Memaparkan catatan dengan label Performance Drink. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Performance Drink. Papar semua catatan

Performance Drink pilihan hebat untuk bertenaga di bulan puasa!

Anda suka dengan minuman isotonik seperti 100 Plus, 7UP Revive dan seangkatan dengannya? Tapi dek kerana kandungan gula yang terlalu tinggi di dalamnya menyebabkan anda bimbang dengan kandungan gula dalam badan anda plak nanti kan? Saya dah jumpa minuman yang setanding malah lagi hebat formulasinya..tak lain tak bukan Performance drink Shaklee la. Dengan rasa oren dan tidak berkarbonat, tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan lagi tu.

Memang sangat sesuai untuk bekalan di bulan puasa ini juga tau! Kenapa?

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet/mereka yang aktif dan juga untuk umat Islam di bulan puasa ni. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


So bila puasa dan ambil Performance drink ni pada waktu sahur, ia membantu mencegah kehilangan terlalu banyak cecair badan/elektrolit dari badan anda. Bukanlah anda langsung tak dahaga lepas minum ni..tapi ia membantu menguragkan tahap haus yang melampau disebabkan dehidrasi terutama buat mereka yang sangat aktif disiang hari puasa, bekerja yang terdedah pada cuaca panas. Kalau boleh hilang dahaga terus, maka hilanglah nikmat berpuasa tu kan? Kita cuma mencari jalan untuk kurangkan kelesuan melampau sahaja. Sekurangnya boleh la cergas sikit nak bertadarus atau membuat apa amalan tambahan yang disukai oleh Allah. Kan bagus begitu?


Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.








Bagaimana sukatan pengambilan Performance Drink ini?
Actually ia ikut citarasa anda dan juga individu yang mengambilnya. Jika kanak-kanak tak perlu la terlalu byk sukatannya. 3 sudu besar dengan 8oz air kosong(sejuk/suam) sume boleh. Kalau kurang suka dengan rasa masam oren asli, boleh kurangkan dosnya juga.


Ada sukatan maksimum tak? Takde sukatan maksimum pun yang dinyatakan oleh pihak Shaklee. Tapi sekadar minum 1-2 kali sehari pun dah memadai sebenarnya. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Boleh amik semasa berbuka, dan juga semasa bersahur.




Boleh dibancuh bersama dengan ESP/ Mealshake / Cinch Tea..pun sedap tau!!

Cara saya membancuh Performance drink kegemaran saya ni macamni:
  • 1 setengah sudu besar Performance Drink tambah 1 setengah sudu besar ESP/Mealshake didalam 250-300ml air sejuk; atau
  • 2 sudu besar Performance Drink + 1 sachet Cinch Tea dalam segelas air sejuk/suam.
  • 3 sudu besar Performance Drink + 300ml air sejuk
Tak perlu tambah gula/madu lagi dah..cukup yang tu aje. Oh ye, amik PD+Cinch Tea masa sahur/berbuka memang buat mata anda rasa cerah aje..Cubalah ye! Memang best!

Anda boleh cuba dengan minuman lain juga jika suka..tapi saya suka nasihatkan jika amik PD tak perlu lagi dah tambah gula pasir ye..kalau kurang suka dengan rasa tang oren nye tu boleh kurangkan sukatan PD. Lain lidah lain citarasa kan? Selamat mencuba!

Yummy2!

Mahu order satu untuk lebih bertenaga di bulan puasa ini?? Hubungi saya cepat2 ye!
Ibu mengandung, ibu menyusu, lelaki yang bekerja berat, mereka yang aktif bersukan serta aktiviti harian padat dan memenatkan anda- harus anda cuba PD ini juga. Confirm tak nyesal punya!

SMS/Whatsapp 013-9230280 (Ida)
Email: norlida134@gmail.com
ID : 865095

Moga April memberi sinar yang lebih bahagia

Lama betul saya ambil masa untuk menulis entri diblog ni. Mac yang sudah berlalu meninggalkan berbagai kisah suka dan duka buat saya..lumrah kehidupan kan??Adekala kita disinari mentari yang ceria, adakala mendung jua yang tiba..hujan, kilat dan guruh silih berganti...akhirnya mentari pun akan muncul lagi..Kitaran hidup yang akan sentiasa berulang, selagi hayat dikandung badan. Saya sering cuba untuk melarikan diri dari masalah..tapi selagi ia tidak diselesaikan selagi itu masalah itu tetap akan muncul di saat saya menyangka saya sudah bebas dari belenggunya. Saya perlu berjuang, untuk menyelesaikan segala masalah saya..walaupun sukar untuk mendapat sokongan yang sepatutnye dari orang2 terdekat saya. Adakala saya cuba untuk meluahkan dan berkongsi isihati/masalah saya pada orang2 terdekat dengan saya tapi tak mampu untuk saya meluahkannya..kata2 itu bagai terpendam dilubuk hati sahaja. Walaubagaimana pun..nak atau tidak saya perlu menghadapinya.



Kini April sudah tiba..bulan yang istimewa pastinye untuk saya..kenapa??Kerana ini bulan kelahiran saya.. bulan untuk meraikan usia yang kini dipenghujung 20-an.. Semoga saya masih diberi umur yang panjang untuk memperbaiki diri saya..mencuba yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga terutamanya. Sebagai memulakan entri April yang baru..dengan harapan ada sinar bahagia untuk saya.(walaupun tidak memulakan entri pada 1 April..hehe). Just to announce that..now i'm one of Shaklee's Independent Distributor..haha. ok bukan la baru sangat saya dgn Shaklee ni. Meh saya story sket cmne saya leh sangkut dgn Shaklee ni akhirnya..


Been a member since Dec 2011.. Yup baru je dlm 3bulan lebih jadi member..Start consuming Shaklee's supplement masa second pregnancy (2010) masa usia kandungan dah mencecah 6-7 months if i'm not mistaken ..tapi masa tu just cuba Set E aje sbb nak Ostematrix tu la sbnrnye..hehe.bila kandungan dah makin besar (walaupun tak besar mana saya ni) sakit pinggang, kaki cramp mmg takleh avoid..Alhamdulillah bila dah cuba lega masalah saya tu.


Bila dah bersalin pada Januari 2011 Alhamdulillah takde masalah dlm penyusuan..dah habis supplemen Shaklee pun saya tak sambung beli dah sbb rasa mcm tak perlu sangat sebab kononnya saya takde masalah nak bekalkan susu utk anak saya. Stok berlambak2 dalam peti ais..tapi saya diuji juga.EBM dalam peti menyusut gara2 mencair peti tak tutp rapat. disaat bulan puasa tiba lak tu.(saya antara ibu bertuah belum didatangi "best friend" tiap2 bulan tu until now..). Pengalaman dengan anak pertama, saya menyusu di bulan puasa juga tp takde istilah risau sbb masa tu anak baru usia 2 bulan lebih, tambahan saya campur dgn FM untuk kegunaan taska. Menyusu badan hanya bila bersama saya sahaja. Tapi lain keadaannya dengan anak kedua..saya berazam nak menyusukan tanpa perlu topup dgn FM..bila kes EBM mencair..bulan puasa yg byk cabaran..anak dah menginjak usia 7bulan..saya rasakan saya perlu bantuan. Going back to Shaklee's product..itu yg saya cari2 tapi kali ni saya taknak cuba yang jenis pil..saya rasa payah nak menelan pil ni. Disaat mencari2 itu la saya berkenalan dengan Dilla Jalil a.k.a MamaQaireen.






Suatu kebetulan juga untuk saya..Dilla kata ade promosi utk ESP..Energizing Soy Protein..dia juga sarankan saya ambil sekali dengan Performance Drink..untuk pastikan saya bertenaga dan mampu menyusukan anak saya tanpa masalah. Masih saya ingat hampir seminggu saya puasa penuh tanpa bantuan supplement memang sesuatu yang cukup berbeza walaupun baru sehari pertama saya mencuba berpuasa dengan adenya supplemen ini. ESP+Performance Drink memang membantu saya sustained energy sehingga penghujung hari berpuasa..balik untuk menyediakan keperluan berbuka dan melayan kerenah anak2 boleh saya lakukan tanpa perlu saya korbankan sehari pun puasa saya.

Bila dah bberapa bulan consume..ade masanye ujian kewangan juga menimpa. Nak beli selalu tak boleh la.. Tapi rasa tergerak hati nak join Shaklee's member plak..Alhamdulillah hujung tahun 2011 bila dapat bonus sket saya berdaftar dengan Shaklee..saya order lagi bbrp jenis product lain. Kali ini lebih kepada untuk seisi keluarga pulak. Saya cuba bagi masa 3 bulan untuk diri sendiri, anak2 dan suami mencuba sebahagian produk yang saya order. Saya tak bergerak aktif sebagai independent distributor pun. Upline saya pun takde nak paksa2 saya supaya buat jualan. Sungguh saya tak rasa terpaksa dan terbeban langsung. Masa 3 bulan tu saya cuba untuk berkenalan serba sedikit dengan produk Shaklee..Ade duit lebih saya beli produk supplemen untuk dicuba. Kalau ada kawan2 tanya saya baru la saya bagi je pamplet ttg produk Shaklee yg saya ade.. Memang tak rasa nak promosikan secara besar-besaran pun. Tapi setelah  bbrapa kali mencuba..saya nampak impak positifnya, saya rasa tak salah untuk saya berkongsi dengan yang lain juga. Insya Allah di lain entri saya akan kongsikan lagi ape2 pengalaman saya dan keluarga saya bersama Shaklee.

Moga April memberi sinar yang lebih bahagia..itu yang saya harapkan di bulan kelahiran saya ini. Dan semoga anda semua begitu jua. Bahagia walaupun adakalanya masalah tetap berkunjung tiba. Yang pasti melihat wajah2 kesayangan ini cukup buat saya rasa bahagia walau saat masalah menimpa.

 Si comel saya yg sokmo ceria..