Memaparkan catatan dengan label Restoran Kegemaran di Kuantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Restoran Kegemaran di Kuantan. Papar semua catatan

Hidangan western food sedap oleh Chef Azam di Azam Roaster Balok


Hari ni nak berkongsi satu restoran western food yang sangat sedap pilihan menunya yang berhampiran dengan tempat tinggal kami di Balok. Kebetulan 1 Disember sempena meraikan ulangtahun kelahiran encik suami saya. Actually ni kali kedua la kami dah menjamu selera disini.

Siapa orang Kuantan yang belum pernah singgah ke Azam Roaster ni anda patut singgah mencuba hidangan di sini lagi2 jika anda peminat makanan Barat mcm chicken chop, chicken grill, lamb chop, steak yg pelbagai nama tu, aneka jenis pasta, pizza dll lagi. Dibuka setiap hari Isnin-Jumaat (11am-11pm) dan Sabtu Ahad bermula jam 1pm-11pm.


Kenapa saya suruh anda cuba? Sebab bagi saya susah nak dapat masakan setanding hidangan hotel dengan harga yang berbaloi dan lebih murah la bagi saya. 

Betul ke hidangan setanding masakan hotel? Ye..mmg betul sebab chefnya pun mmg bekas chef hotel pun..hehe. Dulu chef Azam ni bekerja di hotel Swiss Garden Resort. Mengorak langkah membuka restoran pula. InsyaAllah pertengahan Disember nanti cawangan baru Azam Roaster akan beroperasi kat Indera Mahkota 8 Kuantan pula. Saingan hebat nampaknye untuk Secret Recipi lps ni. Hehehe...


So kebetulan harini besday en suami saya..maka kita makan2 besar sket arini kat sini. 



Takde nak booking2 or tempah dl bagi special2, kami just walk in aje. Nasib tak ramai dah customer dlm kul 9 mlm td. Klu ade yg berhajat nak buat special event pun boleh tempah meja dulu. Nak candle light dinner ke, nak birthday party ke, or even nak buat buffet kecilan dlm 30-50 org mkn pun boleh kat restoran ni. Call n book aje dulu dengan Chef Azam atau staff di Azam Roaster ni.


Hidangan special yg encik suami order- lamb chop. Murah aje rm18 utk hidangan yg marvelous ni. Dua keping daging lamb tu tau..dgn sos blackpepper dia yg sgt best itu.



Saya order chicken grill with cheese- rm16 aje. Sedap dan puas hati dgn hidangan tu.


Then kami order juga pizza chicken and pineapple serta hidangan tambahan lain utk anak2 dan kami makan sama2. Pizza kat sini satu saiz aje 10 inci je. Sgt lembut roti pizzanye. Topping mewah sungguh. Yumm yumm. Pizza jenis ni rm22. Amik yg kurg pedas sebab anak2 pun nak makan.


Air bandung soda pun ade...sedap! 

Buat encik suami, maaf tak pandai saya nak masak special2 macam ni. Hehe. Bawa pegi kedai belanja makan kompem takkan ade dengar komen hidangan saya yg kurg menjadi nnt.hihihi. Saya pula mmg seronok makan yg org masak dari saya sendiri yg masak. Tengoklah akan datang kut2 sampai keinginan nak pergi belajar buat masakan sedap2 ni sendiri.



Saya dapat makan dengan tenang bila mana Irdina pun dah tdo dlm Boba 4G saya ni. Hehe... aman mama makan nak oiii. 


Alhamdulillah mmg cukup mengenyangkan la menu2 yang kami order malam ni. Dah balik umah takleh lupa telan Omega guard dan Phytocol ST pula utk kami berdua. Hihi...makan sedap2 sgt td. Klu yang berdiet abis lari diet tu kan. Tapi makan kat Azam Roaster ni memang sedap2 menunya. Diet ke laut pun takpe la, hihi.. sesekali apa salahnya kan?


Anak2 tgk mak ayah telan 'ubat ikan'= omega guard tu..diorg pun minta juga. Tp phytocol dorg tak makan la. Tapi amik vita c chew aje. Humaira dah abis soksek hidung, Lutfi pulak tengah start soksek. Maka both ni mmg takleh lupa utk mereka.

Ok itu je nak citer mlm ni.. Nak masakan western yg best kat Balok ni meh Azam Roaster ye!Oh ya...bukan setakat western food aje ada kat sini, local food macam mee mamak, nasi goreng, char kue teow dan lain2 pun ade. Desert best2 pun ade. tak rugi try sekali pasti nak lagi.

Nak order Shaklee kat Balok ni dan sekitarnya meh cari saya..nak COD pun boleh tau! Free aje berdekatan ni. Ni no phone saya 013-9230280.



Restoran Kegemaran Saya di Kuantan | Hari 6~Cabaran 7 Hari Entry

Cabaran berblog untuk 7 hari entri diteruskan. Kalau ibu-ibu yang sangat rajin memasak setiap hari pasti sukar nak tulis pasal restoran kegemaran ni kut. Tapi kalau ibu moden macam saya yang adakalanya buat-buat tak sempat masak sendiri (pendek kata hari mood malas masak muncul), beli bungkus atau makan di kedai makan aje la jawabnya. Iya tak?

Antara kedai makan/restoran pilihan saya yang selalu juga saya kunjungi bersama anak2 atau sendiri atau dgn kawan ada beberapa tapi saya nak highlight dua aje la. 

1) AJ Confectionary (Kedai Kek & Roti) di Indera Mahkota 5, Kuantan.



Kedai kek ke? Haha..ye ni secara khasnye mmg kedai bakery- jual kek, roti dan pastri serta seangkatan dengannya la. Tapi yang bestnya juga kat kedai ni ade masakan panas juga terhad pada Char kue tiaw, Mee Udang, Mee goreng mamak, kue tiaw goreng mamak dan juga roti john. Semua yang dijual kat situ memang memenuhi citarasa dan selera saya yang simple ni. Kadang- kadang boleh terorder sampai 2 pinggan sekali makan. Haha..sedap untuk saya la! Maybe untuk korang yg sama citarasa dengan saya juga.
Air jus Tembikai yang enak sekali!

Roti John sedap!

Makan sama anak2

Char Kue Tiaw dan mee Goreng mamak...best bagi saya! Lagi bila tambah cili jeruk. Yumm yumm!

Another special thing lagi..kat kedai bakery ni juga ada Juice Station sekali tumpang sblh dlmnye. Boleh order jus fresh kaw-kaw best gtu. Ada buah yang agak bermusim, ada buah yang memang hari-hari available sbgai jus pilihan. Antara jus yang jadi favourite saya jus durian belanda, jus mangga, jus oren, jus delima. Pendek kata memang sedap2 sume jus tu.



Mana lokasi kedai bakery ni?

Di Indera Mahkota 5 sederet dengan Bank  Rakyat, Pizza Hut Delivery, BSN. Waktu operasi maaf saya tak perasan pulak.hihi. nanti kalau pergi lagi saya update balik ye. Yang pasti waktu tengahari atau waktu balik kerja kedai ni selalu juga ramai pelanggan. Kalau nasib baik ada la meja kosong nak duduk. Kalau tak kena tunggu customer lain settle makan or tapau balik aje la ape nak makan tu. Hehe.

2) Restoran Makcik Timah 2 di Indera Mahkota 8 Kuantan


Ini antara favourite restoran untuk breakfast atau lunch kalau saya bekerja. Sekarang jadi WAHM jarang pergi sebab jauh dari rumah. Nak dtg breakfast jangan lewat dari kul 9.30pg, nak lunch jgn lewat dari 1.30tghri. Kalau tak memang almost licin la lauk pauk dan menu pilihan yang ada.
Untuk  breakfast ada pilihan nasi goreng, mee lidi goreng, bihun goreng, nasi lemak, nasi minyak dan laksam biasanya berserta kuih muih.
Untuk tengahari ada banyak pilihan juga yang sedap2. Ada gulai, asam pedas, kari, singgang, dan macam-macam lagi yang saya gerenti boleh memuaskan selera makan anda. Harga? Yang sini quite pricey kut (tapi bukan ke Kuantan mmg harga mknn mahal2 ke? Hehe ..) Tapi kalau benda sedap dan berkualiti mesti kita sanggup bayar nak menikmatinya macam juga Vivix Shaklee yang hebat tu..ehh..melalut promo Vivix Shaklee plak. 

*Maaf saya takde gambar spesifik nak menggambarkan restoran2 ni dan menu2nya, sebab skrg dah jadi WAHM sementara waktu ni jarang-jarang menuju ke sana. nanti kalau pergi lagi saya update gambo sket.

Mana lokasi Restoran Makcik Timah 2 ni?
Ia berada di IM8 berdekatan dengan simpang empat traffic light. Landmark yang anda boleh cari Balai Polis Indera Mahkota, Secret Recipe IM..kira tak jauh mana la tu.

Okay tu aje dulu yang saya nak kongsikan kali ni. Banyak lagi tempat makan yang menarik dan best2 dalam bandar Kuantan dan sekitar ni, cuma saya jenis jarang-jarang ambil gambar kalau pergi so takdelah gambar sgt nak tunjuk. Demi memenuhi cabaran entri saya buatkan aje dulu. Maybe lepas ni kena lebih banyak snap2 utk dishare pada kalian. So buat pembaca blog mamalutfi ni, mana restoran kegemaran korang kalau kat Kuantan ni ye? Share2 la juga ye..mana tau kut lepas ni boleh jadi persinggahan saya juga. Stay tune for next entry..

p/s : Kalau nak beli produk Shaklee jangan lupa contact saya ye!