Masak sendiri pop corn dirumah~aktiviti menyeronokkan dengan anak!

Hai semua!

Hujung minggu bakal tiba lagi nanti. Ada apa-apa perancangan nak dibuat memenuhkan aktiviti hujung minggu korang sekeluarga?

Hari ni saya nak share pasal salah satu aktiviti menyeronokkan boleh korang buat dengan anak-anak especially yang berusia 2 tahun keatas - masak sendiri pop corn di rumah!


Eh betul ke masak pop corn pun boleh jadi aktiviti menyeronokkan? Haha..belum cuba belum tau!

Paling mudah sebenarnya nak buat pop corn sendiri dirumah ni.. Sambil- sambil korang perkenalkan mereka rupa asal biji jagung sebelum jadi pop corn yang anak-anak suka makan tu. Tambah ilmu mereka juga kan?

Biji jagung organic boleh dpt di kedai2 jual brgn organik/jusco. Harga dlm rm6.80 sepeket saya beli dl. Kalau yg biasa bukan organic dlm Rm2 je kut kat kedai rakyat 1 Malaysia/mydin.


So apa perkara yang diperlukan untuk buat pop corn while having fun dengan anak-anak? Ok, tak perlu fikir nak kena ada periuk mahal-mahal yang complicated sangat atau microwave mahal.

Yang paling penting cuma perlu ade periuk atau kuali yang BERTUTUP dan lutsinar (transparent) tau! Kenapa nak kena lutsinar?

Sebab nak bagi anak-anak tengok proses perubahan biji jagung menjadi pop corn tu la yang salah satu perkara menariknya tau! Tutup periuk wajib ye..nnt meletup tah mana2 aje.Klu tutup periuk tak lutsinar kurang la keseronokan anak-anak. Dengar bunyi- letup-letup je. Hihi.. Tak caye?

Meh tengok video ni anak-anak saya yang sedang syok melihat biji jagung tu meletup-letup jadi pop corn!


Gelak sakan mereka tau! Siap suh ulang masak lagi..haha!

Okey..so saya kongsi resepi sket camne nak hasilkan pop corn sendiri kat rumah bersama anak-anak. Mudah saja bahan-bahannya.

RESEPI POPCORN KARAMEL
Sumber Asal : Page FB 'Mamak Haji' -(saya olah ikut suka hati saya je)


Bahan-Bahan :
1/ 3 cawan biji jagung kering
1/4 cawan atau 4 sudu besar minyak masak.

Bahan-Bahan Untuk Karamel:
125 gm butter ( 3 sudu besar lebih kurang)
1 cawan gula perang @ gula pasir (saya prefer pakai gula perang aje)
1 sudu  teh esen vanilla (bg bau wangi sket, klu takde takpe.

*Alternatif tambahan: bbrp titik pewarna makanan jika nak popcorn berwarna-warni. Klu tak nak bagi anak pewarna cukup dengan kaler caramel asal sahaja.

Cara Penyediaan :


1. Siapkan satu tray dilapik dengan kertas aluminium atau kertas minyak baking.

2. Dapatkan satu periuk/kuali agak dalam yang ada penutup yang baik.

3. Masukkan minyak masak dan panaskan dalam api sederhana. Minyak perlu betul-betul panas sebelum masukkan biji jagung. Bagi menentukkan minyak betul-betul panas, masukkan dua biji jagung, kalau biji jagung itu berputar dan menjadi bertih, menunjukkan minyak dah panas.

Jaga2 yea..bertih boleh letup dan naik ke atas. *Orang latah dilarang buat resipi ini atau duk jauh sikit. 

4. Masukkan 1/2 cawan biji jagung. Bila dengar jagung meletup-letup, goncang perlahan periuk untuk biji jagung yang atas turun kebawah. (time ni la anak2 suka sakan tau!)

5. Bila bunyi meletup-letup dah berhenti buka tudung dan masukkan semua bertih jagung itu ke dalam sebuah bekas untuk adunkan karamel. Kutip buang biji jagung yang tidak menjadi bertih.


Penyediaan Karamel:


1. Adunkan butter atau marjerin dengan gula didalam kuali. Hidupkan api dapur sederhana. Masak dalam 5-7 minit. Kacau sekali sekala sehingga butter atau marjerin cair dengan gula. Masukkan esen vanila dan titikkan pewarna jika mahu.

2. Bawa adunan gula dan butter ini keadaan mendidih. Bila mendidih jangan pulak kacau adunan ini. Biar mendidih sampai warna keemasan, jangan lama nanti kramel anda akan rasa pahit. Agak dalam 10 minit dah cukup.

3. keluarkan dari api dapur, tuang dalam bertih yang berada dalam bekas tadi. Adunkan sebati karamel dengan bertih sehingga salut betul-betul.

4. keluarkan pop corn yang telah salut dan ratakan di tray yang kita sediakan dgn kertas baking atau aluminium. Biarkan karamel sejuk dan keras. Lepas itu anda ramas-ramaskan bertih itu. Sudah siap POP CORN anda yang lazat.

5. Jika mau lebih rangup..boleh masukkan ke oven suhu 150c selama 15 minit api atas bawah.


Jika anda dan anak-anak mahu lebih berkreativiti boleh juga masukkan popcorn dalam bekas comel2 atau jadikan  bentuk popsicle.. boleh balut dengan plastik dan jadikan salah satu barang goodie bag juga.  Comel kan?



Masak-masak popcorn pun boleh jadi masa bergembira dengan anak-anak. Lps dah masak, pasangkan DVD kegemaran mereka dan luangkan masa bersama-sama. Ala-ala tonton wayang di rumah pun boleh aje! Jimat belanja!


1 komen ditinggalkan:

Fatin berkata...

Wah senang je eh buat pop corn ni. Boleh try nanti!