Betul ke supplemen Shaklee tak serasi dengan saya??


Antara kesan sampingan yang selalu dialami oleh sesiapa jua yang baru mencuba pengambilan supplemen dalam harian mereka..termasuk lah saya..tak dinafikan saya juga kena tempias kesan sampingan ni apabila ingin mencuba sesetengah produk baru dalam rangkaian supplemen Shaklee. Tapi tidak semua orang  mengalaminya apabila pertama kali mencuba. Namun, bila terkena kesan sampingan ni ramai yang membuat anggapan mudah..mereka tidak serasi dengan supplemen tersebut tanpa diselidik terlebih dahulu punca-punca yang mungkin menyebabkan terjadinya perkara yang dianggap kesan negatif ini pada tubuh badan mereka. Namun disebabkan saya sudah tahu lebih awal akan kemungkinan ini, maka saya lebih bersedia menghadapinya. Tidak terus membuat andaian mudah supplemen yang saya ambil itu sesuai atau tidak dgn diri saya sendiri.

 Jom kita baca ape sebenarnya yang dimaksudkan dengan kesan sampingan atau 'healing crisis' seperti yang sering disebut-sebut ini..

#############################################################################

 The Healing Crisis @ Krisis Penyembuhan 


Apakah itu healing crisis? Atau dalam Bahasa Melayu Krisis Penyembuhan? Ramai yang tidak tahu tentang healing crisis..

Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.


Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.


Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti di bawah..


Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu.
Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma 'tampal' cat ke atasnya.

Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu bial dicat baru, kereta kita cantik kembali.


Begitulah tubuh kita apabila bertindakbalas dengan vitamin semulajadi. Untuk 'mencantikkan' sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu... seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin merasa:
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Berpinar-pinar
  • Ulser
  • Rasa tak larat
  • Emosi terganggu
Dan sebagainya..

Jangan risau kerana ini petanda yang sangat baik.


Cara untuk mengurangkan simptom healing crisis:


  • Minum air yang banyak -- air masak/air kosong
  • Cuba untuk berehat dan bertenang
  • Bersabar
  • Berdoa agar dipermudahkan
Insya-Allah, healing crisis tidak berpanjangan.. setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia akan mula 'memperbaiki'nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat, bertenaga, ceria dan cantik! 

credit

#############################################################################

Pendek kata, jangan bimbang jika anda mengalami healing crisis saat awal anda mengamalkan pemakanan supplemen. Jika anda tidak melihat perubahan serta merta yang ketara itu juga bukan bermakna supplemen itu tidak berkesan kepada anda..Adakalanye anda perlu meneruskan pengambilan secara konsisten paling kurang 3 minggu atau sebulan baru anda nampak hasil positifnya. Sesetengah pelanggan yang telah mengamalkan supplemen Shaklee hanya nampak kesan positifnya setelah masuk botol supplemen yang kedua.

Lambat atau cepat ia berkesan memang berbeza bagi setiap individu kerana vitamin-vitamin Shaklee hanyalah supplemen sahaja, bukan ubat seperti yang diberikan oleh doktor.. Ia tidak boleh terus merawat atau menyembuhkan ape2 penyakit sebaik pertama kali pengambilannya. Supplemen Shaklee bertindak dalam menyokong sistem dalaman badan anda dalam membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Malahan mereka yang mengambil ubat preskripsi dari doktor bertauliah juga dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor anda terlebih dahulu sebelum meneruskan apa-apa pengambilan supplemen. Ubat hanya untuk mereka yang sakit..tapi supplemen sesuai untuk anda yang masih sihat dan berhasrat untuk memastikan kesihatan terjaga dengan lebih baik di masa akan datang.

Info lanjut dan FAQ mengenai healing crisis, boleh ke blog Shaklee saya Wonderful Life E-Shoppe.com

26 komen ditinggalkan:

Aida Deq Su berkata...

saya baru makan hari nie.. mgg ada rasa mual dan pening.. bila baca kat sini lega hati sikit.. risau gak kot2 tak serasi..

Ida Iar berkata...

Teruskan makan suplemen disamping memastikan pengambilan air kosong terjaga..keep positive, Doa juga. InsyaAllah pasti akan beri kesan yang baik untuk saudari Deq Su.. thanks for dropping by at my blog. Nanti saya balas kunjungan.. :)

Tanpa Nama berkata...

Syg consume gla+esp...period terus x dtg...tetiba ada cyst pulak...gynea kta bg wanita yg hormon stabil x digalakan amek supplement utk kesuburan...

Ida Iar berkata...

Puan Anon..
Maaf saya tak dapat bagi ulasan lanjut mengenai kesan yang cik puan alami sebab saya tak tau details history kesihatan puan sebelum ni. Brp lama puan dah ambil dsb..Cyst boleh berpunca byk sebab..dan bukan secara tiba2 sahaja..kerana sstgh orang tidak menyedari mslh yg dihadapi selagi belum berjumpa pakar. Boleh rujuk dengan nutrionist Shaklee jika mahu lebih pandangan ttg suplemen Shaklee.

Mengenai pendapat gynae yang puan bagitau, boleh ikut nasihat beliau jika ia benar dlm kes puan. Sebab itu kita selalu sarankan juga berjumpalah dengan pakar terlebih dahulu jika perlu sebelum mengambil sebarang suplemen terutama bagi yang mempunyai mslh kesihatan.

Sebarang masalah berbangkit rasanya lebih baik rujuk balik pada dealer Shaklee yang puan berurusan utk buat belian produk tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Oh patutla saya rasa sangat mengantuk di siang hari..dan bila waktu mlm badan rasa mcm nak demam dan sakit kepala..kami suami isteri baru mkn utk kesuburan..suami pun rasa mcm nk demam..dia ajak g klinik amik ubat demam tapi saya tak nak sbb maby kesan sampingan..lg pun blh ke mkn campur ngan ubat doktor?

Tanpa Nama berkata...

Sya ada cyst..boleh ke sya amalkan gla dgn esp..coz setahu sya soya tidak elok bg mereka yg ada cyst.

Ida Iar berkata...

Jika mengambil ubat doktor sila pastikan anda menjarakkan masa pengambilan paling minimum 3-4 jam. Ini untuk memastikan setiap suplemen/unbat yang diambil dapat memberikan kesan optimum.

Tanpa Nama berkata...

sy baru seminggu consume alfalfa+esp...rasa mcm nk demam, sendi2 sakit, sakit pinggang, bola mata sakit, boleh kata mmg xsedap bdn lah...sy baru lepas bersalin 4bln..tapi bila baca artikel ni...lega sikit ht sy...

Tanpa Nama berkata...

Baru sya faham..terima kasih utk artikel yg berguna ni. Saya bru ambil lecithin + Alfafa. Mula2 mmg pening..mual nk muntah rasa nk demam. Alhamdulillah sbnrnya itu petanda baik. :)

Tanpa Nama berkata...

Boleh share ke ni?

Tanpa Nama berkata...

sy amik lecithin dan alfafa.. kesannya, seminggu consume sy demam, mcm campak, muka bengkak, badan naik bintik2 merah, masa tu tak sedar lagi kesan shaklee, pergi dr, dr ckp allergy.. then, balik umah pk, silap sy, sy kurang minum air. toksin bdn tak dpt keluar dgn sempurna, healing crisis sy sgt menakutkan.. hahha... nasiblah rajin goggle, then tanye pakar pemakanan, mmg betul healing crisis... so, jgn takutlah, healing crisis ni sementara je, sementara nak dptkan kesan yg baik.... :-) drink a lot of water...

BLOG BAHASA SMKTTDI berkata...

Assalamualaikum pn..

Saya baru mengambil esp dan gla utk hari yg ketiga..takut pulak bila baca komen pn anon yg dpy cyst tu..kata gynaenya wanita yg hormon stabil x sesuai amik set ni..betul ke?

Tanpa Nama berkata...

Assalam...saya nk tnya sikit klau mkn shaklee brat bayi ble trun ke? Saya bru mkn alfafa n esp nk msk 2 minggu tp nmg trasa bdn saya skit sendi dn pnas

Ida Iar berkata...

Pn Blog Bahasa..
Boleh rujuk dgn dr anda dahulu untuk memastikan mmg anda tiada cyst sebelum pengambilan mana2 suplemen pun. Sebab setahu saya pengambilan GLA tidak menyebabkan terjadinya cyst..malahan ramai yg pernah bg feedback pada kami, cyst mereka mengecut selepas pengambilan GLA secara konsisten. Berkenaan pengambilan ESP ia bergantung pada penerimaan individu..mostly said ESP tidak menyebabkan cyst mereka membesar..mybe certain kes ade yg kata cyst mereka membesar. Perlu diingatkan, sekiranya pengambilan suplemen anda betul mengikut sukatan yang dicadangkan oleh pengedar Shaklee anda..insyaAllah anda boleh dpt kesan positif terhadap kesihatan tambahan pula ESP tidak sama seperti kebanyakan soya lain di pasaran. Proses penghasilannye dikawal rapi malahn diperbuat dari soya non GMO.

Perlu diingat, pemakanan harian yang kaya dengan sumber protein seperti daging lembu, daging ayam (kecuali ayam organik) juga boleh menyumbang pada pertumbuhan cyst. Ayam2 skrg byk disuntik kan? So pilih pemknn yang organik/non GMO adalah perlu juga dititik beratkan. Kalau sekadar ambil suplemen tapi pemakanan harian lain tidak dititik beratkan sumbernye...faktor untuk terjadinya cyst mahupun penyakit lain juga boleh timbul.

Wanita yang hormonnya stabil, tiada masalah kesuburan secara logiknya mmg tidak perlukan set kesuburan pun, hanya usaha dari segi luaran yang paling penting. Tahu waktu subur sudah memadai untuk merancang kehamilan dan sebagainya. Apepun terpulang pada individu sendiri mennetukan perlukah suplemen tambahan diambil atau tidak.

Sesiapa yang mengalami healing crisi pada bulan pertama pengambilan suplemen perlu lebih kerapkan pengambilan air kosong dalam harian anda.cukupkan minima 3 liter air kosong..sebainya air yg bertapis la.keep calm, insyaAllah ia tidak akan berlarutan. kurang pengambilan air dan stress fikir bukan2 hanya akan mmburukkan lagi keadaan.

Ida Iar berkata...

Pn Anon..
Berat bayi boleh turun atas pelbagai faktor lain, pengambilan suplemen yang betul oleh ibu tidak menjejaskan berat badan bayi. Perhatikan susu/pemknn yang diberi pada bayi..bersesuaian dgn kehendak dan keperluannya atau tidak.. bayi yang mula aktif juga tidak akan mengalami pertambahan berat badan yang banyak seperti diawal kelahiran. Jika ada delay pada kadr pertumbuhan bayi sila rujuk paed anda..Setakat penggunaan ESP & alfalfa oleh ibu insyaAllah tidak menjejaskan lgsg pertumbuhan bayi.

Tanpa Nama berkata...

Sy ada mgmbil esp

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin mencuba tapi saya ada masalah kesihatan.hati berlemak,batu karang kat hempudu,cyst. Blh ke saya cuba?

Tanpa Nama berkata...

sy da 4 ari mkn alfafa shaklee..mmg ade trase mual dan pening..ingt nk benti coz tkt x serasi ngan bdnn.mjurla ade info cmni...

Tanpa Nama berkata...

as salam..saya baru pertama kali makan shaklee..kesannya saya mengalami denyut2 di bahagian pinggang belakang.adakah ianya normal?

Ida Iar berkata...

Salam..boleh saya tau cik Anon (March 25, 2014) ambil produk mana dan utk tujuan ape? Boleh direct sms/whatsapp 013-9230280 utk penerangan lebih lanjut.

Tanpa Nama berkata...

Slm...sy pun baru ambil set kesihatan sendi smlm...bdn terasa panas n xblh tido mlm...adakah ini normal...siapa pernah alaminya?

cikgu sue berkata...

Kalau amk utk resdung, n slps makan rasa berdebar- debar. Ada itu juga kesan penyembuhan?

Ida Iar berkata...

Pn delta cygni >> Boleh jadi juga healing crisis ataupun sebab kurang lagi pengambilan air dalam keperluan harian. Jika berlarutan lebih seminggu dua boleh jumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut atau tanyakan kembali pada pengedar yang anda dapatkan produk tersebut untuk rujukan.

sebab healing crisis jarang berlarutan dalm tempoh yang sangat lama kecuali tips-tips yang dipesan diatas tidak diikuti sebaiknya.

Tanpa Nama berkata...

Saya disahkan oleh doktor ada cyst sebelah kiri ovari saya. So saya ambil set untuk cyst = vit E complex,carotomax,gla dan vit C. Saya dah makan sebulan set supplemen tu. Lately, saya terasa sebelah kiri area pelvis tu macam denyut2. Kekadang kaki kiri terasa sengal jugak. Adakah ini healing crisis?

Tanpa Nama berkata...

Saya disahkan oleh doktor ada cyst sebelah kiri ovari. Saya consume set cyst shaklee(vit e complex, vit c, gla dan carotomax) dah sebulan lebih. Adakah ini masih tanda healing crisis, rasa berdenyut sebelah kiri area pelvis,ovari. Kaki kiri rasa sengal jugk.

Ida Iar berkata...

Puan Anon,
Saya sukar nak mengulas lanjut tentang masalah yang puan hadapi berkaitan cyst tersebut. Ini kerana saya tidak tau cerita details mengenai keadaan asal sebelum ni dan status semasa saiz cyst puan skrg. Saya juga tidak mengetahui cara lengkap puan ambil vitamin tersebut secara harian dalam dos brp.

Tapi berdasarkan tanda-tanda yang puan rasakan kemungkinan ia healing crisis tapi kemungkinan juga ade perkara lain yang saya tidak ketahui. Mohon puan lakukan pemeriksaan dengan doktor untuk tahu keadaan sebenar cyst puan terlebih dahulu.

Mengenai nutrisi Shaklee yang puan ambil samada dos yang diambil mencukupi dan cara pengambilan betul atau tidak utk keadaan puan, boleh discuss dengan pengedar yang puan beli dulu.

Atau kalau puan perlukan untuk bercakap dengan Nutrionist Shaklee sendiri di HQ Shaklee, boleh hubungi saya melalui wassap di 013-9230280. Nanti saya bagi no talian Nutrionist tu. Takleh nak reveal direct no phone beliau disini. Harap maklum.