26 Januari, 2017

Kehamilan blighted ovum..pengalaman bermakna buatku. (part 2)

Maafkan saya buat pembaca kisah part 1 entri Kehamilan Blighted Ovum saya sebelum ni, sebab buat anda tercari-cari apa kisah akhirnya yang terjadi pada saya selepas tu.

Maaf yer cerita tergantung sekian lama, takde mood nak sambung cerita pun ada masa tu. Lama diperam dalam draf entri blog. So hari ni saya sambung kesudahan cerita part 1 saya tu kat sini. InsyaAllah ada 2 part aje cerita pasal kehamilan Blighted Ovum saya ni.



13 April 2013:

Lenguh pinggang makin ketara..en suami pegi memancing pagi tu dengan kekawannya dan dia bawak kete..bleeding makin ketara. Pad sehelai pun takde kat umah. Sebab dah lama tak period kan? tak simpan stok pad langsung. Cover dengan tisu dapur je lipat tebal2 selit kat panties..hahaha. Perasaan masa tu..sangat2 redha dah jika ini harinya..penantian bakal berakhir. Takyah tertunggu2 lagi...

Pagi start dengan spotted bleeding, saya amik peluang untuk rehat saja la hari tersebut. Kebetulan pula Sabtu masa tu. Malas masak pun ada, malas buat housework la pendek cerita hari tu. Saya sms pada husband inform tentang spot bleeding saya tu dan bagitau yang saya takde sehelai pad pun kat rumah time tu. Saya minta husband balik awal sket la dari memancing. Anak-anak pun macam behave sket hari tu. Bagi aje mama rehat.

Tengahari membawa ke petang, lenguh pinggang makin terasa. Ari-ari juga makin tak selesa, rasa mengeras. Bleeding makin ketara. Nasib husband dah balik, so dah dapat pakai pad la masa tu. Anak-anak dan urusan rumah semua husband handle masa tu.

Malam lepas dinner dan sampai la nak tido, saya mula merasa pengalaman kesakitan macam orang nak bersalin biasa tu. Mild contraction, ari-ari mengeras, pinggang lenguh rasa nak cabut aje letak tepi. Serba benda buat jadi tak kena belaka, duduk, baring, berdiri.. sume tak selesa. Humaira masa tu masih menyusu badan lagi, so setiap kali dia menyusu yes memang saya rasa contraction saya makin lama kuat.

Saya cerita kat husband tapi dia pun tak tau nak buat apa yang boleh melegakan kesakitan saya. Dia tanya nak bawak ke klinik or hospital ke? Saya cakap takpe la. Memang saya dah pasrah kandungan kantung kosong tu akan berakhir malam tu la kut. Saya cakap kat husband, esok pagi saja pergi hospital kalau betul saya dah keguguran nanti. Saya tau dah takde perkara boleh saya lakukan nak halang proses keguguran tu berlaku.

Sebab doctor pun dah bagitau, rahim kita wanita ni special Allah ciptakan. Andai kandungan itu tidak menjadi untuk survive, akan tiba saatnya ia akan jatuh sendiri bila badan tahu ia bukan lagi sepatutnya bertahan di situ. Cuma masa gugur tu la doc cakap, ada orang dia keluar sume complete. Ada sesetengah orang kena lalui proses D&C or kita panggil cuci rahim je la senang. Untuk keluarkan mana yang tertinggal tak mampu kuar habis. Untuk elakkan komplikasi jangkitan kuman dalam tu dan yang berkaitan la.

14 April 2013:

Saat semua orang, en suami dan anak-anak lena dibuai mimpi. Saya bertarung sakit contraction yang makin menggila. Macam nak putus pinggang rasa. Serius teringat sangat masa contraction nak bersalin 2 anak sebelum ni. Lebih kurang la sakit cuma lebih ringan sikit la. Sakit contraction nak bersalin betul-betul lagi sakit dari saya rasa malam tu.

Lepas tukar pad sebelum tido, saya baring melayan contraction saat sume ahli keluarga tido. Tiba-tiba aje satu ketika tu sakit memuncak sampai ketar-ketar badan dan tiba-tiba je saya macam rasa wooshhh, darah kuar menggila banyak. Pad yang baru tukar terus bocor. Dan kadar kesakitan saya yang menggila tadi makin surut secara tiba-tiba.

So saya bangun nak gi bilik air, memang rasa macam ada sesuatu melekat kat bahagian bawah tu. Buka panties dan pad dalam bilik air, berketul-ketul darah keluar jatuh ke lantai toilet tu. 


No miracle story happen..

Masa tu memang saya tau, saya dah officially keguguran kantung kosong tanpa janin tu. Takde cerita miracle yang terjadi pada saya macam yang saya harapkan sebelum ni. Saya kena belajar menerima hakikat saya dah kehilangan ia masa tu.


Saat tu saya cuba duduk dalam keadaan mecangkung seluas-luasnya, nak kuarkan seketul benda yang masih stuck kat bawah tu. Takut seriau sume ada..sakit aje yang dah menghilang terus diganti dengan darah yang kuar merah abis lantai toilet. Saya tak berani nak duduk kat toilet bowl sebab takut kantung jatuh dalam lubang tandas tu. Melepek la duduk aje atas lantai sorang-sorang dalam bilik air jam 1 pagi tu. Nak kejut husband pun tak jadi. Sume lena belaka dah.

Lebih kurang setengah jam pastu akhirnya benda seketul yang melekat tu berjaya kuar sepenuhnya.
Apa yang saya lihat? Ye, seketul benda lembik bulat tak berapa bulat gak la..macam telur ayam kampung/telur penyu haa saiznya. Kaler merah gelap. Saya yakin itu la kantung yang kosong tu. Langsung tak koyak. Langsung takde sebarang tanda ada janin kecil dalam tu.

Biasanya kalau orang yang keguguran diusia pregnancy macam saya masa tu about 14-15weeks, kalau belek kantung memang korang akan nampak seketul janin kecil yang mungkin sudah ade sifat asas kepala, badan, tangan kaki sume tu. Yang kantung saya punye saya tekan-tekan dan belek-belek memang takde apa-apa rupa janin dalam tu.

Saat tu baru air mata saya mengalir laju. Sebak dalam hati tetiba. Saya tak tau nak gambarkan perasaan masa tu sebenarnya, i am speechless. Rasa kehilangan, tapi saya tak nampak rupa janin pun. So apa yang saya kehilangan sebenarnya masa tu? Hmm. Seolahnya saya bukan kehilangan baby yang dikandung pun. sebab memang kantung tu kosong! Yang saya tau saya rasa kehilangan sangat sebenarnya.

Saya kutip segala benda berketul yang ada tu dan saya cuci elok-elok masuk dalam plastik. Sambil melayan perasaan macam nak pitam pun ada sebab tengok darah banyak kan. Saya pun tak tau mana datang keberanian saya nak urus sume tu sorang-sorang tengah malam dalam bilik air. Dah settle semua tu baru la saya kejutkan husband lebih kurang jam 2 pagi masa tu.

Saya minta husband bancuhkan segelas air Milo untuk saya. Sebab saya mula rasa nak pitam dan penat sangat. Penat bertarung dengan sakit yang menggila masa contraction. Nak pitam sebab banyak tengok darah keluar. Dah minum air, saya cakap kat husband saya nak tido dulu. Husband pun memang suruh saya rehat tido dulu dan gain my energy back. Esok pas Subuh baru kami ke HTAA denga membawa ketulan kantung dan lain-lain yang kuar tu dalam plastik yang saya dah cuci siap tadi. Nak suh doctor cek, complete miscarriage ke belum.

Maaf saya takde nak snap-snap gambar rupa kantung kosong yang keluar tu dan cebisan-cebisan yang ada. Maklumlah tengah malam jam1-2 pagi kut sorang-sorang masa tu dalam bilik air. Takde fikir nak snap gambar dah. Semuanya terakam dalam memori ingatan saya sahaja sampai bila-bila mungkin.

Tapi kalau ada yang nak tengok gambaran rupa kantung kosong dan cebisan yang keluar tu, boleh baca kat blog mama omputih ni yang melalui situasi lebih kurang saya lalui juga selepas keguguran tu. Tapi maaf ye gambar sedikit mengerikan kalau mak preggy nak tengok. Saya warning dulu la ye. Kalau sanggup boleh BACA SINI
Lebih kurang macam tu la rupanya kantung tu.

Complete Miscarriage and no need D&C

Alhamdulillah pagi tu urusan berjalan lancar, sampai kat HTAA saya tuju ke wad kecemasan dan checkup oleh doctor bermula. Doc scan rahim saya dan cek ketulan yang saya bawa. Doc cakap semua complete kuar dah ni. Tak perlu D&C. Alhamdulillah sangat masa saya dengar doc cakap macam tu. Saya memang taknak melalui D&C proses kalau boleh. Takut! Takut sakit dan macam-macam lagi teringat cerita yang dimomok oleh orang lain.

Doc cuma cucuk sejarum kat peha saya suntikan untuk bantu rahim saya kecut dengan baik. Dan saya perlu ditahan kat wad pagi tu untuk pemantauan. Takut ada kes tumpah darah atau sebagainya, post natal care la kira. Alhamdulillah selepas pemantauan sampai petang tu, darah nifas yang kuar dalam keadaan normal. Takde overbleed maka saya dapat discaj hari sama aje. Tak perlu bermalam di wad tu syukur sangat rasa.

Maka bermula la episod berpantang saya dengan dapat MC seminggu aje. Huhu.. Kalau dapat extra sket kan best. Boleh rehat lama sket sebelum naik kerja. Malas nak apply cuti tahunan kan..sayang tu cuti. Hehe. Saya pilih untuk ambil produk Shaklee sebagai vitamin untuk saya recover semula dalam proses berpantang. Ingat ibu keguguran tak perlu jaga semua yang macam ibu lepas bersalin biasa tu ke? Penting semua berpantang tau!

Emosi terganggu?

Actually lepas keguguran kantung kosong tu, saya akui emosi saya tak stabil. Selalu sangat saya rasa nak gaduh dengan husband. Sampai kena amik extra B complex. Ibu keguguran memang emosi kacau tau kalau tak jaga. Alhamdulillah saya recover cepat juga dengan pengambilan Vitamin Shaklee masa tu. Then saya continue amik GLA Complex juga untuk stabilkan balik hormon saya.

Feeling lepas tu..saya nak cepat-cepat pregnant semula. Saya nak ada pengganti kehilangan saya rasakan masa tu. Saya doa dan saya usaha, semoga saya mampu ceria semula. Yang pasti fasa berpantang jangan lupa jaga diri dan emosi baik-baik, pergi mengurut, pantang makan minum, suplemen asid folic dan vitamin asas lain jangan lupa juga.

Tempoh terbaik untuk mengandung semula selepas kelahiran, doc saya cakap selepas tempoh 3 bulan @ 100 hari ke atas. InsyaAllah masa tu badan dah ready nak pregnant semula dengan lebih sihat.

Cerita bahagia kemudiannya...


Alhamdulillah Allah Maha Baik Maha Penyayang. Allah berikan saya rezeki mengandung lagi lepas 4 bulan kes keguguran tu berlaku. Alhamdulillah pregnancy story saya yang ke 4 itu benar-benar membawa kebahagiaan untuk saya semula. Terasa kehilangan saya sebelum ni diganti oleh Allah semula.

Ini cerita kelahiran anak saya Irdina Zulaikha yang saya kandungkan selepas kes keguguran tersebut.
Baca SINI >> Diari Kelahiran : Irdina Zulaikha


Blighted Ovum Pregnancy. Pengalaman mahal yang tak boleh dijual beli.

Sekarang saya sudah merasa kebahagiaan semula dan kehamilan Blighted Ovum ini memang pengalaman yang cukup bermakna buat saya. Saya belajar terima hakikat tak semua perkara kadang-kadang ada penjelasan terperinci kenapa ia berlaku. Macam pregnant dengan kantung kosong ni la, tak ke unik tu rasa buat UPT postive, tapi bila di scan janinnya tak nampak pun. Pregnant ke tidak sebenarnya? Hehe. Doc pun tak boleh bagi penjelasan tepat kenapa ia berlaku pada saya dan sesetengah ibu lain juga. Pendek kata semua yang terjadi ia ketentuan Allah yang nak saya pelajari sesuatu dalam memandang hikmah yang berlaku disebalik kejadian ni. Andai ada di luar sana ibu-ibu yang mengalami situasi scan pada awalnya dalam tempoh 5-8weeks kantung anda nampak kosong tiada janin, jangan terus cepat membuat andaian dan berfikir bukan-bukan lagi.

Mungkin adakalanya ia tak berapa nak nampak lagi disebabkan keadaan uterus dalam tu..Boleh teruskan pengambilan Vitamin seperti B complex , protein dan multivitamin. Dan jika ia masih rezeki anda dan suami, maybe selepas usia kandungan mencecah usia minggu yang lebih banyak ia akan makin jelas kelihatan macam kes sesetengah ibu yang ada. Be cool ya ibu-ibu jika awal scan belum nampak jelas.

Dan andai tersurat sudah bukan rezeki kita, redhakan ia pergi bila tiba masanya nanti. Janin yang tidak menjadi (no heart beat, saiz tak membesar, kantung kosong) akan berpotensi keguguran di akhirnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Yang pasti jangan lupa berusaha untuk yang seterusnya pulak. Kun Fa Ya Kun.


0 komen ditinggalkan:

Video Testimoni