Memaparkan catatan dengan label bday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bday. Papar semua catatan

Hidangan western food sedap oleh Chef Azam di Azam Roaster Balok


Hari ni nak berkongsi satu restoran western food yang sangat sedap pilihan menunya yang berhampiran dengan tempat tinggal kami di Balok. Kebetulan 1 Disember sempena meraikan ulangtahun kelahiran encik suami saya. Actually ni kali kedua la kami dah menjamu selera disini.

Siapa orang Kuantan yang belum pernah singgah ke Azam Roaster ni anda patut singgah mencuba hidangan di sini lagi2 jika anda peminat makanan Barat mcm chicken chop, chicken grill, lamb chop, steak yg pelbagai nama tu, aneka jenis pasta, pizza dll lagi. Dibuka setiap hari Isnin-Jumaat (11am-11pm) dan Sabtu Ahad bermula jam 1pm-11pm.


Kenapa saya suruh anda cuba? Sebab bagi saya susah nak dapat masakan setanding hidangan hotel dengan harga yang berbaloi dan lebih murah la bagi saya. 

Betul ke hidangan setanding masakan hotel? Ye..mmg betul sebab chefnya pun mmg bekas chef hotel pun..hehe. Dulu chef Azam ni bekerja di hotel Swiss Garden Resort. Mengorak langkah membuka restoran pula. InsyaAllah pertengahan Disember nanti cawangan baru Azam Roaster akan beroperasi kat Indera Mahkota 8 Kuantan pula. Saingan hebat nampaknye untuk Secret Recipi lps ni. Hehehe...


So kebetulan harini besday en suami saya..maka kita makan2 besar sket arini kat sini. 



Takde nak booking2 or tempah dl bagi special2, kami just walk in aje. Nasib tak ramai dah customer dlm kul 9 mlm td. Klu ade yg berhajat nak buat special event pun boleh tempah meja dulu. Nak candle light dinner ke, nak birthday party ke, or even nak buat buffet kecilan dlm 30-50 org mkn pun boleh kat restoran ni. Call n book aje dulu dengan Chef Azam atau staff di Azam Roaster ni.


Hidangan special yg encik suami order- lamb chop. Murah aje rm18 utk hidangan yg marvelous ni. Dua keping daging lamb tu tau..dgn sos blackpepper dia yg sgt best itu.



Saya order chicken grill with cheese- rm16 aje. Sedap dan puas hati dgn hidangan tu.


Then kami order juga pizza chicken and pineapple serta hidangan tambahan lain utk anak2 dan kami makan sama2. Pizza kat sini satu saiz aje 10 inci je. Sgt lembut roti pizzanye. Topping mewah sungguh. Yumm yumm. Pizza jenis ni rm22. Amik yg kurg pedas sebab anak2 pun nak makan.


Air bandung soda pun ade...sedap! 

Buat encik suami, maaf tak pandai saya nak masak special2 macam ni. Hehe. Bawa pegi kedai belanja makan kompem takkan ade dengar komen hidangan saya yg kurg menjadi nnt.hihihi. Saya pula mmg seronok makan yg org masak dari saya sendiri yg masak. Tengoklah akan datang kut2 sampai keinginan nak pergi belajar buat masakan sedap2 ni sendiri.



Saya dapat makan dengan tenang bila mana Irdina pun dah tdo dlm Boba 4G saya ni. Hehe... aman mama makan nak oiii. 


Alhamdulillah mmg cukup mengenyangkan la menu2 yang kami order malam ni. Dah balik umah takleh lupa telan Omega guard dan Phytocol ST pula utk kami berdua. Hihi...makan sedap2 sgt td. Klu yang berdiet abis lari diet tu kan. Tapi makan kat Azam Roaster ni memang sedap2 menunya. Diet ke laut pun takpe la, hihi.. sesekali apa salahnya kan?


Anak2 tgk mak ayah telan 'ubat ikan'= omega guard tu..diorg pun minta juga. Tp phytocol dorg tak makan la. Tapi amik vita c chew aje. Humaira dah abis soksek hidung, Lutfi pulak tengah start soksek. Maka both ni mmg takleh lupa utk mereka.

Ok itu je nak citer mlm ni.. Nak masakan western yg best kat Balok ni meh Azam Roaster ye!Oh ya...bukan setakat western food aje ada kat sini, local food macam mee mamak, nasi goreng, char kue teow dan lain2 pun ade. Desert best2 pun ade. tak rugi try sekali pasti nak lagi.

Nak order Shaklee kat Balok ni dan sekitarnya meh cari saya..nak COD pun boleh tau! Free aje berdekatan ni. Ni no phone saya 013-9230280.



Lutfi 4th bday celebration.


Baru aje berlalu beberapa hari my son Ahmad Lutfi dah pun mencecah usia 4 tahun sekarang. Just nak share acara meraikan ulangtahun kelahiran Lutfi yang tak seberapa..sekadar menggembirakan hati anak kecil itu..

08/07/12 -Ahad
Ayah Lutfi keje dihujung minggu nya...keje shift lak tu..so by 8pm dia dah balik umah kami bersiap lepas solat bertolak ke bandar..Ayah cakap nak belanja Lutfi makan best2. Tapi dia tak btau pun nak gi mana. Akhirnya sampai destinasi dituju...ooo...Secret Recipe di bandar Kuantan. hehe. meh layan aksi diorg yer..

Birthday boy dengan hidangan pilihannye..hihi
Adik tumpang makan secucuk sate..habis dia sorg dkt dua cucuk.
Ayah setia menanti hidangan dia sampai..air dah habis separuh
Hidangan mama punye...hehe.Cordon Bleu.


 Okay itu cerita celebration in family.. kat taska pulak..

Masing-masing excited nak potong kek..lilin aje takdek.

Lepas dah nyanyi "Allah selamatkan kamu"...acara potong kek..eeeyahhh..semangat potong kek besar tu.

Aunty Wah the owner tolong potong untuk bagi2 plak..

Sabar menanti giliran.

Dah dapat kek terus blah..hehe

Yumm..Yumm..rainbow kek cuma 5 kaler aje..kalu tujuh giler tggi nnt.haha. Tapi sodappp!

Apepun rasanya memang marvelous..TQ to Ana Home Bakery kerana melunaskan hajat anak akak untuk dapat kek tema Ben10 dengan gambo dia sekali kat kek tu..hihi. Sesape di area Beserah Kuantan dan sekitarnya yang berminat nak tempah kek sedap dan cantik boleh juga tempah dengan Ana Home Bakery ni yer..

Gambo kek cilok dari FB Ana Home Bakery

Happy 4th Birthday to my dear Ahmad Lutfi!!



Pejam celik pejam celik..4 tahun dah berlalu rupanya..dan hari ini dia sudah pun bergelar sebagai seorang abang pada adik yang comel jua...Happy 4th birthday my dearest son..Mama doakan moga kamu membesar menjadi anak soleh yang berjaya dunia dan akhirat! Dah makin besar anak mama ye..Moga2 kamu sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Mama, Ayah dan adik Humaira memang sentiasa menyayangi kamu sepenuh hati..

080708-080712
HAPPY WONDERFUL BITRHDAY MY SON!

Lutfi is 3: Celebration at Taska Permata POLISAS

Entri tertunda...hehehe

Sambutan Hari Lahir Lutfi di Taska Permata 08/07/11 yang lalu..

 Malas nak citer byk..layan gambar aje la yer.

 ok..kakak dah pasang lilin..

Kita nyanyi ramai2 "Allah Selamatkan Kamu" dulu yer..

 Lutfi malu2..hihi.

 Ok..sket lagi lagu nak abis dah. Tak sabar nak mkn kek yer??

Aunty Wah sedang potong kek untuk dibahagikn pada semua.

 "Nah..ini untuk Lutfi"..malu2 amik kek..

 Sesi makan2..kakak2 tolong suapkan.

 Lutfi makan sdri sama2 dgn mama yer!


 



;)

..Tiga tahun sudah..


Alhamdulillah..tiga tahun sudah berlalu..080708-080711. Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-3 buat anak mama..Ahmad Lutfi. Moga kamu membesar menjadi anak yang soleh, bijak dan cerdas sentiasa. Mama dan Ayah sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan hidup kamu sayang.  

Mixer dah berputar, oven dah pun panas..

Hihi..
Lama aku tak update since after masuk keje 2weeks ago..bz dah bermula??emm takla sgt tp maklum la dah masuk keje time student nak start exam, maka keje2 di unit exam pun bermula la. Esok exam untuk paper yg aku ajar aritu..makanya lepas exam tu keje2 menanda kertas jawapan diorg pun dh masuk agenda harian masa keje la. Alhamdulillah..sejak2 masuk keje balik ni ade aje ofismate yg menanya bila aku nak start baking2 balik.. bila  nak start amik tempahan semula..ahaha..maklum la dah aku cuti dari keje2 buat  kuih,kek, tart bagai ni.. klu tak silap almost 11 months  la..

Actually bila anak dah dua ni lagi la nak kene pandai manage masa..skrg diorg udah tdo,sempat la mencoret sedikit diblog ni..biasanya si Abang lum tunjuk tanda2 nak tido lagi time ni kul 10pm baru..klu dh 11pm tu baru la dia nmpk ngantuk. This week dah berjaya menggodek balik mixer dan ovenku itu kembali..lama dah 'korang' rest dlm kotak kan???sila la kembali bekerja untuk tuan mu ini.ahaha. First order untuk this week yg disiapkan..Black Forest cake. order dari ofismate aje utk bday wifenye.last year dia tempah cupcake..this year dia request nak kek plak. actually aku tak penah buat lagi deko black forest cake ni..kena pakai fresh cream kan??bimbang leceh dgn keadaan cuaca..tapi Alhamdulillah sumenye ok2 aje.tapi yg nak tergelak tu sbb dh lama tak mendeko kek, ntah cmne kek yg aku deko tu agak tinggi plak jadinya..kena letak dlm kotak yg lagi besar utk tampung ketinggiannya tuh. maklumla kek 7 inci aje..tapi tggi dlm 4.5inci lak aku gi dekokan..terpaksa senget2kan cerry bertangkai tuh. Tapi sayang satu jer la..takde camera nak snap gambor. bila la nak beli hp berkamera balik nih??

Insya Allah klu takde aral..esok malam buat kek kedua pulak. ofismate juga yg order, kali ni untuk bday anaknya yang tadika tuh, hopefully dpt buat yang terbaik aku mampu la....hmm..diorg2 la yg selalu tempah dgn aku. klu ade tempahan dari luar pun biasanya order thru ofismate jugak..utk family diorgla, sedara mara diorg la, thanks so much utk sokongan yg diberikan..just pendapatan sampingan aje. lebih pada suka2 la asalnye. Jumaat pulak kena buat kek utk sepupu yg bakal bertunang weekend ni..so kira2dlm mggu ni 3 kali masak kek la kejenye.Harap2 aku diberi kesihatan yg baik..juga anak2 la.sbb klu aku sihat, tp diorg tak sihat nak buat kek pun rasa taksenang hati..maklumla buat masak2 dn deko kek ni perlu seronok baru tak rasa letih sgt..

Last week actually my bday (21/4)..tapi masa tu takde kesempatan nak buat kek utk diri sendiri maka aku pun amik peluang pegi ke kedai baru my sifu dlm dunia bakery ni..kak Zati D'Hati..beli kek utk mkn2 bertiga diumah jer..korg2 yg biasa dgn dunia bakery ni confirm kenal dgn kak Zati kan??dgn dia la aku berguru ilmu deko2 kek ni..Alang2 dah ke kedai dia, aku sambar la sekali buku terbaru dia dalam dunia hiasan kek ni.. Panduan Asas Menghias Kek. Buat korg yg teringin nak mendeko kek sendiri bolehla dapatkan buku ni..sangat2 berbaloiiii tau!RM 21 aje..murah sgt dh klu nak bandingkan ape yg boleh dapat dlm buku tu. Buat mereka yg nak serius berbaking, lagi berbaloi klu korg dapat join kelas2 yg dia buat kat premis baru dia kat B-24, DE MARA SMART HOME BIZ PARK, LORONG SUNGAI ISAP JAYA 2, TAMAN SG. ISAP JAYA 2, KUANTAN. Insya Allah, nnt Kak Zati akan bagi ilmu dan tips bagai2 lagi klu join kelas..itu yg aku dapat dari pengalaman aku join kelas dgnnya la.Macam2 kelas ade, bukan setakat deko kek aje. Berguru dengan tuannya tak sama dengan belajar dari buku aje..tapi klu setakat nak dptkan buku aje pun ok dah bagi korg2 yg just nak deko2 utk buat makan family sdri.


Haiihhh...tetiba rasa mcm nak belajar buat kek lain dn mcm2 plak..tapi takde duit extra laa...huhu..kena sabor dulu la. Blog aku buka untuk hasil kerja aku dlm dunia bakery ni terpaksa ditutup smntara..tak benda nak update lorr..ahaha. Blog ni pun rasa mcm nak bersawang dah. Actually nak buka bisnes baru yg lain dari aku buat sekarang ni, tapi tak bleh nak go on lagi sbb perlu perancangan yg teliti dulu..moga2 impian tu akan tertunai..sekarang ni simpan dlm diari aje dulu..takleh reveal lagi.takut tak jadi.ehehe.Harap2 tak hangat2 taik ayam aje. Yesss...sgt2 memerlukan sokongan kewangan tambahan buat masa sekarang. tapi dalam masa yg sama taknak abaikan tanggungjawab aku pada kerjaya utama sebagai pendidik, sebagai sorg isteri, sebagai seorg ibu utk 2 anak..actually byk je tggjwb bila nak dihitung2..tapi semuanya amanah dari Allah yg perlu dilakukan tanpa banyak alasan. Ya Allah...berikan aku kekuatan dan ketabahan mengharungi masa hadapan, murah rezeki (duit yg berkat, kesihatan yg baik, anak2 yg soleh solehah..sume tu rezeki bagi aku).

I'm 27??Am i??

Huhu,,,sedar taksedar, Alhamdulillah sudah 27 tahun aku diizinkan Allah untuk hidup dimuka bumi ini..melalui suka duka perjalanan hidup bermula sebgai seorg anak, adik , kakak, kawan2, isteri orang...n now i'm mama to my little Lutfi..Banyak perkara telah dilalui..namun sebagai manusia aku akui aku kekadang memang merasakan belum cukup dengan ape yg aku ade di dunia ini..maupun bekalan utk di akhirat sana..lagila sikit. Kadang2 bila ku renung masa yang berlalu, memang ade perkara dan keputusan yg telah ku buat dulu bukan lah 100% kehendak diriku..namun nak nyesal takde guna dah..life must be go on..and on!!Kerana itula yg telah tersurat untuk ku di dunia ini.. 27 tahun..lama sebenarnya tuh, dah melebihi suku abad dah..tapi achievement diri aku mmg tahap lemah lagi. Banyak yg aku inginkan, namun tak banyak aku mampu mencapainya. Do i am not a positive thinker??huhu...aku sdri takut nak meletak hakikatnye.

I wish diusia mencecah 30-an nnt aku boleh memiliki sebuah rumah idaman hati..yer rumah idaman...bukan rumah main taram beli ajer! Aku juga berharap in another 5-7 years ahead i will have a saving around 50k++..hoho..angan2 besar nih. Mau melunasi hutang2 yang  termampu. Aku juga berharap yg minat aku pada bake& deco cake/cupcake and so on..akan membuahkan hasil aku mampu membina empayar niaga aku sendiri. Macam poyo jer bunyi nyer kan??ok ler..more to my own big business la, empayar tu macam hape aje bunyinyer kan???huhu...And one more thing yg aku harap aku dpt laksanakan secepat mungkn dan maintain sokmo adelah..disiplinkan diri ke tahap maksima!!yer..aku banyak tak berdisiplin- on time management especially, faktor utama yg perlu dikuasai untuk berjaya dlm hidup. Time management!! Mana lagi mau mengejar kerjaya dalam bidang pendidikan tinggi, mau jadi businesswoman lagi, mau urus rumahtangga sebaiknya lagi..semua nya perlu aku lakukan dengan penuh kesabaran dn dedikasi.

I wish too much maybe..but i;m not act that much to make it a reality..uishhh...jangan angan2 Mat Jenin kamu Ida....tak bagus jika selalu berangan tapi tiada tindakan. Berangan dan ambil tindakan itu ok! Tak mau citer panjang lagi dah...kita layan gambo plak ek. Ni hasil usaha selepas mood kerajinan yg  melampau2 telah terusik dek kerana peristiwa sehari sebelum my birthday tuh. Maka hanya ini yang dapat dilaksanakan..
Me google2 the recipi, Cotton Soft Japanese Cheesecake..and terjumpa resipi best tu kat sini. Thanks a lot to Alma yg bagi resipi kat laman tuh. Cuba la sesape nak..aku telah menambah favourite ku as the topping atasnya..Blueberry filling!more yummy2 okeh..

Kasi potong siap2..senang ofismates nak mkn

 
This one blum potong, tak kuarkan pun dari acuan nyer..
tapi aku taruh ajer blueberry filling atas tuh.


It so yummy2..


N this year i got unexpected gift..from who?? of course la from my Hubby! 


nape unexpected?


Sebab baru nak masuk 3 tahun kawin n then baru 2 kali meraikan bday sebagai isteri, n 2 kali tu juga setakat dapat hadiah dinner ajer..tapi aku minta gak kad ucapan pastu, sebab "nak wat kenangan" cakapku pada Hubby. N this year he wish me early one day and set aside my present..okey!



What do i got for my bday this year??

 


 A pair of earing hokeyy!!
Memang unexpected btul la..bla masa dia gi beli ntah.
Yang pasti aku really appreciated it. Suka amat...
Loving u Hubby with all my heart!



Lutfi been cut his hair again..for 3rd time..go to mamak punye kedai .



Aku sakit jiwa!


 Sebelum ekspresi jiwa diluahkan..ingin aku ucapkan Selamat hari Lahir buat ayahku.


8/2/55-8/2/10..Semalam genap 55 tahun ayahku yang tersayang..Happy Birthday to my dad..En Ismail bin Abdul Rahman. As a daughter aku hanya memohon pada Ilahi moga hari2 mendatang lebih membahagiakan dan dilimpahi rahmat oleh-Nya sentiasa. Yang ku harapkan moga segala harapan dan hasratnye juga tercapai.Aku plan nak buat cupcake/tart tapi semalam macam sibuk plak.takut tak sempat nak htr kat ayah. Maybe tggu esok lusa bila free sket. Hadiah lain aku takde sediakan ape2 pun.

Hari ni pula Alhamdulillah aku berjaya juga menyiapkan tempahan cupcake dari Kak Yana (kerani ofis ku)utk emaknya yg tercinta. Terima kasih sudi menempah cupcake yg tak seberapa rupa itu..aku godek sama2 dgn Lutfi yg menyibuk sama di Subuh2 hari. Kata Kak Yana malam ni nak buat surprise party pakat2 dgn family dia utk meraikan hari lahir emaknye. so cupcake simple aje yg diminta aku buatkan. Setakat tulis huruf HAPPY BIRTHDAY TO EMAK aje..taknak hiasan bagai2..Gambonye lupa plak aku nak snap..nnt aku minta dgn kak yana aku upload balik kat sini. Nasib baik yg diminta simple2 aje. Aku bangun Subuh2 hari buat cupcake tu.nasib baik sempat siap.al-maklum la dia minta pun cukup2 19biji =19 huruf sumenye.

Biasanye malam tu aku dah standby buat sume dah..klu tak siap hias baru smbg lepas Subuh..tapi semalam aku still perang dingin dengan Hubby sejak petang Ahad hingga saat ini. Kemalasan aku membuatkan Hubby marah2 kat aku..aku pun tak tau nape malas menjadi2 akhir2 ni. Malas nak kemas umah, malas nak basuh baju..tapi bab masak still jalan lagi..Tapi hari semalam aku masuk tdo awal..takde mood nak masak ape pun. Perut lapar pun aku tahan aje. Perang dingin = no talk between me n Hubby. Kadang2 still duk tgk tv sama2 tp no talk at all..i silent u silent.Yg tak silent cuma Lutfi aje..layan anak pun stakat cakap dgn anak aje. Layan dia makan, minum, mandi..but no interraction between us..sungguh aku sakit jiwa!!mana taknye klu kita dh cuba nk cool down tp dia still dgn ego maniac nye. last2 cakap2 aku bagaikan cakap dgn tunggul aje. no respons at all. Mau aku tak bengang jadinye.

Mood oh mood kenapa engkau asyik melayang2 begini??Minta ampun Hubby andai diri ini telah mengecewakan kamu..hmm..alangkah bagus klu dia juga baca tulisan2 ku ini..

Happy B'day anak Mama..!!

Ahmad Lutfi - 1 tahun

08/07/08 - 08/07/09...Sedar tak sedar da setahun da usia anak aku..(Cepatnye berlalu,Lutfi da setaun ye syg?? Mama pun rasa mcm baru lagi, saat2 brtarung sakit nk lahirkan Lutfi dl..)Saat2 itu jugala buat aku rasa berterima kasih pada mak yang bersusah payah melahirkan aku dulu. Masih ku igt, berlinang gak air mata selepas slmt melahirkan Lutfi tu..Dapat ku bayangkn keperitan yg perlu dilalui oleh mak demi melahirkan aku ke dunia ni. Tambahan lg perasaan time tu bercampur baur..gembira(sebab aku berjaya melalui segala keperitan tu), syukur ke hadrat Ilahi (sebab anak ku lahir sihat sempurna),dan sedih pun ada..(Hubby takde masa tu..br on da way nk blk dr Kuantan).
Lutfi ms 10 bln lebih..gigi dh 7 btg..

Alkisahnya nk sambut bday Lutfi tp xtau ape lg planning nk buat..nk htr goodies utk bdk2 kt nursery Polisas tu pun xtau ape nk beli lg. Last2 minute baru ler aku g Carrefour beli snack wafer Yoss dgn susu Yess..(haha..mcm ngam je 2 benda tu, Yoss+Yess!) Masa aku duk packing goodies utk htr kt nursery tu..Lutfi pun sama2 bz..bz mkn snack Yoss tu 3 btg habis kt dia je. itu pun nak lagi..tp terpaksa aku sorokkanlah. Sayang gigi anak aku lawa2 tu..lps mkn terus gosok gigi dia.

Tapi rasa x complete je bday xde kek..(Sorry ye anak Mama..xde nak celebrate btul2..nnt next year Lutfi dh pandai potong kek, kta buat lebih meriah ek..kek lagi besar Mama tempah nnt..) So..plan last minute jgk,msg kt Syafa order cupcakes 60 biji dgn dia..order 6hb mlm, nk amik 8hb pagi..sib baik Syafa kata boleh..klu tak kena pikir alternatif lainla. Ni blognyer..(http://kuantancupcakes.blogspot.com/) Sebenarnye byk blog dh aku survey, mostly nk kena order 3 hari sebelum dn perlu ltk deposit dl..tambah pulak nk cari yg area Kuantan dn dekat dgn ofis aku susah gak..Yang ni aku g amik kt tmpt keje Syafa kt UIA IM Kuantan, dekat jela dgn POLISAS ni...Kebetulan waktu aku tempah takde order bertindih..dapatla kut Syafa penuhi permintaan last minute aku tuh..Pesan kt dia nk tema Upin Ipin & Spongebob..so dapatla cupcake yg lebih kurg begini rupanya (refer pic kt bwh tu yer..) Kata Syafa ni 1st time bt tema Upin Ipin nih..nway thanks a lot yer..still nice. Paling penting sedap juga rasanye..dulu penah tempah utk wedding anniversary aku tapi Syafa xdpt tunaikan sbb nenek dia sakit time tuh. Kali ni baru dpt merasa cc dia.

..Cupcake 1st Bday Lutfi >>sedap & comel..


..Cupcake Upin Ipin & spongebob theme..

Dari 60 biji yang tempah tu, 50 htr kt nursery..lg 10 bw blk mkn dgn Hubby dn bg kt Rina, Erna & Miza je sebiji sorg. 1st bday Lutfi ni mgkn x seberapa sgt nk celebrate..pikir Lutfi pn tak faham ape tu Bday..(tp insya Allah tahun2 akan dtg Mama bt lebih meriah ye sayang Mama..) Semoga anak Mama jadi anak yg soleh dn berjaya dunia akhirat...Aminn..


Mama Sayang Lutfi tau!!