Body Adjustment : Betul ke supplemen Shaklee tak serasi dengan saya?

Body Adjustment : When it's good to feel bad


Betul ke ok kalau badan kita jadi makin sakit atau kuar kesan negatif lain pula bila mula amalkan suplemen?

Haa..hal ini bergantung pada individu. Tak semua orang yang amalkan suplemen akan alami fasa body adjustment ni. Dan tak semua jenis suplemen juga akan timbulkan kesan begini.

Ida share pasal diri sendiri la sebagai contoh. Suplemen yang paling biasa Ida akan lalui fasa body adjustment ni bila amalkan Alfalfa Complex, DTX Complex. Ini kalau lama dah tak amalkan dan nak start balik confirm kena lalui fasa ini.

Apa yang Ida alami? Jerawat keluar bertubi-tubi yang agak besar (jerawat batu). Kalau biasa setakat jerawat pasir sahaja. Tempat tak biasa kuar jerawat (dibadan /kepala) pun boleh tiba-tiba ade jerawat 😭😭.

Pening kepala dan mengantuk yang melampau..kadang-kadang rasa macam pelik tidur dah cukup 8 jam sehari pun dia punya menguap macam org tak cukup tidur langsung.

Demam dan bersin bertubi-tubi secara tiba-tiba sahaja.. ni mungkin sebab resdung Ida yang kadang-kadang muncul balik.

So apa nak buat bila kena fasa macam ni? Berhenti makan suplemen?


1)Haa..yang pertama Ida akan pastikan minum cukup air suam kosong la kalau dah kena macam hal di atas. Sebab bila kurang air badan akan lambat nak recover semula. Ini disebabkan oleh toksin-toksin yang nak keluar dari badan saat proses penyembuhan berlaku jadi tak lancar nak flush out ikut saluran biasa. Jadi cara paling mudah toksin nak keluar melalui kulit pun boleh, maka jadi la jerawat pastu😣😣

2) Teruskan makan dalam kuantiti yang minima jika masalah yang berlaku boleh dikawal. Kalau jadi sakit melampau Ida akan stop dulu beberapa hari atau paling lama dalam seminggu sebelum sambung semula. Nak pastikan sebenarnya benda ni memang berpunca dari suplemen yang Ida ambil atau secara kebetulan terjadi berpunca dari perkara lain seperti makanan yang lain.

3) Tukar waktu pengambilan suplemen pada masa berlainan dari kebiasaan. Kalau incase masalah berlaku bila Ida ambil suplemen waktu pagi, Ida akan tukar ambil ke waktu petang atau malam. Sometimes it helps too okay!

4) Keep positive! Yang ni penting. Bila emosi dalaman stabil, proses penyembuhan dan penerimaan badan akan jadi lebih mudah.Masalah yang berlaku akan jadi lebih cepat berakhir bila mana badan dan minda kita dalam keadaan tenang, bersedia, dan positif.



Bagaimana jika masalah masih berlanjutan lepas cuba tips diatas?


Kalau masih berlanjutan masalah kesihatan tu juga selepas buat semua perkara diatas, bolehlah diandaikan kita mungkin tiada keserasian dengan suplemen tersebut.

Maklum ye, setiap individu tidak sama penerimaan. Sama macam pengambilan ubat atau jenis makanan, tidak semua orang serasi dengan tiap satu benda tersebut. Orang ada eczema, mungkin sebahagian akan jadi gatal teruk bila makan atau terkena telur. Adakah telur tidak bagus? Tentulah tidak kan?

Raikan perbezaan. Tidak usah menyalahkan kata ianya tidak bagus jika mungkin ianya hanya tidak sesuai dengan kita sahaja kan?

Yang terbaik sebenarnya adalah, dapatkan nasihat mana-mana ahli perawat sebelum mencuba mana-mana suplemen. Jika mereka sarankan anda ambil suplemen tambahan, maka bolehlah cari yang terbaik untuk anda amalkan.

So siapa lagi pernah lalui fasa body adjustment ni selepas ambil suplemen? Sudi berkongsi cara anda laluinya? πŸ˜„


0 komen ditinggalkan: