Percutian istimewa 3H2M ke Langkawi buat yang tersayang - Part 1


Pulau Langkawi - tempat percutian yang Ida kira ramai juga berminat untuk mengunjunginya. Lagi-lagi kaum wanita macam Ida ni, memang dah tau sangat Langkawi memang salah satu tempat best perlu dikunjungi kalau nak shoppinggggg! Haha, kan?


Dah terbayang-bayang banyak nak dibelanja nanti kalau dapat pergi. Jarang-jarang orang kut datang dari luar ke Langkawi sekadar nak melawat tempat-tempat menarik disana. Pasti agenda nak shopping masuk dalam list juga kan?

Dari segala jenis barang dapur, coklat import best2 tapi harga lebih murah dan banyak la benda leh shopping kat Langkawi tu. Memang wajib la sesi shopping bila ke Langkawi walau sikit kan?

Tapi...lagi seronok kalau dapat percutian ke Langkawi ditaja penginapan, makan minum, pengangkutan, bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan wajib pergi, cuma tinggal nak bawak duit poket untuk berbelanja sendiri aje dah. Itu la yang suami Ida dapat rasakan sepanjang 3 hari 2 malam di sana.

Shaklee National Trip ke Pulau Langkawi (3H/2M)

Dengan layanan taraf 5 atau 6 bintang la rasanya ni, tahun ni Ida cuma dapat 1 tiket aje untuk menyertai trip National Shaklee ini. Pada awalnya perancangan Shaklee untuk National Trip 2015/2016 ke Melaka.

Tapi selepas masuk pengurusan baru dalam Shaklee, mereka mungkin telah sepakat meminda lokasi ke tempat yang lebih best iaitu Pulau Langkawi! Weehuuu! Seronok sangat masa mula-mula tau.

Maklumlah Ida sendiri sepanjang usia 33 tahun dah ni, belum pernah menjejak kaki ke Langkawi. Best dengar cerita orang yang dah sampai ke Langkawi sebelum ni. Diri sendiri aje belum dapat sampai.

Tapi setelah diketahui waktu perjalanan ke Langkawi adalah dijangka pada pertengahan bulan November, tergerak rasa hati nak pass tiket yang Ida dapat ni letak nama suami aje sebagai wakil Ida kali ni.

Memandangkan tarikh 1 Disember adalah hari ulangtahun kelahiran en suami, Ida decide korbankan rasa excited nak pergi tu bagi kat dia aje la. Bagi dia merasa bestnya trip free dengan Shaklee.

So Ida isi borang dan submit nama dia sebagai peserta trip kali ni bersama geng leader Shaklee yang lain. Sebagai hadiah birthday advance la juga kan?

Trip ke Langkawi pada 19-21 November. so advance dalam 10 hari hadiah hari lahir kiranya.hihi.

Ida belum mampu nak bagi hadiah percutian mahal-mahal lagi untuk suami setakat ni kalau dari duit tabungan sendiri. Setakat bercuti biasa-biasa tak grand sangat mampu lagi la nak atur.

Itinerary sepanjang 3 hari 2 malam kat langkawi

Shaklee punya trip bukan calang-calang hotel yang ditempah, Westin Hotel tu. Memang rate 5 star punya hotel, belum masuk part lain-lain lagi. Memang percutian mewah la kiranya. Kalau Ida aturkan gi sendiri Langkawi maybe cari yang bajet-bajet aje la buat menginap. Hehe.

Bertolak dari Kuantan  ke KLIA

Memandangkan tiket flight yang diarrange oleh pihak Shaklee yang bakal suami Ida naiki adalah pada awal pagi juga- 8.20am Depart. Maka kena la berada di KLIA1 seawal 2 jam sebelum masa la. Untuk urusan ambil tiket, check in baggage dan berkumpul para peserta trip kali ni.

Mulanya Ida plan nak beli tiket flight aje untuk suami dari Kuantan-KLIA. Sebab tiket KLIA-Langkawi memang Shaklee yang uruskan tiket tu.

Tapi ada plan lain last minute, kami sekeluarga iaitu Ida dan anak-anak turut sama hantar en suami@ ayah bebudak bertiga ni terus dari Kuantan - KLIA. Drive la kami malam tu start dalam jam 10pm dari Kuantan.

Just nice sampai KLIA dalam jam 2 pagi. Pusing-pusing nak cari kut boleh park mana-mana sementara nak tunggu jam 6 pagi. Malas nak transit cek in hotel dah or tumpang umah sesape. Bimbang tido sedap nanti terlepas flight pulak.

Last-last Ida decide parking aje la terus masuk kat parking kat bangunan Parking C KLIA tu. Takpe la caj mahal sket sebab masuk awal sangat, dari tersidai tepi jalan mana-mana rasa tak secure pulak. Terus aje masuk KLIA sambung melelap mata situ je terus. Haha.

Kalau nak dropkan aje en suami kat Departure Hall, mesti bebudak ni nak hantar gak tu yang sampai cari parking dan masuk sama-sama terus.

Hari Pertama Percutian Mewah Dengan Shaklee ke Langkawi 

Flight en Suami dijangka berlepas jam 8.20pagi la, so sementara Subuh tu usai solat, amik tiket, check in baggage dapat juga Allowance Meal dari Shaklee bernilai RM150. Woww sangat tau!

Meal Allowance Rm150 dan tiket pergi menaiki Malindo Air

Duit elaun makan tu untuk cover waktu makan tengahari nanti sementara nak cek in pukul 2pm, dan juga untuk makan malam hari kedua nanti (free and easy time).Hari ketiga lepas breakfast diorang dah sesiap nak balik dah so tak perlu belanja makan ape la.

Dua waktu makan yang Shaklee tak dapat arrangekan dah siap bayar sebanyak rm150 tu. Kalau tak abis belanja makan? Pergi la buat shopping kan? Besttttttt sangat!

Berswafoto satu family sebelum ayah dorang onboard

Tapi tak tau ape masalah Malindo Air pagi tu, husband mesej penerbangan delay sampai jam 11 la kut baru bertolak. Trip Shaklee ada banyak trip flight, ada yang pergi dengan Malindo Air 2 trip, dengan MAS 2 trip. Nasib la kan kalau kena flight delay? Janji sampai selamat ke bumi Langkawi tu pastu.

Muka happy dah sampai Langkawi airport

Cerita seterusnya ni berdasarkan apa yang diceritakan pada Ida la ye. Hehe. maklumlah bukan Ida sendiri yang pergi just sharing based on suami dan kawan-kawan leader yang join trip ni aje la.

Sampai dalam tengahari jam 12 lebih kurang kat Langkawi. Sementara nak tunggu check in jam 2pm, suami dan rombongan yang sama dibawa menaiki bas ke Kuah Town, shopping-shopping dulu wehhh! Haha.

Beg yang bawa tadi takyah fikir, semua Shaklee dah arrange bawa ke hotel terus dah. Diorang bawak diri aje pastu. First trip shopping, wahh sakan banyak macam-macam jenis coklat, kudapan yang encik suami dah beli. Lain-lain apa dibeli lagi pun tak tau la.Haha.

Awal-awal dah datang shopping coklat sini
Lunch bayar guna duit Shaklee bagi. Makan sekadarnya aje lepas penat shopping seround.

Tiba waktu check in, naik bas kembali ke Westin Hotel, tempat dimana mereka akan menginap sepanjang 3 hari 2 malam kat sana. Berapa harga sewa bilik satu malam kat sana ye? Dengar-dengar mencecah ke seribu RM jugak satu malam tu. Kalau 2 malam? Haha..sendiri kira la berapa Shaklee bayar agaknya untuk setiap peserta rombongan tu.

Paling best, sampai aje ke Westin Hotel, turun di lobi mereka disambut penuh meriah macam VVIP dengan paluan kompang lagi, dan ada welcome drink sekali buat semua.


Check in hotel, dapat kunci dan masuk aje ke bilik masing-masing dengan beg pakaian dah tersedia ada dalam bilik masing-masing. Wahhh..beg dulu sampai dari tuan. Memang feeling VIP sangat la kan macam tu? Takyah sesusah nak angkut beg sendiri.


Paling best dengar diorang cerita, set bedding di Westin Hotel tu mencecah RM13k juga la untuk set katil tido diorang. Perghhh nyaman, empuk, best betul dapat tidur hotel mewah macam tu.

Kalau Ida gi Langkawi next time mungkin fikir panjang gak kut nak kuar duit poket sendiri nak duk hotel mahal ni. Hihih... Untung en suami aiii ni.


Dapat masuk bilik diorang berehat-rehat di sana sementara nak tunggu petang sebelum bertolak ke Meritus Pelangi Resort untuk BBQ Fun Dinner diorang pulak dengan tema Tropical Flora.


Kat sini ada cerita lucu,😂😂 encik suami tak perasan ni dinner bertema, padahal dah pesan, dah bawak baju bertema tropikal flora tu..haha tapi tak dipakainya. Dia pakai tshirt jersi Shaklee kaler merah yang dapat masa trip Shaklee 2 tahun lepas aje.


Haiii la en suami ku. haha. Simpan aje baju tu gamaknye pasni. Dia ingat second night baru dinner bertema tu. Padahal esok nya dah free n easy time la.

Okay story pasal dinner dan aktiviti seterusnya Ida sambung kat entri part 2 pulak ye.

Stay tuned...😁

(Gambar-gambar banyak dari hasil snap kamera en. Mohamad Khairul Amin, geng sebilik en suami yang merangkap downline leader kami juga yang dapat sama join trip kali ni. Tq Amin)


p/s : Percutian percuma ini adalah reward dari Shaklee untuk biz leader yang cukup syarat point yang dikumpul dalam satu cycle. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kelebihan yang diberi oleh Shaklee untuk para pengedarnya yang aktif, boleh la hubungi Ida melalui Wassap/call : 013 9230280. Nanti kita bincang panjang lebar lagi.

Jika sudi bersama dalam team bisnes Shaklee Ida, jom daftar segera. Fast action fast result!

Update:
Okay entri part -2 sudah siap. Boleh baca di SINI.

0 komen ditinggalkan: