Memaparkan catatan dengan label Lutfi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lutfi. Papar semua catatan

Lutfi 4th bday celebration.


Baru aje berlalu beberapa hari my son Ahmad Lutfi dah pun mencecah usia 4 tahun sekarang. Just nak share acara meraikan ulangtahun kelahiran Lutfi yang tak seberapa..sekadar menggembirakan hati anak kecil itu..

08/07/12 -Ahad
Ayah Lutfi keje dihujung minggu nya...keje shift lak tu..so by 8pm dia dah balik umah kami bersiap lepas solat bertolak ke bandar..Ayah cakap nak belanja Lutfi makan best2. Tapi dia tak btau pun nak gi mana. Akhirnya sampai destinasi dituju...ooo...Secret Recipe di bandar Kuantan. hehe. meh layan aksi diorg yer..

Birthday boy dengan hidangan pilihannye..hihi
Adik tumpang makan secucuk sate..habis dia sorg dkt dua cucuk.
Ayah setia menanti hidangan dia sampai..air dah habis separuh
Hidangan mama punye...hehe.Cordon Bleu.


 Okay itu cerita celebration in family.. kat taska pulak..

Masing-masing excited nak potong kek..lilin aje takdek.

Lepas dah nyanyi "Allah selamatkan kamu"...acara potong kek..eeeyahhh..semangat potong kek besar tu.

Aunty Wah the owner tolong potong untuk bagi2 plak..

Sabar menanti giliran.

Dah dapat kek terus blah..hehe

Yumm..Yumm..rainbow kek cuma 5 kaler aje..kalu tujuh giler tggi nnt.haha. Tapi sodappp!

Apepun rasanya memang marvelous..TQ to Ana Home Bakery kerana melunaskan hajat anak akak untuk dapat kek tema Ben10 dengan gambo dia sekali kat kek tu..hihi. Sesape di area Beserah Kuantan dan sekitarnya yang berminat nak tempah kek sedap dan cantik boleh juga tempah dengan Ana Home Bakery ni yer..

Gambo kek cilok dari FB Ana Home Bakery

Happy 4th Birthday to my dear Ahmad Lutfi!!



Pejam celik pejam celik..4 tahun dah berlalu rupanya..dan hari ini dia sudah pun bergelar sebagai seorang abang pada adik yang comel jua...Happy 4th birthday my dearest son..Mama doakan moga kamu membesar menjadi anak soleh yang berjaya dunia dan akhirat! Dah makin besar anak mama ye..Moga2 kamu sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Mama, Ayah dan adik Humaira memang sentiasa menyayangi kamu sepenuh hati..

080708-080712
HAPPY WONDERFUL BITRHDAY MY SON!

Meal Shakes Shaklee sangat best!!

Meal Shakes Shaklee sangat best!!
Itu kata-kata pertama yang terpacul dari mulut saya saat pertama kali merasanya..bukan setakat saya yang kata begitu..anak saya yang sulung pun sukakannya. Setiap kali bancuh susu botol utknya..jarinya pasti menuding ke arah bekas Meal Shakes ni..minta ditambahkan pada susunya. Saya pasti mereka yang pernah merasai Meal Shakes juga takkan menafikan keenakkan Meal Shakes ini.

Sebaik saja kali pertama membuka penutup bekas Meal Shakes ni..hmmm..semerbak bau vanillanye menusuk hidung. Sampai si Lutfi anak saya tu selalu minta utk amik bau dulu sebelum saya masukkan ke dalam susunya.  "Wangi la mama..sedap kan? Lutfi sukeee.." .kadang2 dia minta nak makan gtu aje sket..Saya tak bg banyak la..cukup dlm sesudu teh aje buat rasa..sesudu teh lagi saya masukkan ke dalam susunye. Sekejap saja boleh dia habiskan susunya yang 9oz tu. Kadang2 dia minta extra tapi saya minta dia jarakkan masa.. bukan sebab takut dia habiskan cepat. tapi sebab dalam proses utk potty train dia skrg..kena minum dalam amaun yang berpatutan aje. Kalau tak dia susah nak control keinginan ke toiletnye...hihi. Penat ye nak ajar anak potty train ni.

Sekarang dah masuk 3 bulan saya teruskan bagi Meal Shakes utk anak sulung saya ni.. untuk anak yang kedua baru je start dalam sebulan ni saat usia dia nak mencecah usia setahun 3 bulan ni. Susah sket la nak campur dalam susu ibu ni..sbb nak pastikan Meal Shakes ni sebati dengan susu ibu sukar sket. Takleh goncang kuat2 macam goncang susu formula. Alternatifnya saya campurkan sedikit dalam makanannye. Kadang2 yang saya bancuhkan utk saya sendiri saya bagi sedikit utk Humaira juga. Si kecil saya ni lebih obses dengan susu ibunya dari minuman yang lain.. minuman yang lain dia minum juga tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Apepun, sedikit sebanyak dah nampak perubahan pada dia..kalau sebelum ni saya sedih dan risau bila dia taknak makan, sekarang saya dah boleh tersenyum kembali bila tiba waktu makan. Snack time dah menjadi sesuatu yang amat disukai.. sekeping roti dgn choc spread/jem sangat dia suka. kekadang dengan beberapa keping biskut yang menjadi kegemarannya. Saya berharap juga dapat melihat peningkatan berat badannya walaupun saya tahu saat dia sedang aktif begini sukar nak melihat pertambahan angka yang banyak. At least saya tahu dia dah suka waktu makan/snack time. Jarang menolak apabila disuap makanan kecuali bila dia dah kenyang.

Untuk anak saya yang sulung, Alhamdulillah bila saya konsisten bagi pada Lutfi ada perubahan yang sangat ketara pada berat badannya sekarang. Selera makan dia bertambah baik, berat yang selama ni asyik maintain 12kg++ aje skrg dah mencecah 15kg+ sudah selepas 3 bulan saya campurkan dalam susunya tu almost everyday. Ibu mana yang tak gembira dengan perubahan itu kan? Paling ketara sekarang, dia kerap minta nak makan bila2 masa aje yang dia rasa nak makan..bangun pagi, waktu amik dia dari taska, kadang2 malam sebelum nak tidur pun dia minta nak makan sesuatu..Saya suka bila nampak perubahan itu. Paling ketara dulu kena selalu pakaikan belt bila pakai seluar jeans/slack dia tu. kalau seluar bergetah takde mslah la.sekarang dah banyak yang agak ketat dan fit, paling ketara di perut terutamanya..tak perlu lagi belt utk dia. kalau pakai belt pun sekadar aksesori pelengkap aje. Takde mslh klu tak pakai belt dah..klu dulu selalu aje pegang pinggang seluarnye yg asyk nak melondeh klu mama terlupa letak belt dalam beg pakaian ke sekolahnya. Sekarang Lutfi selalu cakap "Mama, perut Lutfi besar la..macam bola".


Yang pasti Meal Shakes bukan hanya sesuai untuk anak2 yang takde selera makan..seisi keluarga juga sesuai untuk menikmatinya. Sedikit info mengenai Meal Shakes Shaklee:


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


Mungkin ada yang risau dan berfikir, kalau anak makan Meal Shakes selera makan bertambah, berat badan pun naik..dah tu kalau ibu atau ayah yang ambil Meal Shakes juga nanti selera bertambah2..berat pun bertambah2..nanti makin GEMUK!..perkataan yang memang tak disukai orang dewasa kini kan??Jangan risau..Meal Shakes tidak mengGEMUKkan anda..hihi. Yang penting anda perlu tau cara pemakanan yang bagaimana sesuai untuk keperluan diri sendiri.Belum cuba belum tau!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Pengalaman pertama kali naik bas

Best ke naik bas?

Kalau nak kata pertama kali pengalaman saya naik bas, masa zaman sekolah rendah dulu la pertama kalinye kut, tapi naik bas ke naik van ek masa tu?lupa dah..sebab rasanye saya banyak kali jalan kaki aje gi sekolah. Seronok lagi jalan kaki kut, perjalanan sejauh berapa kilometer ek agak2??hmm..lupa dah, tapi kalau lalu jalan besar/utama mmg jauh jugakla. Tapi kalau lalu shortcut, redah hutan semak, kubur dan sewaktu dengannya jadi dekat la sket. Seronok sama2 ada geng jalan kaki..geng bas sekolah macam takde aje.

Pastu masa sekolah menengah la pulak selalu naik bas jugak la, especially bila dah start duk asrama dan time hujung minggu balik kampung atau kuar ke bandar. Pengalaman yang lagi excited kut sebab masa naik bas awam berbeza dengan naik bas sekolah..Ape yang beza?? haaa...naik bas sekolah tak perlu fikir nak tekan loceng bila nak berhenti dan turun kat destinasi dituju. Sebab port mana pakcik driver bas sekolah amik, port tu jugakla pakcik driver bas akan stop utk turunkan penumpang. Kalau naik bas awam kena la alert mana nak turun, bila nak bajet tekan loceng nak berhenti..Sungguh itu pengalaman yang cukup bermakna. Lambat tekan loceng nanti bas terlajak tempat yang kita nak turun tu..kalau tak alert pulak atau pendek katanye 'tertidur'.. ahahah..mmg cari pasal la tu. kalau terlajak jauh sgt terpaksa la amik bas lain pulak nak patah balik. Hehehe.. penah la sekali berlaku kat saya ni, ehehe. Bila perjalanan dah cecah setengah jam ke atas biasanya ade potensi nak tertidur dalam bas lebih2 lagi kalu takde geng sama2 naik. Haru je bila terlajak..hehe.

Tapi kali ni punya entri sebenarnye nak citer pengalaman mat Lutfi saya ni naik bas.. itu la 1st trip dia naik bas dengan kawan2 sekolahnye. Pegi buat lawatan sambil belajar ke Petrosains Kuantan di Kompleks Yayasan Pahang..ini citer 2011 sebenarnnye, tapi baru ade masa nak buat entri. Ehehe.. Kebetulan saya singgah kat taska dia masa diorang beratur nak bertolak. Saya kebetulannya nak amik si adik Humaira tu bawa ke klinik. Tapi adik tgh duk makan lagi masa tu dlm pukul 9.45pg la kut. So saya stay kejap la snap gambar dan rakam video sket masa diorang duk beratur menunggu masa nak naik bas. Balik sekolah aritu asyyik duk bercerita pasal naik bas aje dekat seminggu gak la. Pastu skrg pantang dah nampak bas Polisas..terus cakap " Lutfi naik bas tu la aritu...bla..bla..bla.." Panjang la lagi citer dia pastu. Hihi. Siap banding lagi tu.."bas besar..kete mama kecik, bas ade tangga, kusi (read: kerusi) banyak, boleh  jalan2 dalam bas, bas itu...bas ini.. dan macam2 lagi la.. (hahaha, yela kete mama tak macam bas kalau tak orang tak panggil kete dah, orang panggil bas aje namanye.)

Pegi lawatan teacher pesan suh bawa bekal air dan pesil warna..sbb ade aktiviti mewarna kat situ. So mama ni taknak la bagi abg Lutfi beg besar sgt nak bawa. Bekas air pulak takde tali nak gantung je. Last2 mama letak bekal kuih, air dan pensil warna abg Lutfi dalam beg kecik mama yang baru aje siap jahit. Sorry la nampak girly sket beg tu sbb jahit utk mama aje asalnye. nanti ade masa mama nak try jahit beg sandang yg comel dan lebih sesuai sket la temanya dgn abg Lutfi ek.hehe.

Meh layan gambar pulak..


 
 


 

Cerita awal November!

Haiihhh...malas sangat nak update blog ni ntah ape2 la. mentang2 la takde kamera sdri skrg ni..even pd phone sdri pun takat VGA je kualitinya. malas lerr. tak reti nak citer byk2 kdg tu sbb tu klu ade gambo best sket nak citer2 ni kan?

November dah pun menjengah, tak tau la brp entri je plak leh terhasil bulan ni.uhuhu..

Meh update pasal anak2 la plak bleh?wpun takde gambo mana nak dilayan. Citer si abang Lutfi, skrg dah hampir mencecah usia 3 years 4 months..banyak benda dia dah belajar since dah masuk 'sekolah' ni. Pre-fun school kat Taska dia juga tempatnye, cuma skrg bila dah cecah umur 3 tahun ni dah mula serap alam pra sekolah yang menyeronokkan sket la. teringat lagi masa awal2 tahun 2011 aritu, suka minta mama atau ayah lukiskan itu dan ini dan macam2 la kat kertas A4. bila kita ajar dia melukis dan suruh dia lukis sendiri pulak sbb nk ajar dia guna pensil/krayon/pen dan sewaktu dgnnye tu ade aje alasan dia.."Lutfi tak pandai, mama je pandai." Bila suh mewarna pun mcm tu gak dia buat sket je..pastu kuar ayat "Lutfi tak pandai!" Ngamuk2 suh kita yang lukis/warnakan utk dia.

Now since dah sekolah dah nampak perubahan, 1st picture yang dia bawa balik dari sekolahnye gambar upin ipin..dgn contengan warna yang bersepah sekali. Kagum jugak sbb dia boleh mewarna byk ruang dah. Pandai cikgu dia pujuk tu. kalau mama/ayah pujuk suh dia warnakan mmg langsung tak jaya la. Hari demi hari dah banyak gambar2 kartun yang diwarnakan..dah makin nampak improvement dalam penguasaan motor skill dia tu. contengan warna dah tak banyak bersepah macam dulu..kira dah agak2 masuk line la. Tapi pemilihan warna blum pandai sangat la. Bila mama tengok dah banyak perubahan tu mama mula belikan buku2 mewarna dan pensil warna/krayon yg baru dan lagi banyak pilihan. Beli yang buku tulis ikut dot2 tu..praktis dia menulis ikut garisan. Alhamdulillah hari demi hari ade kemajuan/perubahan. Dulu taknak langsung bila di suruh melukis/mewarna...asyk2 mama/ayah la kena buat. skrg Lutfi dah mula dgn dunia imaginasi yang lebih luas la...dia lukis something then dia cerita kat kita ape yang dilukis tu eventhough lukisan tu tak tergambar seperti benda yang disebut la. tapi ok je..mama suruh juga dia lukis ikut imaginasi dia sebagai kanak2 ni. dan kita pun layan je. sometimes bagi idea suruh dia lukis sesuatu yang baru berdasarkan gambar2 yang ade kat intenet. Moga2 dia akan jadi lagi rajin dalam menulis/melukis ni supaya kemahiran nya dapat di asah lebih lagi.

Selain tu Lutfi pun suka sangat berimaginasi dia dalam dunia masakan/berniaga..dia memasak then suruh kita rasa masakannye sedap ke tak...of course la brg2 mainan dia juga yang jadi bahan2 masakan tu. Kadang buat aksi jual beli dengan mama dan adik. Sifat pemalu masih ade tapi dah slow2 menghilang la terutama di kalangan ahli keluarga terdekat seperti tok nenek dia, pakcik makcik dia, sepupu2nye. Dengan orang luar still ade sikap pemalu tu...suka sembunyi belakang baju mama bila kena tegur dgn orang luar..hahaha!pastu buat aksi intai2 plak. Paling bagus sekarang dia dalam proses mengenali dan mengingati namanya, nama mama, nama ayah dan nama adik Humaira. Walaupun sebut ade bunyi pelat2 tapi ok la kan? Bila tanya nama mama, dia jawab "Siti Nonida"...ehehe..nama ayah? "Kokopian!uhuhu.dulu popia jadi kokopian skrg nama ayah dia lak.then mama betulkan balik  bukan "Koko-pian" Tapi.."Supian"...Suppppp....bukan koko yer! ahahaha..sambil buat aksi minum sup..hehe.nama adik??yang ni ok sket la..dia sebut Humaira..kdg2 ade bunyi Mia Maira je. nama dia of course dia tau Lutfi, cuma Ahmad kat dpn tu je tak kuar selalunye walaupun dah banyak kali ajar Ahmad Lutfi...hmmm kena ajar lebih lagi la ni. Itu perihal Lutfi..

Pasal adik Humaira pulak skrg dah mencecah usia 9bln++. Alhamdulillah sihat walafiat wpun ade kdg hari merengek dan dedar2nye..first week in her 9months, dia dah tunjuk berani cuba berdiri sendirinye tanpa bantuan/pegang2 dah..dari sekejap2 skrg dh makin lama makin tegak sket berdiri. Goyang2 juga kadang2. Tapi okla, dah boleh berdiri sendiri sambil pegang mainannye, smbl makan snek Baby Bites, dah boleh bangun dari duduknye dan terus berdiri cuma melangkah tanpa bantuan aje belum. Even Humaira kategori menyusu susu ibu walaupun tak sepenuhnya (7days in her life with formula milk-2 hari pertama kelahirannye, 5 hari waktu mama berkursus) Humaira bukan jenis baby yang bamm bamm, berat pun baru je kuar border line kuning sbb tak cukup berat. She just weight 6.5kg at her 9 months old...;) Apepun mama tak risau sangat sbb dia masih menunjukkan keaktifannya. Aktiviti buang air kecik/besar pun masih normal. Cuma dia naik slow sgt..tapi ok la sbb bukan berat menurun. Maybe faktor makan minumnye pun tak la sehebat anak orang lain..yg berbotol2 susu dan banyak oz sehari. Humaira setakat ni just minum total around 12-14oz je sepanjang waktu keje mama. Tu kira banyak la tu sbb masa 6 bulan pertama Humaira just minum paling banyak total 9oz aje sepanjang waktu keje mama. Sejak dah mula makan baru la nmpk pertambahan sket keperluan susunya yang makin up sket. Plus ikut genetik mamanye ni kut. Dari dulu smpai skrg berat bdn normal kalau tak preggy tak pernah pun mencecah BMI normal..asyk underweight aje.

Apepun sangat mengujakan melihat perkembangan Damia Humaira, 4 months mula meniarap, 8 months mula merangkak dan 9 months+ mula tunjuk kemahiran berdiri sendiri. Few days after boleh berdiri sendiri tanpa bantuan, gigi pertama nye kuar. Bbrp hari selepasnya pula, gigi kedua pula muncul. Masa short vacation trip ke Johor minggu lepas, tumbuh plak gigi ke 3. And the day before Diwali..gigi ke 4! horeeyy!!! 4 batang gigi sudah ade untuk menggigit mama dengan jayanya..2 atas 2 bawah. Baru 2 mggu dah 4 batang...harap2 next gigi tumbuh lambat la sket. Tak tahan mama klu kena gigit je. So far ok lagi..dia belum buat aksi mengasah gigi lagi.Mungkin kah kerana lately mama rajin makan Ostematrix Shaklee kembali, makanye bekalan kalsium dah lbih bnyk untuknye. Makan OsteMatrix kembali yang diorder sewaktu trimester ketiga preggy si Humaira gara2 selalu cramp/lenguh/kebas kaki masa tu. tapi lepas bersalin makan dlm pantang je tu pun skip2. So balance yg tggl tu start consume semula lepas lenguh/sakit sendi kat kaki bermula kembali setiap malam dalam bulan lepas. Alhamdulillah ade perubahan dah sket skrg..terpaksa bajet nak mkn sbb duit kurang..Belanja terlebih lebih pula sejak akhir2 ni makanya tggu next bonus la baru boleh shopping lagi Shaklee ni kut..huhu. Kalau takde aral nak join jadi ahli je la. Moga2 ade rezeki untuk itu kan? Dilla Jalil..ape2 hal nnt sy kontek awak balik ye. rindu nak sambung minum ESP+PD la. plus nak try Mealshake utk Lutfi dan mama juga ni.

Maka sekian la dulu update terkini yang tak seberapa...owhh..one more. W.I.P sy dah siap dah tapi paham2 je la ye takde gambo nak upload buat masa terdekat ni. nnt sy tunjuk hasil jahitan senget benget saya yang tak seberapa tu ye. belum officially used in public lagi..segan! sebab sy punya murah je...ahahaha!

Mama yang merapu di hening pagi@malam yang membuta!

Rindu seorang ibu..

Berblog dari Nilai..exactly at Allson Hotel Putra Nilai.
Dah masuk hari ke 4 sudah..yeay!!esok dah hari last kursus dah. Tak sabar nak jumpa anak2 Jumaat ni..insyaAllah. Kalau ikutkan hati nak balik je terus ke kg kat Trg..tapi mak aihhh...mesti la penat nnt. En suami keje macam biasa aje Khamis ni, maka mmg dia tak boleh ikut balik la. Tapi klau nasib baik maybe mak ayah yang akan datang singgah kat Kuantan Jumaat tu..maka takyah la aku yang balik drive ke Terengganu sorg2.
Rindu sangat dengan budak comel berdua ni..




Hati nan resah gelisah

Lagi 2 hari aje tinggal..sebelum saya kena bertolak ke Nilai, Negeri 9.

Demi tuntutan kerjaya, akhirnya saya terpaksa akur (lagi) meninggalkan anak2 dan suami seketika dek kerana perlu menghadiri kursus wajib (PPK) di Nilai. Asalnye tarikh diberi 26/9-30/9. Tup2 dapat surat seminggu sebelum cuti raya aritu kursus telah diawalkan ke 11/9-15/9. Pejam celik pejam celik masa pun berlalu dengan pantasnye..mood raya pun tak abis lagi dh kena g kursus lagi dah..aiihhh. gundah gulana hati ini.

Masa kena kursus CPCM yang lalu dah selamat dh tak perlu berjauhan lama2 dengan anak-anak dan suami sebab kursusnya hanya di Suria Cherating Beach Resort aje. takde la dekat mana dengan umah saya, tapi still boleh tolerate lg la jaraknye dengan tempat keje en suami di Gebeng tu. Tambah pulak en suami sanggup berulang utk beberapa hari tu dari hotel penginapan kami..hantar anak2 ke Taska diorang pagi2 hari dan patah balik ke tempat keje pastu. Habis keje en suami pegi amik anak2 then bawa ke hotel pula. Kiranya malam hari masih tdo bersama satu keluarga.(i take another room okey, bayar sendiri laa jawabnye..) Paling penting saya tak perlu risau tentang stok susu EBM utk anak kecil saya Damia Humaira tu.

Tapi kali ni saya tak dapat la nak bawa mereka duk hotel lagi macam sebelum ni..sebab takde orang terdekat dah yang available nak dibawa menjaga diorang sepanjang saya berkursus nanti. Maka saya terpaksa la pasrah kerana terpaksa jua saya berpisah seketika walaupun setakat 5 hari aje ni. Yang buat hati saya tambah gundah gulana.. kerana saya terpaksa jua..saya ulangi balik..TERPAKSA okey..top-up susu formula untuk anakanda Damia itu. dek kerana bulan puasa yang lalu berlaku kes stok EBM saya yang habis cair dek kerana kecuaian saya yang tak pastikan tutup freezer rapat2. Lemah longlai saya balik keje tengok abis sume nye cair sepenuhnye. Klu berlaku blackout time keje rasanye sempat lagi selamat klu pintu bertutup rapat. At least 4-6hour tak dibuka pintu freezer tu still beku lagi EBM tu. tapi kalau dah pintu freezer tak rapat wlau seinci padahnye cair le susu2 tu.

Banyak tak banyak tu adela dalam 20 paket x 6oz, dan dalam 15 paket x 4oz. Dugaan sungguh utk saya. Masa tu tak dapat lagi surat panggilan kursus PPK ni, so bajet2 klu kursus hujung bulan 9 sempat la kut nak cover stok susu balik. Sekali bbrp hari je lepas tu dpt surat katanya kursus diawalkan la pulak. Adeihh!! tepuk dahi la saya masa tu. Setakat ni stok susu yang berjaya kumpul balik setakat cukup2 untuk 3 hari aje.maklumla yang pam hari2 tu utk guna esoknye juga. Kalau hari meriah, dapat la sebahagian jadi stok EBM. Klu tak mmg utk bawa ke taska esoknye aje. Dulu Damia tak kerap dan tak byk sgt minum susu..sekarang je, bila dh kenal solid food ni demand dia terhadap susu pun dh bertambah sket. Itu pun nasib baik sempat juga sebahgian buat stok. Cuma yang tambah seksa nak jadi stok tu pasal cuti raya lama sangat.ehehe..Malas+kekangan masa+kekangan ruang adela sket yang membataskan saya utk pam hari2. Kat umah mentua langsung tak mengepam..just bagi direct aje, kat umah sendiri sempatla jugak mengepam bbrp kali cuma takleh nak buat stok sgt pun pasal peti ais satu pintu aje, kena pulak time raya orang kat umah mesti nak penuhkan dengan stok bahan basah utk memasak hari raya kan?

Tapi saya belum decide lagi sebenarnye nak beli susu ape utk dia ni..maklumla dah hampir 8bulan saya langsung tak amik tau pasal susu formula utk Damia, yang saya beli susu formula hanya untuk si abang Lutfi aje. Sedih juga target jangka pendek bagi saya nak menyusukan tanpa campur dengan susu formula at least smpai umur setahun tak tercapai la( saya buat target setiap 6bulan aje..dah lepas 6 bulan pertama saya continue target utk 6 bulan kedua pulak, sbb taknak letak stress pada diri sdri la asalnye). Apepun saya redha aje la..lagipun kata orang there's no harm to give formula milk to baby, but mother's milk is still the best la..Disebabkan selama hampir 8 bulan ni saya mampu menyusukan dari susu badan sendiri untuk Damia..then i choose to go on je la..macam masa Lutfi dulu pun saya continue breastfeed until he is 1y++ disamping top-up FM juga waktu keje sbb saya masa tu tak tau dan reti istilah2 dan cara simpan susu ni.

Apepun saya akan still continue BF Damia after kursus tu insya Allah.sepanjang kursus pun sy akan continue pam susu..moga2 production saya tak merudum sgt la sepanjang kursus dan slps balik kursus nanti. Kawan terdekat saya yang sama2 BF pun ade cakap, okla tu Damia dah start solid food, kiranya 6bulan pertama target utk fully BF tanpa campur dengan air masak dan susu formula sudah tercapai. Bila dh bagi solid food nestum Cerelac tu pun dah kira mcm campur dengan susu formula juga dah. Tapi sebelum ni saya just bagi yang tin kaler hijo tu je, yang beras aje, nak bancuh kena tambah susu la, so i put my EBM dalam tu. tak letak susu formula lagi la sebelum ni. takpun saya masak bubur nasi sendiri. Saya ni bukanla terlalu pro BF dan anti FM pun.bcoz sy mengamalkan kedua2nya skrg. Anak sulung dgn susu formula, anak kedua dgn Susu Ibu, tapi selagi berpeluang menyusukan sendiri anak2 saya, saya akan teruskan tanpa susu formula. Sebab sampai masanye nnt sy mungkin akan bertukar kepada FM juga. Tak kisahla bagi susu ape pun asalkan anak membesar dengan sihat, cerdas minda dan cergas fizikalnye. Ukuran sihat bukan sekadar betapa bam-bam nye seorg baby tu kan? Maybe esok saya terpaksa start survey susu ape nak bekalkan nnt. Harap2 penerimaan Damia okla kan..takde cirit birit atau reject susu formula nih. Sbb dgn Lutfi kes cirit birit penah jadi dah masa dia kecik2 dulu pasal susu tak serasi. Last2 sekarang stay dengan Dugro(Dumex) perisa Honey aje. Kekadang ade gak terbeli Nespray, Dutch Lady, Fernleaf, Sustagen, tapi lebih banyak dengan Dugro je la.

Saya pasti akan merindui moments bonding antara saya dan Damia saat meyusukannye. It's a wonderful feeling...;).. saya pasti akan rindu memeluk dn mencium bau masyammm anak2 sewaktu bgn tdo pagi2. Saat malam2 hari waktu mau tdokan diorg.. Tdo malam saya harap tak mengigau mencari anak2 yang biasa berada dikiri dan kanan saya. Dengan en suami saya pun akan rindui juga tapi mungkin tak sebanyak rindu saya pada anak2 kut...ehehe..patut ke?? Yang pasti anak2 bukan dalam jagaan en suami..dia surrender takmo jaga sorg2. suh hantar anak balik kampung je..dia ckp klu sorg si Lutfi aje boleh la kut. Tapi yang adik Damia tu la dia mmg tak biasa nak uruskan..plus dia malas belajar nak uruskan. Jeles pulak tengok dn dengar citer kawan2 yang suami diorang sggp jagakan anak2 yg kecik ni...haihhh..suami ku oh suamiku. Lambat laun kamu kena belajar juga.

Panjang lebar saya citer kan??takde gamba sekeping pun kn?emm..takpe la saya tampal gambar sekeping dua aje boleh??baru sy perasan gambar Lutfi dn ayahnye takde sgt pun Aidilfitri kali ni. Maklum la saya tak punya kamera sendiri. Mana yang di snap adik2 saya, itu je la yg adenye.

 
..Che De, Damia dan Mama..

Dalam gambar, ini la adik saya yang yang dah selamat operate aritu, dapat kuar spital 2 hari sebelum raya. Masa raya kali ni dia tak gi jalan mana2 pun, setakat duk umah aje, sbb katanye perjalanan dgn menaiki kenderaan tambah menyakitkan lagi lehernye yg kena operate aritu even dh pakai neck support pun. So dia rest aje la kat umah. still MC until 19hb ni g jumpa doc pakar blk utk follow up. maybe akan smbg MC lagi pasni. Disebalik selendangnye tu ade neck support kut..eh ye ke??emm..sy pun tak pasti dia pakai ke tak masa ni. Saya punya baju raya baru tak sempat pakai lama dh kena tukar baju raya taun lepas dah...Lutfi kencing daa..takde la istilah sedondon raya taun ni dengan Damia. Ahaha...takpe raya haji ade lagi.

Yang dalam gambar ni pulak kakak saya satu-satunye..a.k.a che Long si Damia and Lutfi. Akak saya yang ni la yang jahitkan dress comey aritu untuk si Damia. Yang berbaju merah tu pulak Wan Amir Hasan, anak ke empat(bongsu skrg) akak saya yang satu-satunya lelaki buat masa ni..lagi 3 anaknye perempuan..ehehe. Usia dalam 1year 2months++ . Maybe lepas2 ni bleh tambah lagi cucu2 hero keluarga en Ismail kan?? Kelakor sya tgk gambo ni...nmpk benar tone kulit saya dengan Damia berbeza kan?ehehe.. takpe saya sedar diri saya mmg antara yang tone gelap sket dlm family saya ni.

Tu aje la citer saya dalam entri melalut panjang kali ni...saje lepas gian tak update blog lama sgt dh. Banyak citer dh basi malas saya nak update sini. Sekadar cuba mengubati gundah gulana diri ini yang bakal berjauhan untuk 5 hari 4malam..atau maybe cukup seminggu la kut sbb anak htr balik kampung. Hari2 la mama akan call kamu berdua ye sayang.

Kasih Abang....so sweet! ;)



Seawal bulan pertama kelahiran Damia Humaira.
Kecik aje dipangkuan Abang Lutfi.


6 bulan sudah. Adik dah membesar pun sakan nak diribanya juga.
Abang sibuk buat peace!!Adik muka terpaksa aje sbb kena peluk kuat2.


Ape persamaan gambar di atas???Cer teka!Hehe..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
**Tangan mama memang tak bley blah...asyk ade aje nak menyokong kedudukan adik...hehe.**


He said..."Kokopian"

Weekend baru ni saya ade buat sedikit popia goreng versi saya sendiri la..saje dh lama rasa nak makan popia ni. Kalu nak beli sikit sgt dpt.tak puas makan kata orang. Nak beli byk mahal pula sedangkan kalau buat sendiri kosnya takla mahal sgt sbnrnya.

Lutfi is 3: Celebration at Taska Permata POLISAS

Entri tertunda...hehehe

Sambutan Hari Lahir Lutfi di Taska Permata 08/07/11 yang lalu..

 Malas nak citer byk..layan gambar aje la yer.

 ok..kakak dah pasang lilin..

Kita nyanyi ramai2 "Allah Selamatkan Kamu" dulu yer..

 Lutfi malu2..hihi.

 Ok..sket lagi lagu nak abis dah. Tak sabar nak mkn kek yer??

Aunty Wah sedang potong kek untuk dibahagikn pada semua.

 "Nah..ini untuk Lutfi"..malu2 amik kek..

 Sesi makan2..kakak2 tolong suapkan.

 Lutfi makan sdri sama2 dgn mama yer!


 



;)

..Tiga tahun sudah..


Alhamdulillah..tiga tahun sudah berlalu..080708-080711. Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-3 buat anak mama..Ahmad Lutfi. Moga kamu membesar menjadi anak yang soleh, bijak dan cerdas sentiasa. Mama dan Ayah sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan hidup kamu sayang.  

Ragam permata hati kami ;)

Mereka la penghibur hati saya dan suami buat masa ini. Sungguh kami rasa sangat bertuah dan bersyukur memiliki anak2 yang comel dan bijak di mata kami. Sesungguhnya anak2 inilah saham akhirat utk kami. Moga2 kami mampu mendidik dan mencorakkan kehidupan mereka supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.

 
Lutfi belajar buat 'peace'

 Another 'peace'

Peace again...ehehehe.

Damia yang tdo2 ayam ;)

 
"Mama..jangan amik gambar adik! Adik silau!"
hihi..marah si Lutfi bila mama kacau adik tdo.


Snap by Lutfi:
 Lutfi rasa lucu tengok jari dia lipat gtu.. 
gelak2 dia tengok gambar ni sambil ulang gedik2 jari kakinya lagi.



Next week on 8/7/11 Lufi will turn to 3 yrs old..hmm...tgh fikir nak buat ape utk celebrate bdaynye nnt. Yang pasti hadiahnya maybe sebuah basikal baru..yang dah lama dia idam2kan..tp mama tangguh beli supaya tggu dia tggi sket, baru leh capai kaki sket nak kayuh.hihi. Brp ratus yer basikal budak2 skrg??Bajet oh bajet!