Semoga ceria-ceria saja harini ye. Mana yang berada di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah arini kan dah cuti hujung minggu..mana-mana yang berada selain dari itu..haa esok dah masuk hari minggu dah kan? Sabar..boleh la bersuka ria bersama keluarga atau kawan2 kan? Saya ambil cuti sehari arini..ade family member datang ke rumah..nak bawa jalan-jalan jap lagi. hehe..
So..harini just nak share story tentang produk dari Shaklee yang baru ada diguna pakai kat rumah. Baru aje dibeli hari Selasa yang lepas. Namanya Get Clean Water Pitcher dari Shaklee..mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2011. Saya masih ingat lagi majalah Shaklee Today vol 3/2011 yang saya terima setelah berdaftar keahlian dengan Shaklee..muka depannya 'highlight' pada produk yang dikira masih baru la juga dalam pasaran Shaklee ni ketika itu. Mungkin ada yang tak perasan mengenai kewujudannya kan? Mungkin dah ramai perasan tapi belum masuk kategori yang menggunakannya. So macamana rupanya ye? haa..ni dia.
Menarik tak? Sekali pandang macam jug heater air biasa tu aje kan? cumanya yang ini tak perlu sambungan pada bekalan elektrik dan yang pasti ia bukan jug heater hehe tapi WATER PITCHER. Ringkas, mudah alih dan boleh MENURAS KANDUNGAN AIR sepertimana kebanyakan 'water filter' yang banyak di pasaran. Untuk SATU BLOK PENURAS boleh menuras sehingga 303LITER air atau bersamaan dengan 80 gelen air. Paling kurang hanya perlu menukar blok penuras berjaring tu sahaja apabila mencecah kapasiti yang disarankan iaitu 303 liter / 80 gelen air. Ataupun setidak-tidaknya boleh tukar blok penurasnya apabila mencecah jangkamasa penggunaan setiap 4 bulan. Kiranya mana yang capai lebih awal la.
Kenapa saya tertarik nak memilikinya??Saya rasa ramai keluarga harini memilih untuk menggunakan pelbagai jenis penapis air yang banyak di pasaran sekarang. Dan rata-rata harganya mencecah ribuan ringgit. Ada juga yang murah sket tapi masih dalam lingkungan ratusan ringgit yang harganya menjangkau 600 lebih kan? Perlukah anda mempunyai penapis air? Itu tepuk dada tanya selera...ehhh bukan!! tanya diri sendiri bagaimanakah KUALITI AIR di kawasan anda diami. Jika anda rasa anda perlu, bolehla dapatkan mana-mana penapis air yang anda mampu miliki dalam bajet anda. Dah lama dah saya survey untuk memiliki penapis air..cuma kebanyakannya diluar lingkungan kemampuan saya untuk memilikinya. Kat rumah mak saya pakai yang jenama RX Water..so kiranya adalah menjadi sedikit kebiasaan di situ mendapatkan air bertapis untuk dijadikan minuman harian. Ade beza ke minum air bertapis dengan air tidak bertapis?? Emm..kalau anda belum pernah cuba kena la cuba rasa dulu yer. Saya tak mau dianggap 'bias' dalam memberi pendapat itu. Tapi terus terang saya katakan selama kami dirumah sewa ni kami banyak bergantung pada air yang dibeli dari mesin-mesin vendor kat kedai2 tu. Nak beli penapis rasa takde bajet. So tiap2 minggu itu la kejenya. pegi beli air...pegi beli air..angkat letak dalam bekas air yang besar gedabak 10L. Tiap kali beli dalam 2-3 botol...hahaha. Jenuh mak nak angkat u...berat!
Akhirnya setelah berkira-kira itu ini lepas dengar orang kata pembelian air mesin ade risiko dari segi tahap kebersihan sebab kita tak tahu owner dia buat servis pencucian tempoh berapa lama baru nak sekali cuci. Tambah-tambah ada kata kita tak nampak kut ada tikus lipas dan seangkatan dengannya merayap dekat sumber air/penapis ke...aduuiiii..gerun! Makanya setelah ditimbangkira..maka saya pun beli la satu WATER PITCHER from Shaklee ni. Kenapa??Okey..sedikit fakta dari web Shaklee saya copy mengenai Water PITCHER ini:
*************************************************************
MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATERGet Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.
Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.
Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa (Sangat suka ciri ini-nak gi berkelah pun saya boleh bawa Water Pitcher pasni..hehe.. i likeeeee u!)
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak (Ni juga salah satu sebab saya nak...saya macam tak sempat jer nak masak air dan sejukkan pada suhu bilik untuk kegunaan harian tiap2 hari)
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
************************************************************
Paling penting juga saya katakan ia mampu milik! Dengan harga serendah RM460 WM/RM483 EM pun anda dah boleh miliki jag penuras air mudah alih ni tau!So ape yang saya dapat apabila membeli Starter Kit untuk Get Clean Water Pitcher ni?
3 kotak yang mengandungi Water Pitcher tu sendiri, housing kit re-usable dengan 1 blok penapis dan 1kotak lagi 3 pack refillable penapis tu. |
So untuk kit permulaan ni adalah cukup untuk setahun kegunaan. After one year?? Cuma perlu beli refillable penapis tu aje. Harga dalam lingkungan rm1xx aje untuk 3 pack filter tu. Kalau anda beli mana-mana jenis penapis air pun ade tahapnye anda perlu tukar penapis dalamannya. So macamana nak tau bila masa nak tukar? jangan risau..Jag ni ada sistemnya yang tersendiri untuk memberitahu bila saatnya anda perlu menukar filter dalamnya. Paling tidak pun setiap 4 bulan guna, dah cukup syarat dah untuk tukar filter tu. Housing kit dan jug boleh terus digunakan as long dia masih dalam keadaan baik. Proses nak tukar dan cuci pun mudah aje. Ada manual guide dalamnye yang akan bagitau step by step ape perlu dibuat. dan yang menariknya jika anda jenis suka minum air sejuk(chilled) boleh aje nak masukkan jug ni direct ke peti sejuk anda tau! Haha...bestkan??
Untuk permulaan setiap kali tukar atau guna filter yang baru laraskan aje ke aras SET. |
Bilamana ia dah cecah nilai 80oz..ia akan tunjukkan Replace dan masa nya untuk menukar filter yang baru dan reset kembali Water Pitcher anda ni. mudah aje kan?? |
So buat mereka yang NAK PENAPIS AIR dengan BAJET RENDAH, MUDAH dan RINGKAS untuk diguna pakai..nak CUCI MUDAH, TUKAR FILTER MUDAH..boleh la dapatkan GET CLEAN® WATER ni dari saya ye. Jangan tunggu-tunggu lagi..peruntukkan sedikit wang jika ianya dalam kemampuan anda untuk miliki penapis air ini. Tak mahal mana pun berbanding hari2 nak kena beli air mineral dalam botol tu.Berminat untuk punyai Get Clean Water ni di rumah anda?? Jangan segan-segan hubungi saya ye.. ;)
Pilihan kaedah pembelian:
8 komen ditinggalkan:
Salam,
nak tanya psl jug ni..kita terus masukkan air straight away from paip ke?air kat area apartment sewa saya mmg teruk sikit.kalau bukak paip,air keluar warna karat pudar.is it still ok to use this jug?
terima kasih atas pertanyaan..
yup just masukkan terus dari paip air..kat umah saya ni kdg2 ade juga time air keruh. so far guna directly mcm tu je. Alhamdulillah it works!! Kembali jernih mcm air mineral botol tu juga. Jika berkelapangan nnt sy buat entry pasal tu..boleh tengok bezanya nanti.
Kiranya kalau sesiapa yang lebih berkemampuan tidak salah untuk dapatkan filter yg lagi hebat dan lagi mahal di pasaran skrg. This one lebih kepada mereka yang suka something yang mudah dikendali, portable, dan yang penting affordable for each house to spent one on it!
salam..
sket pembetulan kene buat kt entry di atas... bukan 80oz tapi 80 gelen.
maaf atas kesilapan penulisan.. terimakasih atas teguran.
Memang terbaik jug air ni
Mcamna klau sya berminat...
cik Anonymous boleh sms/whatsapp saya di 013-9230280 jika berminat utk tau lanjut ttg produk ni.tq!
salam master, saya nak mohon kongsi entry master dkt blog saya boleh?
Catat Ulasan