18 April, 2018

Nutrien Penting Untuk Jantung Sihat


Setiap hari, jantung anda bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum.

Sebagai tanda penghargaan anda mencintai kesihatan jantung adalah dengan memberikannya nutrien yang tepat - Koenzim Q10 (CoQ10) dan asid lemak omega-3.




Peranan Koenzim Q10 (CoQ10) terhadap kesihatan jantung.


  •  Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung 

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung 1,2 dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

  • Meningkatkan Peredaran Darah

Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri 3,4 meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

  • Mengoptimumkan Denyutan Jantung 

Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung.

Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.5,6 Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.


Info tambahan :

Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Anda!
Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! Pertimbangkan untuk mengambil suplemen CoQ10 sebagai pelengkap untuk jantung yang kuat dan sihat!


Peranan Asid Lemak Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung

  • Menyokong Kesihatan Saluran Darah

Terkenal dengan manfaat anti-keradangan, asid lemak omega-3 adalah penting dalam mencegah pembentukan plak dalam saluran darah anda, mengurangkan risiko anda mengalami penyempitan saluran darah, yang boleh menyebabkan anda berisiko mengalami penyakit jantung.

  • Menyokong Tekanan Darah Sihat 

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 membantu mengurangkan tahap trigliserida (lemak dalam darah) dan mengawal tekanan darah ke tahap yang sihat.7,8



Anda boleh menambah dua nutrien ini untuk menyokong kesihatan jantung.

  1. Polifenol untuk pengaliran darah yang sihat. 
  2. Fitosterol untuk paras kolesterol yang sihat.



Anda mahukan nutrien ini dalam bentuk suplemen yang memudahkan anda melengkapkan keperluan seharian? Klik butang di bawah untuk order hari ini juga!





Rujukan: 
1. PH, L. and K, F. (1990). A six-year clinical study of therapy of cardiomyopathy with coenzyme Q10. International Journal of Tissue Reactions, 12(3), pp.169-171. 
2. Garrido-Maraver, J., D.Cordero, M., Orapesa-Avila, M., Fernandez Vega, A., Mata, M., Delgado Pavon, A., De Miguel, M., Perez Calero, C., Villanueva Paz, M., Cotan, D. and A.Sanchez Alcazar, J. (2014). Coenzyme Q 10 Therapy. Molecular Syndromology, 5, pp.187-197. 
3. DiNicolantonio, J., Bhutani, J., McCarty, M. and O’Keefe, J. (2015). Coenzyme Q10 for the treatment of heart failure: a review of the literature. Open Heart, 2(1), p.e000326.
4. Fedacko, J. (2011). Coenzyme Q10 in Heart and Brain Diseases. The Open Nutraceuticals Journal, 4(1), pp.69-87. 
5. Niklowitz, P., Sonnenschein, A., Janetzky, B., Andler, W. and Menke, T. (2007). Enrichment of coenzyme Q10 in plasma and blood cells: defense against oxidative damage. International Journal of Biological Sciences, pp.257-262. 
6. Oleck, S. and Ventura, H. (2016). Coenzyme Q10 and Utility in Heart Failure: Just Another Supplement?. Current Heart Failure Reports, 13(4), pp.190-195. 
7. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ; American Heart Association. Nutrition Committee. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation. 2002;106:2747–275 
8. Connor WE. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. Am J Clin Nutr. 2000; 71 (1 Suppl): 171S–175

17 April, 2018

5 Manfaat Utama CoQ10 Untuk Lelaki & Wanita


CoQ10 adalah nutrien utama dalam menghasilkan tenaga. Ia bertindak sebagai palam pencucuh, yang menghidupkan enjin dengan memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel.

Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda berfungsi pada tahap optimum yang membolehkan anda melakukan apa yang anda suka setiap hari!

Antara 5 Manfaat Utama Pengambilan CoQ10 :


  • Tenaga yang berkekalan

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan!

Peningkatan CoQ10 membantu:
• Meningkatkan kekuatan otot
 • Mempercepatkan pemulihan luka

  • Peredaran Darah yang Sihat

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat.

Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:
• Menguatkan otot-otot jantung
• Menyokong fungsi jantung yang sihat
• Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin

TAHUKAH ANDA?
Kajian telah menunjukkan bahawa statin, ubat yang merendahkan kolesterol, menghalang penghasilan CoQ10 sebanyak 40%! Suplemen CoQ10 membantu mengekalkan kekuatan jantung anda

  • Sistem Reproduksi yang Sihat

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum.

Pengambilan CoQ10 membantu:
• Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
• Meningkatkan pergerakan sperma.
• Meningkatkan kualiti ovum.


  • Kulit Yang Berseri 

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk selsel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda.

Pengambilan CoQ10 membantu:
• Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
• Meningkatkan tekstur kulit


  • Meningkatkan Fungsi Kognitif 

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda.

Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:
• Menjana fungsi otak yang sihat.
• Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.



Kajian juga telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Walaupun CoQ10 secara semulajadi dihasilkan oleh badan kita, ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia. Seawal usia 20 tahun, tubuh anda mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10.

Untuk memastikan anda mendapat 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil:


Banyak sumber pemakanan yang membekalkan khasiat Coenzyme Q10 ini. Namun anda harus mengambilnya dalam kuantiti yang tinggi untuk melengkapkan keperluan asas 100mg Coenzyme Q10.

Sudah pasti kita tak mampu mengambil pemakanan dalam jumlah sebanyak itu kan? Nanti kalori pemakanan pula jadi berlebihan. Jadi cara termudah dan paling selamat adalah dengan mengambil dalam bentuk suplemen yang memenuhi keperluan tersebut.

Adakah anda tergolong mereka yang memerlukan Coenzyme Q10 ini?

  • Anda yang memerlukan bekalan tenaga yang berkekalan
  • Anda yang mahu peredaran darah yang sihat sekaligus jantung yang kuat dan sihat
  • Anda yang sedang berusaha menjaga sistem reproduksi yang sihat
  • Anda yang mahukan kulit yang berseri 
  • Anda yang ingin meningkatkan fungsi kognitif dan kesihatan otak anda.
Jika YA, anda harus hubungi saya untuk mendapatkan suplemen CoQ10 anda hari ini juga!

Klik www.wasap.my/60189024280/CoQ10 untuk memesan suplemen CoQ10 terbaik di pasaran. Anda boleh dapatkan konsultasi lanjut daripada saya nanti.



18 Mac, 2018

10 Cara Meningkatkan Imuniti Dan Kesihatan Anak Anda

Anak-anak yang sihat dan ceria menjalani hidup setiap hari. Itulah impian utama ibubapa dalam melihat tumbesaran anak-anak. Sama juga dengan Kak Lyd jua.

Post kali ni Kak Lyd nak kongsikan 10 cara yang boleh kita lakukan dan mampu membantu meningkatkan imuniti dan kesihatan anak-anak:

1) Breastfeed baby anda seawal kelahiran sehingga sekurangnya 6 bulan pertama secara eksklusif. 

Bayi yang menyusu badan dengan eksklusif dan cukup dari ibunya akan membentuk antibodi dalam tubuhnya dengan lebih baik. 

Ini membantu anak kecil kita supaya lebih kuat menghadapi penyakit demam batuk selsema diusianya.  

2) Variasikan pengambilan sayuran dan buahan dalam hidangan harian mereka bila semakin membesar.

Mulakan mendidik mereka makan sayur dan buah seawal usia mereka mula kenal solid food.

Apabila anak mencecah usia 2 tahun ke atas, mereka memang sangat sesuai didedahkan dengan makanan orang dewasa yang seimbang dan lebih sihat.

Anak yang diajar makan sayur buah dari awal akan kurang kecenderungan untuk menjadi picky eater.


3) Tidur yang cukup dan lena mengikut perkembangan usia mereka. Tidur yang cukup akan merendahkan pengeluara hormon kortisol yang boleh menjadi punca stress.

4) Tingkatkan masa beraktiviti diluar. Benarkan mereka mengeksplorasi dunia aktif mereka tapi masih dalam kawalan kita ibu bapanya.

5) Ajari mereka tabiat kebersihan yang bagus. Cuci tangan dengan bersih sebelum makan. Bersihkan diri selepas beraktiviti. Buang sampah dalam tong. Pam tandas selepas menggunakannya dan pelbagai lagi.

6) Cipta persekitaran yang lebih sihat. Elakkan perokok merokok di dalam rumah anda yang mempunyai anak kecil. Jika ibu bapa merokok pastikan bukan di depan anak anda. Lagi bagus, jangan merokok terus. Kalau betul sayang anak, pasti kita tidak akan berkompromi jua.

7) Sayangi dan beri perhatian kepada emosi anak. Jangan biarkan mereka berada dalam tekanan perasaan. Anak yang ceria gembira akan mendorong kesihatan mereka lebih baik.

8) It is okey to have mild fever once a while. Bagi ruang pada imuniti badan anak diperkuatkan lagi. Tapi sekiranya berlarutan sila bawa berjumpa doktor di klinik atau hospital.

9) Elakkan pemberian antibiotik terlalu kerap yang tidak perlu. Tidak semua jenis sakit demam memerlukan antibiotik. Sila pastikan dengan doktor anda terlebih dahulu. Antibiotik yang tidak perlu hanya akan mengganggu imuniti semulajadi anak anda.

10) Tambahan suplemen jika perlu untuk membantu anak anda cukup nutrisi penting yang diperlukan untuk tumbesaran mereka dengan sihat. Rujuk doktor anak anda jika perlu.

*Kalau nak tau suplemen apa yang Kak Lyd pernah berikan  untuk anak-anak, jemputlah tonton video ni ye. Kalau nak boleh order dengan Kak Lyd tau.



Oh ye, jika sudi bole juga Subscribe Channel Youtube Kak Lyd  dan share juga ya. 😘😘


11 Januari, 2018

Pengalaman Ada Ovarian Cyst Yang Mengecut Akhirnya. Nak Tau Rahsianya?

Hari tu di FB ada Ida post satu gambar scan yang ada tunjuk kantung bulat pada ovari Ida. Ada yang salah faham ingat Ida preggy lagi. Hihi.

Gambar scan yang menimbulkan tanda tanya.

Cerita yang panjang. Harap sudi sabar membacanya sampai habis. 

Okey begini kisahnya. 


Sejak melahirkan Irdina, memang lama Ida tak period. Sampailah usia dia cecah 26months rasanya. 2 tahun lebih kiranya. 

Sepanjang tempoh tu, Ida tak pernah pun pergi cek doktor. Just buat UPT test selang beberapa bulan. Kut la termengandung tanpa sedar. Tapi memang takde ape la. 

Lagi pun selepas kelahiran Humaira dulu pun hampir sama la. Almost 24months tak datang period.

So jangkaan Ida, sebab Ida fully bf anak-anak tanpa add on FM. Boleh jadi penyebab hormon prolaktin masih tinggi. So surpress hormon kesuburan.

Bila dah start period kembali ada sekali la period tak datang masa bulan ke tiga dah start period. Bulan seterusnya okey balik. Ting tong sekejap dia gamaknya. And the next month lepas tu la bermula episod tiba-tiba sakit pada bahagian abdomen bawah belah kanan Ida.

Sakit yang macamana?

Sakit yang mencucuk. Senak. Ditekan sakit. Merengkok badan sakit. Tumit kaki kanan juga sakit bila berpijak atau berjalan. Sakit tu on off. Kadang kuat, kadang tak rasa pun kecuali bila ditekan area sakit tu. Masa ni Ida tak bagitau husband pun. Simpan sendiri je masalah sakit tu.

Dah tak tahan sakit berpanjangan, ke klinik juga akhirnya.

Lepas seminggu berlarutan Ida decide jumpa doc di klinik. Untuk pemeriksaan lanjut.
Di klinik, doc check dengan beberapa cara. Tekan pada area abdomen kanan yang sakit tu. Nak tau setara mana tekanan yang menyakitkan. Buat juga urin test. Nak pastikan tiada kencing kotor dan masalah lain. Last sekali doc buat ultrasound scan.

Banyak prosedur buat sebab doc nak eliminate sebarang kemungkinan. So doc rumuskan ia bukanlah sakit apendiks, bila ditekan, konsep sakit dia tak macam ada apendiks.

Malah bukan kencing kotor juga, sebab urin test clear. Tapi keputusan scan menunjukkan ade ketulan pada ovari sebelah kanan.


Bersaiz dalam 3cm+ x 3cm+. Doc assume ia adalah cyst. Tapi belum tahap serius sebab saiz pun kecil lagi. Kata doc tu la, kalau dah lebih 5cm baru doc akan suggest untuk operate atau rawatan lanjut yang lain. Kurang dari 5cm cuma perlu dipantau sahaja.

Tapi sebab sakit yang Ida alami, doc anggap ia mungkin nak jadi twisted cyst. So bila tertwist pangkal cyst tu jadi sakit pun datang. Penyebab on off sakitnya.

Doc klinik tu buatkan surat untuk rujukan pada hospital. Katanya alang-alang Ida ada GL, rujuk lah pada pakar disana. So Ida ke O&G klinik di HTAA. 






Di sebabkan kesakitan Ida cuma on off, dan saiz cyst tu baru 3cm+ diameternya. Maka Ida diberi tarikh temujanji baru sahaja. 3 bulan kemudian tau. Itu sebab nak tengok progress dia. Membesar atau mengecil.

Memang takde ubat diberi, doc minta pantau sahaja. Kalau sakit teruk datang balik, terus saja ke Unit Kecemasan katanya.
31/1/2017 tarikh sepatutnya pergi appointment dengan pakar O&G.
Dalam 3 bulan menunggu tarik appointment ni, Ida berikhtiar dengan cara tinggikan pengambilan suplemen yang tinggi antioksidannya. Apa lagi kalau bukan Vivix. Masa tu dalam sebulan 3-4 botol Ida amalkan. Vitamin lain, Ida ambil ACE dan GLA. 

Balik cuti CNY, hampir tiga bulan berlalu. Tarikh appointment pun hampir tiba. Tapi Allah punya perancangannya sendiri. Ditakdirkan nenek Ida meninggal masa sehari sebelum tarikh appointment Ida tu.

Maka Ida cancel follow up dengan pakar. Tak jadi balik Kuantan lagi.

Lepas dah balik Kuantan, Ida jadi malas nak ke HTAA semula nak buat appointment baru. Ida decide nanti Ida ke klinik biasa aje lah buat scan lagi. Kalau cyst tu membesar, Ida akan refer semula ke hospital dengan pakar O&G.

Tapi bila dah tangguh sekali tu, maka bertangguh juga niat nak pergi scan semula di klinik. 

Bukan apa, dalam tempoh lebih 3 bulan tu Ida dah tak rasa sakit yang sama macam sebelumnya dah. Macam hilang gitu saja sakitnya. Tu yang lagi buat jadi bertangguh follow up. Sebab dah tak sakit.

Period pun dah kembali regular dengan cycle Ida yang biasa masa tu.
Dan pada bulan Oktober 2017 iaitu tahun lepas, Ida akhirnya ke klinik semula. Kesnya masa ni Ida dah lewat period dalam 2 minggu. Berapa batang UPT dah beli untuk urin test. Semuanya NEGATIF result. Ida mula risau.

Pergi klinik, Ida ceritakan apa yang dah berlaku dulu. So nak minta doc cek la semula apa khabar cyst yang pernah menempel di ovari kananku itu.

Macam biasa doc buat juga urin test. Semua clear. Dan paling Ida bersyukur, doc cakap everything is clear. Takde sebarang cyst dikesan. Alhamdulillah..lega giler hati masa tu. 

Doc cakap ada nampak macam rahim menebal. Tunggu je la period datang, kut memang hormon tak balance. Doc advice untuk jaga tahap berat badan. Jangan bagi naik mendadak walau masih tahap Normal. Maklumlah dulu Ida versi kerempeng tak cukup berat. Sekali berat naik mendadak lepas Irdina berusia 2 tahun lebih tu.

Elok pula lepas seminggu jumpa doc, Ida period akhirnya. Hahaha. Takde ubat ape pun doktor bagi. Memang kaedah tunggu saja. Buat suspen je rasa kan?

Semak gaya pemakanan dan lifestyle sendiri.

So, lepas kes cyst dikesan tu. Ida imbau balik gaya pemakanan dan lifestyle Ida. 

Mesti ada yang tertanya-tanya Ida kena cyst sebab amal ESP ke? Soya kan tu. Maklum la Ida ni pengguna Shaklee kan?

Jawapannya TIDAK.

Bukan kerana guna ESP. Tapi mungkin sebab habit Ida pergi makan fast food every few times a week. Biasa waktu rehat sorang la. Ida keluar drive thru aje. Nak senang kerja tapi lupa cakna pemakanan sendiri.

Ida memang ingat, tahun 2016 tersebut antara tahun termalas Ida nak konsisten ESP. Minum tapi jarangggg sangat. Sebulan luak sikit aje. Tak tau kenapa malas nak minum masa tu. Pil pun jarang telan konsisten.

Lepas dah detect cyst baru rajin semula hadap vitamin suplemen antioksidan punya. Manusia memang camni. Selagi takde masalah tak rajin nak cakna. Bila dah ada masalah baru rasa nak cuba konsisten.

And even tahun lepas pun 2017, Ida masih berESP bila rasa rajin nak bancuh. Haha. Lagi lepas dihadiahkan dengan variasi ESP dari Jepun oleh downline Ida sendiri. Kalau tak bancuh rugi lah kan?
 


Alhamdulillah, i am clear from ovarian cyst for now. Cuma Ida nak ingatkan semua la. Makan vitamin dan suplemen bukan tiket untuk kita free disease jika perkara lain juga tak dijaga.

Konsep asas kena jaga pemakanan seimbang dan segar, rajin bersenam, beriadah. Jangan lupa, rajinkan diri juga amalkan suplemen berantioksida tinggi yang dijamin selamat dan berkesan. Bagi nutrisi yang cukup untuk badan kita dan sel menjadi lebih sihat.

Alhamdulillah, tak sesia Ida amalkan berVivix tegar masa tu. Sebotol boleh habis dalam seminggu dua saja. Ida pun tak sedar bilamana cyst tu mengecut.


Jika korang ada masalah yang hampir sama dengan Ida, jangan lupa first sekali:
  • DAPATKAN RAWATAN DAN DIAGNOSIS DARI DOKTOR. 

Kena tau dulu punca sebenar sakit tu pasal apa. Cyst ke, fibroid ke, ketumbuhan lain ke. Jangan buat andaian sendiri sahaja.

  • AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Bersenam, beraktiviti fizikal, jaga pemakanan. Kalau sesekali nak makan fast food sebab teringin sangat, makan tapi jangan berlebihan. Lagi bagus kalau mampu elakkan terus. Banyak lagi pilihan sihat lain.

  • AMALKAN SUPLEMEN ANTIOKSIDAN YANG DIJAMIN SELAMAT

Last but not least, boleh cuba suplemen antioksidan tinggi seperti yang Ida cuba  tersebut.

VIVIX - ACE (Carotomax, VITA E, Vita C) dan GLA. Paling latest korang boleh cuba adalah CoQ-Trol plus. Pun salah satu suplemen antioksidan tinggi yang bagus untuk menjaga kesihatan dan kecergasan sel badan kita.

CoQ-Trol Plus - Produk terbaru Shaklee bagi 2018 ni. Ia juga sangat bagus untuk jaga tahap kesuburan dan kesihatan kita secara menyeluruh.

Nak tau lebih lanjut? Berminat dengan set ni? Boleh hubungi Ida ye.
www.wasap.my/60189024280


19 Julai, 2017

Body Adjustment : Betul ke supplemen Shaklee tak serasi dengan saya?

Body Adjustment : When it's good to feel bad


Betul ke ok kalau badan kita jadi makin sakit atau kuar kesan negatif lain pula bila mula amalkan suplemen?

Haa..hal ini bergantung pada individu. Tak semua orang yang amalkan suplemen akan alami fasa body adjustment ni. Dan tak semua jenis suplemen juga akan timbulkan kesan begini.

Ida share pasal diri sendiri la sebagai contoh. Suplemen yang paling biasa Ida akan lalui fasa body adjustment ni bila amalkan Alfalfa Complex, DTX Complex. Ini kalau lama dah tak amalkan dan nak start balik confirm kena lalui fasa ini.

Apa yang Ida alami? Jerawat keluar bertubi-tubi yang agak besar (jerawat batu). Kalau biasa setakat jerawat pasir sahaja. Tempat tak biasa kuar jerawat (dibadan /kepala) pun boleh tiba-tiba ade jerawat 😭😭.

Pening kepala dan mengantuk yang melampau..kadang-kadang rasa macam pelik tidur dah cukup 8 jam sehari pun dia punya menguap macam org tak cukup tidur langsung.

Demam dan bersin bertubi-tubi secara tiba-tiba sahaja.. ni mungkin sebab resdung Ida yang kadang-kadang muncul balik.

So apa nak buat bila kena fasa macam ni? Berhenti makan suplemen?


1)Haa..yang pertama Ida akan pastikan minum cukup air suam kosong la kalau dah kena macam hal di atas. Sebab bila kurang air badan akan lambat nak recover semula. Ini disebabkan oleh toksin-toksin yang nak keluar dari badan saat proses penyembuhan berlaku jadi tak lancar nak flush out ikut saluran biasa. Jadi cara paling mudah toksin nak keluar melalui kulit pun boleh, maka jadi la jerawat pastu😣😣

2) Teruskan makan dalam kuantiti yang minima jika masalah yang berlaku boleh dikawal. Kalau jadi sakit melampau Ida akan stop dulu beberapa hari atau paling lama dalam seminggu sebelum sambung semula. Nak pastikan sebenarnya benda ni memang berpunca dari suplemen yang Ida ambil atau secara kebetulan terjadi berpunca dari perkara lain seperti makanan yang lain.

3) Tukar waktu pengambilan suplemen pada masa berlainan dari kebiasaan. Kalau incase masalah berlaku bila Ida ambil suplemen waktu pagi, Ida akan tukar ambil ke waktu petang atau malam. Sometimes it helps too okay!

4) Keep positive! Yang ni penting. Bila emosi dalaman stabil, proses penyembuhan dan penerimaan badan akan jadi lebih mudah.Masalah yang berlaku akan jadi lebih cepat berakhir bila mana badan dan minda kita dalam keadaan tenang, bersedia, dan positif.



Bagaimana jika masalah masih berlanjutan lepas cuba tips diatas?


Kalau masih berlanjutan masalah kesihatan tu juga selepas buat semua perkara diatas, bolehlah diandaikan kita mungkin tiada keserasian dengan suplemen tersebut.

Maklum ye, setiap individu tidak sama penerimaan. Sama macam pengambilan ubat atau jenis makanan, tidak semua orang serasi dengan tiap satu benda tersebut. Orang ada eczema, mungkin sebahagian akan jadi gatal teruk bila makan atau terkena telur. Adakah telur tidak bagus? Tentulah tidak kan?

Raikan perbezaan. Tidak usah menyalahkan kata ianya tidak bagus jika mungkin ianya hanya tidak sesuai dengan kita sahaja kan?

Yang terbaik sebenarnya adalah, dapatkan nasihat mana-mana ahli perawat sebelum mencuba mana-mana suplemen. Jika mereka sarankan anda ambil suplemen tambahan, maka bolehlah cari yang terbaik untuk anda amalkan.

So siapa lagi pernah lalui fasa body adjustment ni selepas ambil suplemen? Sudi berkongsi cara anda laluinya? πŸ˜„


27 Februari, 2017

Auta atau Fakta : Buahan dan sayuran sekarang makin kurang nutrisi?

Bila nutrisi vitamin dan mineral real-food hari ini jauh lebih rendah dari puluhan tahun yang lalu.😞


Ini bukan auta, tapi fakta tau! Siap dah ada Landmark Study lagi dalam bab nutrisi makanan mengikut tahun kajian diorang. Boleh klik pada link artikel yang saya baca dan share ni ye. Ada dalam tu disebut.


Ni Ida petik sket la ye, selebihnya baca la artikel tu sendiri maupun artikel lain-lain search la untuk bacaan lanjut.

"The Organic Consumers Association cites several other studies with similar findings: A Kushi Institute analysis of nutrient data from 1975 to 1997 found that average calcium levels in 12 fresh vegetables dropped 27 percent; iron levels 37 percent; vitamin A levels 21 percent, and vitamin C levels 30 percent. A similar study of British nutrient data from 1930 to 1980, published in the British Food Journal,found that in 20 vegetables the average calcium content had declined 19 percent; iron 22 percent; and potassium 14 percent. Yet another study concluded that one would have to eat eight oranges today to derive the same amount of Vitamin A as our grandparents would have gotten from one."

(Eh bukan Shaklee je ada buat Landmark Study tau, LS Shaklee tu research tentang tahap kesihatan pengguna Shaklee vs pengguna suplemen lain vs bukan pengguna suplemen ye)

Yang Ida nak share arini pasal dalam gambar ni. 
Credit : www.lovebreastfeeding.com
Nampak tak betapa jauh merosotnya nutrisi dalam makanan yang kita biasa makan sekarang berbanding dulu. Dalam gambar tu tunjuk sekadar hasil kajian yang dibanding last masa 2002. Sekarang dah 2017 hoii! Dalam 15 tahun beza ni entah berapa la nutrisi makanan yang tinggal kan? Kalori mungkin tetap sama je, tapi nutrisi vitamin dan mineral tu jauhhhhhh merosot. So sad but it is true.

Proses yang berlaku sepanjang nak tanam sampai nak dapat hasil, dengan adanya modifikasi pada penggunaan tanah/ baja /racun berbagai dan lain-lain proses yang ada,fasa nak tuai/petik untuk dijual, fasa nak simpan/peram sementara ready dijual, semua ini memberi keuntungan yang lebih tinggi untuk para petani tapi hasil pada makanan-makanan ini?

Semuanya makin kurang nutrisi vitamin dan mineral mereka sekarang. Memang la buah/sayur nampak makin gemuk, payah kena serangan serangga, buah masak cepat dari biasa. Tapi nutrisi makin kurang dan kurang. Tak masuk lagi proses nak masak sayur-sayur tu. πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Kalau nak yang betul-betul masih berkualiti tinggi nutrisinya sekarang ni kena cari yang organik dan Non GMO la jawabnya. Tapi, masalah gak yang ni, semua yang organik dan non GMO tak mudah dapat dengan harga murah. Mahal-mahal kosnya. Takkan nak kena catu makan sayur buah pulak?

So, kena belajar tanam sayur buah organik sendiri la plak kan? Lagi kesian yang jenis tangan panas. Tanam apepun sume tak jadi.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Kau nak makan sayur dan buah tinggi nutrisi pun payah.

Yang ni juga yang dishare masa sesi forum #BLNC aritu, pasal tahap nutrisi yang dah makin menurun pada makanan asasi kita buat kita tak banyak pilihan. We need food to survive, and we need nutrition for a healthy life. But real food nowadays had less nutrition than we imagine.

Kau bayangkan la, kalau dulu makan secawan brokoli mungkin dah cukup nutrisi kau nak dari segi kalsiumnya, magnesiumnya, folic acidnya dalam satu hidangan, tapi sekarang? Kena up jadi 4 cawan brokoli sorang makan baru cukup nutrisi tu. Kalau kau hantu sayuran takpe la, tapi kalau kau macam Riley dalam cerita Inside Out yang anggap brokoli macam nightmare aje untuk dia camne? Muntah hijau laa nanti. 🀒🀒 Okay la... makan sayur lain la. Eh,, tapi sama aje. Nutrisi berkurang. huhuhu.

Dah tu camne?

Ni la pasal, Ida dan geng-geng SID lain duk kempen-kempen ni, meh la tambah suplemen Shaklee dalam rutin harian korang . Suplemen yang terbukti Selamat, Berkesan dan siap ada Landmark Study lagi nak membuktikan kebaikannya. Beratus jurnal haa ada saintis-saintis Shaklee duk publish atas kajian mereka.

Ida cuma minta korang tambah suplemen Shaklee je dalam rutin sekarang, bukan suh avoid real food yang memang korang sedia makan sekarang tau! Real food perlu untuk kalori keperluan tenaga korang jugak. Lagipun serendah nutrisi real food sekarang, ia masih juga ada kualiti berbanding process food dan makanan segera yang banyak terinovasi sekarang ni. Tapi nutrisi yang dah terlompong sana sini tu la kasi topup dengan vitamin Shaklee. Vitamin Shaklee pun natural source jugak tau!

Boleh ke boleh?

Nak vitamin Shaklee boleh roger Ida tau.
Save no ni.
013-9230280