calit2 buat urut anak2 dan titik dlm air mandian anak2 jugak. 

Nmpk la terkawal sket tahap keaktifan dorg bertiga. Mama plak dah boleh control sket tahap menyinga skrg. Yang ketara tidur anak2 nampak lebih lena sket la hari2 yg pakai EO ni sblm tido dorg. 

 
Some of Peace & calming EO benefits

Alhamdulillah Allah bagi jumpa benda yg bagus juga utk penyelesaian mslh dulu. Weekend baru ni masa balik kampung kat Trg sama2 dengan anak tiga org ni (sebab husband keje) pun mama tak lupa sapu2 sket kat dorg. Minta doa tu tak dilupa..moga Allah mudahkan perjalanan kami, anak2 tak wat tantrum dlm kete masa mama drive.

So far utk perjalanan yg memakan masa 3 jam ke bawah dgn anak bertiga ni dah pass. Dorg tdo lena slps stgh jam perjalanan.. mama pula tak la sampai ngantuk jugak..just feeling drive dengan penuh PEACE & CALM aje la.haha..

I think i really love this EO effect. Tak sesia mama cuba beli dulu yg ni. Thanks Yani helping me out choosing this EO. I likeee.

Pengedar Shaklee di Muadzam Shah, Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ni Ida nak kenalkan salah seorang pengedar Shaklee dibawah group Ida yang berada di Muadzam Shah, Pahang yang lebih dikenali dengan nama Iela @ Ummu Fayyadh. Iela merupakan Pengedar Shaklee dengan ID :911749.




Iela bukan sahaja pengedar produk Shaklee, malahan dia dan keluarga juga merupakan pengguna produk Shaklee juga. Maka boleh la anda yang berdekatan menghubungi beliau untuk membeli dan mendapatkan konsultasi secara terus juga.

So, untuk anda yang berada di sekitar Muadzam Shah Pahang boleh juga membeli barangan Shaklee melalui beliau juga. Kalau luar dari kawasan Muadzam Shah? Pun boleh order tapi kena pos2 la kan? Yang nak COD area Muadzam Shah atau lebih spesifik lagi yang berada dalam kawasan Politeknik Muadzam Shah boleh berurusan terus dengan beliau ye.

Iela merupakan surirumah yang bijak mengambil peluang membina bisnes sambilan walau dari rumah sahaja. Sambil-sambil uruskan keluarga di rumah sambil-sambil berbisnes juga. Jika anda juga berminat untuk menjadi ahli Shaklee, jangan lupa daftarkan diri dengan beliau dan jom sama-sama kita berbisnes dan mengembangkan tahap income anda juga.

Bagaimana nak menghubungi Iela @ Ummu Fayyadh di Muadzam Shah?



Puan Fazila (Iela @ Ummu Fayyadh)
SMS // WHATSSAP :0129088753
Blog : http://byummufayyadh.blogspot.my/
FB Page : Kongsi Tips Sihat
IG :  @ummicare_dotcom 


Bagaimana nak berdaftar sebagai ahli Shaklee dan menjadi pengedar sah Shaklee?

Klik SINI.

Berat Badan Turun 5.9kg Selepas Amalkan Set Detox Shaklee Dalam 7 Hari!

Assalamualaikum,

Hari ni Ida nak sharekan salah satu testimoni pengguna Set Detox Shaklee. Ramai dah sebenarnya yang dapat manfaat diluar jangkaan mereka apabila mula menggunakan Set Detox Shaklee dan mengikuti cadangan Meal Plan Detox yang disarankan.

Jom baca kisah kejayaan pengguna Set Detox Shaklee kali ni.

 BERAT BADAN TURUN SEBANYAK 5.9KG SELEPAS AMALKAN SET DETOKS SHAKLEE



Saya Hairus.

Saya ada masalah backpain yang agak teruk.

Pada tahun 2011, saya mengalami sakit yang paling dasyat hingga saya tak boleh berdiri dan telah menjalani surgery untuk masalah backpain saya ni. Doktor nasihatkan saya untuk buat fisio dan juga turunkan berat badan.




Akhir-akhir ini saya telah mengalami masalah backpain lagi disebabkan berat badan yang semakin meningkat. Sakit sehingga saya rasa seperti mahu terduduk. Melihatkan ini, isteri saya cadangkan saya untuk turunkan berat badan. Berat saya untuk beberapa tahun kebelakangan ini tidak pernah kurang dari 85kg.


Isteri saya sarankan saya untuk buat Detox Shaklee dulu untuk singkirkan toksin supaya proses penurunan berat badan lebih lancar. Setelah melihat Meal plan, saya bersetuju untuk buat Detox Shaklee untuk 7 hari ini. Isteri menyediakan menu mengikut plan dan saya ambil Set Vitamin Detox Shaklee seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi Shaklee.


Alhamdulillah ada penurunan berat badan sebanyak 5.9kg. Saya gembira kerana sudah lama berat badan saya tak turun. InsyaAllah saya akan maintain ikut Meal plan hari ke 7 untuk turunkan lebih banyak berat badan.


Saya harap dengan penurunan berat badan ini dapat mengurangkan masalah backpain saya ni.


**************************************************************************

Haa..teruja tak rasa kalau dapat turunkan sebanyak 5.9kg (dari 86.8kg ke 80.9 kg) dalam tempoh 7 hari berdetox dengan Meal plan yang terancang dan disokong dengan pengambilan set Detox Shaklee. Best aje rasa badan tu nanti kan? 

Detox tidak sama dengan diet. Fasa diet jika tidak kena caranya hanya akan menyebabkan berat badan yang dah turun kembali mencanak semula selepas meninggalkan proses diet. Ini adalah akibat dari pengumpulan toksin yang berlaku sewaktu proses diet. 

Detox pula adalah sebaliknya. Ia membantu menyingkirkan toksin di dalam badan anda dan hasilnya pelbagai faedah lain juga yang akan anda dapat. Detox bermaksud anda dalam proses untuk rebalancing nutrisi badan yang sepatutnya kita dapat. Singkir lemak, singkir toksin dan dapat bentuk badan idaman yang lebih sihat luar dan dalam. InsyaAllah.





Apa suplemen yang ada dalam Set Detox Shaklee? 
* Vivix
* Alfalfa (L)
* Peppermint Ginger
* DTX Complex
* Herblax

Jika anda berminat untuk mendapatkan set yang sama dan panduan Meal Plan yang boleh anda ikuti untuk menjayakan proses detox, boleh hubungi Ida 013 9230 280 untuk penerangan lanjut mengenai Meal Plan Detox dan suplemen untuk membantu anda berdetox juga.

Belian Online Set Detox Shaklee
KLIK Sini untuk pembelian melalui kad debit / kad kredit
Untuk pembayaran dan pembelian menggunakan transaksi Online Banking ataupun secara COD (area Kuantan yang berdekatan sahaja), boleh hubungi saya melalui wassap/sms/call juga. Jika anda berminat untuk dapat lebih penjimatan sehingga 20% dari harga pasaran, Ida sangat mengalu-alukan anda berdaftar sebagai ahli Shaklee juga. 

Keahlian percuma sahaja untuk yang membeli complete set Detox Shaklee ni tau! InsyaAllah saya akan guide anda berdetox sebaik mungkin supaya dapat hasil dengan pelaburan yang telah anda keluarkan itu.



Pengiraan kalori untuk mencapai berat badan ideal

Apakah salah satu perkara utama yang perlu anda tau dalam proses menurunkan berat badan mahupun menambah berat badan atau untuk sekadar nak maintain sahaja berat ideal anda?

Pengambilan kalori harian makanan anda!



Yup..Itu salah satu faktor yang menentukan kadar kejayaan anda mencapai berat idaman juga, sebab itu anda perlu mengetahui BMR @ RMR anda.

Apakah BMR?
*Kadar di mana tenaga (kalori) digunakan untuk kelangsungan hidup yang penting dipanggil Basal Metabolic Rate (BMR). Metabolisme basal termasuk sebahagian besar daripada perkara-perkara yang menyokong kehidupan - seperti pernafasan, peredaran darah, peraturan suhu badan, operasi sistem saraf, dan lain-lain, tetapi tidak termasuk tenaga tambahan yang diperlukan bagi apa-apa aktiviti fizikal tambahan seperti senaman gimnasium.

Dalam erti kata lain, jika anda cuma berbaring di tempat tidur sepanjang hari tidak melakukan apa-apa lagi, maka anda perlu makan sekurang-kurangnya bilangan kalori yang lebih kurang sama dengan BMR anda untuk mengekalkan fungsi normal badan anda. Metabolisme basal menggunakan 60-70% daripada jumlah perbelanjaan kalori harian badan.


Apakah RMR?
*Kadar Metabolik Rehat (RMR) adalah bersamaan dengan BMR tetapi diukur dalam keadaan yang kurang ketat. BMR biasanya menganggap keadaan makmal khas di mana walaupun suhu bilik mempunyai untuk menjadi tepat. RMR adalah nilai BMR yang disesuaikan untuk persekitaran hidup biasa. Nilai RMR adalah kira-kira 15% lebih tinggi daripada nilai BMR. Dalam pengiraan diet anda, anda boleh menggunakan nilai RMR bukan BMR yg lebih pada pengiraan tepat saintifik.


**************************************************************

Okay, kita ke pengiraan utama dahulu.
Nak tambah berat badan??Nak kurangkan berat badan??Nak maintain berat badan??

Berapa keperluan kalori harian saya perlukan?

Jom mengira!!

Langkah 1) Kira BMR @ RMR anda. 

Wanita: BMR = 655 + ( 9.6 x berat dalam Kg ) + ( 1.8 x tinggi dalam cm ) - ( 4.7 x usia )

Lelaki: BMR = 66 + ( 13.7 x berat dalam Kg ) + ( 5 x tinggi dalam cm ) - (6.8 x usia )

Lagi mudah jika isi dalam widget di bawah shj:



Powered by BMR Calculator


========================================


Langkah 2) Tentukan keperluan kalori harian anda (Harris Benedict Formula)


a) Jika anda tidak aktif ( sedikit atau tiada senaman) :
Pengiraan Kalori = BMR@RMR x 1.2

b) Jika anda sedikit aktif ( senaman ringan / sukan 1-3 hari / minggu) :
Pengiraan Kalori = BMR x 1.375

c) Jika anda agak aktif ( senaman sederhana / sukan 3-5 hari / minggu) :
Pengiraan Kalori = BMR x 1.55

d) Jika anda sangat aktif ( senaman keras / sukan 6-7 hari seminggu) :
Pengiraan Kalori = BMR x 1.725

e) Jika anda terlebih aktif ( latihan yang sangat keras / sukan & kerja fizikal atau latihan 2x ganda ) : Pengiraan Kalori = BMR x 1.9



====================================

Langkah 3) Tentukan keperluan kalori harian yang perlu mengikut status semasa berat anda sekarang.

Nak TAMBAH BERAT = Lebihkan 500 kalori makanan harian anda pada jumlah kiraan nombor 2 tadi.

NAK KURANGKAN BERAT = Kurangkan 500 kalori makanan harian pada jumlah kiraan nombor 2 tadi.

NAK MAINTAIN BERAT = Amik kalori makanan harian dalam lingkungan yang anda dah kira pada no 2 tadi.

=====================================



**Pengambilan vitamin tidak menambah kalori makanan harian anda..Ia cuma membantu melengkapkan keperluan vitamin dan mineral harian yang badan anda perlukan untuk menjalani rutin harian anda!


credit: http://www.bodyengine.com/