Memaparkan catatan dengan label Healing crisis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Healing crisis. Papar semua catatan

Body Adjustment : Betul ke supplemen Shaklee tak serasi dengan saya?

Body Adjustment : When it's good to feel bad


Betul ke ok kalau badan kita jadi makin sakit atau kuar kesan negatif lain pula bila mula amalkan suplemen?

Haa..hal ini bergantung pada individu. Tak semua orang yang amalkan suplemen akan alami fasa body adjustment ni. Dan tak semua jenis suplemen juga akan timbulkan kesan begini.

Ida share pasal diri sendiri la sebagai contoh. Suplemen yang paling biasa Ida akan lalui fasa body adjustment ni bila amalkan Alfalfa Complex, DTX Complex. Ini kalau lama dah tak amalkan dan nak start balik confirm kena lalui fasa ini.

Apa yang Ida alami? Jerawat keluar bertubi-tubi yang agak besar (jerawat batu). Kalau biasa setakat jerawat pasir sahaja. Tempat tak biasa kuar jerawat (dibadan /kepala) pun boleh tiba-tiba ade jerawat 😭😭.

Pening kepala dan mengantuk yang melampau..kadang-kadang rasa macam pelik tidur dah cukup 8 jam sehari pun dia punya menguap macam org tak cukup tidur langsung.

Demam dan bersin bertubi-tubi secara tiba-tiba sahaja.. ni mungkin sebab resdung Ida yang kadang-kadang muncul balik.

So apa nak buat bila kena fasa macam ni? Berhenti makan suplemen?


1)Haa..yang pertama Ida akan pastikan minum cukup air suam kosong la kalau dah kena macam hal di atas. Sebab bila kurang air badan akan lambat nak recover semula. Ini disebabkan oleh toksin-toksin yang nak keluar dari badan saat proses penyembuhan berlaku jadi tak lancar nak flush out ikut saluran biasa. Jadi cara paling mudah toksin nak keluar melalui kulit pun boleh, maka jadi la jerawat pastu😣😣

2) Teruskan makan dalam kuantiti yang minima jika masalah yang berlaku boleh dikawal. Kalau jadi sakit melampau Ida akan stop dulu beberapa hari atau paling lama dalam seminggu sebelum sambung semula. Nak pastikan sebenarnya benda ni memang berpunca dari suplemen yang Ida ambil atau secara kebetulan terjadi berpunca dari perkara lain seperti makanan yang lain.

3) Tukar waktu pengambilan suplemen pada masa berlainan dari kebiasaan. Kalau incase masalah berlaku bila Ida ambil suplemen waktu pagi, Ida akan tukar ambil ke waktu petang atau malam. Sometimes it helps too okay!

4) Keep positive! Yang ni penting. Bila emosi dalaman stabil, proses penyembuhan dan penerimaan badan akan jadi lebih mudah.Masalah yang berlaku akan jadi lebih cepat berakhir bila mana badan dan minda kita dalam keadaan tenang, bersedia, dan positif.



Bagaimana jika masalah masih berlanjutan lepas cuba tips diatas?


Kalau masih berlanjutan masalah kesihatan tu juga selepas buat semua perkara diatas, bolehlah diandaikan kita mungkin tiada keserasian dengan suplemen tersebut.

Maklum ye, setiap individu tidak sama penerimaan. Sama macam pengambilan ubat atau jenis makanan, tidak semua orang serasi dengan tiap satu benda tersebut. Orang ada eczema, mungkin sebahagian akan jadi gatal teruk bila makan atau terkena telur. Adakah telur tidak bagus? Tentulah tidak kan?

Raikan perbezaan. Tidak usah menyalahkan kata ianya tidak bagus jika mungkin ianya hanya tidak sesuai dengan kita sahaja kan?

Yang terbaik sebenarnya adalah, dapatkan nasihat mana-mana ahli perawat sebelum mencuba mana-mana suplemen. Jika mereka sarankan anda ambil suplemen tambahan, maka bolehlah cari yang terbaik untuk anda amalkan.

So siapa lagi pernah lalui fasa body adjustment ni selepas ambil suplemen? Sudi berkongsi cara anda laluinya? πŸ˜„


Betul ke supplemen Shaklee tak serasi dengan saya??


Antara kesan sampingan yang selalu dialami oleh sesiapa jua yang baru mencuba pengambilan supplemen dalam harian mereka..termasuk lah saya..tak dinafikan saya juga kena tempias kesan sampingan ni apabila ingin mencuba sesetengah produk baru dalam rangkaian supplemen Shaklee. Tapi tidak semua orang  mengalaminya apabila pertama kali mencuba. Namun, bila terkena kesan sampingan ni ramai yang membuat anggapan mudah..mereka tidak serasi dengan supplemen tersebut tanpa diselidik terlebih dahulu punca-punca yang mungkin menyebabkan terjadinya perkara yang dianggap kesan negatif ini pada tubuh badan mereka. Namun disebabkan saya sudah tahu lebih awal akan kemungkinan ini, maka saya lebih bersedia menghadapinya. Tidak terus membuat andaian mudah supplemen yang saya ambil itu sesuai atau tidak dgn diri saya sendiri.

 Jom kita baca ape sebenarnya yang dimaksudkan dengan kesan sampingan atau 'healing crisis' seperti yang sering disebut-sebut ini..

#############################################################################

 The Healing Crisis @ Krisis Penyembuhan 


Apakah itu healing crisis? Atau dalam Bahasa Melayu Krisis Penyembuhan? Ramai yang tidak tahu tentang healing crisis..

Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.


Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.


Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti di bawah..


Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu.
Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma 'tampal' cat ke atasnya.

Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu bial dicat baru, kereta kita cantik kembali.


Begitulah tubuh kita apabila bertindakbalas dengan vitamin semulajadi. Untuk 'mencantikkan' sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu... seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin merasa:
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Berpinar-pinar
  • Ulser
  • Rasa tak larat
  • Emosi terganggu
Dan sebagainya..

Jangan risau kerana ini petanda yang sangat baik.


Cara untuk mengurangkan simptom healing crisis:


  • Minum air yang banyak -- air masak/air kosong
  • Cuba untuk berehat dan bertenang
  • Bersabar
  • Berdoa agar dipermudahkan
Insya-Allah, healing crisis tidak berpanjangan.. setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia akan mula 'memperbaiki'nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat, bertenaga, ceria dan cantik! 

credit

#############################################################################

Pendek kata, jangan bimbang jika anda mengalami healing crisis saat awal anda mengamalkan pemakanan supplemen. Jika anda tidak melihat perubahan serta merta yang ketara itu juga bukan bermakna supplemen itu tidak berkesan kepada anda..Adakalanye anda perlu meneruskan pengambilan secara konsisten paling kurang 3 minggu atau sebulan baru anda nampak hasil positifnya. Sesetengah pelanggan yang telah mengamalkan supplemen Shaklee hanya nampak kesan positifnya setelah masuk botol supplemen yang kedua.

Lambat atau cepat ia berkesan memang berbeza bagi setiap individu kerana vitamin-vitamin Shaklee hanyalah supplemen sahaja, bukan ubat seperti yang diberikan oleh doktor.. Ia tidak boleh terus merawat atau menyembuhkan ape2 penyakit sebaik pertama kali pengambilannya. Supplemen Shaklee bertindak dalam menyokong sistem dalaman badan anda dalam membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Malahan mereka yang mengambil ubat preskripsi dari doktor bertauliah juga dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor anda terlebih dahulu sebelum meneruskan apa-apa pengambilan supplemen. Ubat hanya untuk mereka yang sakit..tapi supplemen sesuai untuk anda yang masih sihat dan berhasrat untuk memastikan kesihatan terjaga dengan lebih baik di masa akan datang.

Info lanjut dan FAQ mengenai healing crisis, boleh ke blog Shaklee saya Wonderful Life E-Shoppe.com