Memaparkan catatan dengan label Hubby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hubby. Papar semua catatan

Percutian istimewa 3H2M ke Langkawi buat yang tersayang - Part 2



Salam sejahtera semua,

Hari ni Ida sambung cerita Percutian istimewa Encik Suami ke Langkawi tu ye.

Entri Part 1 boleh baca SINI.

Day 1 - BBQ Fun Dinner di Meritus Pelangi Resort

Seperti yang Ida nyatakan dalam entri yang lepas, malam pertama trip Shaklee ke Langkawi semua leaders yang join diraikan dalam majlis makan malam yang sungguh meriah dan mewah dengan makanan yang pelbagai juga.

BBQ kauuu! Memang la best dengan segala macam hidangan kan? Tambah dengan pencuci mulut yang best-best juga. Ku tengok dari kejauhan aje..dalam gambor yang dihantar ke wassap dan yang diupload oleh geng-geng kat sana.

   
   

Buakn sekadar aktiviti makan-makan, tapi juga ada acara-acara santai melibatkan semua yang terpilih di sana. Sempat upline Ida, mama Dilla Jalil send satu video Encik Suami tengah sakan enjoy dalam pertandingan aktiviti malam tu. Haha, tapi sayangnya group diorang tak menang. kikikiki.. takpe lah.

Yang pasti meja diorang malam tu ade menang Lucky Table kut..dapat la setiap orang satu beg penuh goodies yang disediakan oleh pihak Shaklee. Coklat la, suplemen la, pillbox la. Macam-macam ada.

Walaupun encik suami tak berapa menepati tema pakaian malam tu, tapi rasanya dia cukup enjoy la kut. Makan puas hati, join aktiviti lagi. Baju tema floral yang dah dibeli sebelum ni tak tau la bila dia nak pakai tu.haha.

Abis episod dinner BBQ, semua pulang ke Westin Hotel semula dengan bas yang disediakan.


Day 2 - Jalan-jalan ke tempat menarik di Langkawi

Hari yang sungguh padat dengan aktiviti menarik yang Shaklee aturkan buat mereka pastinya. Setiap orang diwajibkan memakai baju tshirt yang dibekalkan oleh pihak Shaklee. Baju ni dah siap dapat seminggu sebelum trip ni.

Yang wanita boleh memilih samada mahu baju versi tshirt muslimah, atau kalau yang bukan non muslim diorg prefer baju tshirt lengan pendek macam yang lelaki juga la. Bukan setakat dapat baju, dapat beg lagi..semuanya free untuk yang layak. Seronok tau!

 

Pagi-pagi tu diorang bersarapan di Westin Hotel dulu la. Syok arr makan sedap-sedap. Suplemen jangan dilupa. Lepas bersarapan ada sesi bergambar terlebih dahulu utk semua peserta trip Shaklee kali ni.

Group Photo 1, lagi sebahagian masuk group photo 2. Haaa.. ramaikan peserta yang layak ke percutian bersama Shaklee ni.

Then diorang naik bas ikut group pergi ke lokasi lawatan pertama mereka - Mangrove River Tour! Banyak aktiviti best masa pagi tu, melihat helang (simbolik sangat helang dengan Langkawi kan?), Floating Fish Farm, dan juga ke Gua Kelawar.
 


Setiap peserta trip masa tu dibekalkan oleh Shaklee bancuhan Performance Drink yang dah siap-siap masuk dalam botol. Setiap orang dapat satu botol. Dahaga-dahaga boleh minum terus kan?

Then selepas selesai aktiviti pagi tu, tiba waktu lunch pula mereka di bawa ke restoran dan dihidang dengan makanan yang cukup mewah dan penuh meja kauuu! Haha. Terliur tengok gambar hidangan mereka tengahari tu. Confirm kenyang betul setiap orang.


Dah sudah makan lunch kenyang-kenyang, dah rehat seketika..dorang sambung perjalanan jalan-jalan seterusnya. Pergi naik cable car dan muzium art 3D pulak.








 

Yang paling best aktiviti jalan-jalan pergi mana-mana tu dan lunch mewah tu semua Shaklee bayarkan! Tak perlu kuar duit sendiri wehhh! Itu yang syok kan?

Mana la Ida tak jeles..best sangat trip dengan Shaklee ni. Tinggal nak bawak diri dan duit nak shopping peribadi aje. Bayaran masuk (jika ada) mana-mana lokasi menarik tu semua Shaklee tanggung.

Lepas abis jejalan tempat menarik tu Shaklee bagi peluang kat sape2 lagi nak shopping boleh sambung shopping sampai malam. Dinner malam tu kena sendiri2 aje la cari..kan dah bagi allowance tadi kan? 



Tak tau la En Suami pergi mana dan beli ape lagi malam tu. Dia tak report pun kat kita. Haha. Yang pasti macam-macam la dia beli untuk anak bini dia ni sebagai ole-ole dari Langkawi.

Itu la antara aktiviti padat pagi hingga malam diorang berada di sana. Aktiviti-aktiviti lain tak pasti pula apa dorang buat bila time free and easy tu. hihi.

Yang pasti pada hari sama En suami jalan-jalan ke Langkawi, Ida dan anak-anak pergi ke Sunway Piramid jalan-jalan makan jap pastu ke Home Office di bangunan Pinnacle sebelah tu.Ada apa kat HO hari Ahad tu? Haaa...Ida sengaja turun KL gak sebab nak attend Talk anjuran Shaklee ni la.




Talk kesihatan berkait dengan pregnancy ni disampaikan oleh pakar O&G juga la.  Dan yang berkaitan nutrisi ibu dan anak pastu disampailan oleh nutritionist Shaklee iaitu Cik Puan Nurul.


Anak-anak duk main dalam playground yang disediakan di HO.



Itu aje lah cerita hari kedua mereka disana, balik hotel semua penat belaka dapat rest atas katil mahal pasti syiokkkk aje kan?


Day 3- Pulang ke KL

Hari ketiga takde ke mana-mana sangat, just breakfast dan bersiap untuk bertolak pulang ke KLIA. Dalam tengahari diorang sampai dan Ida pick up En Suami kat KLIA1 yang membawa pulang banyak ole-ole dari Langkawi. Anak-anak teruja tengok ayah diorang dengan ole-ole yang banyak tu.

Last day sebelum balik tu diorang semua pakat pakai baju iReach Family kaler oren. TQ Master Zainul dan Master Lyna belanja setiap leaders iReach yang layak ke trip kali ni dengan sehelai baju tshirt yang cantik dan selesa itu.





Oh ye...setiap peserta trip juga dapat bantal comel ini juga sebagai tanda kenangan dan juga beg yang boleh dilipat-lipat semasa hari mula-mula sampai.


Alhamdulillah, selesai semua Ida pun turut happy sangat-sangat walau ada sedikit jeles juga..sebab tak dapat pergi kali ni. Happy sebab dapat hadiahkan percutian singkat ni untuk En Suami sempena birthday dia kali ni.

Aim for more tickets next year sebab tahun depan ade trip naik Cruise (Penang-Krabi-Phuket-Penang)! Yeayyyy! Tak pernah lagi naik cruise ni. Teruja amat aihh.

So kalau ada antara kalian yang rasa was was lagi betul ke bisnes Shaklee ni mampu bagi macam-macam..hmm boleh la fikir semula ye. Asalkan ia datang dengan usaha la. Sebab bisnes Shaklee bukan bisnes goyang kaki. Bukan juga bisnes yang upline atau downline tolong corakkan perjalanannya untuk kita. Kita sendiri perlu decide dan teruskan hala tuju bisnes kita lepas kita dah study dan fahami selok belok sistemnya yang pasti sangat adil dan berbaloi!

WITH SHAKLEE, U CAN GET HEALTHY AND WEALTHY. U DECIDE IT!


I like kuetiaw!!

 Aku suka sangat dgn kuetiaw...masak ape2 pun boleh, sup, goreng biasa, char kue tiaw, ladna, bandung, tomyam...emmm..sume sedap aje di tekak aku nih. 

Nampak lazat tak hidangan ni??Kuetiaw ladna dgn kicap berlada....emm..yummy kan masakan saya???





  Ok...thats enough..no need to perasan lebih2..


(Jangan mau perasaan lebih2 ler Ida..kalu la itu kamu yang masak xpe, hakikatnya... )

Inilah hakikatnya..makan kat kedai jer lorrr...

Hubby tengah jenuh menunggu hidangannye yg belum sampai2..muka dh bosan giler tuh.
Lutfi klu dh smpai kedai makan pantang nampak kucing2 yer..mau dikejarnya kemana kucing tu pegi. Jenuh berambat bawah meja..tepi meja, tak kisah dah klu meja orang lain pun..sibuk duk panggil "meoww...meoww"

Bila minuman dah sampai kasi dia dulu alih tumpuan dari kucing2 tuh..

Iniler minuman kami malam tuh..
Teh o ais laici utk aku dgn Lutfi dgn jus buah campur utk Hubby..

Hidangan Hubby??lambat benor nak smpai..malas snap dah. Lapor seh menunggu, sampai aje terus makan.





Aku sakit jiwa!


 Sebelum ekspresi jiwa diluahkan..ingin aku ucapkan Selamat hari Lahir buat ayahku.


8/2/55-8/2/10..Semalam genap 55 tahun ayahku yang tersayang..Happy Birthday to my dad..En Ismail bin Abdul Rahman. As a daughter aku hanya memohon pada Ilahi moga hari2 mendatang lebih membahagiakan dan dilimpahi rahmat oleh-Nya sentiasa. Yang ku harapkan moga segala harapan dan hasratnye juga tercapai.Aku plan nak buat cupcake/tart tapi semalam macam sibuk plak.takut tak sempat nak htr kat ayah. Maybe tggu esok lusa bila free sket. Hadiah lain aku takde sediakan ape2 pun.

Hari ni pula Alhamdulillah aku berjaya juga menyiapkan tempahan cupcake dari Kak Yana (kerani ofis ku)utk emaknya yg tercinta. Terima kasih sudi menempah cupcake yg tak seberapa rupa itu..aku godek sama2 dgn Lutfi yg menyibuk sama di Subuh2 hari. Kata Kak Yana malam ni nak buat surprise party pakat2 dgn family dia utk meraikan hari lahir emaknye. so cupcake simple aje yg diminta aku buatkan. Setakat tulis huruf HAPPY BIRTHDAY TO EMAK aje..taknak hiasan bagai2..Gambonye lupa plak aku nak snap..nnt aku minta dgn kak yana aku upload balik kat sini. Nasib baik yg diminta simple2 aje. Aku bangun Subuh2 hari buat cupcake tu.nasib baik sempat siap.al-maklum la dia minta pun cukup2 19biji =19 huruf sumenye.

Biasanye malam tu aku dah standby buat sume dah..klu tak siap hias baru smbg lepas Subuh..tapi semalam aku still perang dingin dengan Hubby sejak petang Ahad hingga saat ini. Kemalasan aku membuatkan Hubby marah2 kat aku..aku pun tak tau nape malas menjadi2 akhir2 ni. Malas nak kemas umah, malas nak basuh baju..tapi bab masak still jalan lagi..Tapi hari semalam aku masuk tdo awal..takde mood nak masak ape pun. Perut lapar pun aku tahan aje. Perang dingin = no talk between me n Hubby. Kadang2 still duk tgk tv sama2 tp no talk at all..i silent u silent.Yg tak silent cuma Lutfi aje..layan anak pun stakat cakap dgn anak aje. Layan dia makan, minum, mandi..but no interraction between us..sungguh aku sakit jiwa!!mana taknye klu kita dh cuba nk cool down tp dia still dgn ego maniac nye. last2 cakap2 aku bagaikan cakap dgn tunggul aje. no respons at all. Mau aku tak bengang jadinye.

Mood oh mood kenapa engkau asyik melayang2 begini??Minta ampun Hubby andai diri ini telah mengecewakan kamu..hmm..alangkah bagus klu dia juga baca tulisan2 ku ini..

jUST tREAT hIM a dINNER..

Dah seminggu berlalu dari bday Hubby..but i'm still thinking about giving him a present. Hihi..langsung takde masa nak fikir sebelum ni ape hadiah nak kasi even dah berlalu walau seminggu. First time jadi ajk portfolio exam jabatan a.k.a PPJ ni btul2 buat aku jadi tak keruan..kat ofis asyik busy pasal benda2 berkait dgn exam je la dlm beberapa minggu ni..aku akui terlalu banyak lagi perlu dipelajari sebab asyik ade aje yg tak complete aku buat. Belajar dari kesilapan ok!Sama la macam mula2 masuk portfolio sebutharga dulu..blurr..too much thing i have to know..bak kata KJ mesti take serious buat keje2 sebutharga ni sebab ia ibarat sebelah kaki dah 'chup' tempat kat lokap tu..benda2 berkait harta benda gomen mana leh wat main2 kan?Sama la juga aku rasa bila dah berada kat unit exam..byk sgt benda nk kena belajar buat dgn properly supaya sendiri tak kelam kabut. But so sad now i've misplace my pendrive..argghh..rasa sgt2 tak keruan bila kehilangan harta yg amat berharga isinya. Sadisnya sebab No backup at all benda2 dlm tuh!Satu pengajaran berguna nih..backup ur work!!

Ok..habis la melalut pasal keje2 ku itu..back to the story about bday Hubby. Sebab tak dapat nak sediakan hadiah, i just treat him a dinner aje. His choice..at Secret Recipe laa..dah lama tak g Secret Recipi sama2. last took a dinner there when Lutfi is still a lil baby..tak reti nak makan minum macam2 lagi tuh. So malam bday Hubby tu we all ke Secret Recipe kat bandar Kuantan tu la. Pilihan Hubby,ni la menu kami malam tu: Grilled Black Pepper Chicken, Chicken Cordon Bleu, Cappucino Cheesecake, Strawberry Milkshake dan Oreo Milkshake aje..All of that inclusive tax..of course la aku yg belanja..Lutfi pun semangat makan malam tuh! Enjoy sungguh tengok orang2 ku sayang makan dengan berseleranya. Nak harap aku masak ala2 western ni hmm..langsung tak menjadi kut. Not my talent la western cooking nih. Stakat masak2 biasa tu bolehlaa.



 

Tapi rasa macam tak complete aje takde hadiah ni..so i plan maybe nak pegi holiday la after exam week ni. As a present for his bday, aku la yg akan arrange sume tuh..dah lama tak g vacation. Last aritu bulan 4 atau 5 kut. Klu nak ikut kan kemahuan Hubby of course la dia nak pegi pulau yang boleh dia snorkeling,fishing dan bagai2 la..tapi waktu sekarang pun tak sesuai sgt. Aku teringin nak pegi holiday yang atas2 bukit bagai..pun tak sesuai waktu ni.Jalan boleh jadi agak licin,bahaya la, cuaca pun mesti lagi sejuk..Nak pegi yg ada taman tema or waterpark pun kena fikir gak..klu hujan tak best la kan?so planning kene pegi mana still dalam pencarian. Klu rasa macam malas nak amik cuti tambahan just pegi yg dekat je..kat Cherating la kut. Klu rasa nak pegi Y.E.S kena cari tempat yg sesuai & masa lebih la sket baru best kan?I wish i can settle all this b4 upcoming new year la, sebab 2010 i've got another plan..hihi..hopefully menjadi la.

footnote: Today is Zuriani's bday..happy 27th bday Zu!