Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Masak sendiri pop corn dirumah~aktiviti menyeronokkan dengan anak!

Hai semua!

Hujung minggu bakal tiba lagi nanti. Ada apa-apa perancangan nak dibuat memenuhkan aktiviti hujung minggu korang sekeluarga?

Hari ni saya nak share pasal salah satu aktiviti menyeronokkan boleh korang buat dengan anak-anak especially yang berusia 2 tahun keatas - masak sendiri pop corn di rumah!


Eh betul ke masak pop corn pun boleh jadi aktiviti menyeronokkan? Haha..belum cuba belum tau!

Paling mudah sebenarnya nak buat pop corn sendiri dirumah ni.. Sambil- sambil korang perkenalkan mereka rupa asal biji jagung sebelum jadi pop corn yang anak-anak suka makan tu. Tambah ilmu mereka juga kan?

Biji jagung organic boleh dpt di kedai2 jual brgn organik/jusco. Harga dlm rm6.80 sepeket saya beli dl. Kalau yg biasa bukan organic dlm Rm2 je kut kat kedai rakyat 1 Malaysia/mydin.


So apa perkara yang diperlukan untuk buat pop corn while having fun dengan anak-anak? Ok, tak perlu fikir nak kena ada periuk mahal-mahal yang complicated sangat atau microwave mahal.

Yang paling penting cuma perlu ade periuk atau kuali yang BERTUTUP dan lutsinar (transparent) tau! Kenapa nak kena lutsinar?

Sebab nak bagi anak-anak tengok proses perubahan biji jagung menjadi pop corn tu la yang salah satu perkara menariknya tau! Tutup periuk wajib ye..nnt meletup tah mana2 aje.Klu tutup periuk tak lutsinar kurang la keseronokan anak-anak. Dengar bunyi- letup-letup je. Hihi.. Tak caye?

Meh tengok video ni anak-anak saya yang sedang syok melihat biji jagung tu meletup-letup jadi pop corn!


Gelak sakan mereka tau! Siap suh ulang masak lagi..haha!

Okey..so saya kongsi resepi sket camne nak hasilkan pop corn sendiri kat rumah bersama anak-anak. Mudah saja bahan-bahannya.

RESEPI POPCORN KARAMEL
Sumber Asal : Page FB 'Mamak Haji' -(saya olah ikut suka hati saya je)


Bahan-Bahan :
1/ 3 cawan biji jagung kering
1/4 cawan atau 4 sudu besar minyak masak.

Bahan-Bahan Untuk Karamel:
125 gm butter ( 3 sudu besar lebih kurang)
1 cawan gula perang @ gula pasir (saya prefer pakai gula perang aje)
1 sudu  teh esen vanilla (bg bau wangi sket, klu takde takpe.

*Alternatif tambahan: bbrp titik pewarna makanan jika nak popcorn berwarna-warni. Klu tak nak bagi anak pewarna cukup dengan kaler caramel asal sahaja.

Cara Penyediaan :


1. Siapkan satu tray dilapik dengan kertas aluminium atau kertas minyak baking.

2. Dapatkan satu periuk/kuali agak dalam yang ada penutup yang baik.

3. Masukkan minyak masak dan panaskan dalam api sederhana. Minyak perlu betul-betul panas sebelum masukkan biji jagung. Bagi menentukkan minyak betul-betul panas, masukkan dua biji jagung, kalau biji jagung itu berputar dan menjadi bertih, menunjukkan minyak dah panas.

Jaga2 yea..bertih boleh letup dan naik ke atas. *Orang latah dilarang buat resipi ini atau duk jauh sikit. 

4. Masukkan 1/2 cawan biji jagung. Bila dengar jagung meletup-letup, goncang perlahan periuk untuk biji jagung yang atas turun kebawah. (time ni la anak2 suka sakan tau!)

5. Bila bunyi meletup-letup dah berhenti buka tudung dan masukkan semua bertih jagung itu ke dalam sebuah bekas untuk adunkan karamel. Kutip buang biji jagung yang tidak menjadi bertih.


Penyediaan Karamel:


1. Adunkan butter atau marjerin dengan gula didalam kuali. Hidupkan api dapur sederhana. Masak dalam 5-7 minit. Kacau sekali sekala sehingga butter atau marjerin cair dengan gula. Masukkan esen vanila dan titikkan pewarna jika mahu.

2. Bawa adunan gula dan butter ini keadaan mendidih. Bila mendidih jangan pulak kacau adunan ini. Biar mendidih sampai warna keemasan, jangan lama nanti kramel anda akan rasa pahit. Agak dalam 10 minit dah cukup.

3. keluarkan dari api dapur, tuang dalam bertih yang berada dalam bekas tadi. Adunkan sebati karamel dengan bertih sehingga salut betul-betul.

4. keluarkan pop corn yang telah salut dan ratakan di tray yang kita sediakan dgn kertas baking atau aluminium. Biarkan karamel sejuk dan keras. Lepas itu anda ramas-ramaskan bertih itu. Sudah siap POP CORN anda yang lazat.

5. Jika mau lebih rangup..boleh masukkan ke oven suhu 150c selama 15 minit api atas bawah.


Jika anda dan anak-anak mahu lebih berkreativiti boleh juga masukkan popcorn dalam bekas comel2 atau jadikan  bentuk popsicle.. boleh balut dengan plastik dan jadikan salah satu barang goodie bag juga.  Comel kan?



Masak-masak popcorn pun boleh jadi masa bergembira dengan anak-anak. Lps dah masak, pasangkan DVD kegemaran mereka dan luangkan masa bersama-sama. Ala-ala tonton wayang di rumah pun boleh aje! Jimat belanja!


Homemade Resepi : Daging Dendeng & Rojak Kateh

Sempena musim raya haji yang banyak terima daging korban ni, maka kenalah pelbagaikan lagi resepi-resepi masakan daging kan? 😊

Kalau tak masak, bila nak habis daging pemberian orang ni. Walau tidaklah banyak mana tapi tetap kena masak untuk 3-4 kali juga baru habis. So hari ni, kita main masak-masak lagi.

Korang pernah dengar nama resepi Daging Dendeng? Pernah makan tak lagi hidangan ni? 

Maaf saya pun tak berapa pasti asal-usul resepi ni dari negeri mana. Asalnya, pertama kali saya makan yang ofismate pernah buat la. Tapi yang saya buat baru ni terlebih kicap sikit.Jadi agak hitam la rupanya selepas siap masak. Haha. Takpe, janji sedap!

Bahan-bahan nak masak daging dendeng ni mudah sahaja, takde bahan sukar dicari sangat pun. Cuma cara penyediaannya mungkin sedikit leceh  buat orang yang tak rajin masak. Haha. So cari mood rajin tu sebelum mula bersilat di dapur ya.

Tapi lagi best kalau dapat makan yang orang masakkan la,kan?? Memang laju aje nak menambah. Sedap dimakan dengan nasi panas, ketupat serta lemang juga. Rupa macam masak kicap aje tapi ade pedas cili sket la.

Resepi yang saya dapat ni saya rujuk dari blog AzianHasan

Resepi Daging Dendeng

Bahan-bahannya:
1 kilo daging
100-150  gram cili kering ( dikisar) ~ saya guna serbuk cili aje sebagai ganti
5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat
2/3 sudu besar cuka
Garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis
# Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging


Cara membuatnya:
1) Rebus daging sehingga empuk.
2) Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper.
 
3) Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 minit - 1 jam.

 4) Goreng daging dengan api perlahan. Dah siap, angkat dan toskan.

Baru siap fasa pertama ni. Next...
5) Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak. Boleh guna kuali sama, pastikan kuantiti minyak berpadanan.
6) Masukkan kicap dan gaul rata.
7) Masukkan daging yang telah digoreng tadi.
8) Masukkan garam, gula dan sedikit cuka masakan/air asam/jus lemon secukup rasa.
   (saya juga tambah cili api beberapa biji yang tidak dipotong, sekadar menambah seri hidangan)
9) Gaulkan dendeng daging sehingga sebati, angkat dan hidangkan,

Tadaaa...dah siap daging dendeng versi saya masak. hitam molek kaler kicap pekat.

Alhamdulillah sedap sungguh la rasanya. Agak-agak nak masak hujung minggu ni boleh la ya. Sebab nak masak daging perlu kesabaran lebih sikit nak bagi empuk tu. So resepi ni sesuai dimasak time tak rushing sgt. Kecuali kalau korang ada pressure cooker. Kejap aje empuk daging. Tumbuk daging tu tak perlu la beriya sangat ye.sekadar nak bagi leper dan lembut sikit aje.

 #########################################

Oh ye, rasa macam nak bagi resepi tambahan lagi satu juga iaitu Rojak Kateh @ Rojak Tulang Rawan Lembu. Ada yang minta resepi nak buat ni lepas saya upload gambar rojak kateh kat FB. Ok..saya bagi resepi ni berdasarkan yang mak saya masak ya. Yang masak ni mak saya, hehe saya tukang makan je pastu. 

Rojak Kateh @ Rojak Tulang Rawan Lembu 

 

Bahan-bahannya:
1-2 batang kaki lembu  - (betulkah penjodoh bilangan itu?)
3 senduk kecil Cili boh @ Serbuk cili
1 senduk kecil Cuka masak (ACV pun boleh guna)
Segenggam Asam jawa atau 2 sudu besar pes asam jawa.
Air secukupnya
Sekeping Gula nisan @ gula melaka saiz sederhana
Garam/gula secukupnya

Cara Penyediaan:
1) Bakar kaki lembu (bahagian kasut hitam dia tu-untuk mudahkan cabut lapisan luarnye)
2) Kasi kikis sampai nampak tulang rawan sahaja. Macam dalam gambar dibawah.

Sumber : ceria-resipi.blogspot.my

3) Rebus separa empuk tulang kaki tadi. (kalau pakai pressure cooker maybe dlm 15-20 minit dah memadai.)
4) Kikis lagi tulang rawan dan isi2 sekitar lutut/kaki lembu tersebut sampai licin dari cantik kalau boleh dikerjakan.
5) Potong dadu / kecil2 agak2 dapat makan sekali suap aje ketulan daging/tulang rawan tu.Tulang boleh buang je atau ulang masak kat periuk lain boleh buat bone broth.
6) Tukar air rebusan pertama tadi. Rebus lagi dalam air baru sehingga jadi betul2 kembang dan lembut. Masak cara biasa boleh jadi berjam-jam. Kalau pressure cooker maybe 40 minit dah jadi lembut. Tak cukup lembut? Masak la lagi lama. Dah siap, tos dan ketepikan.

Bahagian kuahnya:
1) Masukkan air dalam 1 liter kedalam periuk. Didihkan bersama cili boh @ serbuk cili tadi beserta cuka masak, gula nisan, asam jawa. Tak perlu tumis apa-apa. Masuk semua sekali saje. (Tapi kalau korang prefer tumis lada tu, tak perlu minyak banyak la ye.)
2) Masukkan tulang rawan/kateh dan isi2 tadi sekali. Letak garam gula secukup rasa. 

Apa rasa yang sepatutnya rojak ni?
Ada rasa pedas sket, masam sket, manis sket, tapi tak masin sangat. Ala-ala macam kuah rojak betik tapi tanpa isi ikan, begitulah lebih kurang.
Ada yang suka makan panas-panas, ada yang suka makan sejuk. Boleh simpan dalam peti untuk tahan lebih lama.

Selamat mencuba 2 resepi di atas!

Sedikit pesanan dari MamaLutfi:
Kalau takut dilanda masalah tahap kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, atau jadi sakit gout akibat pengambilan berlebihan makanan tersebut sila jangan lupa diri bila makan ye. Takpun sebagai kawalan awal boleh la mengambil Vivix, Phytocol-St, Omega Guard, Lecithin, Alfalfa dan Herblax sebagai alternatif bagi anda ye.

Vivix - mengadungi polifenol yang bagus untuk kesihatan serta bersifat antioksidan.
Phytocol St - berperanan menyekat lebihan kolestrol dari makanan dari memasuki salur darah ketika serapan di usus.
Omega Guard - berperanan menyingkirkan mendapan kolestrol jahat (LDL) yang ada dalam saluran darah - (mencegah salur darah tersumbat dan menjaga ia dari inflammation)
Lecithin - membantu pengelmusian lemak, so elakkan lemak menepu pada salur darah.
Alfalfa - mencegah pengumpulan asid urik yang menjadi punca gout dengan meneutralkan asid berlebihan (Alfalfa bersifat alkali)
Herblax - bantu masalah penghadaman dan melancarkan pembuangan.

Mana nak dapat suplemen tersebut? Hubungi saya aje ye ditalian  013-9230280


Saya akan bantu anda memberi konsultasi produk yang bersesuaian dgn kehendak dan keperluan anda. Semoga semua sihat selalu ye!

Resepi makanan sihat & sedap : 'Overnight oat'

Gara-gara resepi 'overnight oat' yang melintas di newsfeed FB saya, dalam hati teruja nak mencuba juga. Actually i'm not oat lover. Sungguh saya tak pandai nak makan oat cara sedap sebelum ni.
Tapi overnight oat yang saya lihat ni rasa macam menarik je untuk dicuba. Siapa tau kut lepas ni saya akan lebih suka healthy food ni. Ye yg menyihatkan itu adakalanya kurg sedap ditekak org macam daku ni. So nak makan kena la cari resepi yg membolehkan tekak ni nak terima.

Setakat ni saya baru cuba satu rasa aje. Belum variasikan lagi dgn rasa lain. Nanti dah cuba saya update balik ye. So, bagaimana rupa dan rasa overnight oat versi mamalutfi ni? Apa yang saya letak?
Secara asasnya bahan2 yang diguna:
*Oat (ade pelbagai jenis oat, saya cari yang tak perlu dimasak la)
*chia seed (saya punye takde)
*kekacang,kismis or buah kering pun boleh letak (ikut selera masing2)
-nak mudahkan kerja saya beli yogood gourmet muesli je (byk variasi ade, saya pilih cran & berries punye.


*yogurt (boleh guna natural yogurt, greek yogurt, yogurt yg ade perisa pun boleh- ikut selera korg la)
*susu (fresh milk, goats milk, soy milk, almonds milk- pun ikut suka nak pilih ape)
*pemanis jika perlu (madu ke..asalkan pilihan yg sihat la, tapi saya tak letak pun)
*fresh fruits (strawberi, apple, peach, blueberry, kiwi, pisang or any kind of yg korg suka juga.

Lain2 terpulang pada kreativiti dan selera anda utk hasilkan menu sihat. Jgn pegi letak jajan or benda tak sihat dah. Saya letak tambahan Mealshake(bancuh dgn susu Higoat- sedap dgn bau dan rasa vanilla Mealshake tu!!)


Cara Penyediaan:
Letak bahan2 kering dl..oat, kekacang, dried fruit. Saya letak dlm 1/3 - 1/2 botol kaca tu. (Botol kaca recycle dari botol acarjutawan yg dh habis). Lepas tu letak yogurt bbrp sudu. Then letak la susu pilihan cukup2 utk tenggelamkan bahan2 td. Lepas tu gaul rata sume bahan tu dgn sudu. Kalau nak tambah fresh fruit boleh tambah terus or tambah sebelum nak mkn nanti. Dah siap simpan dlm peti sejuk utk bbrp jam. Biasanya buat malam utk serve as breakfast esoknya. Sebab tu nama dia 'Overnight oat'. Klu bancuh makan terus tak nama overnight la.hehe..

Apa rasa dia? Mcm makan bubur oat juga kut tapi versi sgt sdp sebab sejuk2 dari peti, ade manis2 buah, ade crunchy kekacang juga. Oat dah cukup lembut bila simpan dr mlm.
So kalau anda beli Mealshake bulan ni jangan lupa cuba juga resepi ni. Confirm bertambah sedap oat anda. Selamat mencuba!

Nak order Mealshake juga sempena promosi bulan ni? Sms/wassap je saya ye 013-9230280.

Resepi Ikan Celup Tepung (ICT)

Salam sejahtera buat pengunjung blog mamalutfi.. arini saja nak share sket cara saya buat bancuhan celup tepung untuk goreng2. Boleh guna untuk masak ikan celup tepung (ICT) , kiranya anykind of goreng2 celup tepung la.. seafood - sotong, udang, ketam. Sesuai juga utk goreng pisang, cempedak, ubi keledek.

====================
BAHAN-BAHAN: (utk hasil semangkuk adunan)
Tepung beras  1 stgh cawan
Telur 1 biji
Air 3/4 gelas
Serbuk kunyit 1 sudu teh
Garam 2 sudu teh
Kapur makan secubit
Bahan gorengan (ikan, sotong, udang dll)

Cara adunan saya :
Air+serbuk kunyit+garam+kapur bancuh sekali. Warna kuning kunyit akan bertukar jadi kemerahan bila tambah kapur td.

Mix telur+tepung beras. Tambah air bancuhan tadi sket2 sambil gaul rata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Klu celup jari/bahan gorengan.. tepung mesti melekat sedang elok kata org. (Perfectly coated la..). Pandai2 la adjust nisbah air@tepung tu elok2 ye. Dah siap biarkan seketika dlm 5 minit dan boleh start celup dan menggoreng dlm minyak yg dah dipanaskan. Balik2 bahan gorengan hngga cukup masak dan angkat. Sedia dihidang.

*Tips menggoreng sotong:
Celup sotong dlm adunan. Minyak dipanaskan seperti biasa terlebih dahulu. Kecilkan api sebelum masukkan sotong ke dlm minyak. Goreng sotong dgn api perlahan selama 1 minit. Ini untuk mengelakkan sotong menjadi liat (menganjal isinya). Besarkan api semula untuk kepanasan asal semula supaya tepung gorengan tidak menyerap minyak berlebihan.

===================

Saya prefer guna tepung bancuhan ni utk apa jua jenis celup goreng ni. Tepung beras diguna so lebih crunchy. Tambah pula ade sedikit kapur makan (kapur sireh tu ye..bukan kapur lain tau!) Saya dpt resepi ni dari mak saya. Lupa plak nk tny ape reason letak kapur tu..bagi rangup jugak kut.hehe.. tapi jangan terlebih letak nnt rasa pahit pulak. Secubit dua je saya letak dalam bancuhan air tu.

Selamat mencuba..buat ICT@SCT atau2 ape2 ajelah pilihan anda masa cuti sekolah ni utk anak2 dan keluarga pasti menyelerakan. Takyah beli yg siap kat kedai..sebab lebih mahal. Seekor ICT saiz sederhana dlm rm3 seekor. Yang besar sket maybe dlm rm5 seekor. So penyelesaiannya.. beli aje kembung/selar/selayang sekilo dah leh jimat sket bila goreng sdri. Hehe...Amacam??

Performance Drink pilihan hebat untuk bertenaga di bulan puasa!

Anda suka dengan minuman isotonik seperti 100 Plus, 7UP Revive dan seangkatan dengannya? Tapi dek kerana kandungan gula yang terlalu tinggi di dalamnya menyebabkan anda bimbang dengan kandungan gula dalam badan anda plak nanti kan? Saya dah jumpa minuman yang setanding malah lagi hebat formulasinya..tak lain tak bukan Performance drink Shaklee la. Dengan rasa oren dan tidak berkarbonat, tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan lagi tu.

Memang sangat sesuai untuk bekalan di bulan puasa ini juga tau! Kenapa?

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet/mereka yang aktif dan juga untuk umat Islam di bulan puasa ni. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


So bila puasa dan ambil Performance drink ni pada waktu sahur, ia membantu mencegah kehilangan terlalu banyak cecair badan/elektrolit dari badan anda. Bukanlah anda langsung tak dahaga lepas minum ni..tapi ia membantu menguragkan tahap haus yang melampau disebabkan dehidrasi terutama buat mereka yang sangat aktif disiang hari puasa, bekerja yang terdedah pada cuaca panas. Kalau boleh hilang dahaga terus, maka hilanglah nikmat berpuasa tu kan? Kita cuma mencari jalan untuk kurangkan kelesuan melampau sahaja. Sekurangnya boleh la cergas sikit nak bertadarus atau membuat apa amalan tambahan yang disukai oleh Allah. Kan bagus begitu?


Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.








Bagaimana sukatan pengambilan Performance Drink ini?
Actually ia ikut citarasa anda dan juga individu yang mengambilnya. Jika kanak-kanak tak perlu la terlalu byk sukatannya. 3 sudu besar dengan 8oz air kosong(sejuk/suam) sume boleh. Kalau kurang suka dengan rasa masam oren asli, boleh kurangkan dosnya juga.


Ada sukatan maksimum tak? Takde sukatan maksimum pun yang dinyatakan oleh pihak Shaklee. Tapi sekadar minum 1-2 kali sehari pun dah memadai sebenarnya. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Boleh amik semasa berbuka, dan juga semasa bersahur.




Boleh dibancuh bersama dengan ESP/ Mealshake / Cinch Tea..pun sedap tau!!

Cara saya membancuh Performance drink kegemaran saya ni macamni:
  • 1 setengah sudu besar Performance Drink tambah 1 setengah sudu besar ESP/Mealshake didalam 250-300ml air sejuk; atau
  • 2 sudu besar Performance Drink + 1 sachet Cinch Tea dalam segelas air sejuk/suam.
  • 3 sudu besar Performance Drink + 300ml air sejuk
Tak perlu tambah gula/madu lagi dah..cukup yang tu aje. Oh ye, amik PD+Cinch Tea masa sahur/berbuka memang buat mata anda rasa cerah aje..Cubalah ye! Memang best!

Anda boleh cuba dengan minuman lain juga jika suka..tapi saya suka nasihatkan jika amik PD tak perlu lagi dah tambah gula pasir ye..kalau kurang suka dengan rasa tang oren nye tu boleh kurangkan sukatan PD. Lain lidah lain citarasa kan? Selamat mencuba!

Yummy2!

Mahu order satu untuk lebih bertenaga di bulan puasa ini?? Hubungi saya cepat2 ye!
Ibu mengandung, ibu menyusu, lelaki yang bekerja berat, mereka yang aktif bersukan serta aktiviti harian padat dan memenatkan anda- harus anda cuba PD ini juga. Confirm tak nyesal punya!

SMS/Whatsapp 013-9230280 (Ida)
Email: norlida134@gmail.com
ID : 865095

Resepi: Ketupat Sotong anak Terengganu

(✿◠‿◠) (✿◠‿◠) (✿◠‿◠)

Entri pasal masakan sikit hari ni. Gaya seorang amatur memasak..kekekeke. Nama resepi saja aje daku tambah perkataan anak Terengganu tu..sebab yang masaknya anak Terengganu jati..haha. Kenapa tetiba tulis resepi pasal sotong plak ni?? Saja..sebab sekarang musim orang bercandat sotong dah tiba. Takde idea nak makan apa dengan sotong yang dapat hasil mencandat leh try masak ketupat sotong ni juga. Sedap dan mudah aje nak buatnya. Tapi tak disarankan guna sotong yang besar lengan tu..kurang best! Amik saiz sederhana besar aje dah ok. Saiz kecil pun ok..ikut selera la.


Pernah makan Ketupat Sotong? Bagi mereka yang tinggal di Terengganu rasanya dah biasa sangat kut makan ketupat sotong ni kan? Kecuali mereka yang alah dengan seafood maybe kena tengok orang makan aje la ye.haha.. Ohh, tapi ada jugak anak Terengganu yang tak biasa makan ketupat sotong ni ye? Sotong makan, tapi ketupat sotong tak biasa makan. Hahaha..(wahai adik iparku, klu terbaca ni jangan marah ye!) Apa rasanye? Lemak-lemak santan dengan rasa sotong yang disumbat beras pulut dalamnya. Senang citer kalau tak pernah makan, tak pernah cuba..leh la try masak sekali. Boleh buat sebagai lauk tambahan untuk makan nasi, atau buat hidangan ringkas untuk minum petang pun ok juga.. Tapi sapa yang berkira dengan kalori intake, haha, pandai2 lah bajet ye berapa banyak aja nak makan.

 
 Bahan-bahan dan cara membuatnya:
Beras pulut dibasuh dan direndam seketika
Sotong saiz sederhana di cuci bersih (buang kulit bintik2 tu dan gigi kat mulutnya)
Berapa banyak sotong dan beras pulut ni bergantung pada saiz hidangan korang la, berapa besar/ kecik sotong tu yang diguna nak masak. Beras pulut isi 2/3 aje dalam bdn sotong (nanti masak dia kembang kan..) then kacip la bukaan bdn sotong tu dengan lidi pencungkil gigi ke, lidi sate ke, ape2 lidi la, make sure potong hujungnya bila dah siap cucuk, jgn bg tajam2, nnt takut masa masak, korang kacau kuahnye sampai tembus ke bdn sotong sebelah2 plak nnt..habis terburai inti beras pulutnye.

Halba sesudu teh, bawang merah dimayang halus dan halia juga.

 Sementara duk isi beras pulut dalam badan sotong, boleh la panaskan air dan masukkan 3 sekawan di atas dan bior mendidih bersama-sama.

Masukkan sotong yang dah siap diisi beras pulut tadi dan masak la dalam 15 minit, bergantung pada nak masak beras pulut kat dalamnya la.
Sekotak kecil santan untuk dimasuk kemudian nanti
 Agak2 dah kembang elok beras pulut tu (sotong korang mula nmpk gemuk dan membuncit - ketupat pulut dah kembang dalam tu) masukkan sekotak santan segera (klu nk santan segar pun boleh) dan kacau sentiasa dlm api sederhana sampai mendidih. Dah mendidih boleh stop kacau kuahnya..Masukkan garam gula secukup rasa korang la, nak bior rasa lemak2 santan tu kan?

Dah masuk santan, kacau sampai ia mendidih, pastu masuk garam gula secukup rasa


Taraaa...Ketupat sotong sedia untuk dinikmati. Senang aje nak masaknya kan?

Daku sungguh menggemari ketupat sotong ni dek kerana simple, mudah dimasak dan bahannya tak renyah nak dapat. Tambahan ada halba (fenugreek) ni pun boleh jadi milk booster jugak ni..haha. Plus santan yang berkrim..berapa la kalori makanan ni ye nak2 kalau hirup kuah banyak2. Tapi saya tak kisah..kalau takut kolestrol tinggi sebab sotong+santan tu, lepas makan amik Omega Guard atau Lecithin dan juga Phytocol ST..hihi. Bantu merendahkan kadar kolestrol anda balik.Nak order produk2 tu boleh contact saya ok!

Apapun selamat menjamu selera kalau dah cuba buat ni.

**Ketupat sotong saya masak versi tak manis. Cukup2 lemak aje rasanya. Sesetengah tempat di Terengganu maybe lain versi masakannya. Ada yang suka tambah gula nisan (gula melaka) so kaler kuahnye lebih gelap dan kuah lebih likat serta rasa yang manis. Mostly resepi orang yg asal Kelantan yang suka masak manis-manis camni. Terpulang pada citarasa masing2 aje. **

Variasi resipi lazat untuk bancuhan ESP Shaklee

HOT SELLING PRODUCT IN SHAKLEE!!


ESP antara product killer Shaklee....hanya yang dah rasa kehebatannya saje faham ape yg saya bicarakan disini.... ESP??... esp atau nama penuhnya energizing soy protein.. saya taknak cerita panjang pasal ESP..entry kali ni nak share cara2 bancuh ESP...especially yang baru beli atau dah lama beli tapi dah bosan dah..asik bancuh dengan susu jerrr. ..Basically satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu gelas besar air suam. air suam ni samada air suam kosong tapi tak terhad cara tu je.. kerana anda boleh cuba resipi2 di bawah.. ikut tekak masing2...
  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + susu tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)
  • ESP + Sunquick (Orange, Mango, Lemon, Blackcurrant..dll)
  • ..........ada sape2 nak tambah..silakan...
..anda bagaimana?...for me..saya sampai bile2 suka ESP dgn freshmilk (kalo rajin..blend skali dgn kismis/kurma)..kalo dak shake2 jer....

ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer... ia sesuai utk seisi keluarga..UNTUK:

1. Orang yang ingin kekal sihat..

2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.

3. Kanak-kanak bersekolah

4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak

5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan

6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,

7. Ahli sukan dan bina badan

8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat dan yang inginkan kulit yang cantik.


~MamaFaiz.com~




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Ikan Kitang...masak ape best yer??

Bila dapat encik suami yang suka memancing, biasala..kadang2 ade aje mcm2 jenis ikan yang saya tak berapa nak kenal di bawa baliknye. Biasa kalau dia pegi mancing di area Balok tu, gelama, sembilang dan ikan kitang ler yg selalu dibawa baliknye. Tapi klu dapat ikan sembilang besar2 tu lebih kurang saiz betis atau lengan,geli saya nak menyiangnye...dh dibawa baliknye tu hidup nyawa2 ikan lagi..ahaha..gedik2 dalam sinki. Tapi ikan yang saiz sedang2 boleh la saya menyiangnye..klu ikan saiz besar tapi badan jenis bersisik tu tahan la jugak nak menyiang, klu yang versi licin2....hihihi. i pass to him lorrrr!!

kali ni dia gi mancing lagi, bawa balik seekor ikan sembilang (nasib baik....hihi), anak2 gelama bbrp ekor dan ikan kitang saiz 2 tapak tangan saya je dalam 6 ekor. Dapat la stok utk masak lauk pauk utk bbrp hari. Haha..jimat! Selama ni kalau dia bawa balik ikan kitang selalunye saya masak cara goreng biasa takpun buat masak sambal tumis. Kekadang try masak kicap.. kali ni rasanye nak try masak sweet sour la plak. Resepi simple aje kn sweet sour ni. Sebab tu rasa boleh je kut masuk dgn rasa ikan ni. Ala2 masak sweet sour guna ikan bawal..tapi kali ni versi ikan kitang. Hehe.. Korang yang penah masak guna ikan kitang ni agak2 resepi ape lagi yer yang best boleh dicuba?

Pada yang tak penah tengok ikan kitang nilah rupanya..Kalu ade versi lain saya tak pasti.hehe.
Ikan Kitang...sumber Mr Google aje.

BTW...ni bukan hasil tangkapan encik suami saya, saya cari guna Mr. Google aje. hehe... Takde kamera la saya nak snap gambor, klu ade pun dalam en suami punya hp la. blum kasi transfer dlm laptop saya ni.

Bab nak menyiang ikan ni tak susah, takla geli2 macam ikan sembilang tuh. ;)  Cumanya nak kena berjaga2 la sket dgn duri2 nye. Tajam oooo...sakit saya terkena! tapi tak la berbisa yang boleh buat tangan berdenyut2. So cara saya biasanya saya kasi gunting dulu semua duri tajam2 tu kasi tggl kontot2 aje, then baru start belah buang isi perut dan insangnye. Dah siap cuci2 boleh gaul garam kunyit utk menggoreng. Then baru fikir nak masak lauk ape dgn ikan kitang ni. Masak lauk cara tak goreng ikan dulu saya tak penah buat lagi dgn ikan ni.
Kalau ade ape2 cadangan lauk yang best boleh dicuba, maybe saya leh try plak pasni.

Masak sweet sour style saya senang aje..bawang putih, halia, hiris halus2 then tumis..pastu masuk sos tomato lebih kurang 2 cawan, sos cili 1/2 cawan, kicap cair sket, sos tiram sket, air sket ikut la stkt mn nak cairkan kuah tu, garam gula secukup rasa. Bawang besar, lobak merah, lada merah, dan daun bawang potong2 masuk sekali utk memeriahkan lauk tu. Ikan yang dah siap goreng tu masuk je dalam kuali, gaul2 sebati dah siap! ehehe. Ok saya nak g mkn dulu. Anak2 tgh tdo kekenyangan, turn saya plak utk makan2.

Masak-masak: Lepat jagung

Ni last month punya cubaan memasak. Penghujung Mei yang lalu.1st time buat lepat jagung resepi amik yg akakku Raihana bagi. Tapi lepat jagung cara moden, takde bungkus2 daun pisang pasal malas nak g beli daun pisang. Sebab takde jagung tongkol alternatifnya tukar pada jagung dalam tin aje. pakai yg whole kernel punya, bukan yang creamy yg biasa letak kat ABC tu. Hasilnya rupa tak lawa mana la..tapi rasanya best juga..yeay..dh berjaya buat lepat jagung sendiri. Tengoklarr sendiri ek. ;)







Nak resepi?? Nah..salin ler..


Resepi:

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 cawan santan
1 sudu kecik garam
jagung dihiris 2-3 tongkol (terpulang)
kalo ada daun pisang, layur dulu atas api dan potong kecik2..

Cara:
1. Masukkan semua bahan td skali kecuali jagung dan daun pisang...
2. Kacau adunan biar sebati dan tapis
3. Masukkan adunan td ke dalam periuk bersama jagung dan panaskan dengan api perlahan
4. Kacau sentiasa sampai adunan kental
5. Kemudian, amik 1-2 sudu dan letak atas daun pisang dan bungkus. kalau pakai bekas, letak sekadar utk mkn mcm satu bungkus la..banyak2 nnt muak nk mkn..
6. Kukus selama 15 minit dan setelah masak boleh la sejukkan dan hidang..

Senang dan simple aje. Selamat mencuba..