Bukan mudah nak melalui fasa 2 tahun ini dengan jayanya..ya..saya akui hal ini kerana saya pun skrg ni blum capai 2 tahun menyusukan anak kedua ni tapi dah ada campur sket dgn susu formula dah sebelum ni. Kenapa??
1st masa tgglkan dia masa sy kursus kat Nilai..stok tak cukup gara2 EBM mencair kerana pintu peti ais tak tutup rapat..plus dgn kesukaran nak ajar keluarga tolong handle EBM dlm masa singkat.
Panggilan kursus agak adhoc la masa tu. then saat anak berusia setahun 1 bulan..saya jadi sedikit malas mengepam kerana demand anak berkurang..itu la silap sy..sedangkan saya tau jika demand kurang supply pun akan reduce..
Saat kritikal asyk mengepam harini utk harini..sudah pam terus htr ke taska time tu..Sampai satu thp sy dgn berat hati beli juga susu formula yg paling kecik bungkusannya..sebagai backup di taska semata-mata. Alhamdulillah itu je la yg sy beli.now dah habis susu formula tu sy tak beli lg dh..sbb saya ralat kerana kelalaian saya, sikap sambil lewa sy..misi penyusuan Susu ibu tanpa susu formula tak berjaya.
Tapi start saya beli susu formula juga saya tanam balik azam saya tak nak bergantung sepenuhnya kepada susu formula tersebut..saya upkan balik usaha saya..PP mlm hari..dan yang terbaik saya Marmet kembali. Alhamdulillah saya dah berjaya dapat balik rentak mcam dl..paling kurang 9oz sekali mengepam susu. Kadang cecah juga 12-13oz sekali pam.
Selain itu untuk mengurangkan keletihan dan stress saya amalkan pengambilan suplemen secara konsisten semula..dulu amik suplemen ikut suka aje. Alhamdulillah skrg walau takde stok melimpah ruah dari peti namun saya tau sekurang-kurangnya ia mencukupi utk saya teruskan perjuangan lebih kurang 6 bulan lebih lagi ni. Antara nak dengan tidak aje kan??
Untuk teman-teman diluar sana yang dah berjaya mengharungi detik 2 tahun itu Tahniah saya ucapkan! Untuk yang belum berjaya..jom kita usaha lagi jangan cepat mengalah..dan jangan malas2 macam saya aritu,, Buat mereka yang baru nak menerokai alam penyusuan start la menimba ilmu itu skrg..dapatkan sokongan especially dari suami kita dan keluarga. Terangkan apa kelebihan jika dapat terus menyusu sehingga 2 tahun sekurang-kurangnya.
Buat yang memerlukan ilmu tambahan banyak leh dapat sumber dari internet ni. Buat yang ade Facebook boleh join group sokongan di FB ni antaranya #bfmembers, Kumpulan Ibu2 Menyusukan (KIM), Kumpulan Sokongan Ibu2 Menyusu. Sangat banyak ilmu yang boleh diperolehi disana. Di laman web pun ada banyak seperti Forum SusuIbu.Com, Ratuhati.com.
Kat sini saya nak kongsikan juga pengalaman benar seorang ibu muda yang agak panik awalnya bila pengeluaran susu makin berkurang. Dia ibu bekerjaya tapi telah berjanji dan berazam nak menyusukan bayinya sekurang-kurangnya hingga 2 tahun. Saksikan apa yang dia sanggup buat demi memenuhi janji dan azamnya pada sikecil tersayang.
Dibawah ni saya petik dari salah satu dokumen di FB KIM. Moga bermanfaat buat anda semua yang baru nak bermula dengan penyusuan susu ibu pada permata hati anda itu.
***************************************************************
Susu saya tidak cukup??
Antara faktor yang mendorong tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya).
Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega".
Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!
Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?
Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal" tidak berupaya untuk menyusui bayinya.
Dengan andaian tiada uri tertinggal dan paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu). Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
klik untuk lebih jelas |
Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.
Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.
Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit.
Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.
Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.
Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.
Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan
*************************************************************
0 komen ditinggalkan:
Catat Ulasan