Diet IF : Bagaimana 'intermittent fasting' membantu dalam mengurangkan berat badan?

Diet IF merupakan antara konsep diet yang agak popular pada masa sekarang dikalangan mereka yang berusaha menurunkan berat badan yang berlebihan.

Apa itu IF? 
IF atau nama panjangnya 'Intermittent Fasting' atau dalam bahasa Melayu kita panggil sebagai puasa berselang/ putus-putus.

IF adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa. Ia mudah untuk diikuti oleh kebanyakan orang malahan sudah ramai yang berjaya mengawal berat badan seperti yang diinginkan melalui kaedah IF ini.

Untuk yang baru nak bermula, kebiasaannya akan bermula dengan pilihan waktu 12-12 atau 14-10 kemudian naik ke fasa seterusnya 16-8, 18-6, 20-4 bergantung kepada tujuan apa yang ingin dicapai melalui kaedah diet IF ini.


Kenapa diet cara IF boleh membantu mengurangkan berat badan seseorang yang mengamalkan dengan konsisten dalam tempoh tertentu?

1) Kurang pengambilan kalori pada waktu tertentu: Dalam kaedah IF kita ada tempoh untuk makan dan tempoh berpuasa dari pengambilan makanan/minuman yang berkalori.

2) Mengimbangi hormon anda dengan cara merendahkan tahap insulin anda:  Apabila anda telah berpuasa selama minima 6 jam, paras insulin anda mula turun.Sebagai hormon utama yang terlibat dalam metabolisme lemak, tahap insulin yang lebih rendah akan memudahkan pembakaran lemak.

3) Masuk fasa ketosis: Selepas berpuasa 12 jam, badan akan mula kehabisan sumber karbohidrat sebagai sumber tenaga. Ia memasuki keadaan metabolik yang dipanggil ketosis dan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga.

4) Meningkatkan metabolisme : Kajian menunjukkan berpuasa selama 3 hari akan meningkatkan metabolisme badan sehingga 14%.



Berpuasa dengan kaedah IF sedikit berbeza dengan berpuasa cara biasa umat Islam lakukan. Puasa yang dilakukan umat Islam dikenali dengan nama puasa kering. Tak boleh makan dan minum dalam tempoh berpuasa.

Manakala IF = puasa basah (dibenarkan untuk minum air kosong, teh/ kopi tanpa gula, atau sedikit larutan cuka epal) sebagai cara untuk mengurangkan rasa lapar ketika tempoh berpuasa IF.

Tempoh puasa IF juga bergantung kepada pilihan individu untuk mendapatkan tahap metabolik ketosis yang diinginkan. Secara tidak langsung ia dapat melatih seseorang berpuasa dari makan dalam tempoh lebih lama secara berperingkat.

Kedua kaedah berpuasa basah / kering ada manfaat tersendiri kepada yang mengamalkannya.

Boleh jemput baca juga perkongsian  mengenai Jenis-jenis pilihan Intermittent Fasting yang ada. 

0 komen ditinggalkan: