5 Manfaat Utama CoQ10 Untuk Lelaki & Wanita


CoQ10 adalah nutrien utama dalam menghasilkan tenaga. Ia bertindak sebagai palam pencucuh, yang menghidupkan enjin dengan memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel.

Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda berfungsi pada tahap optimum yang membolehkan anda melakukan apa yang anda suka setiap hari!

Antara 5 Manfaat Utama Pengambilan CoQ10 :


  • Tenaga yang berkekalan

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan!

Peningkatan CoQ10 membantu:
• Meningkatkan kekuatan otot
 • Mempercepatkan pemulihan luka

  • Peredaran Darah yang Sihat

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat.

Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:
• Menguatkan otot-otot jantung
• Menyokong fungsi jantung yang sihat
• Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin

TAHUKAH ANDA?
Kajian telah menunjukkan bahawa statin, ubat yang merendahkan kolesterol, menghalang penghasilan CoQ10 sebanyak 40%! Suplemen CoQ10 membantu mengekalkan kekuatan jantung anda

  • Sistem Reproduksi yang Sihat

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum.

Pengambilan CoQ10 membantu:
• Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
• Meningkatkan pergerakan sperma.
• Meningkatkan kualiti ovum.


  • Kulit Yang Berseri 

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk selsel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda.

Pengambilan CoQ10 membantu:
• Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
• Meningkatkan tekstur kulit


  • Meningkatkan Fungsi Kognitif 

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda.

Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:
• Menjana fungsi otak yang sihat.
• Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.



Kajian juga telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Walaupun CoQ10 secara semulajadi dihasilkan oleh badan kita, ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia. Seawal usia 20 tahun, tubuh anda mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10.

Untuk memastikan anda mendapat 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil:


Banyak sumber pemakanan yang membekalkan khasiat Coenzyme Q10 ini. Namun anda harus mengambilnya dalam kuantiti yang tinggi untuk melengkapkan keperluan asas 100mg Coenzyme Q10.

Sudah pasti kita tak mampu mengambil pemakanan dalam jumlah sebanyak itu kan? Nanti kalori pemakanan pula jadi berlebihan. Jadi cara termudah dan paling selamat adalah dengan mengambil dalam bentuk suplemen yang memenuhi keperluan tersebut.

Adakah anda tergolong mereka yang memerlukan Coenzyme Q10 ini?

  • Anda yang memerlukan bekalan tenaga yang berkekalan
  • Anda yang mahu peredaran darah yang sihat sekaligus jantung yang kuat dan sihat
  • Anda yang sedang berusaha menjaga sistem reproduksi yang sihat
  • Anda yang mahukan kulit yang berseri 
  • Anda yang ingin meningkatkan fungsi kognitif dan kesihatan otak anda.
Jika YA, anda harus hubungi saya untuk mendapatkan suplemen CoQ10 anda hari ini juga!

Klik www.wasap.my/60139230280/CoQ10 untuk memesan suplemen CoQ10 terbaik di pasaran. Anda boleh dapatkan konsultasi lanjut daripada saya nanti.



0 komen ditinggalkan: