Memaparkan catatan dengan label holiday plan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label holiday plan. Papar semua catatan

Tempat Menarik di Port Dickson : Upside Down Art Gallery

Fuhhhhh....tiup habuk sket. Bersawang blog ni tanpa cerita-cerita baru. Maafkan saya menyepi dari menulis dan bercerita agak lama. So now i'm back with my latest story. Cuti-cuti Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Actually bukan cuti-cuti Malaysia pun asalnya. Saya telah menerima tawaran berkursus 3 hari 2 malam di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort pada 17-19 Ogos yang lalu. Alang-alang berkursus terselit jugalah agenda cuti-cuti Malaysia dek kerana membawa family kecil saya ni bercuti juga. Diorang bermalam di Primaland Resort Port Dickson sepanjang saya berkursus ,yang ada taman tema air mini tu kat sana...(nanti saya share pasal tempat ni dalam entri lain ye).  Itu pun saya singgah sebentar sahaja selepas habis kursus dah check out dan sebelum bertolak pulang ke Kuantan petang itu juga.

Seriously saya baru tau kewujudan Galeri Upside Down di Port Dickson ni pada hari yang sama tau! Dalam perjalanan dari resort sana ke tempat berkursus saya tu la perasan pasal galeri ni, ternampak bunting iklan pasal art gallery yang awesome ini. Lokasinya tak berapa jauh dari Politeknik Port Dickson juga. Boleh rujuk FB page diorang atau IG mereka untuk maklumat lanjut mengenai lokasi. Atau boleh guna aplikasi Google Maps atau menggunakan Waze dan search aje Upside Down Art gallery Port Dickson. Gerenti sampai!

Teruja nak pergi ke sini sebab nak tengok apa keistimewaan tempat ni. Kat Tamparuli, Sabah ada satu Rumah Terbalik..yang tu betul2 binaan luar dalam upside down. Yang kat PD ni deko dalaman saje ala-ala upside down ni. Apapun ia tetap lokasi yang unik dan menarik untuk diterjah jika anda datang ke Port Dickson tau!


Berapa harga tiket nak masuk? Waktu beroperasi pula pukul berapa?
Boleh klik dan zoom in kat gambar di bawah ni kalau nampak..hihi.

Kalau tak nampak clear meh saya btau terus la senang kan?

Bayaran masuk:
For Malaysian (warganegara) :
Dewasa    RM15
Kanak-kanak (less than 12y) RM10
Kanak-kanak bawah ketinggian 90cm FREE!
Warga Emas RM10

Waktu Operasi: Setiap hari jam 10.00am - 9.00pm

 
Art Gallery ni masih dikira baru lagi beroperasi, 7 Mei 2015 ia dibuka. So adalah dalam 3-4 bulan baru beroperasi. Mungkin akan ada lebih banyak ruang galeri yang akan dibuka nanti di bangunan tersebut..mesti lagi syok kan?

So.....apa yang menarik kat sini? Anda boleh bergambar sepuasnya dengan pelbagai gaya dan aksi yang anda suka mengikut imaginasi anda la. Haha..so datang sini takleh malu-malu nak bergaya macam-macam tau. Lakonkan aje gaya mengikut imaginasi mu...hihi.

Tak pandai nak bergambar camne? Jangan risau...mereka ada staf2 yang sangat willing to help korang bergambar. Lagi bagus kalau anda datang sini bukan hari hujung minggu atau waktu-waktu cuti sekolah. So, pengunjung tak berapa ramai..anda yang jenis malu-malu kucen tu, boleh la bergaya lebih-lebih sket bila ada sket je pengunjung. Taklah segan sangat nanti kan? Hihi.. Klu anda jenis tak kisah...selamba badak aje la buat aksi!

Nah saya belanja gambar-gambar aksi kami sepanjang sejam jugak la disana. Adik saya yang tengah bercuti lagi pun ikut sekali. Best jugak la datang sini bergambar untuk buat kenangan dan yang penting release stress tu buat aksi macam-macam. Live up your imagination okey! (Klik pada gambar utk view yang lebih jelas).

Berjalan disiling belaka kita!

Lepak di ruang tamu gaya baru.

Warghhh! Dino kuar dari frame gambor!

Floating chair!

Bang...tak gayat ke camtu? hihi..

Mama...camne abg dengan kakak ade atas siling??? >> Soalan Humaira bila tgk gambar ni.

Model cool...nak jatuh pun senyum lagi.

Besi tusuk ke perut pun senyum2 lagi


Exercise ke ape gaya tu bang?

Mamalutfi kuasai jurus terapung okey!
Magic apungan dari encik suami juga..hihi

Cycling di siling pulak!

Mama...kenapa peti ni duk bawah kepala saya?

Mama tolong!! kami tersangkut nak jatuh ni! Pandai tak si kecik saya buat aksi juga?

Gaya ape ni? Exercise balik kuang ke?


Aksi spontan Irdina...haha

Spiderman get ready nak buat terjun tiruk!

Abang dan kakak melekat di didinding??

Anak beranak spiderman!

Euwwww!!! hahaha...ini pun ada?
We really enjoy there!
Sebab tempat ni masih baru so jangan la korang expect too much ye! Tapi overall i can said...i really enjoy there. My kids too...paling enjoy tgk hasil gambar-gambar yang disnap tu...betul2 mencabar imaginasi mereka hihi. Syabas buat mereka yang ada inisiatif bawak art gallery ni ke Semenanjung juga. Taklah kempunan kalau tak dapat pergi ke Sabah utk tengok rumah terbalik.

So for those yang merancang nak bercuti-cuti di Port Dickson..jangan lupa masukkan Upside Down Art gallery Port Dickson ni sebagai list destinasi percutian harus pergi juga tau! Seronok!


jUST tREAT hIM a dINNER..

Dah seminggu berlalu dari bday Hubby..but i'm still thinking about giving him a present. Hihi..langsung takde masa nak fikir sebelum ni ape hadiah nak kasi even dah berlalu walau seminggu. First time jadi ajk portfolio exam jabatan a.k.a PPJ ni btul2 buat aku jadi tak keruan..kat ofis asyik busy pasal benda2 berkait dgn exam je la dlm beberapa minggu ni..aku akui terlalu banyak lagi perlu dipelajari sebab asyik ade aje yg tak complete aku buat. Belajar dari kesilapan ok!Sama la macam mula2 masuk portfolio sebutharga dulu..blurr..too much thing i have to know..bak kata KJ mesti take serious buat keje2 sebutharga ni sebab ia ibarat sebelah kaki dah 'chup' tempat kat lokap tu..benda2 berkait harta benda gomen mana leh wat main2 kan?Sama la juga aku rasa bila dah berada kat unit exam..byk sgt benda nk kena belajar buat dgn properly supaya sendiri tak kelam kabut. But so sad now i've misplace my pendrive..argghh..rasa sgt2 tak keruan bila kehilangan harta yg amat berharga isinya. Sadisnya sebab No backup at all benda2 dlm tuh!Satu pengajaran berguna nih..backup ur work!!

Ok..habis la melalut pasal keje2 ku itu..back to the story about bday Hubby. Sebab tak dapat nak sediakan hadiah, i just treat him a dinner aje. His choice..at Secret Recipe laa..dah lama tak g Secret Recipi sama2. last took a dinner there when Lutfi is still a lil baby..tak reti nak makan minum macam2 lagi tuh. So malam bday Hubby tu we all ke Secret Recipe kat bandar Kuantan tu la. Pilihan Hubby,ni la menu kami malam tu: Grilled Black Pepper Chicken, Chicken Cordon Bleu, Cappucino Cheesecake, Strawberry Milkshake dan Oreo Milkshake aje..All of that inclusive tax..of course la aku yg belanja..Lutfi pun semangat makan malam tuh! Enjoy sungguh tengok orang2 ku sayang makan dengan berseleranya. Nak harap aku masak ala2 western ni hmm..langsung tak menjadi kut. Not my talent la western cooking nih. Stakat masak2 biasa tu bolehlaa.



 

Tapi rasa macam tak complete aje takde hadiah ni..so i plan maybe nak pegi holiday la after exam week ni. As a present for his bday, aku la yg akan arrange sume tuh..dah lama tak g vacation. Last aritu bulan 4 atau 5 kut. Klu nak ikut kan kemahuan Hubby of course la dia nak pegi pulau yang boleh dia snorkeling,fishing dan bagai2 la..tapi waktu sekarang pun tak sesuai sgt. Aku teringin nak pegi holiday yang atas2 bukit bagai..pun tak sesuai waktu ni.Jalan boleh jadi agak licin,bahaya la, cuaca pun mesti lagi sejuk..Nak pegi yg ada taman tema or waterpark pun kena fikir gak..klu hujan tak best la kan?so planning kene pegi mana still dalam pencarian. Klu rasa macam malas nak amik cuti tambahan just pegi yg dekat je..kat Cherating la kut. Klu rasa nak pegi Y.E.S kena cari tempat yg sesuai & masa lebih la sket baru best kan?I wish i can settle all this b4 upcoming new year la, sebab 2010 i've got another plan..hihi..hopefully menjadi la.

footnote: Today is Zuriani's bday..happy 27th bday Zu!