It is Monday today! Dah kembali bekerja semula seperti biasa. No Monday blues okay! Apa aktiviti kalian sekeluarga di hari minggu baru-baru ini?
Hari Sabtu lepas saya luangkan masa bersama anak-anak dan kawan-kawan babywearers saya. Kami buat walking day-tawaf ECM Kuantan sambil berbabywearing dan edar flyers utk event kami next Saturday. Happy sungguh anak-anak dapat mengenali kawan-kawan baru juga.
Suami saya bekerja di hari Sabtu lepas so takut anak-anak bosan di rumah sahaja, itu sebabnya saya join keluar bersama mommies yang lain dan anak-anak mereka juga. Ahad pula family time di rumah sahaja pula. Apa aktiviti nak buat bila bersama anak-anak?
Bagi yang ada anak-anak kecil sekitar 3 tahun ke atas dan juga anak-anak di usia sekolah rendah, banyak aktiviti luar yang boleh kita lakukan bersama mereka di hari cuti. Hari-hari biasa waktu kita bekerja dan mereka bersekolah pasti waktu untuk diluangkan bersama jadi lebih singkat.
Namun jangan lupa, gunakan sepenuh masa terluang yang ada setiap hari untuk merangsang minda dan fizikal anak-anak lebih-lebih lagi yang berusia antara 3-6 tahun. Ianya waktu yang sangat berharga untuk memupuk kecerdasan mental dan fizikal mereka ketika usia begini.
Jadi berbalik pada tajuk asal post saya arini.. saya nak sharekan 12 aktiviti luar yang boleh anda sebagai ibu bapa gunakan untuk merangsang perkembangan mental dan fizikal anak-anak terutamanya yang berusia 3- 6 tahun.
Jika anda ada anak yang berusia selain dari 3- 6 tahun? Jangan risau, boleh juga gunakan aktiviti-aktiviti yang ada ini bersama-sama dan sesuaikan dengan tahap perkembangan mental dan fizikal mereka ya.
1) Jom ke taman permainan!
Berbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti bermain buai, gelongsor, jongkang jongket dan banyak lagi (bergantung pada tempat playground berhampiran anda).
Biarkan si manja anda bebas bermain di sekitar taman permainan untuk menguatkan otot dan tubuhnya. Di situ juga tempat mereka boleh belajar untuk berkawan dengan rakan sebaya yang baru dikenali juga.
Namun pastikan anak-anak tetap dalam kawalan anda pastinya - jika perlu HANDS OFF dari GAJET ye time ni mak ayah yang sebaiknya, pantau saat mereka bermain tau! Jangan terleka saat anak bergembira.
Port paling hampir utk dituju...taman mainan sebelah KFC aje pun jadi. hihi. |
2) Ku lihat hijau...
Bawalah anak anda pergi ke taman, zoo, mahupun bersiar-siar di halaman rumah sendiri (jika ada) untuk melihat alam semulajadi. Sambil itu anda boleh lah bercerita tentang elemen yang ada seperti flora atau fauna yang ada disekelilingnya.
Jika di halaman rumah anda menanam pokok bunga / tumbuhan, boleh juga mengajak anak anda memegang daun/bunga untuk merasai teksturnya. Di mini zoo pula anak-anak berpeluang mengenali pelbagai jenis haiwan dengan pelbagai ciri yang ada.
Biarkan anak terdedah kepada cahaya matahari dan hembusan bayu yang menyegarkan di samping memberikan mereka pengalaman baru mengenali flora dan fauna sekeliling mereka.
Kurangkan aktiviti luar begini jika keadaan semasa atau cuaca tidak bersesuaian contohnya seperti waktu jerebu.
Eh merak putih pun ade mama? haha..mama pun baru tau! |
Mereka excited tgk burung merak di Mini Zoo Kemaman. |
3) Mari bercerita
Buku adalah alat bantu yang sangat baik untuk membantu anak anda membaca. Namun pastikan buku seperti buku cerita sesuai mengikut peringkat usia.
Jika anak masih berusia tiga dan empat tahun dan belum pandai membaca sendiri, seeloknya mempunyai ilustrasi yang menarik dan cerita pendek. Jika anak sudah memasuki prasekolah, pilihan buku harusnya mempunyai unsur moral.
Bacakanlah cerita untuk si kecil dengan penuh ekspresi wajah dan suara. Carilah ruang yang selesa dan duduklah bersamanya. Biarkan si manja anda bertanya. Jawab dengan riang dan berikan pelukan dan ciuman sebagai penghargaan.
Andai masa untuk membaca bersama
di luar rumah terhad, anda boleh lakukannya di rumah juga. Bacakan cerita dalam 3-5 minit sebelum waktu tidur juga sangat bermakna buat mereka.
Jika di hari cuti minggu pula anda boleh bawa mereka ke perpustakaan awam juga mahupun masuk ke kedai buku berdekatan sambil memilih koleksi buku pilihan mereka bersama-sama.
4) Berenang
Akiviti berenang adalah aktiviti fizikal yang tentunya disukai oleh kanak-kanak. Aktiviti ini memberi peluang untuk bermain dengan air dan memberikan manfaat pada anak-anak.
Ia banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan fizikal ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri.
Jika anak masih belum pandai berenang, anda boleh mula menghantarnya ke kelas renang berdekatan.
5) Berkelah
Bosan tak tau kemana di hujung minggu? Mungkin anda boleh pergi berkelah ke pantai atau air terjun yang menjadi remedi untuk mengurangkan tekanan si manja.
Berikan satu tanggungjawab padanya. Misalnya untuk menghampar tikar atau mengangkat bakul makanan yang ringan bebannya. Atau juga sama-sama membantu mendirikan khemah segera.
Aktiviti seumpama ini mampu merapatkan ikatan ahli keluarga menerusi kerjasama yang erat.
6) Berkebun
Libatkan anak anda berkebun di laman rumah. Si manja anda akan belajar bertanggungjawab, disiplin tanpa perlu dipaksa, menghargai alam semulajadi, minat sains dan peka kepada alam semulajadi.
Melalui berkebun akan mengajarnya erti tanggungjawab kerana perlu menjaga pokok-pokok (menyiram dan membaja).
Mereka akan memahami sebab-akibat seperti pokok akan mati apabila tidak disiram.
Malah ia juga meningkatkan keyakinan diri apabila pokok yang ditanam mulai tumbuh dan mengeluarkan hasil (jika pokok berbuah/berbunga) di samping menambah pengetahuan mereka tentang pokok sekaligus melakukan aktiviti mencergaskan fizikal mereka.
Ni aje la ruang untuk bercucuk tanam kat rumah kami. Diorang suka kalau bagi gali lubang nk tanam atau siram-siram ni. |
7) Bermain pasir pantai
Pasir mempunyai tekstur yang halus dan akan merangsang deria sentuhan, kemahiran motor halus serta koordinasi mata-tangan. Membina istana pasir akan menggalakkan si cilik berimaginasi dan mereka cerita.
Malah ia juga meningkatkan daya kreatif kanak-kanak apabila mencipta pelbagai bentuk daripada pasir.
They really loves beach! Mentang-mentang rumah tak jauh dari pantai Balok ni. hihi.. |
8) Bermain belon
Warna warni belon memang mengujakan kanak-kanak. Belon adalah mainan yang agak murah tetapi memberikan keriangan yang tidak terhingga untuk si manja anda. Aktiviti ini akan meningkatkan korrdinasi mata-tangan.
Melontar belon kepada orang lain akan meningkatkan kemahiran komunikasi dan bersosial mereka. Meniup belon untuk pesakit asma akan membantu mereka melancarkan proses pernafasan.
9) Bermain dengan haiwan peliharaan
Kanak-kanak yang didedahkan bermain dengan haiwan peliharaan belajar untuk mengenal erti tanggungjawab dan sayang tanpa syarat. Aktiviti ini melatih pelbagai aspek kognitif, sosial, emosi dan fizikal.
Pemerhatian dan penyeliaan daripada ibu bapa amat diperlukan supaya anak-anak mencapai potensi optimum dalam dirinya bersama haiwan peliharaan kesayangannya.
Kat rumah saya takde haiwan peliharaan, tapi diorg suka bagi makan kat kucing2 yang datang rumah. |
10) Melukis di luar
Rangsang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak cara melukis. Bawanya keluar dan berikan si manja kapur atau kertas dan pensel supaya si manja boleh melukis apa saja yang terlintas difikirannya.
Kemudian anda tanya apa yang dilukisnya dan berikan pujian dan kata-kata positif. Hal ini akan meningkatkan imaginasi, kemahiran otot tangan serta keupayaan pertuturan serta tatabahasa si manja dalam menerangkan apa yang dilukis olehnya.
11) Membeli-belah bersama
Shopping time!! Inilah aktiviti kegemaran saya bersama anak-anak. Bawalah anak anda ke pasaraya / pasar basah ketika membeli stok barangan keperluan dapur atau rumah anda.
Biarkan anak membantu anda mengambil barangan yang anda ingin beli dan terangkan apa yang anda beli serta tujuannya. Ini akan menambah pengetahuan mereka secara tidak langsung kan?
Anda juga boleh menyuruh anak-anak mengira jumlah barangan yang dibeli untuk menguji kecekapan mengira si manja anda. Terapkan juga amalan berjimat cermat menerusi kata-kata dan perbuatan anda.
Bagi yang beragama Islam, beri pendedahan mengenai logo HALAL yang mesti ada sebelum memilih apa jua barangan terutamanya untuk makanan/minuman.
12) Bermain bola
Aktiviti lasak yang pasti mengeluarkan peluh ialah bermain bola. Anda boleh membaling biji bola kecil kepada anak dan suruh dia menyambutnya dan memasukkan di dalam bakul/kotak.
Permainan ini akan melatih kemahiran otot tangan dan koordinasi mata-tangan anak anda disamping menambahkan daya intelek menerusi pemahaman peraturan permainan.
So dalam banyak-banyak aktiviti yang tersenarai di atas yang mana belum anda cuba bersama anak-anak? Cubalah satu dua perkara berikut dan lihat kegembiraan yang terserlah pada anak-anak.
Bermain adalah dunia yang sangat sinonim dengan kanak-kanak kerana menerusi aktiviti beginilah akan mendedahkan mereka dengan pelbagai perkara baru.
Belajar tidak semestinya hanya terperuk dirumah membaca buku, bermain gajet dan menonton televisyen sahaja. Malah cara begini kurang sihat untuk diamalkan setiap hari dengan perkara sama yang boleh menimbulkan kebosanan di kalangan anak-anak dan menjejaskan daya kreativiti dan imaginasi mereka.
Banyak lagi aktiviti yang boleh dicuba untuk diselaraskan dengan perkembangan usia anak-anak. Yang penting kita cuba luangkan masa untuk mereka.
Selamat merangsang mental dan fizikal anak-anak ye ibu bapa sekalian!
sumber rujukan: Pa&Ma Genius
0 komen ditinggalkan:
Catat Ulasan