Memaparkan catatan dengan label Shaklee Effect. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee Effect. Papar semua catatan

Testimonial: Krim Herbal Blend membantu menghilangkan parut dan ia TANPA PARABEN!


Anda pernah tengok atau gunakan krim ini? Haa ni la dia Multipurpose cream Herbal Blend keluaran Shaklee. Krim yang sangat Hot Selling juga dalam rangkaian produk Shaklee.

 Aritu terputus stok seketika dengan saya gara2 dah sold out di semua cawangan Shaklee. Maka bila dapat sms pemberitahuan ia direstock semula. Beriya-iya saya cuba mendapatkannya untuk kegunaan diri sendiri dan juga untuk customer2 saya. Mula2 saya order 20 tiub. Sekejap aje saya tayang kat wall FB saya, 20 tiub habis dibeli orang. Nak restock lagi hari yang sama rupanya dah habis stok dah dlm masa tak sampai 2jam. Haru kejap saya dibuatnya. Hehe. Sekarang saya dah dapatkan stok extra dalam simpanan. Senang kalau2 ada customer area Kuantan yang nak beli secara COD kan? Boleh saya hantar terus pada anda.

Hari ini saya nak share tentang beberapa testimonial pengguna terhadap krim yang bebas paraben ini, selamat untuk bayi dan mereka yang berkulit sensitif juga. Saya dan keluarga juga merupakan pengguna setia krim ini sejak awal tahun 2013. Baru la juga kiranya tu..hehe. Sebelum tu tak pernah rasa nak try. Apa yang paling best saya rasakan dengan krim Herbal Blend ni?

Parut baru mudah hilang - Ini termasuk parut dari luka-luka terjatuh, terkena minyak panas, gigitan nyamuk dan juga parut akibat chicken pox yang dialami anak saya Humaira masa April 2014 baru-baru ini. Bila sebut parut baru ni maksudnya dari luka yang baru sembuh la. Kalau parut yang dah agak lama ia hanya mampu membantu untuk pudarkan atau kurangkan ketara parut tu je. Nak hilang macam payah sket la..amik masa lama kena konsisten tu.

My dear daughter Humaira memang sangat suka dengan krim ni. Pantang ada luka sket kat mana-mana area badannya, kaki atau tangan pun mesti nak sapu dengan krim ni. Biasanya pada luka baru yang dia dapat akibat jatuh atau apa2 jua sebab la, dia akan minta mama dia ni sapukan. Esok mesti cerita dengan happy..kakak dah tak sakit dah..luka kakak dah hilang dah.. Maksud hilang bagi dia tu,sebab dah tak nampak darah kuar lagi dan parutnya tak jadi hitam tapi jadi soft aje..sebab tu ia mudah hilang nanti. Masa kena chicken pox aritu saya sapukan krim ni masa bintik2 air dah pecah dah mula nak kering kehitaman tu. masa belum pecah saya sapukan krim antibiotik yang doctor bekalkan or yang dibeli dari farmasi la. Alhamdulillah happy dia bila satu persatu parut yang ade hilang sket demi sket. Anak dara la katakan...mesti nak cantik2 aje.

Saya juga suka sapukan pada tumit kaki sesekali bila rasa makin kasar akibat selalu berjalan atas lantai tanpa alas kaki. Alhamdulillah boleh lembutkan balik tapak kaki yang mula rasa kering semacam tu. Merekah tu Alhamdulillah tak sampai tahap tu lagi sebelum ni. Dengan adanya krim ni insyaAllah hal tu boleh dielakkan. Lagi satu masa anak naik ruam lampin atau ruam di sekitar leher sket2 je la ni..saya gunakan krim ni juga.Alhamdulillah susah la nak tengok ruamnya jadi lebih melecet or makin teruk. Yang penting kena pastikan rajin juga tukar diapers bila cukup masa atau bila dah patut tukar tu. jangan tangguh lagi dah..lagi2 klu anak dah berak, jangan dibiar lama. InsyaAllah takde la ruam2 nak tumbuh. Rajin-rajin anginkan juga tempat yang berpotensi nak naik ruam ni (yang celah pelipat leher, peha apa sume tu la.)

Tu dari pandangan saya yang guna untuk diri sendiri dan keluarga sendiri la.

Nak baca lagi beberapa testimonial pengguna lain? Ni sebahagian darinya ye:









Haa...amacam? Best tau krim ni. Anda pun nak juga untuk kegunaan sendiri dan keluarga? Jangan segan2 nak hubungi saya ye. Krim yang berkualiti tapi harga yang cukup mampu milik pastinya. RM37.50 sahaja untuk satu tiub bersaiz 4 oz. Pasti berbaloi! Kalau nak beli jangan tunggu lama2 nanti sold out pula.

Ada yang tanya saya, kalau parut Chicken Pox yang dah lama camne pula nak bagi hilang? Boleh lagi ke setakat pakai Herbal Blend Cream ni? haa...yang kes camni of coz la tak bleh totally hilang parut tu dengan pemakaian Herbal blend aje. tapi boleh cuba tambah SET KULIT CANTIK pula la ye. Macam apa yang akak dalam video ni lalui. Nak tau camne kesan Chicken Pox yang hodoh tu boleh membuatkan dia jadi cantik balik di mata suaminya?? Apa yang dia amalkan? Tonton video ni sampai habis tau!



Nak order Herbal Blend Cream atau SET KULIT CANTIK supaya kembali cun walau lepas kena Chicken Pox? Meh contact saya laju2 tau!

Omega Guard bantu akhiri trauma Humaira ber 'nebulizer'

Pernah tak anak anda diserang dengan asma/semput atau berkahak teruk bila demam melanda mereka? Dan penyudahnya perlu dibawa ke klinik/hospital utk prosedur neb. Jika pernah, anda HARUS habiskan membaca apa yang saya ingin kongsikan dalam entri ini..mana tau ia bakal merubah rutin anak anda yang kerapkali terpaksa menggunakan nebulizer bila keadaan tersebut melanda mereka.

Sharing pengalaman saya saat Humaira berusia 5 bulan..first time dia demam dan selsema yang agak teruk. Masa tu saya bawa dia duk hotel sama2 dlm 4 hari klu tak silap. Siang hari husband htr kat taska, ptg husband amik bawa ke hotel di Cherating untuk bbrp hari tu. Sebab Humaira masih fully breastfeed dan saya rasa sukar nk berjauhan tgglkan dia. Mungkin juga terkejut perubahan tdo dlm bilik beraircond spjg masa kat hotel wpun saya dah tggikan sket suhu bilik. Hari ketiga dia mula demam selsema. Hari terakhir dah agak teruk sebab dia sukar bernafas. Bunyi yg agak kuat di dadanya. Menangis pun tak kedengaran sgt suara halusnya.

Lepas habis kursus saya bawa ke klinik pakar kanak2..selain dapat ubat2 yg byk jenis tu Humaira juga first time kena guba nebulizer dan saya bljr buat tepukan percussion tu utk longgarkan kahak2nya.. Alhamdulillah tak jadi lebih mudarat masa tu dan tak perlu admit ke hospital. Namun situasi ni kerap berulang setiap 2, 3 bulan sekali. Meronta2 klu kena buat prosedur neb tu. Dahlah dia bersaiz kecik bdnnya masa tu..gigih meronta nak lepas diri. Nak kurangkan penggunaan ubat klinik saya cuma gunakan alternatif perubatan homopati je.


Bila Humaira dah cecah usia setahun doc sarankan saya dptkan suplemen minyak ikan. Ia sgt bermanfaat utk kanak2 yang ade masalah imuniti bdn rendah katanya. Sebab kalau sentiasa bergantung dengan ubat semata2 tiada penyudahnya juga. Malah doc pernah cakap klu selalu sangat dia demam selsema berkahak teruk selalu lama2 ia berpotensi menjadi pesakit asma/lelah. Sehinggalah saat Humaira berusia setahun setengah..masa tu saya masih baru lagi dlm mengenali produk Shaklee. Bila tau Shaklee pun ada suplemen minyak ikan yang sangat bagus dgn penapisan tiga kali tu..dan kdgn omega 3, DHA dan EPA yg lebih baik berbanding suplemen minyak ikan lain kat farmasi..so saya cuba berikan Humaira Omegaguard Shaklee ni. Saya berdoa moga2 ini penyelesaian utk masalah Humaira ni.

Alhamdulillah dgn izin Allah jua..kesihatan Humaira mmg bertambah baik. Takde lagi episod berdepan dgn nebulizer lagi lepas tu..klu ade demam sesekali pun tak sampai thp kena neb lagi dah. Syukur sgt saya rasa.. skrg Humaira mmg peminat Omega ni. Lutfi sebab lambat sket perkenal so dia tak berapa gemar nak makan direct Omega ni. Tapi saya kena tukar cara lain pengambilan utk dia.

Ini cuma salah satu usaha saya utk kesihatan anak2..yang paling saya suka minyak ikan Shaklee ni berbeza dgn jenis yg berunsurkan minyak hati ikan kod tu. Apa yg penting bila pilih minyak ikan mesti yg mempunyai kadar omega 3, DHA dan EPA yg disarankan. Bukan sekadar minyak ikan semata2 yang byknye. Ada beza ye!




Bagaimana reaksi anak anda bila berdepan dengan situasi seperti dibawah? Dipakaikan mask nebulizer dlm tempoh tertentu dan mengulangi rutin itu bbrp kali sehari jika keadaan agak teruk.







Sumber google
Kalau tengok gambar diatas ni nampak relax je budak ni pakai nebulizer mask dan buat prosedur tu..tapi klu Humaira..huhuhu..dia kecik baby tapi bila kena pakai ni meronta kuat sangat tak rela kut. Abis2 klu diam pun lepas dah 10 minit lebih buat prosedur ni..diam tak meronta sebab dah terlalu penat. Menangis, meronta sape tak penat kan? Lagi la dalam keadaan paru2 berkahak banyak..sedih sangat tengok! Setiap 2,3 bulan sekali ulang benda sama bila kahak teruk, memang dia akan meronta. tal pernah nak bagi kerjasama betul2 sudahkan prosedur ni. Memang bagai trauma la untuk dia.. tengok mask tu je pun depan mata dia terus dah meraung sakan. Kalau skrg ni tak pasti la..mungkin dia dah tak igt pasal tu kut. Maklumlah dah masuk 2 tahun lebih dah dia tak guna nebulizer mask ni lagi. Kalau tanya dia memang dia tak igt la kan..sebab kena masa bawah usia setahun setengah dulu je nebulizer ni. Sekarang tinggal kenangan untuk mamanya aje la..kenangan jaga anak time tak sihat.



Bukan saya saja yang pernah cuba Omega Guard untuk masalah anak dengan asma/semput/berkahak banyak bila demam ni..malah ada ramai lagi. Jom baca sebahagian TESTIMONI lain lagi:



 





 


 Omega guard Shaklee ni bukan hanya untuk membantu anak yang mempunyai masalah asma/lelah/semput je, malah seisi keluarga sesuai gunakan seawal usia setahun dengan dos berbeza mengikut keperluan Kdgn Omega 3, DHA dan EPA nya membantu dlm pelbagai lagi mslh kesihatan selain di atas.



** Peringatan: bila sebut minyak ikan ia bukan semudah anda dapat dari makan ikan yang digoreng berminyak2 tu ye! Lain tu... 

Jangan lupa untuk dapatkan Omega Guard Shaklee ini untuk kesihatan anak anda mahupun keluarga, boleh gunakan mana2 cara berikut:

1) Pembayaran menggunakan kad kredit/kad debit: (Secure sites)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bbd2f7ac63dcd6415a821f8b0168b88e

2) Melalui SMS / Whatsapp / Telegram : 0139230280 (IDA)

**Penghantaran produk ke seluruh Malaysia melalui pos/kurier.

**COD disekitar Balok, Beserah, Sg Karang, Gebeng dan bandar Kuantan.

 

Luxury trip ke Kota Kinabalu September ni!


Alhamdulillah..
Syukur atas segala kurniaan Ilahi.. Satu demi satu digapai hasil berbisnes Shaklee dengan serius. Bukan sekelip mata datangnya tapi hasil berpenat lelah jua setahun+ nan lalu. Income 3 angka sudah lama menginjak ke 4 angka dan makin berkembang..insyaAllah.

Majlis National Conference pun dah berlalu..meninggalkan kenangan yang cukup manis Jun nan lalu.  Dapat 2 awards - Car Bonus dan New Rank Achievement..pasti ia akan terpahat diingatan buat selamanya. Penat lelah memulakan bisnes Shaklee dari Zero knowledge hingga ke tahap masih lagi belajar sekarang...tak pernah merasakan dah mencapai 100% perfect itu! Takkan pernah rasa cukup ilmu yang ada! Itu la uniknya ilmu..makin banyak diperolehi makin banyak pula harus memberi ia pada yang lain juga..berkongsi setiap ilmu yang ada.

Satu lagi yang dinantikan tahun ini..National luxury trip ke Kota Kinabalu Sabah pada September ini.  Ye..tak sabar nak menjejak kaki ke bumi Sabah buat pertama kalinya. Paling seronok sebab ianya percutian mewah yang ditaja! Bukan sendiri punya duit untuk penerbangan dan penginapan itu. Alhamdulillah tak terjangka sedikit pun diawal pembabitan dalam Shaklee ni. Ingatkan ia akan kekal menjadi mimpi semata-mata. InsyaAllah tahun ni perlu usaha lebih sedikit untuk percutian mewah ke luar negara pula. Destinasi next year - USA. Boleh lawat sendiri ofis besar Shaklee disana pastinya!




Okay...bermimpi sahaja tidak cukup..moh bergerak menjalankannya!! Baru ia akan bertukar menjadi realiti! Anyone want to join me as a team member? Do contact me ye :013-9230280
Mahu emel pun boleh juga: norlida134@gmail.com

Selamat membina impian dan berusaha merealisasikannya jua!

Detox dengan Alfalfa..cara berkesan atasi jerawat/resdung.



Penat dan serik mencuba pelbagai produk dari pelbagai jenama. Ada yang menunjukkan kesan positif segera tapi akhirnya mengundang kesan sampingan lain pula. Saya akui ramai antara kita mahu cuba produk yang berkesan..dalam kata lainnya sesegera mungkin hasilnya yang dikehendaki. Tapi adakala kita sendiri tak menyedari..dalam mencuba pelbagai produk luaran untuk wajah nampak lebih anggun berseri..sapu itu, tenyeh ini, tampal segala macam, kesan jangka panjangnya adakala sangat mengecewakan. Kulit wajah mungkin dah nampak makin cerah berseri, tetapi jeragat pula muncul. Wajah yang dulu nampak polos makin lama semakin ketara jerawat tumbuh.

Dalam tak sedar kita sebenarnya mengundang banyak bahan unsur kimia/toksin ditampal pada wajah, yang ditelan lagi dari pemakanan kita. Cara terbaik sila la amalkan kaedah detox pula. Bilamana anda rasakan suplemen yang ditelan bagai tidak memberi kesan positif. Mungkin pada awalnya kita assume dia sebagai healing crisis. Tapi selepas berbulan mencuba rasa give up sudah. Rasa produk suplemen yang dimakan langsung tidak membawa perubahan ke arah kebaikan. Itu tandanya anda perlukan DETOX dahulu.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk proses detox. Adakah anda memahami perkara yang dimaksudkan sebagai detox tadi? kalau menurut Wikipedia, Detoxification bermaksud perkara yang dilakukan bagi membuang toksin dari badan. Banyak cara boleh detox, melalui perpeluhan, istinja' (buang air), pakai foot patch, bekam dsb. BAgi mereka yang ada masalah kritikal dengan jerawat yang tak berhenti-henti menghujani kulit wajah atau badan, mungkin tiba masanya anda pertimbangkan untuk detox darah anda pula. Mungkin ada kandungan dalam darah kita yang mengalir ni masih belum dicuci sepenuhnya dari toksin2 yang banyak pelbagai sumber.

Cuci darah dari dalam..tak perlu cucuk mana2...hanya sekadar mengamalkan suplemen Alfalfa Complex Shaklee sahaja. Betulkah?? Ye...Alfalfa merupakan salah satu herba terbaik dalam berfungsi sebagai agen detox.



Jom lihat salah satu perkongsian pengguna Alfalfa Shaklee. Bagaimana  pengambilan yang konsisten mampu merubah keadaan kulit wajah beliau. Setelah berdetox? Cuba la mana2 produk Shaklee yang lain pula untuk membantu mendapatkan kulit wajah yang lebih sekata dan berseri. Tapi diingatkan sekali lagi beliau dapat hasil sebaik ini bukan setelah ambil suplemen dalam tempoh sebulan dua sahaja. Tapi kesabaran hingga setahun lamanya..Detox dengan alfalfa pun paling kurang 3 bulan! tapi hasilnya in shaa Allah pasti anda berpuas hati!


First time saya jumpa dengan Nor Farizan a.k.a Jan ni sewaktu kelas coaching bersama Masters di Hotel Sentral Kuantan bulan Oktober lalu. Dalam hati saya berbisik, cantiknya kulit dia, putih gebu. Saya ingatkan memang asalnya kulit dia sebegitu cantik (jual suplemen untuk cantik2 lagi la senang laku..kan?hehe). but once i saw her earlier condition ni. Perghhh! macam tak caya!. yerrr...unbelieveable but it's TRUE! Apa yang dia amalkan?


Saya pun sedang cuba untuk istiqamah..Alhamdulillah walaupun nampak macam slow sebab ada hari skip tapi Alhamdulillah ianya tidak mengecewakan. Sudah nampak perubahan. Pendek kata nak kesan bagus kena la konsisten setiap hari. Dengan dos taklebih 10 biji sehari..siapa tau dengan izin Allah anda dan saya juga mampu dapatkan kulit cantik sepertimana Jan yang dah berjaya laluinya. Alhamdulillah...

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai suplemen yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan anda, jangan segan2 hubungi saya. Samada secara PM Fb saya, sms/whatsapp ke no fon saya 013-9230280.

NAK CUBA DETOX DENGAN ALFALFA SAHAJA TERLEBIH DAHULU? ANDA BOLEH BUAT PESANAN TERUS DI SINI.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=206b469d9ef37b260a78ca51f4675d09

 

Berkongsi kebaikan Shaklee, bermula dari rumah sendiri.

Saya buat entri hari ni sekadar nak berkongsi tentang ape yang saya dah guna pakai sepanjang menjadi ahli Shaklee sejak Disember tahun lepas.

Diam tak diam rupa-rupanya dah masuk 9 bulan lebih dah saya bersama Shaklee..menjadi seorang pengedar sah Shaklee dengan ID 865095, dan juga menjadi pengguna barangan Shaklee..bermula dengan penggunaan suplemen, kepada barangan rumah dan akhirnya saya ambil keputusan nak cuba rangkaian produk penjagaan wajah dari Shaklee..iaitu dari rangkaian Enfuselle.

Okay so saya story sket-sket la yer..klu nak ikutkan saya mula mengenali Shaklee saat pregnancy anak kedua saya. Alhamdulillah walaupun bukan pengguna setia sepanjang pregnancy trimester tersebut but atleast sebahagiannya mmg saya consume Shaklee.

Paling saya tak tggl pil Ostematrix..untuk bekalan Kalsium Magnesium dan yang sewaktu dengannya..Alhamdulillah syukur sangat-sangat, diberi kesedaran nak jaga kesihatan sepanjang pregnancy kali kedua tu.

Bukan ape, masa first pregnancy saya disahkan oleh doktor ade bbrp masalah..antaranya..awal pregnancy saya low HB. Agak low jugak sbb few months bacaan diantara 9-10 aje..siap kena gertak nak cucuk apenamanyantah..yang orang cakap menyakitkan klu dibuat prosedur tu. Macam2 la usaha nak up balik..sampaikan pil ferum tu sekali makan kena 4 biji terus doc suruh amik. Makan sup bayam dan bilis hari2..hihi..nasib la i suka jugak tu.

Then dipertengahan kehamilan kena plak satu lagi masalah... GDM atau dikenali dengan istilah panjangnya..Gestational Diabetes mellitus..(harap tak salah eja la) ataupun dikenali juga kencing manis sewaktu mengandung..bacaan agak tggi jugak la masa kena tu 8.8..huhu.should be below than 7 biasanya kan?? then penah sekali masa buat pemeriksaan BSP klu tak silap la namanya (cek darah berkala setiap 2 mnggu tu...) penah ade kantoi tinggi bacaan sehingga 9.3 klu tak silap la. kena buka buku merah tu balik utk kepastian.

So masa pregnancy second ni saya dah aware awal2 hal tu so mmg jaga pemakann dari awal la. Cumanya timbul satu masalah aje..sakit pinggang dan krem yang tak terkawal..that'show so berkenalan dengan produk Shaklee. saya beli dengan sape pun saya tak ingat dah..hehe. Tapi got the contact number from blog la..tak main Facebook lagi sangat time tu.

Dah rasa bagusnya Shaklee ni..saya bercadang nak continue guna bila saat kewangan agak mengizinkan..tambahan pulak dah terus menyusu anakanda kedua tu kena pulak tibanya bulan puasa..so saat tu la saya berkenalan dengan Dilla Jalil..melalui blog dia saya baca mengenai penyusuan dan juga Shaklee..start pulak amik ESP dan performance drink..

Last2 tiba hujung tahun dapat bonus saya rasa nak jadi ahli la plak..senang citer kalau saya nak stick-on beli produk saya leh beli sendiri plak yang saya fikir masa tu la..dapat juga harga ahli..plus dengan bonus klu cukup syarat pembelian..hmm..tergerak hati nak jadi ahli satu lagi sebab klu andaikata saya terlost contact dengan Dilla tu saya dah tau macamana nak beli produk Shaklee sendiri. macam first saya beli tu smpai skrg sy takleh ingat dengan sape saya beli...haha. Saya tak save pun no hp nya. Maybe masa tu tak rasa nak serius sangat cuba produk Shaklee walau dah tau mmg berkesan utk atasi masalah saya time tu..huhu.


Apepun kalau dah memang jodoh dengan Shaklee..dah memang aura Shaklee tu kuat untuk saya terus mencuba dan menggunakan produk dalam rangkaian Shaklee ni makanya jadi lah jugak ahli-makan-sendiri aje masa Disember yang lalu. Masa tu just beli untuk kegunaan sdri dan anak-anak..suami pun amik sesekali aje..last2 bila dah nampak makin banyak kesan positif lagi bila saya konsisten amalkan utk diri sendiri dan anak-anak..so saya rasa tiba masa nak berkongsi kebaikan yang saya dah rasa dengan orang lain start April yang lalu.

Alhamdulillah dah masuk bulan ke 5 saya menjadi pengedar barangan Shaklee secara aktif la.. tapi taklah over aktif..hehe.. maklum la skdr berkongsi sket2 di blog, di FB, bercerita dengan kawan2 yang bertanya..orang tak tanya direct jarang saya buka mulut nak bercerita..hehe. maybe tak konfiden dengan diri sendiri bab nak meyakinkan orang lain..bimbang dengan perasaan "nanti orang kata itu dan ini..". Memang saya malu tak bertempat lagi la tu..hehe. 

Apepun Alhamdulillah..hari demi hari keyakinan tu bertambah sket demi sket sebagaimana bertambahnya keyakinan saya dengan produk Shaklee ni sendiri..ape yang saya dah cuba memang saya konfiden nak citer..then sebab makin hari makin bertambah yakin tu la..makin lama makin bertambah juga produk yang saya sendiri dah cuba gunakan.

Klu nak citer bab healing crisis memang tetap ada juga especially sesetengah produk..namun saya tak bersendirian dalam hal ni. Berdaftar dibawah satu kumpulan yang sangat supportive, saya belajar untuk memahami setiap produk dalam Shaklee especially yang saya sendiri guna. Ada masalah saya boleh rujuk dengan upline2..a.k.a "relatives, mak,nanny, great granny" and so on yang kami bagi gelaran dalam group hebat ni. Bukan setakat boleh discuss mengenai isu kesihatan dan supplemen yang bersesuaian malah pelbagai lagi.

Syukur juga hasil dari berkongsi perkara yang baik ini..secara tak langsung dari mendapat kesihatan yang lebih baik untuk seisi keluarga, membantu misi penyusuan saya untuk anak, sedikit demi sedikit saya dapat income tambahan, bermula 3 angka dan Alhamdulillah akhirnya cecah juga 4 angka..dan saya berharap saya akan dapat membantu lebih ramai lagi orang sekeliling saya..bukan sekadar membantu untuk memperolehi bonus dalam bentuk cash tapi yang paling utama membantu mereka yang nak lebih menghargai kesihatan mereka dan keluarga. 

Ramai antaranya yang saya kenali dalam Shaklee ni berstatus ibu-ibu..malah ada ramai juga yang masih menyusukan anak masing-masing. masih bekerjaya..dan mengharapkan kesihatan yang baik berterusan demi anak2 dan keluarga masing-masing..

Alhamdulillah, produk Shaklee memang sangat sesuai dengan kami. Sebab ia merangkumi produk yang bagus untuk kesemua peringkat usia dalam keluarga..untuk kegunaan harian, untuk kegunaan rumah juga..Sebab tu saya rasa sangat selesa bersama Shaklee..pendek kata nak berkongsi kebaikan Shaklee yang terbaik adalah bermula dari rumah sendiri..

Tengok je gambar2 kat bawah ni..antara produk Shaklee yang memang saya dah gunakan di rumah. Alhamdulillah saya sangat suka dengan semuanya. Ade water pitcher (portable water filter), ESP, Meal shakes, Cinch (for my hubby), Ostematrix, vitaC..lain2 ada lagi dlm fridge..(ada PD, GLA, Collagen Powder, Carotomax, B-complex, Omegaguard).


Gambar di atas tu merujuk kepada sudut Shaklee di dapur saya..hehe. Kalau dilihat atas tu mungkin ada yang cakap "banyaknya duit nak kena beli sekaligus"...Ohhh tidak!
Saya beli sket demi sket ikut apa yang saya nak cuba. Setiap bulan saya cuba spend sedikit utk satu dua produk berkait kesihatan.. banyak2 bulan berlalu..maka makin bertambahla kan? Lagi pun saya bukan pengamal suplemen tegar yang sggp telan byk2 benda setiap hari..ikut kemampuan tekak nak menelan la kan? So bila dah byk benda dibeli, saya akan aturkan jadual pemakanan supaya dapat imbangkan antara pengambilan makanan harian dan juga suplemen tambahan ni. tak semua 10 benda nak telan satu hari sekaligus..hehe.

Tapi yang hari2 saya guna kompem la water pitcher a.k.a penapisair yang mudah alih itu. Tidak lagi bergantung dengan air yang dibeli dari mesin penapis seperti sebelum2 ni..just buka kepala paip dan tadah masuk jag tersebut. Boleh terus diminum selepas siap ditapis..tak perlu on plug mana2.. JIMAT ELEKTRIK..rasa air kosong pun bertambah sedap sekarang.

Boleh dibawa kemana-mana juga. Mak ayah datang umah saya pun takde komplen air rasa klorin dah sekarang..hehe. Nak beli filter berjenama yang banyak dipasaran tu saya kurang mampu..yang ni Alhamdulillah, masuk bajet poket nipis saya.

ESP+Mealshake..ni antara rutin saya..tapi ada juga hari tak minum...Cinch shake..minuman untuk diet khas beli utk en suami..wpun dia tak la minum hari2 tapi ok la kan..sesekali boleh suh orang lelaki amik suplemen ni pun dah kira ok sangat. Vita-C antara pil harian wajib saya..especially kalau dah mula rasa tak sedap tekak, tak sedap badan.. dah lama dah rasanya saya tk MC atau cuti sakit ni.

Alhamdulillah la bila konsisten sesuatu pasti nampak kesan baiknya. Kulit wajah pun dah slowly nampak beza..kurang berminyak, jerawat pun dah makin kurang naik berbanding dl..kecuali klu makan sambal belacan..yg tu takleh nak kata ape la. hehe. ostematrix..pun saya suka sebab klu bab lenguh sendi dan penat kaki klu berdiri dan berjalan lama2 tu Alhamdulillah dah kurang terasa bab tu. Pendek kata semua yang saya cuba memang best!! Misi penyusuan saya pada anak kedua saya ni pun masih lancar lagi..hmm..harap2 tak sukar sangat nak wean-off dia nanti.


Sekarang yang terkini baru hjg mnggu lepas saya cuba pakai produk penjagaan wajah..Enfuselle Shaklee..nak beli Nutriwhite..kurang bajet..yg Enfuselle ni pun beli pencuci dan moisturizer aje dulu..sbb yg toner baru je beli yg Elianto punya masa Ramadhan lalu..masa offer 50%.hehe..so far ok...walaupun muka saya jenis oily tp pakai produk ni especially moisturizer dia tidak menyebabkan muka saya bertambah teruk.. malah ia membantu reduce oily kat muka ni..disamping masih memelihara kelembapan wajah..tak la jadi kering sgt tapi tak la oily sgt. Yang sedang2 ala2 Normal skin la.

(Purifying cleasing gel + moisturizer) shaklee punye + toner elianto..ehehe.
So far ini la antara yang saya guna pakai sekarang...Alhamdulillah..selain dapat sharing bersama orang terdekat sedikit sebanyak dapat gak duit extra dari Shaklee..tak byk pun, skdr nilai awal 4 angka aje setakat ni..tapi okla kan??hehe..Jika ada yang berminat nak dapat macam apa saya dapat ni..especially mendapatkan kehidupan yang berkualiti dengan kesihatan yang baik..jangan segan2 hubungi saya..

Berada dalam kumpulan besar yang sangat supportive dan menerapkan cara berbisnes yang berhemah dan tak menindas orang buat saya sangat selesa bersama kumpulan Shaklee saya sekarang ni. Dapat jalinan ukhwah yang baru, dapat bonus kesihatan yang baik, dapat membantu orang lain menjaga kesihatan mereka, dapat bantu orang lain juga membina bisnes dan meraih extra income mereka sdri dan dapat bonus dalam bentuk cash..Alhamdulillah..saya suka dengan apa yang saya lakukan sekarang. Tak sia-sia permulaan saya bersama Shaklee dengan modal RM75 aje tu... :)