Pengalaman Ada Ovarian Cyst Yang Mengecut Akhirnya. Nak Tau Rahsianya?

Hari tu di FB ada Ida post satu gambar scan yang ada tunjuk kantung bulat pada ovari Ida. Ada yang salah faham ingat Ida preggy lagi. Hihi.

Gambar scan yang menimbulkan tanda tanya.

Cerita yang panjang. Harap sudi sabar membacanya sampai habis. 

Okey begini kisahnya. 


Sejak melahirkan Irdina, memang lama Ida tak period. Sampailah usia dia cecah 26months rasanya. 2 tahun lebih kiranya. 

Sepanjang tempoh tu, Ida tak pernah pun pergi cek doktor. Just buat UPT test selang beberapa bulan. Kut la termengandung tanpa sedar. Tapi memang takde ape la. 

Lagi pun selepas kelahiran Humaira dulu pun hampir sama la. Almost 24months tak datang period.

So jangkaan Ida, sebab Ida fully bf anak-anak tanpa add on FM. Boleh jadi penyebab hormon prolaktin masih tinggi. So surpress hormon kesuburan.

Bila dah start period kembali ada sekali la period tak datang masa bulan ke tiga dah start period. Bulan seterusnya okey balik. Ting tong sekejap dia gamaknya. And the next month lepas tu la bermula episod tiba-tiba sakit pada bahagian abdomen bawah belah kanan Ida.

Sakit yang macamana?

Sakit yang mencucuk. Senak. Ditekan sakit. Merengkok badan sakit. Tumit kaki kanan juga sakit bila berpijak atau berjalan. Sakit tu on off. Kadang kuat, kadang tak rasa pun kecuali bila ditekan area sakit tu. Masa ni Ida tak bagitau husband pun. Simpan sendiri je masalah sakit tu.

Dah tak tahan sakit berpanjangan, ke klinik juga akhirnya.

Lepas seminggu berlarutan Ida decide jumpa doc di klinik. Untuk pemeriksaan lanjut.
Di klinik, doc check dengan beberapa cara. Tekan pada area abdomen kanan yang sakit tu. Nak tau setara mana tekanan yang menyakitkan. Buat juga urin test. Nak pastikan tiada kencing kotor dan masalah lain. Last sekali doc buat ultrasound scan.

Banyak prosedur buat sebab doc nak eliminate sebarang kemungkinan. So doc rumuskan ia bukanlah sakit apendiks, bila ditekan, konsep sakit dia tak macam ada apendiks.

Malah bukan kencing kotor juga, sebab urin test clear. Tapi keputusan scan menunjukkan ade ketulan pada ovari sebelah kanan.


Bersaiz dalam 3cm+ x 3cm+. Doc assume ia adalah cyst. Tapi belum tahap serius sebab saiz pun kecil lagi. Kata doc tu la, kalau dah lebih 5cm baru doc akan suggest untuk operate atau rawatan lanjut yang lain. Kurang dari 5cm cuma perlu dipantau sahaja.

Tapi sebab sakit yang Ida alami, doc anggap ia mungkin nak jadi twisted cyst. So bila tertwist pangkal cyst tu jadi sakit pun datang. Penyebab on off sakitnya.

Doc klinik tu buatkan surat untuk rujukan pada hospital. Katanya alang-alang Ida ada GL, rujuk lah pada pakar disana. So Ida ke O&G klinik di HTAA. 






Di sebabkan kesakitan Ida cuma on off, dan saiz cyst tu baru 3cm+ diameternya. Maka Ida diberi tarikh temujanji baru sahaja. 3 bulan kemudian tau. Itu sebab nak tengok progress dia. Membesar atau mengecil.

Memang takde ubat diberi, doc minta pantau sahaja. Kalau sakit teruk datang balik, terus saja ke Unit Kecemasan katanya.
31/1/2017 tarikh sepatutnya pergi appointment dengan pakar O&G.
Dalam 3 bulan menunggu tarik appointment ni, Ida berikhtiar dengan cara tinggikan pengambilan suplemen yang tinggi antioksidannya. Apa lagi kalau bukan Vivix. Masa tu dalam sebulan 3-4 botol Ida amalkan. Vitamin lain, Ida ambil ACE dan GLA. 

Balik cuti CNY, hampir tiga bulan berlalu. Tarikh appointment pun hampir tiba. Tapi Allah punya perancangannya sendiri. Ditakdirkan nenek Ida meninggal masa sehari sebelum tarikh appointment Ida tu.

Maka Ida cancel follow up dengan pakar. Tak jadi balik Kuantan lagi.

Lepas dah balik Kuantan, Ida jadi malas nak ke HTAA semula nak buat appointment baru. Ida decide nanti Ida ke klinik biasa aje lah buat scan lagi. Kalau cyst tu membesar, Ida akan refer semula ke hospital dengan pakar O&G.

Tapi bila dah tangguh sekali tu, maka bertangguh juga niat nak pergi scan semula di klinik. 

Bukan apa, dalam tempoh lebih 3 bulan tu Ida dah tak rasa sakit yang sama macam sebelumnya dah. Macam hilang gitu saja sakitnya. Tu yang lagi buat jadi bertangguh follow up. Sebab dah tak sakit.

Period pun dah kembali regular dengan cycle Ida yang biasa masa tu.
Dan pada bulan Oktober 2017 iaitu tahun lepas, Ida akhirnya ke klinik semula. Kesnya masa ni Ida dah lewat period dalam 2 minggu. Berapa batang UPT dah beli untuk urin test. Semuanya NEGATIF result. Ida mula risau.

Pergi klinik, Ida ceritakan apa yang dah berlaku dulu. So nak minta doc cek la semula apa khabar cyst yang pernah menempel di ovari kananku itu.

Macam biasa doc buat juga urin test. Semua clear. Dan paling Ida bersyukur, doc cakap everything is clear. Takde sebarang cyst dikesan. Alhamdulillah..lega giler hati masa tu. 

Doc cakap ada nampak macam rahim menebal. Tunggu je la period datang, kut memang hormon tak balance. Doc advice untuk jaga tahap berat badan. Jangan bagi naik mendadak walau masih tahap Normal. Maklumlah dulu Ida versi kerempeng tak cukup berat. Sekali berat naik mendadak lepas Irdina berusia 2 tahun lebih tu.

Elok pula lepas seminggu jumpa doc, Ida period akhirnya. Hahaha. Takde ubat ape pun doktor bagi. Memang kaedah tunggu saja. Buat suspen je rasa kan?

Semak gaya pemakanan dan lifestyle sendiri.

So, lepas kes cyst dikesan tu. Ida imbau balik gaya pemakanan dan lifestyle Ida. 

Mesti ada yang tertanya-tanya Ida kena cyst sebab amal ESP ke? Soya kan tu. Maklum la Ida ni pengguna Shaklee kan?

Jawapannya TIDAK.

Bukan kerana guna ESP. Tapi mungkin sebab habit Ida pergi makan fast food every few times a week. Biasa waktu rehat sorang la. Ida keluar drive thru aje. Nak senang kerja tapi lupa cakna pemakanan sendiri.

Ida memang ingat, tahun 2016 tersebut antara tahun termalas Ida nak konsisten ESP. Minum tapi jarangggg sangat. Sebulan luak sikit aje. Tak tau kenapa malas nak minum masa tu. Pil pun jarang telan konsisten.

Lepas dah detect cyst baru rajin semula hadap vitamin suplemen antioksidan punya. Manusia memang camni. Selagi takde masalah tak rajin nak cakna. Bila dah ada masalah baru rasa nak cuba konsisten.

And even tahun lepas pun 2017, Ida masih berESP bila rasa rajin nak bancuh. Haha. Lagi lepas dihadiahkan dengan variasi ESP dari Jepun oleh downline Ida sendiri. Kalau tak bancuh rugi lah kan?
 


Alhamdulillah, i am clear from ovarian cyst for now. Cuma Ida nak ingatkan semua la. Makan vitamin dan suplemen bukan tiket untuk kita free disease jika perkara lain juga tak dijaga.

Konsep asas kena jaga pemakanan seimbang dan segar, rajin bersenam, beriadah. Jangan lupa, rajinkan diri juga amalkan suplemen berantioksida tinggi yang dijamin selamat dan berkesan. Bagi nutrisi yang cukup untuk badan kita dan sel menjadi lebih sihat.

Alhamdulillah, tak sesia Ida amalkan berVivix tegar masa tu. Sebotol boleh habis dalam seminggu dua saja. Ida pun tak sedar bilamana cyst tu mengecut.


Jika korang ada masalah yang hampir sama dengan Ida, jangan lupa first sekali:
  • DAPATKAN RAWATAN DAN DIAGNOSIS DARI DOKTOR. 

Kena tau dulu punca sebenar sakit tu pasal apa. Cyst ke, fibroid ke, ketumbuhan lain ke. Jangan buat andaian sendiri sahaja.

  • AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Bersenam, beraktiviti fizikal, jaga pemakanan. Kalau sesekali nak makan fast food sebab teringin sangat, makan tapi jangan berlebihan. Lagi bagus kalau mampu elakkan terus. Banyak lagi pilihan sihat lain.

  • AMALKAN SUPLEMEN ANTIOKSIDAN YANG DIJAMIN SELAMAT

Last but not least, boleh cuba suplemen antioksidan tinggi seperti yang Ida cuba  tersebut.

VIVIX - ACE (Carotomax, VITA E, Vita C) dan GLA. Paling latest korang boleh cuba adalah CoQ-Trol plus. Pun salah satu suplemen antioksidan tinggi yang bagus untuk menjaga kesihatan dan kecergasan sel badan kita.

CoQ-Trol Plus - Produk terbaru Shaklee bagi 2018 ni. Ia juga sangat bagus untuk jaga tahap kesuburan dan kesihatan kita secara menyeluruh.

Nak tau lebih lanjut? Berminat dengan set ni? Boleh hubungi Ida ye.

1 komen ditinggalkan:

Huda Kamil berkata...

Thank you share. Baru nampak jelas kesan makanan high antioxident.