10 Cara Meningkatkan Imuniti Dan Kesihatan Anak Anda

Anak-anak yang sihat dan ceria menjalani hidup setiap hari. Itulah impian utama ibubapa dalam melihat tumbesaran anak-anak. Sama juga dengan Kak Lyd jua.

Post kali ni Kak Lyd nak kongsikan 10 cara yang boleh kita lakukan dan mampu membantu meningkatkan imuniti dan kesihatan anak-anak:

1) Breastfeed baby anda seawal kelahiran sehingga sekurangnya 6 bulan pertama secara eksklusif. 

Bayi yang menyusu badan dengan eksklusif dan cukup dari ibunya akan membentuk antibodi dalam tubuhnya dengan lebih baik. 

Ini membantu anak kecil kita supaya lebih kuat menghadapi penyakit demam batuk selsema diusianya.  

2) Variasikan pengambilan sayuran dan buahan dalam hidangan harian mereka bila semakin membesar.

Mulakan mendidik mereka makan sayur dan buah seawal usia mereka mula kenal solid food.

Apabila anak mencecah usia 2 tahun ke atas, mereka memang sangat sesuai didedahkan dengan makanan orang dewasa yang seimbang dan lebih sihat.

Anak yang diajar makan sayur buah dari awal akan kurang kecenderungan untuk menjadi picky eater.


3) Tidur yang cukup dan lena mengikut perkembangan usia mereka. Tidur yang cukup akan merendahkan pengeluara hormon kortisol yang boleh menjadi punca stress.

4) Tingkatkan masa beraktiviti diluar. Benarkan mereka mengeksplorasi dunia aktif mereka tapi masih dalam kawalan kita ibu bapanya.

5) Ajari mereka tabiat kebersihan yang bagus. Cuci tangan dengan bersih sebelum makan. Bersihkan diri selepas beraktiviti. Buang sampah dalam tong. Pam tandas selepas menggunakannya dan pelbagai lagi.

6) Cipta persekitaran yang lebih sihat. Elakkan perokok merokok di dalam rumah anda yang mempunyai anak kecil. Jika ibu bapa merokok pastikan bukan di depan anak anda. Lagi bagus, jangan merokok terus. Kalau betul sayang anak, pasti kita tidak akan berkompromi jua.

7) Sayangi dan beri perhatian kepada emosi anak. Jangan biarkan mereka berada dalam tekanan perasaan. Anak yang ceria gembira akan mendorong kesihatan mereka lebih baik.

8) It is okey to have mild fever once a while. Bagi ruang pada imuniti badan anak diperkuatkan lagi. Tapi sekiranya berlarutan sila bawa berjumpa doktor di klinik atau hospital.

9) Elakkan pemberian antibiotik terlalu kerap yang tidak perlu. Tidak semua jenis sakit demam memerlukan antibiotik. Sila pastikan dengan doktor anda terlebih dahulu. Antibiotik yang tidak perlu hanya akan mengganggu imuniti semulajadi anak anda.

10) Tambahan suplemen jika perlu untuk membantu anak anda cukup nutrisi penting yang diperlukan untuk tumbesaran mereka dengan sihat. Rujuk doktor anak anda jika perlu.

*Kalau nak tau suplemen apa yang Kak Lyd pernah berikan  untuk anak-anak, jemputlah tonton video ni ye. Kalau nak boleh order dengan Kak Lyd tau.



Oh ye, jika sudi bole juga Subscribe Channel Youtube Kak Lyd  dan share juga ya. 😘😘


0 komen ditinggalkan: