Nutrien Penting Untuk Jantung Sihat


Setiap hari, jantung anda bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum.

Sebagai tanda penghargaan anda mencintai kesihatan jantung adalah dengan memberikannya nutrien yang tepat - Koenzim Q10 (CoQ10) dan asid lemak omega-3.




Peranan Koenzim Q10 (CoQ10) terhadap kesihatan jantung.


  •  Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung 

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung 1,2 dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

  • Meningkatkan Peredaran Darah

Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri 3,4 meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

  • Mengoptimumkan Denyutan Jantung 

Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung.

Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.5,6 Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.


Info tambahan :

Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Anda!
Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! Pertimbangkan untuk mengambil suplemen CoQ10 sebagai pelengkap untuk jantung yang kuat dan sihat!


Peranan Asid Lemak Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung

  • Menyokong Kesihatan Saluran Darah

Terkenal dengan manfaat anti-keradangan, asid lemak omega-3 adalah penting dalam mencegah pembentukan plak dalam saluran darah anda, mengurangkan risiko anda mengalami penyempitan saluran darah, yang boleh menyebabkan anda berisiko mengalami penyakit jantung.

  • Menyokong Tekanan Darah Sihat 

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 membantu mengurangkan tahap trigliserida (lemak dalam darah) dan mengawal tekanan darah ke tahap yang sihat.7,8



Anda boleh menambah dua nutrien ini untuk menyokong kesihatan jantung.

  1. Polifenol untuk pengaliran darah yang sihat. 
  2. Fitosterol untuk paras kolesterol yang sihat.



Anda mahukan nutrien ini dalam bentuk suplemen yang memudahkan anda melengkapkan keperluan seharian? Klik butang di bawah untuk order hari ini juga!





Rujukan: 
1. PH, L. and K, F. (1990). A six-year clinical study of therapy of cardiomyopathy with coenzyme Q10. International Journal of Tissue Reactions, 12(3), pp.169-171. 
2. Garrido-Maraver, J., D.Cordero, M., Orapesa-Avila, M., Fernandez Vega, A., Mata, M., Delgado Pavon, A., De Miguel, M., Perez Calero, C., Villanueva Paz, M., Cotan, D. and A.Sanchez Alcazar, J. (2014). Coenzyme Q 10 Therapy. Molecular Syndromology, 5, pp.187-197. 
3. DiNicolantonio, J., Bhutani, J., McCarty, M. and O’Keefe, J. (2015). Coenzyme Q10 for the treatment of heart failure: a review of the literature. Open Heart, 2(1), p.e000326.
4. Fedacko, J. (2011). Coenzyme Q10 in Heart and Brain Diseases. The Open Nutraceuticals Journal, 4(1), pp.69-87. 
5. Niklowitz, P., Sonnenschein, A., Janetzky, B., Andler, W. and Menke, T. (2007). Enrichment of coenzyme Q10 in plasma and blood cells: defense against oxidative damage. International Journal of Biological Sciences, pp.257-262. 
6. Oleck, S. and Ventura, H. (2016). Coenzyme Q10 and Utility in Heart Failure: Just Another Supplement?. Current Heart Failure Reports, 13(4), pp.190-195. 
7. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ; American Heart Association. Nutrition Committee. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation. 2002;106:2747–275 
8. Connor WE. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. Am J Clin Nutr. 2000; 71 (1 Suppl): 171S–175

0 komen ditinggalkan: