Milik orang sudah..semoga berbahagia!

Just update story tentang majlis kahwin adikku last 2 weeks. Alhamdulillah 26 Januari 2013 menjadi saksi termeterai sudah ikatan dua jiwa..my sis Nad, dan pasangannya Aliffadilah. Berkenalan atas dasar recommend sepupu kami. Alhamdulillah ketemu jua jodoh terbaik untuknya InsyaAllah. Alif jaga baik2 adik kak Ida ni yer..

Ikatan bermula dengan majlis pertunangan tahun lalu, 27/10/2012. Genap sebulan lepas hari lahir adikku yang ke 27 ye kan Nad? Tak banyak dapat amik gambar pun..klu ade pun byk goyang2 aje. haha..

Seri tunangan orang masa ni

Dari kiri.. saya! mak dan tunangan org ni...hehe

Dari kiri..kakak sulung, mak, adik-adik..
Tu je la gambo masa majlis yang tak brp blur..haha..sape la tukang tangkap gambor blur2 tu.

Alhamdulillah, 26 hb Jan yang lalu mereka dah selamat ijabkabul dirumah my parents. Akad by my father ok! haha..emm nervous sangat ek Alif? Alhamdulillah majlis berjalan lancar cuaca sangat bagus pagi ke petang dan esoknya pun. Takde hujan2. Dengan tema putih+pink+cream pulak kali ni. Cantik adik manis ku.





Ni pulak ade la sekeping aje masa majlis sambut menantu.. sedihhh..i tak dapat balik kg. anakanda Humaira tak sihat masa tu. Sorry ye sis, tak dapat nak bergambor dengan pengantin sangat pun. Sibuk melayan anakanda yang taknak pegi kat orang lain.. bedukung ajela seharian dengan ku.
 


Gambar official dari photog lum ade lagi kut.. Ni cilok dari FB aje..hahaha. Tak sabor nak tengok yang gambo cantik2 tu sume.. Tba-tiba aje mengimbau detik 5+ tahun yang lalu..hihi. Apepun semoga kalian berbahagia dan saling menjaga satu sama lain.. Moga rumahtangga yang dibina didunia ini berpanjangan kasih sayangnya dan keredhaannya di akhirat sana pula.


Periuk nasi pilihan??

Ini pun nak kasi citer...hahaha..poyooo aje.

Takpelah sekadar mengisi entri blog ni, asyik cerita pasal Shaklee aje kan? Nak baca lanjut pasal citer dan produk Shaklee sila2..boleh pegi ke blog saya nan satu lagi ek. Wonderful Life E-Shoppe. Banyak lagi gak tak update tuh..InsyaAllah satu2 kita buat.


Berbalik pada cerita periuk nasi pilihan.. Korang kat rumah pakai periuk cemana? Pastinya kebanyakan orang pakai yang jenis eletrik kan? Jenis mak-mak nenek yang rajin sket dan ahli keluarga tak brp ramai dan mungkin juga jenis berjimat sket..yang ni pasti jadi pilihan kan? haha...klasik youu..pakai periuk cap buaya aje. Takde fikir letrik2 bagai. Alternatif utk masak nasi time blackout juga!


Tapi saya pasti kalau jenis nan satu most of penghuni rumah di Malaysia ni pakai yang jenis ni. Memang khas buat masak nasi la. Nasi putih, nasi lemak, nasi minyak, nasi tomato dan segala macam nasi la bleh bedal masak pakai periuk gini. Nasi yang perlu bertumis bagai kita kasi tumis dulu..dah setel kita bawa masuk dalam periuk elektriknya pula dan biar sampai masak! Senang!haha. Plus periuk gini pun banyak size juga, yang kecil sesuai untuk orang bujang duk sorang baru kahwin, duk berdua. Dah beranak pinak kena la up size sket. Tapi saya prefer yang kapasiti 1.8L la senang. Walaupun masak nasi tak banyak mana pun. Adalah dalam 2 pot min sekali masak utk sekeluarga. Tapi bila big family datang, mak ayah, adik beradik, sedara mara, maka sesuaila ade periuk berkapasiti tinggi sket. Tak rugi pun beli saiz standard ni. Ade tiga style tudung periuk saya jumpa kalau periuk macam ni. Either kaca lutsinar seperti di bawah, or bertutup penuh (tak nampak nasi dalamnye) dan juga bertutup separa penuh separa kaca lutsinar. Kan? Periuk pertama lepas kahwin pastinya hadiah masa kahwin la punye. Cap Pensonic klu tak silap. Dah kojol dah selepas hampir 3 tahun+ berkhidmat...ok la kan?hehe...



 Bila dah kojol hajat hati nak cari yg camni..ade fungsi RICE & CONGEE.. maksudnye nak buat bubur nasi mudahla kan..hehe..set je tang mana nak..klu congee dia mungkin bertindak masak ala slow cooker la kut. Tapi time nak beli yang gini jumpa yang lain macam lagi best! haha..so tak jadi beli..kekeke. Yang sebiji macam bawah ni cap Tefal saiz 1.8 Liter saya tengok harga masa tu RM129.90. kalau tak silap la..Ok la kan? Tapi hati dah terpaut pada yang lagi canggih sket...Pompuan gini la..benda barang dapuSr ni cepat aje rambang mata.Hahaha...nasib gi Shopping tanpa en suami.
  

Mana yang saya berkenan tu? Haha...ni dia.. Cap Tefal juga. Beza mahal RM30 dari yang diatas. kapasiti sama 1.8L tapi function dia lagi multi..hehe. Penah pakai sebenarnya yang gini cap Supor kapasiti sama, function sama cuma harga murah sket RM139.90. Tapi sayang khidmatnya tak lama..almost setahun dah rosak litar elektronik dia kut. Cari warranty tak jumpa simpan mana...deshhhh...apa daa. Rugi kan? Tak ingatla beli tu time offer ke tidak. Tapi yang ku rembat kali ni bukan time offer la. Tapi sebab ade kupon voucher Parkson RM50+RM10..hahaha..tu yang gatal gak nak rembat. Ape function yang nampak-cam-best tuh? Quick (masak nasi biasa), Expert (masak nasi menu special), Congee (bubur), Soup, Steam, Cake (hahaha...wat masak kek pun boleh..tu yg nak rembat tu). macam la rajin sangat masak kek kan? Takpe...masak nasi hari-hari..confirm!



Kalau tgk kat parkson tu banyak gak yang style gini, tapi lagi mahal la..Tak pernah telek betul2 apela yang buat fungsinya sampai mahalnye berkali ganda lagi dari yang kubeli diatas. Tapi nampak macam best la kan?  Sape pakai yang cam gini? Best tak?


Yang di atas tu kiranya kategori periuk nasi biasalah kat umah2 skrg kan? ke ada yang pakai mcm kat bawah ni buat masak hari2? hahaha... Kenduri wehh..hihi.



 Tapi bak kata en suamiku...walau semahal mana periuk nasimu...klu tak masak hari2 takde maknanya.. Kalau masak nasi tapi jadi bubur / mentah separuh pun ape citer? hahaha...nampak benor masak nasi pun tak reti. Benda paling basic kan? Kena tau jenis beras dan sukatan air yang bersesuaian. klu tak nasi terlembik/termentah pulak jadinya.

Sementara masa periuk nasi rosak aritu..terpaksa la masak cara konvensional balik. masak atas dapur gas la tapi pakai aje periuk dlm tu. Takde periuk cap boye2 ni..hehe. Alhamdulillah semalam selamat merasmikan periuk nasi baru...hahah..tefal oh Tefal. Suka periuk2 Tefal ni. Periuk nasi pilihan korang ape?