Memaparkan catatan dengan label Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee. Papar semua catatan

Syoknya main gameboard MASTERIA setanding main gameboard Monopoly mahupun Saidina!

Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamalutfi..yang masih setia berkunjung ke blog yang dah agak lama tiada pengisian entri baru..tapi Alhamdulillah masih menerima kunjungan tak putus setiap hari.

Hari ni saya amik peluang nak berkongsi sedikit cerita mengenai gameboards baru yang ada kat umah kami.. MASTERIA hasil ilham Master Hadhatina MKB dan Supermom. Apa yang menarik dan syok sangat dengan games ni? Boleh tonton video testimoni dari mereka yang dah pernah bermain dengan game MASTERIA ni sewaktu pra-pelancaran Masteria pada bulan Mac yang lalu.



Disebabkan keterujaan saya mendengar review mereka ni maka saya pun dah beli satu gameboard Masteria ni untuk dimain bersama dirumah. Serius memang sangat menarik untuk dimiliki oleh mereka yang bergelar pengedar Shaklee khasnya. Dengan bermain game Masteria ini, kita sebagai pengedar Shaklee akan mendapat gambaran perjalanan yang harus dilalui dalam menempuh pangkat tertinggi dalam Shaklee yang memang idaman semua pengedar Shaklee yang serius nak berjaya iaitu rank MASTER.

Pada pandangan saya, Master Hadhatina telah berjaya menghasilkan games pertama dalam dunia biz Shaklee yang membantu memberi gambaran apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dihindari dalam mengejar kejayaan sebagai seorang Master Shaklee. Memang sangat sesuai  untuk dijadikan bahan coaching pada downline-downline yang baru mahupun dah lama berada dalam dunia biz Shaklee.

Seperti mana gameboard Monopoly mahupun Saidina yang berkonsepkan pemain harus membuat percaturan yang tepat supaya dapat lebih untung dan mengurangkan risiko kerugian, begitu juga gameboard Masteria ini. Namun ada yang specialnya pada gameboard ini, iaitu ia mempunyai ruang COMFORT ZONE! Dalam dunia sebenar seorang pengedar Shaklee istilah Comfort Zone adalah sesuatu yang patut anda beri perhatian. Terjebak dalam Comfort Zone akan membuatkan kita lambat menuju ke puncak kejayaan apatah lagi nak bergelar sebagai seorang MASTER SHAKLEE! Hohoho... memang tepat toing! toing! atas batang hidung sendiri plak rasa terkena pada saya sendiri. Buat2 tak sedar yang diri sendri dalam comfort zone plak. Bila dah main gameboard Masteria ni memang saya nampak banyak kelemahan dan comfort zone yang nak kena keluar tu.


Berdasarkan pengalaman saya sendiri main games ni dengan anak-anak, memang seronok. Bermain dengan downlines atau sidelines bisnes anda juga pasti lebih menyeronokkan. Ada aktiviti santai boleh dilakukan dalam memperolehi ilmu tentang bisnes Shaklee melalui gameboard Masteria ini. Meluangkan masa dengan anak-anak kecil saya dirumah sedikit sebanyak saya tidak meminggirkan mereka tatkala berfikir tentang mencari ilmu bisnes ini. Anak-anak jadi excited bila mereka mula mendapat rentak dalam games. Mungkin ini langkah awal untuk saya mendidik mereka tentang perjalanan bisnes Shaklee keluarga kami.


Muka bangga Lutfi dapat menang Masteria kalahkan mama nya.


So kalau anda seorang pengedar Shaklee yang masih tertanya-tanya lagi dan masih tak tentu hala tuju dalam bisnes Shaklee ini, saya sangat menyarankan kalian juga memiliki set gameboard Masteria ini.
Kenapa anda perlu memilikinya? Jom dengar kata-kata founder gameboard Masteria dalam video di bawah ini, Master Hadhatina dan master MKB.


Kalau belum jadi ahli Shaklee tapi saja2 suka nak mencuba bermain game ala2 Monopoly dan Saidina tapi yang lebih menarik lagi dari yang biasa tu..haaa...anda pun boleh beli juga tau! Takde syarat kena jadi ahli Shaklee dulu baru boleh beli. Tapi lagi bagus jika yang beli adalah pengedar Shaklee yang sedang berusaha membina dan mengembangkan bisnes Shaklee anda. banyak ilmu dapat anda pelajari sepanjang bermain games ini.

Promosi dari pihak Supermom sempena Hari Guru baru2 ini sehingga 31 Mei 2015 ini, setiap pembelian gameboard Masteria akan diberi kos pengeposan secara PERCUMA! 

Bayar harga gameboard aje sejumlah RM100. Berbaloi ke beli dengan harga begitu? Serius!! anda takkan rasa rugi jika anda betul2 manfaatkannya dan ambil ilmu yang dapat dipelajari dari games tersebut. Berminat nak membeli gameboard ini, anda boleh hubungi saya juga untuk mendapatkannya.


Mudahnya membuat pesanan produk Shaklee menggunakan aplikasi eSell

Alhamdulillah, satu langkah lagi telah diambil oleh pihak Shaklee untuk memudahkan pengguna Shaklee membeli produknya secara atas talian (on-line). Julai membuka lembaran baru bagi warga pengedar Shaklee untuk menggunakan kemudahan aplikasi eSell.
 

Aplikasi eSell merujuk kepada katalog online untuk pengguna Shaklee membeli secara terus mana-mana produk pilihan mereka dan boleh melakukan pembayaran menggunakan kad kredit/kad debit sahaja buat masa ini.Sekiranya ingin melakukan pembelian dan bayaran melalui kaedah pemindahan wang (ATM transfer/online transfer/cash deposit), pembeli masih perlu berhubung terus dengan pengedar Shaklee sendiri. Mana-mana kad kredit atau kad ATM debit yang mempunyai lambang Visa@Master card adalah diterima pakai untuk pembelian menggunakan eSell ini.



Sekiranya anda sebagai pembeli yang merupakan kali pertama ingin membeli secara online (eSell) menggunakan pembayaran melalui kad kredit/kad debit, berikut ada sedikit panduan untuk anda membuat pesanan menggunakan aplikasi eSell.

1. Setelah anda klik mana-mana link untuk order, (contohnya seperti dibawah), anda akan di bawa ke laman pertama eSell untuk membuat order online. Klik Agree sebelum meneruskan ke langkah seterusnya.


 2. Setelah itu anda akan ke laman katalog online seperti di bawah. Di bahagian ini anda boleh memilih samada untuk membeli semua pilihan yang ada atau hanya memilih produk tertentu mengikut pilihan masing-masing. Anda boleh menambah atau mengurang nilai produk yg dipesan dan jangan lupa tekan pada butang Update setiap kali mengubah nilai pesanan. Setelah berpuas hati anda boleh teruskan dengan menekan butang Checkout.
 3.Anda akan dibawa ke laman seterusnya untuk mengisi segala details yang diperlukan bagi tujuan penghantaran barang. Sekiranya anda bekerja dan tiada orang dirumah untuk tujuan menerima barang, anda juga dinasihatkan meletakkan alamat tempat kerja untuk memudahkan barang tersebut dihantar dan diterima oleh pihak anda dengan segera.

4. Seterusnya semak order anda dan maklumat untuk penghantaran produk yang dipesan. Pastikan alamat yang digunakan adalah tepat untuk memastikan barang dapat dihantar kepada anda. Freight Charge adalah kadar pos rata yang dikenakan untuk penghantaran produk. RM10 akan dicaj untuk pos Semenanjung dan RM20 untuk pos Sabah dan Sarawak. Pembelian yang mengandungi sebotol Vivix adalah percuma sahaja. Setelah berpuashati klik untuk langkah seterusnya iaitu Pembayaran.


5. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT.

Jika anda menggunakan Kad Debit, pastikan anda sudah mengaktifkan "online purchase limit" di ATM ataupun hubungi khidmat pelanggan bank anda.

Isikan maklumat yang diperlukan seperti:-

  1. Ruangan "Credit Card/Debit Card" - Pilih jenis kad: Visa atau MasterCard
  2. Ruangan "Card Holder Name" -  Isi Nama pemegang kad
  3. Ruangan "Credit Card/Debit Card Number" -  Isi nombor Kad Kredit/Debit, selalunya sebanyak 16 digit yang tertulis di hadapan kad anda
  4. Ruangan "Expiry Date" -Tamat tempoh kad anda (bulan/tahun) seperti tertera di hadapan kad.
  5. Ruangan "Security Code" - 3 digit nombor yang berada di belakang kad anda.

*Sekiranya anda menggunakan kad kredit, limit had pembelian adalah bergantung kepada nilai had yang masih berbaki pada kad anda.
**Sekiranya anda menggunakan kad debit, nilai default untuk pembelian online biasanya ditetapkan oleh pihak bank dalam jumlah RM300-RM500 sahaja. Sekiranya anda ingin membeli produk lebih dari nilai tersebut sila pastikan anda naikkan nilai had pembelian di mesin ATM terlebih dahulu. Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi untuk membuat pembayaran.

 6. Selepas anda klik "Confirm Payment", paparan "Contacting Issuing Bank" akan dipaparkan. Jangan klik apa-apa di paparan tersebut. Tunggu sehingga paparan berikutnya muncul.





7. Paparan TERAKHIR dalam proses tempahan anda adalah paparan ini. Apabila paparan ini muncul, ia menandakan bahawa tempahan anda telah berjaya.
Anda boleh klik "Print Order" untuk menyimpan invoice tempahan dan eSell Shaklee juga akan email kepada anda satu salinan invoice.


Mudahkan membuat pesanan produk Shaklee? Semuanya dihujung jari sahaja. Asalkan anda mempunyai jaringan internet dan kemudahan untuk mengaksesnya. Dinasihatkan para pembeli menggunakan browser Mozilla Firefox untuk menggunakan aplikasi eSell ini tanpa masalah. Sekiranya anda tidak mempunyai kemudahan kad kredit/kad debit anda masih boleh membuat pesanan secara biasa melalui saya sebagai pengedar Shaklee anda.


Sekiranya anda membuat tempahan melalui aplikasi eSell ini melalui mana-mana link dalam blog mamalutfi.blogspot.com ini atau melalui Facebook saya Ida Iar, insyaAllah saya akan menghubungi anda kembali untuk tujuan konsultasi dan perkongsian cara pengambilan produk yang telah anda beli itu. Jadi anda tidak perlu risau untuk membeli dari saya, saya akan membantu anda sebaik mungkin supaya mendapat manfaat dari produk yang telah dibeli itu.

Untuk pertanyaan lanjut anda boleh tinggalkan komen dibawah entri ini atau hubungi terus saya ditalian berikut : 013-9230280 (Ida Iar)



Mascel Azrin & Azmie - Kenangan first time join Mascel.

Salam buat pembaca blog yg sudi singgah ke sini.

Dalam mode bed rest sbnrnya mlm ni.. Sebab dah terover aktif sket since smlm. Pinggang jadi sakit melampau tambah2 bila baby dah mengeras je kejap2. Mata tak mampu nak lelap jadinya buat je satu entri sblm tdo ni.

Nak share byk gambar pun tak byk yg dpt saya snap sepanjang majlis hari ni. Nanti saya cilok gambar org lain snap je la sbgai kenangan. Takleh sakan sangat bergerak satu hal dah hari ni..

Sepanjang penglibatan saya dalam Shaklee dah berapa byk Mascel @ Master Coordinator Celebration dh dibuat oleh pihak Shaklee dlm meraikan lahirnya ramai Master2 baru Shaklee. Especially dari group Jutawan yg dinaungi oleh PM Cery MamaFaiz. Namun baru hari ni saya berkesempatan nak join event yang grand dan sgt2 mengujakan ni.


Hasrat hati nak join hadir yang Mascel Master Wan Fatihanum dari group iReach juga pagi tadi di lokasi yang sama - Pullman Putrajaya, namun lps sarapan kami decide naik bilik get some rest sket lagi.. Tak cukup tdo sebab sampai Pullman jam 1 pagi lebih kurg, lepas 3jam+ perjalanan dari Kuantan semalam. Sampai pun tak dpt terus tdo gak.. Dah mmg gini la sejak2 kehamilan cecah 35weeks ni. Klu tdo pun tak lena la.

So sementara dlm bilik buat ulang tyg video yg kononnya nak kasi surprise sama nanny Shaklee saya ni masa majlis Mascel nye ptg td. Dah puas hati bagi kat staff Shaklee utk discuss bila nak tayang pulak. Settle hal tu turun makan, dan naik kembali ke dewan jam 3 lebih kurg. Sekali nampak En badut buat belon pulak anak2 ku..
Terus excited tggu nak belon jugak.

Sempat bergambar seketika dgn Master Azrin sebelum dia melangkah masuk lepas tu. Ehh gambar takleh rotate plak. Cantik nanny Shaklee saya kan? Seronok tengok orang bersanding lagi di majlis meraikan mereka ni.. Pasang impian saya pula akan di pentas itu dan diraikan akan datang.


Dah masuk lambat husband ckp duk blkg la senang.. Klu anak2 nak bising taklah menganggu org yg nak berucap kat depan sana.. Akur aje la kan. Bila dah start ucapan satu persatu dari upline2 Master Azrin dan GM Shaklee.. So sampai masa tayang video dedikasi dari warga OSF utk master kesayangan kami ni.



Acara paling best bila part sharing story dari Master Azrin sdri.. Something that yang amat ditunggu2 la sebenarnya sepanjang majlis ni. Sangat memberi inspirasi dan saya berharap saya juga akan kuat seperti Mama Azrin utk saya melangkah keluar dari zon selesa saya skrg ni. Sungguh saya katakan... Memang betul kata ramai teman2 yg selalu attend Mascel lain2 sebelum ni. Mascel adalah satu acara dan majlis utk kita serap caj2 positif berganda dari org2 yang telah berjaya harungi susah payah mereka utk sampai ke puncak Master Coordinator. Beruntunglah siapa yang selalu dpt luangkan masa join majlis hebat ni sebab setiap Master yg lahir punye aura tersendiri..and of course they have their own unique stories. So byk perkara boleh dikutip spnjg event hebat ni.

At 35 weeks pregnant saya mmg tak suka sgt jalan jauh2 takut jugak timbul perkara tak diduga. Tapi demi Mascel nenek Shaklee saya ni..saya redah perjalanan 3jam+ utk sampai dari Kuantan ke Pullman Putrajaya. Saya nak dengar secara live pengalaman dan kisah sebalik tabir kejayaan beliau.. Memang sangat teruja la. Tak sia2 perjalanan saya, tak sia2 sakit sementara saya alami ni. Soon menantikan Mascel Mama dan anak Shaklee saya pula. Giliran saya?? Kena bulatkan matlamat dl bila sbnrnye saya nak naik Master. Semoga cycle ni membantu utk saya lebih cemerlang mengurus kerjaya dan empayar Shaklee saya.

**Tak sempat nak publish semalam dah boleh terlelap pula..haha. Mula2 tak ngantuk..penawar tdo, berblogging thru HP sambil baring...lama2 lelap juga.

Performance Drink pilihan hebat untuk bertenaga di bulan puasa!

Anda suka dengan minuman isotonik seperti 100 Plus, 7UP Revive dan seangkatan dengannya? Tapi dek kerana kandungan gula yang terlalu tinggi di dalamnya menyebabkan anda bimbang dengan kandungan gula dalam badan anda plak nanti kan? Saya dah jumpa minuman yang setanding malah lagi hebat formulasinya..tak lain tak bukan Performance drink Shaklee la. Dengan rasa oren dan tidak berkarbonat, tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan lagi tu.

Memang sangat sesuai untuk bekalan di bulan puasa ini juga tau! Kenapa?

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet/mereka yang aktif dan juga untuk umat Islam di bulan puasa ni. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


So bila puasa dan ambil Performance drink ni pada waktu sahur, ia membantu mencegah kehilangan terlalu banyak cecair badan/elektrolit dari badan anda. Bukanlah anda langsung tak dahaga lepas minum ni..tapi ia membantu menguragkan tahap haus yang melampau disebabkan dehidrasi terutama buat mereka yang sangat aktif disiang hari puasa, bekerja yang terdedah pada cuaca panas. Kalau boleh hilang dahaga terus, maka hilanglah nikmat berpuasa tu kan? Kita cuma mencari jalan untuk kurangkan kelesuan melampau sahaja. Sekurangnya boleh la cergas sikit nak bertadarus atau membuat apa amalan tambahan yang disukai oleh Allah. Kan bagus begitu?


Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.








Bagaimana sukatan pengambilan Performance Drink ini?
Actually ia ikut citarasa anda dan juga individu yang mengambilnya. Jika kanak-kanak tak perlu la terlalu byk sukatannya. 3 sudu besar dengan 8oz air kosong(sejuk/suam) sume boleh. Kalau kurang suka dengan rasa masam oren asli, boleh kurangkan dosnya juga.


Ada sukatan maksimum tak? Takde sukatan maksimum pun yang dinyatakan oleh pihak Shaklee. Tapi sekadar minum 1-2 kali sehari pun dah memadai sebenarnya. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Boleh amik semasa berbuka, dan juga semasa bersahur.




Boleh dibancuh bersama dengan ESP/ Mealshake / Cinch Tea..pun sedap tau!!

Cara saya membancuh Performance drink kegemaran saya ni macamni:
  • 1 setengah sudu besar Performance Drink tambah 1 setengah sudu besar ESP/Mealshake didalam 250-300ml air sejuk; atau
  • 2 sudu besar Performance Drink + 1 sachet Cinch Tea dalam segelas air sejuk/suam.
  • 3 sudu besar Performance Drink + 300ml air sejuk
Tak perlu tambah gula/madu lagi dah..cukup yang tu aje. Oh ye, amik PD+Cinch Tea masa sahur/berbuka memang buat mata anda rasa cerah aje..Cubalah ye! Memang best!

Anda boleh cuba dengan minuman lain juga jika suka..tapi saya suka nasihatkan jika amik PD tak perlu lagi dah tambah gula pasir ye..kalau kurang suka dengan rasa tang oren nye tu boleh kurangkan sukatan PD. Lain lidah lain citarasa kan? Selamat mencuba!

Yummy2!

Mahu order satu untuk lebih bertenaga di bulan puasa ini?? Hubungi saya cepat2 ye!
Ibu mengandung, ibu menyusu, lelaki yang bekerja berat, mereka yang aktif bersukan serta aktiviti harian padat dan memenatkan anda- harus anda cuba PD ini juga. Confirm tak nyesal punya!

SMS/Whatsapp 013-9230280 (Ida)
Email: norlida134@gmail.com
ID : 865095

Luxury trip ke Kota Kinabalu September ni!


Alhamdulillah..
Syukur atas segala kurniaan Ilahi.. Satu demi satu digapai hasil berbisnes Shaklee dengan serius. Bukan sekelip mata datangnya tapi hasil berpenat lelah jua setahun+ nan lalu. Income 3 angka sudah lama menginjak ke 4 angka dan makin berkembang..insyaAllah.

Majlis National Conference pun dah berlalu..meninggalkan kenangan yang cukup manis Jun nan lalu.  Dapat 2 awards - Car Bonus dan New Rank Achievement..pasti ia akan terpahat diingatan buat selamanya. Penat lelah memulakan bisnes Shaklee dari Zero knowledge hingga ke tahap masih lagi belajar sekarang...tak pernah merasakan dah mencapai 100% perfect itu! Takkan pernah rasa cukup ilmu yang ada! Itu la uniknya ilmu..makin banyak diperolehi makin banyak pula harus memberi ia pada yang lain juga..berkongsi setiap ilmu yang ada.

Satu lagi yang dinantikan tahun ini..National luxury trip ke Kota Kinabalu Sabah pada September ini.  Ye..tak sabar nak menjejak kaki ke bumi Sabah buat pertama kalinya. Paling seronok sebab ianya percutian mewah yang ditaja! Bukan sendiri punya duit untuk penerbangan dan penginapan itu. Alhamdulillah tak terjangka sedikit pun diawal pembabitan dalam Shaklee ni. Ingatkan ia akan kekal menjadi mimpi semata-mata. InsyaAllah tahun ni perlu usaha lebih sedikit untuk percutian mewah ke luar negara pula. Destinasi next year - USA. Boleh lawat sendiri ofis besar Shaklee disana pastinya!




Okay...bermimpi sahaja tidak cukup..moh bergerak menjalankannya!! Baru ia akan bertukar menjadi realiti! Anyone want to join me as a team member? Do contact me ye :013-9230280
Mahu emel pun boleh juga: norlida134@gmail.com

Selamat membina impian dan berusaha merealisasikannya jua!

Berkongsi kebaikan Shaklee, bermula dari rumah sendiri.

Saya buat entri hari ni sekadar nak berkongsi tentang ape yang saya dah guna pakai sepanjang menjadi ahli Shaklee sejak Disember tahun lepas.

Diam tak diam rupa-rupanya dah masuk 9 bulan lebih dah saya bersama Shaklee..menjadi seorang pengedar sah Shaklee dengan ID 865095, dan juga menjadi pengguna barangan Shaklee..bermula dengan penggunaan suplemen, kepada barangan rumah dan akhirnya saya ambil keputusan nak cuba rangkaian produk penjagaan wajah dari Shaklee..iaitu dari rangkaian Enfuselle.

Okay so saya story sket-sket la yer..klu nak ikutkan saya mula mengenali Shaklee saat pregnancy anak kedua saya. Alhamdulillah walaupun bukan pengguna setia sepanjang pregnancy trimester tersebut but atleast sebahagiannya mmg saya consume Shaklee.

Paling saya tak tggl pil Ostematrix..untuk bekalan Kalsium Magnesium dan yang sewaktu dengannya..Alhamdulillah syukur sangat-sangat, diberi kesedaran nak jaga kesihatan sepanjang pregnancy kali kedua tu.

Bukan ape, masa first pregnancy saya disahkan oleh doktor ade bbrp masalah..antaranya..awal pregnancy saya low HB. Agak low jugak sbb few months bacaan diantara 9-10 aje..siap kena gertak nak cucuk apenamanyantah..yang orang cakap menyakitkan klu dibuat prosedur tu. Macam2 la usaha nak up balik..sampaikan pil ferum tu sekali makan kena 4 biji terus doc suruh amik. Makan sup bayam dan bilis hari2..hihi..nasib la i suka jugak tu.

Then dipertengahan kehamilan kena plak satu lagi masalah... GDM atau dikenali dengan istilah panjangnya..Gestational Diabetes mellitus..(harap tak salah eja la) ataupun dikenali juga kencing manis sewaktu mengandung..bacaan agak tggi jugak la masa kena tu 8.8..huhu.should be below than 7 biasanya kan?? then penah sekali masa buat pemeriksaan BSP klu tak silap la namanya (cek darah berkala setiap 2 mnggu tu...) penah ade kantoi tinggi bacaan sehingga 9.3 klu tak silap la. kena buka buku merah tu balik utk kepastian.

So masa pregnancy second ni saya dah aware awal2 hal tu so mmg jaga pemakann dari awal la. Cumanya timbul satu masalah aje..sakit pinggang dan krem yang tak terkawal..that'show so berkenalan dengan produk Shaklee. saya beli dengan sape pun saya tak ingat dah..hehe. Tapi got the contact number from blog la..tak main Facebook lagi sangat time tu.

Dah rasa bagusnya Shaklee ni..saya bercadang nak continue guna bila saat kewangan agak mengizinkan..tambahan pulak dah terus menyusu anakanda kedua tu kena pulak tibanya bulan puasa..so saat tu la saya berkenalan dengan Dilla Jalil..melalui blog dia saya baca mengenai penyusuan dan juga Shaklee..start pulak amik ESP dan performance drink..

Last2 tiba hujung tahun dapat bonus saya rasa nak jadi ahli la plak..senang citer kalau saya nak stick-on beli produk saya leh beli sendiri plak yang saya fikir masa tu la..dapat juga harga ahli..plus dengan bonus klu cukup syarat pembelian..hmm..tergerak hati nak jadi ahli satu lagi sebab klu andaikata saya terlost contact dengan Dilla tu saya dah tau macamana nak beli produk Shaklee sendiri. macam first saya beli tu smpai skrg sy takleh ingat dengan sape saya beli...haha. Saya tak save pun no hp nya. Maybe masa tu tak rasa nak serius sangat cuba produk Shaklee walau dah tau mmg berkesan utk atasi masalah saya time tu..huhu.


Apepun kalau dah memang jodoh dengan Shaklee..dah memang aura Shaklee tu kuat untuk saya terus mencuba dan menggunakan produk dalam rangkaian Shaklee ni makanya jadi lah jugak ahli-makan-sendiri aje masa Disember yang lalu. Masa tu just beli untuk kegunaan sdri dan anak-anak..suami pun amik sesekali aje..last2 bila dah nampak makin banyak kesan positif lagi bila saya konsisten amalkan utk diri sendiri dan anak-anak..so saya rasa tiba masa nak berkongsi kebaikan yang saya dah rasa dengan orang lain start April yang lalu.

Alhamdulillah dah masuk bulan ke 5 saya menjadi pengedar barangan Shaklee secara aktif la.. tapi taklah over aktif..hehe.. maklum la skdr berkongsi sket2 di blog, di FB, bercerita dengan kawan2 yang bertanya..orang tak tanya direct jarang saya buka mulut nak bercerita..hehe. maybe tak konfiden dengan diri sendiri bab nak meyakinkan orang lain..bimbang dengan perasaan "nanti orang kata itu dan ini..". Memang saya malu tak bertempat lagi la tu..hehe. 

Apepun Alhamdulillah..hari demi hari keyakinan tu bertambah sket demi sket sebagaimana bertambahnya keyakinan saya dengan produk Shaklee ni sendiri..ape yang saya dah cuba memang saya konfiden nak citer..then sebab makin hari makin bertambah yakin tu la..makin lama makin bertambah juga produk yang saya sendiri dah cuba gunakan.

Klu nak citer bab healing crisis memang tetap ada juga especially sesetengah produk..namun saya tak bersendirian dalam hal ni. Berdaftar dibawah satu kumpulan yang sangat supportive, saya belajar untuk memahami setiap produk dalam Shaklee especially yang saya sendiri guna. Ada masalah saya boleh rujuk dengan upline2..a.k.a "relatives, mak,nanny, great granny" and so on yang kami bagi gelaran dalam group hebat ni. Bukan setakat boleh discuss mengenai isu kesihatan dan supplemen yang bersesuaian malah pelbagai lagi.

Syukur juga hasil dari berkongsi perkara yang baik ini..secara tak langsung dari mendapat kesihatan yang lebih baik untuk seisi keluarga, membantu misi penyusuan saya untuk anak, sedikit demi sedikit saya dapat income tambahan, bermula 3 angka dan Alhamdulillah akhirnya cecah juga 4 angka..dan saya berharap saya akan dapat membantu lebih ramai lagi orang sekeliling saya..bukan sekadar membantu untuk memperolehi bonus dalam bentuk cash tapi yang paling utama membantu mereka yang nak lebih menghargai kesihatan mereka dan keluarga. 

Ramai antaranya yang saya kenali dalam Shaklee ni berstatus ibu-ibu..malah ada ramai juga yang masih menyusukan anak masing-masing. masih bekerjaya..dan mengharapkan kesihatan yang baik berterusan demi anak2 dan keluarga masing-masing..

Alhamdulillah, produk Shaklee memang sangat sesuai dengan kami. Sebab ia merangkumi produk yang bagus untuk kesemua peringkat usia dalam keluarga..untuk kegunaan harian, untuk kegunaan rumah juga..Sebab tu saya rasa sangat selesa bersama Shaklee..pendek kata nak berkongsi kebaikan Shaklee yang terbaik adalah bermula dari rumah sendiri..

Tengok je gambar2 kat bawah ni..antara produk Shaklee yang memang saya dah gunakan di rumah. Alhamdulillah saya sangat suka dengan semuanya. Ade water pitcher (portable water filter), ESP, Meal shakes, Cinch (for my hubby), Ostematrix, vitaC..lain2 ada lagi dlm fridge..(ada PD, GLA, Collagen Powder, Carotomax, B-complex, Omegaguard).


Gambar di atas tu merujuk kepada sudut Shaklee di dapur saya..hehe. Kalau dilihat atas tu mungkin ada yang cakap "banyaknya duit nak kena beli sekaligus"...Ohhh tidak!
Saya beli sket demi sket ikut apa yang saya nak cuba. Setiap bulan saya cuba spend sedikit utk satu dua produk berkait kesihatan.. banyak2 bulan berlalu..maka makin bertambahla kan? Lagi pun saya bukan pengamal suplemen tegar yang sggp telan byk2 benda setiap hari..ikut kemampuan tekak nak menelan la kan? So bila dah byk benda dibeli, saya akan aturkan jadual pemakanan supaya dapat imbangkan antara pengambilan makanan harian dan juga suplemen tambahan ni. tak semua 10 benda nak telan satu hari sekaligus..hehe.

Tapi yang hari2 saya guna kompem la water pitcher a.k.a penapisair yang mudah alih itu. Tidak lagi bergantung dengan air yang dibeli dari mesin penapis seperti sebelum2 ni..just buka kepala paip dan tadah masuk jag tersebut. Boleh terus diminum selepas siap ditapis..tak perlu on plug mana2.. JIMAT ELEKTRIK..rasa air kosong pun bertambah sedap sekarang.

Boleh dibawa kemana-mana juga. Mak ayah datang umah saya pun takde komplen air rasa klorin dah sekarang..hehe. Nak beli filter berjenama yang banyak dipasaran tu saya kurang mampu..yang ni Alhamdulillah, masuk bajet poket nipis saya.

ESP+Mealshake..ni antara rutin saya..tapi ada juga hari tak minum...Cinch shake..minuman untuk diet khas beli utk en suami..wpun dia tak la minum hari2 tapi ok la kan..sesekali boleh suh orang lelaki amik suplemen ni pun dah kira ok sangat. Vita-C antara pil harian wajib saya..especially kalau dah mula rasa tak sedap tekak, tak sedap badan.. dah lama dah rasanya saya tk MC atau cuti sakit ni.

Alhamdulillah la bila konsisten sesuatu pasti nampak kesan baiknya. Kulit wajah pun dah slowly nampak beza..kurang berminyak, jerawat pun dah makin kurang naik berbanding dl..kecuali klu makan sambal belacan..yg tu takleh nak kata ape la. hehe. ostematrix..pun saya suka sebab klu bab lenguh sendi dan penat kaki klu berdiri dan berjalan lama2 tu Alhamdulillah dah kurang terasa bab tu. Pendek kata semua yang saya cuba memang best!! Misi penyusuan saya pada anak kedua saya ni pun masih lancar lagi..hmm..harap2 tak sukar sangat nak wean-off dia nanti.


Sekarang yang terkini baru hjg mnggu lepas saya cuba pakai produk penjagaan wajah..Enfuselle Shaklee..nak beli Nutriwhite..kurang bajet..yg Enfuselle ni pun beli pencuci dan moisturizer aje dulu..sbb yg toner baru je beli yg Elianto punya masa Ramadhan lalu..masa offer 50%.hehe..so far ok...walaupun muka saya jenis oily tp pakai produk ni especially moisturizer dia tidak menyebabkan muka saya bertambah teruk.. malah ia membantu reduce oily kat muka ni..disamping masih memelihara kelembapan wajah..tak la jadi kering sgt tapi tak la oily sgt. Yang sedang2 ala2 Normal skin la.

(Purifying cleasing gel + moisturizer) shaklee punye + toner elianto..ehehe.
So far ini la antara yang saya guna pakai sekarang...Alhamdulillah..selain dapat sharing bersama orang terdekat sedikit sebanyak dapat gak duit extra dari Shaklee..tak byk pun, skdr nilai awal 4 angka aje setakat ni..tapi okla kan??hehe..Jika ada yang berminat nak dapat macam apa saya dapat ni..especially mendapatkan kehidupan yang berkualiti dengan kesihatan yang baik..jangan segan2 hubungi saya..

Berada dalam kumpulan besar yang sangat supportive dan menerapkan cara berbisnes yang berhemah dan tak menindas orang buat saya sangat selesa bersama kumpulan Shaklee saya sekarang ni. Dapat jalinan ukhwah yang baru, dapat bonus kesihatan yang baik, dapat membantu orang lain menjaga kesihatan mereka, dapat bantu orang lain juga membina bisnes dan meraih extra income mereka sdri dan dapat bonus dalam bentuk cash..Alhamdulillah..saya suka dengan apa yang saya lakukan sekarang. Tak sia-sia permulaan saya bersama Shaklee dengan modal RM75 aje tu... :)