Meal Shakes Shaklee sangat best!!

Meal Shakes Shaklee sangat best!!
Itu kata-kata pertama yang terpacul dari mulut saya saat pertama kali merasanya..bukan setakat saya yang kata begitu..anak saya yang sulung pun sukakannya. Setiap kali bancuh susu botol utknya..jarinya pasti menuding ke arah bekas Meal Shakes ni..minta ditambahkan pada susunya. Saya pasti mereka yang pernah merasai Meal Shakes juga takkan menafikan keenakkan Meal Shakes ini.

Sebaik saja kali pertama membuka penutup bekas Meal Shakes ni..hmmm..semerbak bau vanillanye menusuk hidung. Sampai si Lutfi anak saya tu selalu minta utk amik bau dulu sebelum saya masukkan ke dalam susunya.  "Wangi la mama..sedap kan? Lutfi sukeee.." .kadang2 dia minta nak makan gtu aje sket..Saya tak bg banyak la..cukup dlm sesudu teh aje buat rasa..sesudu teh lagi saya masukkan ke dalam susunye. Sekejap saja boleh dia habiskan susunya yang 9oz tu. Kadang2 dia minta extra tapi saya minta dia jarakkan masa.. bukan sebab takut dia habiskan cepat. tapi sebab dalam proses utk potty train dia skrg..kena minum dalam amaun yang berpatutan aje. Kalau tak dia susah nak control keinginan ke toiletnye...hihi. Penat ye nak ajar anak potty train ni.

Sekarang dah masuk 3 bulan saya teruskan bagi Meal Shakes utk anak sulung saya ni.. untuk anak yang kedua baru je start dalam sebulan ni saat usia dia nak mencecah usia setahun 3 bulan ni. Susah sket la nak campur dalam susu ibu ni..sbb nak pastikan Meal Shakes ni sebati dengan susu ibu sukar sket. Takleh goncang kuat2 macam goncang susu formula. Alternatifnya saya campurkan sedikit dalam makanannye. Kadang2 yang saya bancuhkan utk saya sendiri saya bagi sedikit utk Humaira juga. Si kecil saya ni lebih obses dengan susu ibunya dari minuman yang lain.. minuman yang lain dia minum juga tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Apepun, sedikit sebanyak dah nampak perubahan pada dia..kalau sebelum ni saya sedih dan risau bila dia taknak makan, sekarang saya dah boleh tersenyum kembali bila tiba waktu makan. Snack time dah menjadi sesuatu yang amat disukai.. sekeping roti dgn choc spread/jem sangat dia suka. kekadang dengan beberapa keping biskut yang menjadi kegemarannya. Saya berharap juga dapat melihat peningkatan berat badannya walaupun saya tahu saat dia sedang aktif begini sukar nak melihat pertambahan angka yang banyak. At least saya tahu dia dah suka waktu makan/snack time. Jarang menolak apabila disuap makanan kecuali bila dia dah kenyang.

Untuk anak saya yang sulung, Alhamdulillah bila saya konsisten bagi pada Lutfi ada perubahan yang sangat ketara pada berat badannya sekarang. Selera makan dia bertambah baik, berat yang selama ni asyik maintain 12kg++ aje skrg dah mencecah 15kg+ sudah selepas 3 bulan saya campurkan dalam susunya tu almost everyday. Ibu mana yang tak gembira dengan perubahan itu kan? Paling ketara sekarang, dia kerap minta nak makan bila2 masa aje yang dia rasa nak makan..bangun pagi, waktu amik dia dari taska, kadang2 malam sebelum nak tidur pun dia minta nak makan sesuatu..Saya suka bila nampak perubahan itu. Paling ketara dulu kena selalu pakaikan belt bila pakai seluar jeans/slack dia tu. kalau seluar bergetah takde mslah la.sekarang dah banyak yang agak ketat dan fit, paling ketara di perut terutamanya..tak perlu lagi belt utk dia. kalau pakai belt pun sekadar aksesori pelengkap aje. Takde mslh klu tak pakai belt dah..klu dulu selalu aje pegang pinggang seluarnye yg asyk nak melondeh klu mama terlupa letak belt dalam beg pakaian ke sekolahnya. Sekarang Lutfi selalu cakap "Mama, perut Lutfi besar la..macam bola".


Yang pasti Meal Shakes bukan hanya sesuai untuk anak2 yang takde selera makan..seisi keluarga juga sesuai untuk menikmatinya. Sedikit info mengenai Meal Shakes Shaklee:


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


Mungkin ada yang risau dan berfikir, kalau anak makan Meal Shakes selera makan bertambah, berat badan pun naik..dah tu kalau ibu atau ayah yang ambil Meal Shakes juga nanti selera bertambah2..berat pun bertambah2..nanti makin GEMUK!..perkataan yang memang tak disukai orang dewasa kini kan??Jangan risau..Meal Shakes tidak mengGEMUKkan anda..hihi. Yang penting anda perlu tau cara pemakanan yang bagaimana sesuai untuk keperluan diri sendiri.Belum cuba belum tau!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

4 komen ditinggalkan:

lynnezz berkata...

ko jadi pengedar shaklee ke skang? mcm best je meal shake nih..zara pn kurg mkn

Ida Iar berkata...

a'ah..bulan dis lepas aku join membership shaklee ms dpt bonus sket tu..tp aku tak aktif berjualan pun sblm ni.boleh baca entri aku sebelum ni ye..
http://mamalutfi.blogspot.com/2012/04/moga-april-memberi-sinar-yang-lebih.html
3bulan lebih yg lps tu aku just guna keahlian aku nak beli barang shaklee je utk kegunaan family sdri, dah nampak impak positif bila amalkan boleh la aku berkongsi kebaikkannye dgn orang lain juga..aku ni consume shaklee dari 2010 dah..tp biasala on off je. aku plak jenis susah nak menelan pil.. sbb tu aku suka dgn kombinasi ESP+Mealshake+performance drink. sng nak minum je..klau kena telan yg jenis pil ni sket2 boleh la.boleh je try bagi zara mealshake..insya Allah kalau konsisten bg mmg bleh nmpk perubahan. klu bg on off, perubahan pun jadi on off jugak la..hihi.

Haruman Syurgawi berkata...

aik..guna testimoni sendiri ker...harga rm? brp kilo setin tu?satu sudu jer ke setiap hidangan?cam nk cuba bg hasan jugak la...dia makan bubur n nasi sup jer..lain tanak..

Ida Iar berkata...

sdri cuba dh nmpk kesan baru berani nak citer kat org..tp biasala, kdg2 lain org lain penerimaan. tp mencuba dl tak salah..

mealshake ni kind of nak alternatif selain bg syrup/pil multivitamin tu..humaira tak suka syrup multivitamin.rasa pelik kut bg dia. lutfi plak klu dh mkn yg jenis pil tu..huhu mana cukup sebiji.

yg ni aku bleh la control lg intake dia. sesudu teh dah cukup utk kanak2 sehari.org dewasa bleh amik lebih lg.

nnt aku bersms/calling je trus kat mu ek.