Salam sejahtera semua,
Hari ni Ida sambung cerita Percutian istimewa Encik Suami ke Langkawi tu ye.
Entri Part 1 boleh baca SINI.
Day 1 - BBQ Fun Dinner di Meritus Pelangi Resort
BBQ kauuu! Memang la best dengan segala macam hidangan kan? Tambah dengan pencuci mulut yang best-best juga. Ku tengok dari kejauhan aje..dalam gambor yang dihantar ke wassap dan yang diupload oleh geng-geng kat sana.
Buakn sekadar aktiviti makan-makan, tapi juga ada acara-acara santai melibatkan semua yang terpilih di sana. Sempat upline Ida, mama Dilla Jalil send satu video Encik Suami tengah sakan enjoy dalam pertandingan aktiviti malam tu. Haha, tapi sayangnya group diorang tak menang. kikikiki.. takpe lah.
Yang pasti meja diorang malam tu ade menang Lucky Table kut..dapat la setiap orang satu beg penuh goodies yang disediakan oleh pihak Shaklee. Coklat la, suplemen la, pillbox la. Macam-macam ada.
Walaupun encik suami tak berapa menepati tema pakaian malam tu, tapi rasanya dia cukup enjoy la kut. Makan puas hati, join aktiviti lagi. Baju tema floral yang dah dibeli sebelum ni tak tau la bila dia nak pakai tu.haha.
Abis episod dinner BBQ, semua pulang ke Westin Hotel semula dengan bas yang disediakan.
Day 2 - Jalan-jalan ke tempat menarik di Langkawi
Hari yang sungguh padat dengan aktiviti menarik yang Shaklee aturkan buat mereka pastinya. Setiap orang diwajibkan memakai baju tshirt yang dibekalkan oleh pihak Shaklee. Baju ni dah siap dapat seminggu sebelum trip ni.Yang wanita boleh memilih samada mahu baju versi tshirt muslimah, atau kalau yang bukan non muslim diorg prefer baju tshirt lengan pendek macam yang lelaki juga la. Bukan setakat dapat baju, dapat beg lagi..semuanya free untuk yang layak. Seronok tau!
Pagi-pagi tu diorang bersarapan di Westin Hotel dulu la. Syok arr makan sedap-sedap. Suplemen jangan dilupa. Lepas bersarapan ada sesi bergambar terlebih dahulu utk semua peserta trip Shaklee kali ni.
Group Photo 1, lagi sebahagian masuk group photo 2. Haaa.. ramaikan peserta yang layak ke percutian bersama Shaklee ni. |
Then diorang naik bas ikut group pergi ke lokasi lawatan pertama mereka - Mangrove River Tour! Banyak aktiviti best masa pagi tu, melihat helang (simbolik sangat helang dengan Langkawi kan?), Floating Fish Farm, dan juga ke Gua Kelawar.
Setiap peserta trip masa tu dibekalkan oleh Shaklee bancuhan Performance Drink yang dah siap-siap masuk dalam botol. Setiap orang dapat satu botol. Dahaga-dahaga boleh minum terus kan?
Then selepas selesai aktiviti pagi tu, tiba waktu lunch pula mereka di bawa ke restoran dan dihidang dengan makanan yang cukup mewah dan penuh meja kauuu! Haha. Terliur tengok gambar hidangan mereka tengahari tu. Confirm kenyang betul setiap orang.
Dah sudah makan lunch kenyang-kenyang, dah rehat seketika..dorang sambung perjalanan jalan-jalan seterusnya. Pergi naik cable car dan muzium art 3D pulak.
Yang paling best aktiviti jalan-jalan pergi mana-mana tu dan lunch mewah tu semua Shaklee bayarkan! Tak perlu kuar duit sendiri wehhh! Itu yang syok kan?
Mana la Ida tak jeles..best sangat trip dengan Shaklee ni. Tinggal nak bawak diri dan duit nak shopping peribadi aje. Bayaran masuk (jika ada) mana-mana lokasi menarik tu semua Shaklee tanggung.
Lepas abis jejalan tempat menarik tu Shaklee bagi peluang kat sape2 lagi nak shopping boleh sambung shopping sampai malam. Dinner malam tu kena sendiri2 aje la cari..kan dah bagi allowance tadi kan?
Itu la antara aktiviti padat pagi hingga malam diorang berada di sana. Aktiviti-aktiviti lain tak pasti pula apa dorang buat bila time free and easy tu. hihi.
Yang pasti pada hari sama En suami jalan-jalan ke Langkawi, Ida dan anak-anak pergi ke Sunway Piramid jalan-jalan makan jap pastu ke Home Office di bangunan Pinnacle sebelah tu.Ada apa kat HO hari Ahad tu? Haaa...Ida sengaja turun KL gak sebab nak attend Talk anjuran Shaklee ni la.
Talk kesihatan berkait dengan pregnancy ni disampaikan oleh pakar O&G juga la. Dan yang berkaitan nutrisi ibu dan anak pastu disampailan oleh nutritionist Shaklee iaitu Cik Puan Nurul.
Itu aje lah cerita hari kedua mereka disana, balik hotel semua penat belaka dapat rest atas katil mahal pasti syiokkkk aje kan?
Day 3- Pulang ke KL
Hari ketiga takde ke mana-mana sangat, just breakfast dan bersiap untuk bertolak pulang ke KLIA. Dalam tengahari diorang sampai dan Ida pick up En Suami kat KLIA1 yang membawa pulang banyak ole-ole dari Langkawi. Anak-anak teruja tengok ayah diorang dengan ole-ole yang banyak tu.Last day sebelum balik tu diorang semua pakat pakai baju iReach Family kaler oren. TQ Master Zainul dan Master Lyna belanja setiap leaders iReach yang layak ke trip kali ni dengan sehelai baju tshirt yang cantik dan selesa itu.
Oh ye...setiap peserta trip juga dapat bantal comel ini juga sebagai tanda kenangan dan juga beg yang boleh dilipat-lipat semasa hari mula-mula sampai.
Alhamdulillah, selesai semua Ida pun turut happy sangat-sangat walau ada sedikit jeles juga..sebab tak dapat pergi kali ni. Happy sebab dapat hadiahkan percutian singkat ni untuk En Suami sempena birthday dia kali ni.
Aim for more tickets next year sebab tahun depan ade trip naik Cruise (Penang-Krabi-Phuket-Penang)! Yeayyyy! Tak pernah lagi naik cruise ni. Teruja amat aihh.
So kalau ada antara kalian yang rasa was was lagi betul ke bisnes Shaklee ni mampu bagi macam-macam..hmm boleh la fikir semula ye. Asalkan ia datang dengan usaha la. Sebab bisnes Shaklee bukan bisnes goyang kaki. Bukan juga bisnes yang upline atau downline tolong corakkan perjalanannya untuk kita. Kita sendiri perlu decide dan teruskan hala tuju bisnes kita lepas kita dah study dan fahami selok belok sistemnya yang pasti sangat adil dan berbaloi!
WITH SHAKLEE, U CAN GET HEALTHY AND WEALTHY. U DECIDE IT!
0 komen ditinggalkan:
Catat Ulasan