Tempat Menarik di Port Dickson : Upside Down Art Gallery

Fuhhhhh....tiup habuk sket. Bersawang blog ni tanpa cerita-cerita baru. Maafkan saya menyepi dari menulis dan bercerita agak lama. So now i'm back with my latest story. Cuti-cuti Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Actually bukan cuti-cuti Malaysia pun asalnya. Saya telah menerima tawaran berkursus 3 hari 2 malam di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort pada 17-19 Ogos yang lalu. Alang-alang berkursus terselit jugalah agenda cuti-cuti Malaysia dek kerana membawa family kecil saya ni bercuti juga. Diorang bermalam di Primaland Resort Port Dickson sepanjang saya berkursus ,yang ada taman tema air mini tu kat sana...(nanti saya share pasal tempat ni dalam entri lain ye).  Itu pun saya singgah sebentar sahaja selepas habis kursus dah check out dan sebelum bertolak pulang ke Kuantan petang itu juga.

Seriously saya baru tau kewujudan Galeri Upside Down di Port Dickson ni pada hari yang sama tau! Dalam perjalanan dari resort sana ke tempat berkursus saya tu la perasan pasal galeri ni, ternampak bunting iklan pasal art gallery yang awesome ini. Lokasinya tak berapa jauh dari Politeknik Port Dickson juga. Boleh rujuk FB page diorang atau IG mereka untuk maklumat lanjut mengenai lokasi. Atau boleh guna aplikasi Google Maps atau menggunakan Waze dan search aje Upside Down Art gallery Port Dickson. Gerenti sampai!

Teruja nak pergi ke sini sebab nak tengok apa keistimewaan tempat ni. Kat Tamparuli, Sabah ada satu Rumah Terbalik..yang tu betul2 binaan luar dalam upside down. Yang kat PD ni deko dalaman saje ala-ala upside down ni. Apapun ia tetap lokasi yang unik dan menarik untuk diterjah jika anda datang ke Port Dickson tau!


Berapa harga tiket nak masuk? Waktu beroperasi pula pukul berapa?
Boleh klik dan zoom in kat gambar di bawah ni kalau nampak..hihi.

Kalau tak nampak clear meh saya btau terus la senang kan?

Bayaran masuk:
For Malaysian (warganegara) :
Dewasa    RM15
Kanak-kanak (less than 12y) RM10
Kanak-kanak bawah ketinggian 90cm FREE!
Warga Emas RM10

Waktu Operasi: Setiap hari jam 10.00am - 9.00pm

 
Art Gallery ni masih dikira baru lagi beroperasi, 7 Mei 2015 ia dibuka. So adalah dalam 3-4 bulan baru beroperasi. Mungkin akan ada lebih banyak ruang galeri yang akan dibuka nanti di bangunan tersebut..mesti lagi syok kan?

So.....apa yang menarik kat sini? Anda boleh bergambar sepuasnya dengan pelbagai gaya dan aksi yang anda suka mengikut imaginasi anda la. Haha..so datang sini takleh malu-malu nak bergaya macam-macam tau. Lakonkan aje gaya mengikut imaginasi mu...hihi.

Tak pandai nak bergambar camne? Jangan risau...mereka ada staf2 yang sangat willing to help korang bergambar. Lagi bagus kalau anda datang sini bukan hari hujung minggu atau waktu-waktu cuti sekolah. So, pengunjung tak berapa ramai..anda yang jenis malu-malu kucen tu, boleh la bergaya lebih-lebih sket bila ada sket je pengunjung. Taklah segan sangat nanti kan? Hihi.. Klu anda jenis tak kisah...selamba badak aje la buat aksi!

Nah saya belanja gambar-gambar aksi kami sepanjang sejam jugak la disana. Adik saya yang tengah bercuti lagi pun ikut sekali. Best jugak la datang sini bergambar untuk buat kenangan dan yang penting release stress tu buat aksi macam-macam. Live up your imagination okey! (Klik pada gambar utk view yang lebih jelas).

Berjalan disiling belaka kita!

Lepak di ruang tamu gaya baru.

Warghhh! Dino kuar dari frame gambor!

Floating chair!

Bang...tak gayat ke camtu? hihi..

Mama...camne abg dengan kakak ade atas siling??? >> Soalan Humaira bila tgk gambar ni.

Model cool...nak jatuh pun senyum lagi.

Besi tusuk ke perut pun senyum2 lagi


Exercise ke ape gaya tu bang?

Mamalutfi kuasai jurus terapung okey!
Magic apungan dari encik suami juga..hihi

Cycling di siling pulak!

Mama...kenapa peti ni duk bawah kepala saya?

Mama tolong!! kami tersangkut nak jatuh ni! Pandai tak si kecik saya buat aksi juga?

Gaya ape ni? Exercise balik kuang ke?


Aksi spontan Irdina...haha

Spiderman get ready nak buat terjun tiruk!

Abang dan kakak melekat di didinding??

Anak beranak spiderman!

Euwwww!!! hahaha...ini pun ada?
We really enjoy there!
Sebab tempat ni masih baru so jangan la korang expect too much ye! Tapi overall i can said...i really enjoy there. My kids too...paling enjoy tgk hasil gambar-gambar yang disnap tu...betul2 mencabar imaginasi mereka hihi. Syabas buat mereka yang ada inisiatif bawak art gallery ni ke Semenanjung juga. Taklah kempunan kalau tak dapat pergi ke Sabah utk tengok rumah terbalik.

So for those yang merancang nak bercuti-cuti di Port Dickson..jangan lupa masukkan Upside Down Art gallery Port Dickson ni sebagai list destinasi percutian harus pergi juga tau! Seronok!


1 komen ditinggalkan:

afqhzul berkata...

PROMOSI HEBAT !!!!!
Percutian menarik di Primaland Resort,Port Dickson.
Apartmen 2 bilik tidur 2 bilik air.
Syarat :
1. Hanya semurah RM 200 (2 hari 1 malam).

2. Booking tarikh beserta bukti pembayaran.

3. Harga tidak kira cuti umum, perayaan atau sebagainya.

4. Rumah hanya tingkat 1 blok A, bersebelahan lif dan berdekatan taman tema air yg luas.

5. Untuk tempahan boleh hubungi/w.app kak nora(0133336227) / En Zul (0136181223).

☆Harga tidak termasuk tiket taman tema air☆

JOM CUTI CUTI MALAYSIA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!!