Memaparkan catatan dengan label breastfeeding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label breastfeeding. Papar semua catatan

7 Fakta Tentang ESP Shaklee Yang Patut Anda Tahu

Sebut sahaja tentang ESP Shaklee, saya pasti sudah semakin bertambah bilangan penggunanya di Malaysia yang semakin berpuas hati dengan kesan selepas pengambilannya. Namun saya akui mungkin masih ramai antara kita yang belum cukup maklum tentang produk Hot Selling Shaklee ini. Apa fakta yang menarik tentang ESP yang patut anda tahu?



Kelebihan ESP | Fakta #1

ESP dihasilkan menggunakan soya berkualiti tinggi, organik dan Non-GMO. Kenapa pentingnya perkara-perkara ini? Ini kerana, soya yang mempunyai ciri-ciri ini tidak akan memberikan kesan yang buruk kepada penggunanya jika diambil dalam kadar yang disarankan. Protein soya non-GMO ESP ini dihasilkan dibawah kawalan proses yang ketat dinamakan IPP (Identity Preseveration Program)
dimana ia dimonitor dan dikawal dari seawal proses penanaman sehingga proses penghasilan ESP itu sendiri.

Soya yang bersifat tidak organik menggunakan bahan kimia, pestisid dalam proses penanamannya dan ia mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat dan ia mengundang pada terjadinya kanser! Manakala soya jenis GMO pula adalah berkualiti rendah dan lebih mudah dihasilkan, tapi ia berisiko menghasilkan toksin yg tinggi. Sebab itu ESP Shaklee dianggap istimewa dan berbeza kerana faktor pemilihan yang ketat dijalankan semasa memilih kacang soya terbaik untuk menghasilkan ESP.


Kelebihan ESP | Fakta #2

ESP Shaklee membekalkan sepenuhnya 9 jenis asid amino perlu dan juga yang tidak perlu. Pentingnya mengambil 9 jenis asid amino perlu ini kerana ia tidak mampu dihasilkan oleh badan manusia itu sendiri dan perlu didapatkan daripada makanan/minuman contohnya seperti ESP ni. Asid amino yang menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel. Ia benar-benar penting untuk kesihatan.
 



Jika anda tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet anda, kesihatan anda boleh terjejas. Asid amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon. 


 Kelebihan ESP | Fakta #3

Proses penghasilan ESP menggunakan air sejuk untuk mencuci kacang soya terpilih itu, bukan menggunakan campuran alkohol seperti kebanyakan produk komersial soya yang lain. Soya yang dicuci menggunakan air akan mengekalkan nutrisi terbaik yang ada pada soya tersebut termasuklah isoflavone. Isoflavone merupakan sebatian phytoestrogen yang mempunyai ciri antioksidan yang menghalang dari terjadinya kanser payudara dan kanser prostat. Phytoestrogen dalam soya melindungi tapak reseptor sel dari xenoestrogens dan mana-mana sebatian estrogen yang tidak diingini.

Tidak banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan produk berasaskan soya menggunakan kaedah pencucian dengan air kerana ia lebih tinggi kosnya. Shaklee telah memperuntukkan banyak kos untuk memberikan hasil yang terbaik dalam produk ESP nya.


Kelebihan ESP | Fakta #4 

Bahan anti-tiroid dan anti-pertumbuhan dalam soya disingkirkan. Dr Shaklee adalah orang yang telah menemui kaedah untuk melakukan hal ini. Dalam soya yang mentah mengandungi enzim anti-tyrosine, dan kaedah mencuci kacang soya dengan menggunakan air akan mengekalkan enzim tersebut.


Kelebihan ESP | Fakta #5

Proses penghasilan ESP tidak menggunakan cara pemanasan dengan suhu yang tinggi. Selain ia merosakkan protein pada soya tersebut ia juga mengakibatkan tiada lagi isoflavon yang tinggal. Sebagai contoh , sos soya dan minyak soya tidak mempunyai isoflavon yang tinggal sama sekali. Dalam usaha untuk membuat " protein sayuran bertekstur a.k.a Textured Vegetable Protein (TVP) ", ia dimasukkan melalui suhu yang tinggi, proses stim tekanan tinggi yang menyebabkan soya itu menjadi karsinogen atau penyebab kanser . TVP adalah apa yang digunakan dalam daging pengganti soya dan harus dielakkan . Jadi, jika anda menelan soya komersial yang terlebih masak (dipanaskan dengan suhu tinggi), ya ia akan menyumbang kepada sel-sel kanser yang terbentuk dalam badan.

Disebabkan itu juga kita tidak menggalakan anda membancuh ESP dengan air yang bersuhu tinggi (air mendidih).


Kelebihan ESP | Fakta #6

Pengambilan ESP mengikut sukatan yang disarankan mampu mengurangkan paras kolestrol yang tinggi. Berbeza dengan protein daripada daging, telur mahupun produk tenusu, ESP adalah rendah lemak dan juga bebas kolestrol. Soya telah terbukti untuk mengurangkan paras kolesterol yang tinggi - sekitar 10% - dalam banyak kajian . Ujian klinikal terkawal telah mendapati bahawa 25 gram soya dalam diet harian boleh mengurangkan tahap kolesterol LDL sementara mengekalkan HDL kolesterol. Ia juga menghalang pembentukan plak , melambatkan pertumbuhan plak yang ada , mengurangkan risiko pembentukan darah beku , menurunkan tekanan darah, dan meningkatkan keanjalan saluran darah. 

3 sudu besar ESP memberikan 14g protein soya isolate.



Kelebihan ESP | Fakta #7

ESP Shaklee telah ditambahkan dengan kalsium yang membekalkan 500mg kalsium dalam sukatan 3 sudu besar sehari. Soya isolate dalam serbuk protein mesti ditambah dengan kalsium (ini kerana ketika minyak dari soya dikeluarkan ia menjadikan makanan berasid - apabila kalsium ditambah ia menjadikannya bersifat neutral semula.

************************************************************
Rujukan: Soy confusion

Disebabkan ESP memenuhi 7 ciri-ciri asas pemilihan soya yang selamat ini, ESP memberi kelebihan yang besar kepada penggunanya. Ramai pengguna ESP berpuas hati dengan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang yang mereka perolehi selepas konsisten dengan penggunaan ESP. Jika anda juga ingin menikmati keenakan rasa asli protein isolate ESP ini, boleh la membuat order direct melalui klik butang belian di bawah. (Untuk pembelian menggunakan kredit kad/debit kad sahaja)
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b7b12758057611429c53e417bf920882
 TAPI...JIKA ANDA INGIN LEBIH PENJIMATAN SEHINGGA 25% BAGI BELIAN PRODUK SHAKLEE boleh lah mendaftar sebagai ahli Shaklee di SINI. Pembelian secara pindahan tunai (Cash Transfer) dan juga COD ( Cash On Delivery) juga disediakan untuk yang berdekatan.




MAHU LEBIH PENJIMATAN LAGI?? BELI 6 PERCUMA 1 untuk promosi bulan Oktober ini.
Dapatkan daripada saya pengedar Shaklee anda yang berdedikasi untuk membantu anda!


SMS/WHATSAPP / CALL: 013-9230280

Breastpump Review | Lacte~Duet Electric Breastpump yang awesome!

Hari ni saya nak buat sedikit review / perkongsian pandangan saya tentang pam susu Lacte Duet yang saya gunakan selepas kelahiran Irdina Zulaikha, anak ketiga saya. Bersemangat nak terima baby baru, seawal bulan 2 saya dah start survey breastpump baru. Due date kelahiran bulan 5. 

Actually ini bukan pam susu pertama saya pakai tapi yang keempat dah. Yang terakhir pakai Spectra 3 (S3) masa menyusukan Humaira. Alhamdulillah banyak jasa pum tu tapi sebab rasa gedik sangat nak cuba jenis dual phase electric breastpump, maka setelah beberapa jenis yang saya survey ini lah yang paling memikat hati saya dan juga dalam bajet saya ketika itu.
 
My Lacte Duet di sebelah tangan si debot comel saya ~ Irdina

Alhamdulillah ia satu pembelian yang berbaloi bagi saya, walaupun awalnya ada rasa berbelah bagi nak beli atau tidak sebab saya masa tu fikir nak sambung cuti lepas habis cuti bersalin atau tidak. Sebab bagi saya kalau nak duduk rumah aje, keperluan terhadap pam elektrik (double pum plak tu) bukanlah satu keutamaan yang tinggi. Pakai pam sebelum ni pun dah ok kut. 

Tapi memikirkan saya tetap akan naik kerja balik awal tahun hadapan, tak salah kut saya nak beli lagi. Tambahan pula S3 saya memerlukan saya menghantarnya pergi ke servis terlebih dahulu jika nak guna balik. Sebab performancenya dah makin kurang la sejak dah lama jadi tukun bila saya mula stop aktiviti pam di ofis sejak Humaira mencecah usia 2 tahun lebih. Just direct feed aje waktu dirumah. Waktu kerja dah mula tukar ke FM slowly masa tu. So S3 saya tersimpan rapi dibeg tanpa dipeduli sangat.


Apa yang anda akan dapat jika membeli satu set pam ini?

Seperti mana namanya Duet~maka ada dua botol, dua corong la untuk kegunaan belah kiri dan kanan. Bahagian yang ada diperbuat dari bahan yang bebas BPA. Penting ni ciri-ciri BPA-Free.

Corong pam plastiknya mempunyai getah silikon yang boleh diceraikan part-by-part. So ia lebih mudah untuk simpanan tapi part nak guna leceh sket la berbanding S3 saya dulu yang sekaligus aje corongnya.Yang part membran aje berasingan bagi pam S3.

Yang Lacte Duet boleh pisah part by part. So kebarangkalian untuk ter'missplace' tu ada kalau anda seorang pelupa.Hihihi. Tapi dari sudut positifnya ia lebih mudah dicuci dengan bersih.


Aksesori corong pam yang boleh diceraikan pada beberapa part dan botol serta tubing (aksesori asal)
Jika nak dibandingkan saiznya dengan S3 memang Lacte lebih kecil dan ringan la. So sangat convenient nak dibawa ke mana-mana. 

Tapi kalau nak banding dengan Medela FreeStyle (FS), Medela punye lebih compact sket lagi. Average saya boleh katakan tentang saiznya not so bulky but not too little. Pegang satu palm pun ok lagi. 

Dah namanya electric breastpum of course la kena sambung pada kuasa elektrik nak gunakannya. Takde bateri macam FS tapi yang best ia still boleh mobile

Nak mobile camne? Boleh pakai power bank aje nak gunakannya. Power bank yang cucuk nak charga handphone tu ke? Ye..yang seangkatan dengannya pun boleh. Asalkan anda ada adaptor USB la. SO it is still a mobile breastpump too. 

Saya dapat kabel power bank tu percuma dari penjualnya hari tu. Paling best sebab ia tak consume banyak power pun, dalam 20-30 minit saya pakai menggunakan powerbank 10000mAh, ia hanya menggunakan dalam 1% - 2% aje dari penggunaan kuasa dari powerbank. Jimat kan? Still boleh charge telefon berkali-kali juga lagi sambil mengepam. 

Saat saya mengepam siang tadi saya sedang menghadap laptop sambil buat kerja sambil mengepam dan saya cucuk kabel USB tu ke laptop aje. Memang convenient kan? Kat laptop pun boleh cucuk kasi power kat pam..hehe. Adaptor asal yang dapat saya baru gunakan sekali dua aje kut. Jarang pakai power elektrik direct ni.

Pilihan penggunaan kabel adaptor - nak jenis plug adaptor (aksesori asal) atau USB adaptor (Freegift)

Dari segi paparan luaran, Lacte Duet ada beberapa butang yang memainkan peranannya masing-masing. 
1) Butang power On/Off.
2) Butang pilihan dual phase- Simulation @ Expression
3) Butang + untuk tinggikan speed sedutan
4) Butang - untuk rendahkan speed sedutan
5) Butang pilihan dual pump / single pum Left or Right

Haa...ni la antara ciri yang saya tertarik hati nak cuba pam ni. Selain dari konsep dual phase macam FS juga, ia juga mempunyai pilihan single or double pam. Nak kiri or kanan saja pun boleh pilih. 

Memandangkan tubing dia asing2..takde Y or T connector pada tubing so ia memastikan level suction single or double tetap sama, takde istilah bila ON sebelah je, suction jadi lagi power. Kiranya pilihan single or double, level of suction tetap maintain hebat. 

So kalau nak buat tandem pumping (menyusu anak sekaligus pam susu disebelah lagi) pun takde hal la.. Boleh aje! Kalau S3 pula bila kita pilih jadi single pum, suction level akan lebih power. Sebab disambung pada satu pam yang sama aje.. walaupun tubing asing-asing. Lacte Duet ibarat 2 pam dalam satu housing! Menarik kan? Sebab tu saya terbeli...hehehe.

Jika anda rajin survey dionline, anda boleh buat pilihan untuk membeli pam ini secara set tunggal (pam dan aksesori dalam satu kotak shj) ataupun pembelian secara pakej yang mana lebih jimat biasanya. Pembelian secara pakej anda akan diberi pilihan beberapa pakej mengikut penjual la. Macam saya ni, beli secara pakej yang mengandungi perkara berikut:

1 unit of Lacte - Duet Electric Breastpump worth RM499.00 
1 unit Autumnz Posh Cooler Bag worth RM55.90 (which can fit the pump well) 
10 bottles of Bumble Bee PP Milk Storage Bottles worth RM38.90 
3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00 
1 year Warranty 
Free Gift from Kedai Kecil DL (USB adaptor)

Semua sekali berjumlah RM540.00 including Free Postage.

Kalau rajin survey atau beli masa promosi tertentu mungkin anda boleh dapat lagi murah kut! Macam saya ni malas nak survey banyak sangat. Saya dah tetapkan range harga yang nak dicari, serta spesifikasi paling memenuhi kehendak saya la.


 
Rupa camni la cooler beg pilihan saya. Cantik kan?




Susu perahan pertama kali pakai pum ni pada hari ke3 kelahiran Irdina ~ dalam 1.5oz je
Gambar diatas menunjukkan hasil susu perahan pertama menggunakan pam Lacte Duet ni. Masa ni baru aje masuk hari ketiga. Saya dah mula rasa bengkak tapi susu takla meriah lagi masa ni. Cubaan pam dapat la 1.5oz. Namun 1.5oz yang cukup berharga tu, susu pekat warna kuning keemasan lagi tu menunjukkan kaya dengan kolostrum masa tu.

Takde dipengaruhi dengan suplemen berwarna kuning seperti B complex, sekadar Ostematrix (kalsium magnesium) sahaja buat masa tu. Mungkin juga sebab masih awal dan juga dalam proses mencari keserasian dengan pam baru maka jumlah susu yang keluar pun masih malu-malu juga. Apepun Alhamdulillah, jika takde permulaan yang sedikit camne nak jadi meriah kalau tak diberi rangsangan kan?

Hasil mengepam setelah dah 4 bulan+ si Irdina, lama dah asyik direct feed aje sejak mama cuti panjang

Dan petang semalam setelah Irdina mencecah 4 bulan lebih (kira2 3 bulan dah tak mengepam kut) saya akhirnya pasang balik pam tadi gara-gara si kakak Humaira yang buat permintaan nak rasa susu mama dalam botol.

Dah lebih setahun wean off tetiba minta, sian sangat nangis2. Ingat bagi sket untuk dia, sket lagi buat praktis adik Irdina minum, last2 hampir semua dia minum. Si adik minum sket aje. Setelah sesi direct feed hingga Irdina tertidur baru mulakan aktiviti mengepam susu, Alhamdulillah dapat la dalam 4oz+ dalam 20 minit mengepam setelah sesi direct feed sebelumnya.

Lama dah tak rangsang pengeluaran susu lebih banyak, sekadar ikut demand Irdina aje dalam beberapa bulan yang berlalu. Sekarang kena rutinkan balik la, sebab tempoh cuti saya pun dah tak lama lagi dah. 2 bulan setengah aje tinggal. Huhu...why time flies so fast hah? Kena ajar dia minum susu ibu thru botol susu pulak.

Bagaimana dengan bunyi pam ni? Kuat, sederhana atau slow aje?

Kalau tanya saya, secara terangnya saya cakap takdelah senyap terus~ still ade bunyi suction tapi agak lembut juga la. Tapi insyaAllah tidakla sampai mengganggu ketenteraman orang lain. Kalau tutup dengan kain mungkin hilang sket bunyi tu. Tidaklah seteruk bunyi motor yang macam mesin rumput ke,hihi.. Ia juga punyai suction level sehingga 9 level. Meh tgk video yg saya rakam ni.

 

Andai kata anda rasa dual pam terlalu sukar untuk anda handle serentak, haa..Lacte juga ade Solo Pump sekarang. Pasti harga pun lebih murah la. Jangan tanya saya harga ye, saya pun tak pasti yang Solo ni. Tapi ianya juga pasti sehebat Lacte Duet cuma kurang satu corong pam sahaja.

 
Comel tak Lacte Solo?
Okey, so itu saja lah review  saya tentang breastpump Lacte Duet yang awesome juga la bagi saya. Dengan harga masih mampu milik walaupun kena la menabung juga nak memilikinya. At least tak cecah ribu ringgit dengan spesifikasi yang ada tu. SO NICE la dapat memiliki pam ni. Siapa pakai Lacte Duet juga boleh say Hi di ruang comment? Nak juga tau ape feeling anda pakai pam susu ni.
Best ke?



Vitamin Shaklee yang pertama kali saya makan | Hari 4 ~ Cabaran 7 Hari Entry

Cabaran 7 hari entri bersambung lagi. Hari ni saya akan berkongsi mengenai 'Vitamin Shaklee yang pertama kali saya makan'. Pertama kali saya mengenali dan mencuba produk Shaklee adalah pada tahun 2010. Semuanya bermula pada episod kehamilan kali kedua. Semasa mengandungkan Humaira masuk trimester ketiga saya mengalami masalah yang biasa dilalui kebanyakan ibu2 yang hamil iaitu otot kaki kejang @ simpul biawak org namakannya- terutamanya malam hari sewaktu tidur. Ia sangat tidak menyelesakan bagi ibu2 yang perutnya dah makin besar sukar nak capai kaki sendiri bilamana keadaan ni berlaku. Lagi la kdg2 suami saya kerja shift malam, takde orang lain utk saya harapkan bantuan melegakan sakit tu. 
 
Otot kaki kejang ketika hamil agak menyakitkan lebih-lebih lagi bila perut sudah semakin besar
 Masa mengandungkan Lutfi dulu takde pula jadi cramp mungkin sebab saya rajin sket paksa diri minum susu masa tu. Dapat pula susu free klinik bagi masa tu hihi..minum je la kan. Bila pemeriksaan bulanan tiba saya nyatakan pada nurse dan doctor yg saya jumpa. Mereka sarankan saya mengambil lebih kalsium+magnesium kerana keadaan ni berlaku selalunya sebab ibu hamil kurang bekalan nutrisi tu. Tapi kali ni klinik yang saya pergi tak bagi susu free dah..kena beli sendiri aje.

Selain pengambilan susu yang saya tidak berapa gemar sangat masa preggy tu, saya perlu ambil pemakanan lain yg kaya dengan kalsium juga seperti yogurt, cheese dan sayuran serta kekacang tertentu. Alternatif lain yg mudah dimakan mereka mencadangkan saya mengambil pil kalsium. So bermula la pencarian saya diinternet melalui Google, pil kalsium mana yang agak bagus dan memenuhi keperluan saya masa tu. Saya terjumpa beberapa blog tak ingat dah sape punya blog(masa tu belum famous sgt Shaklee di online-blog2 ni) yang mempromosi set kehamilan Shaklee untuk ibu hamil dan antara vitamin yang dicadangkan termasuklah pil kalsium+magnesium a.k.a Ostematrix.

Saya berfikir-fikir juga nak ambil set complete atau cukup pil ini sahaja memandangkan masih banyak pil vitamin yang klinik bekalkan. Kalau boleh dapat yang free mengapa saya perlu beli lain, itu yang saya fikir masa tu. Hihi... Tapi lepas buat calculation balik mungkin saya perlu pil-pil vitamin ni selepas bersalin pula, masa tu klinik pun tak bagi free dah kut. So saya beli bbrp pil lain juga tapi yang lucunya saya simpan dulu lain-lain tu. Satu-satunya yang saya makan masa tu adalah Ostematrix. Konsisten saya makan lebih kurang seminggu ke dua minggu camtu lah, akhirnya saya perasan perubahan yang berlaku yang sangat ketara - TIADA lagi episod menyakitkan otot kaki kejang @ simpul biawak tgh mlm ni. Kalau tidak, seminggu tu mesti beberapa kali saya kena. Nangis kadang2 tahan sakit. 

Terima kasih Allah, temukan saya dengan penyelesaian masalah yang menghantui saya masa tu. Lepas 2 minggu saya perasan juga saya tidak sukar membuang air besar seperti sebelum ni. Kurang masalah sembelit dah walaupun masih lagi makan pil iron klinik tu tapi sembelit dah berkurang.  Hinggalah dah dekat nak bersalin baru saya mulakan dengan vitamin lain yang saya beli dalam set tu. Lama simpan tu. Hihi.. tapi masa tu kewangan takdelah bagus sangat untuk memudahkan saya repeat order lagi dan lagi. Agak2 macam masalah tu nak timbul baru rasa nak order lagi. Tapi satu perkara yang sudah lekat diminda saya masa tu - OSTEMATRIX MEMANG AWESOME! SHAKLEE MEMANG SERASI UNTUK SAYA!

Walaupun masa tu tak tergerak hati lagi nk amik tau pasal keahlian Shaklee tapi Ostematrix la telah membuka hati saya untuk lebih amik tau tentang kelebihan produk Shaklee yang lain pula. Ya, saya jatuh cinta dengan produknya sebelum saya bergelar ahli dan pengedar Shaklee lagi. Alhamdulillah pertemuan yang tidak disangka memberi asbab untuk saya lebih sihat dan memberi penyelesaian masalah saya ketika itu.

So kalau ada ibu2 diluar sana yang mengalami masalah cramp kaki yang berlanjutan hampir setiap hari, atau ada masalah sembelit yang agak ketara menyukarkan pelawasan anda saya sangat mencadangkan anda cuba lah Ostematrix Shaklee ni. InsyaAllah anda gerenti puas hati dengan kesan positif yang akan dirasai tu. Sebaik-baik kandungan pil kalsium adalah yang digabungkan dengan zat magnesium juga dalam nisbah yang disarankan. Apa yang dibekalkan dalam 4biji Ostematrix Shaklee?


Jika anda mengalami masalah yang sama - selalu cramp kaki dan juga sembelit tetapi anda BUKAN ibu yang sedang hamil, YA Ostematrix juga dapat membantu anda mengatasi masalah ini. So jangan ingat Ostematrix hanya untuk ibu mengandung aje ye. Kanak-kanak yang sudah bersekolah dan mampu menelan pil sendiri juga boleh mula mengambil pil Ostematrix ni sebagai ganti sekiranya tidak minum susu lagi untuk keperluan tumbesaran dan ketinggian mereka nanti. Mereka yang cukup kalsium seawal remaja tidak akan mengalami masalah ketinggian terbantut insyaAllah.

Berminat nak cuba Ostematrix Shaklee? Laju-laju hubungi saya seperti nombor yang tertera dibawah ye:

013-9230280 (IDA)


Jus daun betik sebagai penawar merawat demam denggi

Selalu kita dengar antara tips dan petua tradisional yang boleh dilakukan sebagai penawar kepada demam denggi antaranya minum air suam/isotonik banyak2 bagi mencegah kehilangan air yang melampau dalam badan, makan sup ketam dan hirup kuahnya, minum jus daun betik, jus pegaga, jus kurma, jus kiwi dan pelbagai lagi. Harini rasa nak sharing sedikit info mengenai penawar bagi demam denggi yang jarang-jarang orang nak cuba tapi telah diakui oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IRM) dari KKM akan keberkesanannya iaitu JUS DAUN BETIK.


Kalau sebelum ni macam takde ujian lanjut la mengenai kesahihan jus daun betik mampu menjadi penawar demam denggi ni. So skrg pihak IRM dah pun buat ujian klinikal dan mendapati jus daun betik mampu meningkatkan bilangan platlet (sel darah kuning) dalam badan pesakit. Bacaan platelet normal mestilah diatas paras 150. Oleh itu ia mampu dijadikan penawar sampingan bagi merawat kes demam denggi ini.


Berikut adalah pamplet bergambar yang baru dikeluarkan oleh pihak IRM KKM untuk tujuan sebaran mengenai cara penyediaannya. Pemilihan daun betik yang matang untuk dijadikan jus mampu memberi kesan positif bagi pesakit demam denggi. Cumanya tinggal nak telan ke tak aje, maklumlah rasanya pasti amat2 la kelat jusnya kan? Tapi ubat mana yang rasanya sedap selalu kan? Pahit itulah penawar. Hanya perlu ambil dua sudu besar sekali sehari dan diulangi selama 3 hari berturut-turut, insyaAllah tumbuhan ciptaan Allah ni mampu membantu menaikkan kembali nilai bacaan platelet pesakit demam denggi.




So boleh cuba bagi mereka yang ingin mencari penawar bagi merawat demam denggi mereka. Tapi harus diingat ini cumalah rawatan sampingan sahaja. Andai anda atau ahli keluarga mendapat simptom-simptom demam denggi perkara pertama perlu dilakukan adalah mendapatkan rawatan dari hospital berdekatan. Kenalpasti tahap demam denggi anda terlebih dahulu dan ketahui bacaan platelet terkini. Doktor dan petugas kesihatan akan memantau anda lebih baik berdasarkan situasi semasa anda. Jika ingin menggunakan kaedah rawatan ini bagi kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah sila dapatkan nasihat doktor perubatan terlebih dahulu.

Selain dari penggunaan jus daun betik sebagai rawatn sampingan, pesakit biasa dinasihatkan minum air lebih banyak untuk mencegah dehidrasi. Sebab bila demam denggi melanda suhu badan boleh mencecah ke suhu yang agak tinggi. Ini boleh mengakibatkan anda terdedah pada situasi dehidrasi.


Adakah produk Shaklee juga membantu?
Pada dasarnya tiada produk Shaklee dihasilkan yang dikhususkan mampu merawat demam denggi namun begitu ada dua pilihan produk yang sering menjadi pilihan sebagai rawatan sampingan juga bila terkena demam denggi mahupun demam yang biasa.

Produk yang dimaksudkan adalah Performance Drink yang perlu dibancuh untuk diminum sepanjang waktu anda demam. Kandungan khas campuran opti-lyte elektrolik mampu memberi tenaga segera dan menyokong hidrasi badan yg optimum. So ia sangat bagus bagi mencegah badan anda dari dehidrasi. 

Produk kedua dari Shaklee yang menjadi pilihan adalah Nutriferon Shaklee. Kebaikan produk ini ia mampu merangsang penghasilan interferon semulajadi dari badan anda. Interferon yang terhasil akan membantu meningkatkan imunisasi badan anda melawan jangkitan. InsyaAllah ia bertindak sebagai immune booster anda.
Berikut adalah salah satu testimoni penggunaan produk Shaklee sebagai rawatan sampingan bagi demam denggi dan Alhamdulillah ia memberi kesan yang positif pada pesakit. Kita berikhtiar dulu, selebihnya serahkan pada Allah untuk menyembuhkan.

Melihat pada statistik dalam gambar dibawah, Selangor mencatat bilangan kes yang tertinggi dalam kes demam denggi. Agak menggusarkan bukan? Lebih2 lagi bila kes kematian juga semakin meningkat akibat demam denggi ni. Seharusnya langkah pencegahan itu lebih baik dari mengubati. So mari sama2 alert dengn persekitaran. Jauhi denggi dengan menghapuskan nyamuk aedes.


Sekiranya anda memerlukan produk Shaklee sebagai rawatan sampingan untuk demam denggi boleh hubungi saya ditalian berikut. InsyaAllah saya sudi membantu yang terdaya.

IDA 013-9230280

Diari kelahiran:Irdina Zulaikha

Dah lama nak mencoret momen kelahiran anakanda ketiga ku ini..tapi sering aje ditangguh-tangguh. InsyaAllah akan cuba refresh balik memori detik-detik menunggu kelahiran puteri kedua merangkap anakanda yg ketiga dlm family kecilku. Ada yang masih segar diingatan, ada yang dah agak-agak lost la juga..Hihi. Baby Irdina dah cecah usia 4 bulan baru mama nak kongsi cerita pasal dia. Huhu.. Cerita yang agak panjang kali ni. Sabar je la klu nak baca ye.

Close-up: Irdina di hari pertama kelahirannya...Wangi baby ketara sangat masa ni. SUKA!
21/05/2014 - Rabu
It is my EDD that day. Kiranya genap 40 weeks la pada hari tersebut mengikut perkiraan doktor berdasarkan Last Menstrual Period (LMP) ku dulu. Sepatutnya seawal pagi lagi dah gerak ke Hospital kena serah diri disebabkan status GDM ku untuk pregnancy kali ketiga ni. Tapi aku lengah-lengahkan sampai tengahari.

Selepas lunch kami suami isteri gerak ke Klinik Al Farabi, dapat no giliran tunggu aje la sampai turn kami. Aku pun dah lupa siapa nama doktor yang bertugas masa tu..hihi. Yang pasti bukan doc yang biasa attend aku la masa monthly checkup sebelum ni.

Selepas diteliti rekod ku, sedikit bebelan keluar dari mulutnya..haha. Agak dah. Katanya aku patut gi serah diri awal-awal pagi lagi ke Hospital sebab status GDM ni klu belum ada tanda sakit nak bersalin aku kena induce supaya tak overdue. Bimbang risiko pada baby katanya.

So klu nak kena induce sepatutnya aku dah kena serah diri sehari sebelum atau paling lewat awal pagi hari due date tu. Supaya proses induce dapat dibuat awal. Aku yg dah agak familiar dgn situasi tu masa first pregnancy dulu mmg saja la jugak pegi lewat sket je tu.

Memang saja lewatkan hari pergi sebab ada sedikit cuak dihati..sebolehnya nak juga ada tanda nak bersalin muncul dulu. Tapi memandangkan no blood show dan ketuban pun takde tanda leaking ape..nak tak nak hari due kena la pegi kan.

Niat awal nak bersalin di Hospital swasta aje kali ni. Pilihan aku nak ke Hospital Pakar MUIP Kuantan asalnya. Siap dah standby duit sebagai anggaran kos untuk bersalin secara normal kat sana. Tapi memandangkan aku ada history baru dlm pregnancy kali ni... GBS +ve (GBS= Group B Streptococcus) masa minggu ke 28 pregnancy, walaupun repeat test pada minggu ke 35 aku dah takde kuman GBS tu (-ve la kiranya result GBS tu)...tapi as precaution diorang mesti treat aku as patient with GBS+ve juga.

Dekat Hospital Pakar MUIP tu takde ramai paed (doc pakar kanak-kanak), hanya sorang aje. Kelengkapan pun limited untuk bayi jika ada masalah masa lahir. Dan memandangkan GBS dikira agak berisiko tinggi untuk bayi yang bakal lahir..not to mama yang melahirkan ni. So diorang suggest aku pegi ke Hospital kerajaan aje la. 

Maka dah jam 6 ptg baru dapat gerak ke HTAA Kuantan. Pegi la aku ke Pusat Bersalin Risiko Rendah kat HTAA tu dulu utk screening..buka fail ape sume dulu. Lama gak nak settle, nurse nak buka fail, cek tekanan darah, tanya history serba sedikit ttg pregnancy kali ni..masuk Maghrib. Solat maghrib kejap kat surau wad bawah tu je. Then tunggu lagi untuk proses VE (cek bukaan serviks) baru 1 cm kata doc perempuan yg buat tu.

Aku dah berdebor takut kena dengan doc lelaki pelatih yang ade situ. tapi Alhamdulillah, doc perempuan yg buat keje2 cek tu. Doc lelaki pelatih tu byk catit itu ini aje la keje dia. Smtra nak tggu dapat katil dan masuk wad, aku minta izin nak gi dinner dulu dengan husband dan anak-anak. Kat restoran belakang hospital tu aje.

Kira2 jam 9pm baru aku dapat naik ke wad atas, mula2 aku ditempatkan ke Wad kelas 3 aje sebab aku tak bawa GL. No hal la bab tu..janji dapat katil bukan ditempatkan tah mana2 aje kan. Then dah settle husband dan anak2 balik aje la. Aku pesan kat husband esok pagi datang la bawak mknn/minuman..sebab aku cuma dtg bawak pakaian aku dan baby dlm perut aje. kut rasa nak mengunyah or dahaga ke mmg kena tunggu waktu makan aje la. Takde bawa backup lgsg time tu.

First procedure lepas dapat katil of course la kena buat CTG kat situ..nak pantau jika ade surge dan juga keadaan heart beat baby. Everything so smooth la...heart beat baby cantik.. surge tak ketara pun lagi. dlm 20 minit baru ade sekali..tu pun very mild surge aje. abis episod ari first tu.

Malam aku tdo lena aje la..tak sakit ape kan.. cuma tak brp nak lena juga sebab jiran katil sebelah asyik duk berbunyi2 mengaduh menahan sakit kontraksi. Tapi aku cuba tido la sebaik mungkin..kut2 esok tiba giliran aku start sakit...mana ada nak fikir tidur dah kut kan?



22/5/2014 - Khamis
Selepas Subuh, mandi siap2 dapat breakfast sudah..mihun goreng, husband dtg bawa makanan dan minuman lagi.. termasuk air zam zam, kurma. Sementara menanti doctor membuat pemeriksaan pagi tu aku duk mundar mandir aje kat balkoni...jalan2 kejap..squatting kejap. Lebih kurang pukul 11pg doc buat VE..dah 3 cm katanya. So tak perlu induce..sepatutnya plan awal kena induce sebab aku ade GDM dan dah sampai due dah.

Alhamdulillah dengar plan doc tu dia kata aku takkan diinduce memandangkan jalan dah buka 3 cm, dan tggu progress aje la, lagipun bukan anak first so dia assume maybe tak lama la tu. Klu progress slow baru doc akan drip untuk cepatkan bukaan. Yang pasti contraction aku slow je masa tu..petang Hubby balik amik anak2 yg ditinggal kat taska untuk jagaan. And the day past just like that..Aku kebosanan juga sebenarnya tapi tak lena tdo. Jam 3 pagi baru betul-betul mata ni lelap.



23/5/2014- Jumaat
Jam 6 pagi aku terjaga dari tidur. Bersiap untuk mandi dan solat Subuh. Cuma aku pelik pagi tu baby dalam perut macam takde gerakan langsung. Biasa Subuh2 dia la tolong kejut dengan gerakan aktifnya. Aku gosok2 perut, tepuk2 manja gtu masa mandi, tapi langsung takde tindakbalas semula. Aku jadi takut seketika. Perut aku memang mengeras sangat2 tapi pergerakan baby langsung aku tak dapat detect.

Cuak., risau, cemas sume perkara aku rasa saat tu. Cuba tenangkan diri dengan pergi bersolat dulu. Kalau lepas sejam langsung takde gerakan aku decide nak inform nurse kat wad. Nak btau terus masa tu takut aku je yg cuak lebih sebenarnya. Aku cuba bertenang.

 Alhamdulillah dalam sejam lepas tu baru la terasa kembali gerakan halus baby dlm perut tu. Bimbang juga kan dengar citer macam2 tentang ibu yang memang tunggu masa nak bersalin aje tapi akhirnya kehilangan baby sebab tiba2 aje baby dah tak bergerak. Lagi la aku masuk kategori ibu yang berisiko kali ni. GDM+GBS.. Haa..byk tul cubaan timbul. 

Aku call husband suh datang awal sket hari ni. Aku mnta husband urus hal GL. Tanya kat nurse ade katil kosong tak utk wad kelas dua or kelas satu. Diorg suh aku kemas2 je dl.klu ade kosong diorg akan pindahkan aku nnt. Mak ayah juga dtg dari Terengganu. Kebetulan cuti hujung minggu dah kat sana kan. Lepas solat jumaat nurse cakap ada katil kosong di wad kelas 2. Pindah katil pastu.

Tiba waktu melawat mak ayah aku datang ke wad dengan adikku sorang. Aku sembang2 dengan mak, minta petua la, minta dia doakan aku mudah bersalin, cepat2 dapat kuar hospital sementara diorang ada kat Kuantan ni boleh tolong jaga anak2 aku yang berdua tu klu sampai masa aku nak bersalin nanti.

Paling takleh lupa...ada dapat call dari prospek yang tetiba nak join keahlian Shaklee dan beli produk. Aku tanya la dia dari mana, dapat no contact aku pun dari mana.. Orangnya duk Rawang, dapat no aku dari google katanye.

Kiranya jumpa blog mamalutfi ni la kan? Alhamdulillah...dalam duk tahan sakit contraction sket2 tu aku layan je segala pertanyaan dia. Bila sambung berSMS aku inform mybe aku amik masa sket bbrp hari utk daftarkan dia, sebab aku tgh tggu masa nak beranak aje time tu. Terkejut dia. sebab katanya dengar suara aku tak macam orang tahan sakit pun. Hihihi...kenangan sungguh! Memanglah time tu contraction mild2 aje...nak sembang2 boleh je.

Habis waktu melawat, mak ayah, adik aku dan en Suami beserta anak2 pun balik umah je la. Tggl ler daku menunggu masa bila la sakit contraction tu akan betul2 tiba. Memang takde sakit yang betul2 sakit lagi la kiranya..setiap waktu solat aku boleh solat dengan selesa je lagi. Tak perlu guna kerusi sume..Memang solat cara biasa aje.

Lepas Isya malam tu aku decide nak solat sunat hajat dan Taubat sekali, mohon doa moga Allah ampunkan dosa2 ku sebelum sampai masa aku nak bertarung dengan kesakitan sebenar nanti. Aku doa semoga kelahiran kali ni disambut oleh staff perempuan semuanya.

Cukup la dengan perasaan malu kena hadap doc lelaki masa anak2 sebelum ni. Dengan en suami pun aku mohon maaf jua, pinta dia solat sunat hajat mudahkan aku lalui proses besalin yg belum tau lagi bila nak tiba tu.

Dalam jam 10 malam, nurse datang ke katil inform suh aku kemas beg sekali lagi, ade katil kosong diwad kelas satu katanya. Nanti lepas doc buat VE  dia akan hantar aku pindah ke wad sana pulak. Alhamdulillah....first time in mylife ni, bersalin kat hospital gomen dapat merasa duk ketiga2 kelas wad yang ada. Merasa pengalaman yang cukup berharga tu. 

Dalam jam 11 malam, nurse panggil nama suh tunggu di bilik pemeriksaan. Doc nak cek progress bukaan jalan camne. Ade bbrp lagi ibu2 lain kat sana. Sampai turn aku, doc perempuan yang buat prosedur VE tu. Katanya progress aku agak slow, baru 4cm bukaan.

Aku agak dah..Penat jalan mundar mandir keliling katil 1cm je progress. maybe sebab tu juga kesakitan aku pun slow aje.. Sebab dari pengalaman dua anak sebelum ni, bukaan akan jadi cepat bilamana kontraksi aku agak kuat.

Doc tu buat keputusan untuk lakukan proses membran swipe, dalam kata lainnya macam bantu bukakan jalan la katanya. Actually aku tak suka part ni sebab ia agak menyakitkan..dan tah cemana la doc tu punye keje...tetiba aje dia 'terpecahkan' ketuban aku time dia swipe tu.

Terkejut kejap dia..aku pun lagi la terkejut. Rasa nak marah la juga kan. Memang banjir abis la masa tu...aku bila ketuban dah pecah tu aku agak cuak dah..memikirkan pasal GBS. Doc tu suh HO pasang jarum drip tu utk cucuk antibiotik kat tangan aku. Nasib drip antibiotik je bukan drip pitocin..klu tak tak tau la ape rasa.

10 minit lepas ketuban pecah kontraksi aku mendadak bertambah kesakitannya. Air ketuban pula tak berhenti kuar setiap kali kontraksi dtg. Nurse suh aku siap2 nak sorong pegi labor room. Aku ckp nak call husband dulu suh datang, sebab aku yakin aku akan bersalin malam tu juga dari kadar kesakitan aku rasa tu.


Sempat juga aku telan air zam zam dan kurma beberapa biji dlm menahan sakit kontraksi tu. Beg2 sume dah kemas, dari asalnya nak ditukar ke wad kelas satu aku terus ke labor room la plak. Tggu en suami datang je amik beg yang dah kemas2 tu utk bawa ke wad kelas satu lepas selamat bersalin nanti kata nurse.

Masa nurse sorong aku ke labor room tu jam dah 12 mlm. Aku berdoa sangat2 moga husband sempat sampai dan dapat temani aku dalam labor room nanti. Bukan ape, ni first time untuk dia tau! Dua anak sebelum ni dia miss nak rasai moment ni, melihat sendiri bininya ni bersalin. Sampai2 je dulu tu, aku da selamat bersalin. So kali ni aku berharap sangat Allah izinkan en Suami sempat tiba. Maklum la dari Balok nak sampai ke HTAA adalah dalam 30minit juga tu.



24/05/2014 - Sabtu
Jam 12.15am aku masuk labor room, tukar uniform, naik katil baring dan dipasang strap utk CTG monitor heart beat baby sambil monitor kadar kontraksi aku. Alhamdulillah semua yang duty masa tu perempuan. Sorg doc, sorg midwife, sorg nurse dan 3 doc pelatih semua perempuan.

Syukur Allah bagi aku peluang ni seperti yang aku mohon. Hari2 mohon doa dengan Allah supaya aku bersalin nanti dengan staff pompuan aje tanpa perlu aku rayu2 atau buat request tu kat nurse/doc. Kesakitan yang dirasai selang 5 minit sekali jadi makin kerap dalam masa sejam tu. Aku sempat jeling ke arah mesin CTG..saat kontraksi slow bacaan dalam belas2 atau 20+ gtu je la. Bila ia makin kuat...bacaan makin naik sampai 120+. Mulut tak lekang baca ayat2 doa dan zikir untuk tenangkan perasaan sakit yang mencanak2 tu.

Nurse pasangkan gas etonoks letak atas tangan aku mask nye, katanya kalau aku rasa tak tahan sakit boleh guna mask tu sedut gas. Tapi masa tu aku refuse nak guna, insyaAllah ku cuba handle sebaik mungkin kesakitan tu tanpa perlu ape2 penahan sakit.

Anak2 sebelum ni pun aku tak penah guna ape2 jenis penahan sakit pun. Sume go through aje kesakitan tu. Bacaan heart beat baby agak terkawal tandanya baby tidak dalam keadaan distress. Dalam sejam aje aku masuk ke labor room..kesakitan memang dah memuncak, aku cakap kat midwife tu aku rasa macam kepala baby dah nak keluar, (rasa macam nak meneran sangat2 dan nak terberak pun ada).

Doc yg bertugas minta aku hold kejap. Dia nak masukkan catheter untuk buang urin. Takes time lama plak aku rasa masa tu..katanya pundi kencing aku penuh. mana taknye...sebelum masuk labor room aku pulun minum air zamzam tu nak abis separuh botol 500ml tu ha..haha. tapi saat doc cuba tarik keluarkan catheter tu dengan tambah feeling nak teran sangat dah...tangan aku otomatik tercapai mask gas etonoks tu...adehhhhh...aku tersedut jugak sekali je.

Huhhh!! lgsg tak hilang sakit pun aku rasa. Last2 aku cakap aku dah ready nak teran pun. takyah gas2 lagi dah. sekali tu je la ku sedut tadi..

Alhamdulillah selepas bertarung dalam sejam lebih sket aje kesakitan kontraksi tu. dan sekali push..pada jam 1.24am maka lahir la puteri kedua ku merangkap cahayamata ketiga ku..IRDINA ZULAIKHA nama pilihan hati ku beri.


Seronok tido berbungkus ni kejap aje.. lepas tu setiap sejam terjaga nangis minta susu dan minta dipeluk.
Irdina at 3 months++


Irdina : Penghormatan (Kehormatan kami)
Zulaikha : kecantikan yang menawan

Moga dia membesar menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati kami.

Refresh ilmu di Bengkel Nutrisi Shaklee

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menimba ilmu nutrisi anjuran pihak Shaklee yang dilangsungkan pada 6/9/2014 yang lalu. Bertempat di sebuah hotel berhampiran pantai iaitu di The Qamar, Paka Terengganu. Dulunya dikenali dengan nama Residence Resort Paka.
Alang2 pergi menimba ilmu, aku gunakan peluang ni untuk bercuti bersama keluarga juga. Kebetulan pula husband off day 3 hari. Jumaat-Ahad. Bengkel dijalankan hari Sabtu jam 10am-5pm. So selepas solat Jumaat bersiap2 ptgnya kami bertolak ke Paka dari Kuantan. Perjalanan ambil masa dlm 2 jam utk sampai sebab berhenti untuk makan juga dl seketika di salah sebuah restoran di Sg Ular. Sampai hotel rehat aje la untuk esok hari.

6/9- Selepas menikmati sarapan pagi dengan suami dan anak2, kami daftar utk sesi bengkel pula. Husband tak jadi nak masuk sama sebab peserta yang ada perempuan aje semua. So dia jaga anak2..Lutfi dan Humaira di bilik penginapan kami aje. Irdina aku bawa masuk dalam bengkel nutrisi hari tu. Alhamdulillah behave sungguh dia dalam kendongan Ring Sling hari tu.

 
Dapat la mama dia ni menimba ilmu dgn tenang sket sesi pagi tu. Kami juga dihidangkan dengan Mealshake dan Performance drink sebagai refreshment semasa bengkel. Tapi bancuh sendiri aje la kat meja blkg.hehe..ini memberi peluang buat mereka SID yang belum pernah merasa dua minuman tersebut. Aku dah selalu sangat dah minum 2 tu.hehe.. kami juga diberi satu sachet sorg Cinch Tea mix sebagai tester utk bancuh sdri kemudian. 


Lepas lunch hour, solat kejap sebelum sesi seterusnya mula jam 2.15pm. Aku balik ke bilik lps lunch. Peserta lain solat di tempat yang telah disediakan. Tapi melayan Irdina yang agak cranky sket tghri tu nak menyusu aje aku masuk lewat sket untuk sesi kedua. Lebih kurang kul 3pm gtu la. Then terlepas la sdkt penerangan untuk bbrp produk. Di akhir bengkel ada sesi ujian sket. Kami diberi 25 soalan objektif berkaitan produk2 Shaklee. Semuanya telah diterangkan sepanjang bengkel tersebut. Dah la aku ada miss dengar sket..haha adoilah nasib. Jawab je lah. Soalan objektif aje pun kan? Alhamdulillah end up dapat la 22/25 markah utk ujian tu. Antara 5 peserta yg dpt markah tertinggi haritu. So dapat bawa pulang hadiah sebotol B complex sorg.



Bengkel berakhir disitu haritu..yg tggl mana2 yg nak tanya soalan secara tak formal aje la kat nutrionist Shaklee yang bagi talk aritu iaitu Pn Sarah. Aku takde terfikir nak tny ape2 tapi menyelit gak duk situ kut2 dapat dengar penerangan yg menarik dari soalan org lain..hehe. Dapat ilmu tambahan disitu.  Pn Sarah juga bercerita tentang pengalaman dia sendiri yang amalkan suplemen Shaklee semasa dalam pantang aritu. Katanya kena sembuh cepat2 sebab dalam 2 bulan selepas tu majlis National Conference akan berlangsung. So tenaga kerja semua staff Shaklee amat diperlukan untuk menjayakan majlis tahunan yang gemilang tu. Bersalin secara c-sect pastinya ia cabaran yang besar utk sembuh secepat yang mungkin dlm masa 2 bulan tu kan? Suplemen pilihan utama masa tu katanya Vita C SR dan zink complex tu la.. dia juga mula ambil Vivix selepas habis berpantang 40 hari. Ada juga lain2 peserta yang berkongsi pengalaman mereka juga pada hari tersebut. Suka dapat dengar sharing kawan2 baru hari tu.

Bersama Pn Sarah, nutrionist Shaklee yang bagi talk pada hari tersebut
 

Selesai sesi hari tu dengan membawa ilmu baru dan refreshing ilmu2 yang dah dapat sebelum ni. Dengan bayaran rm40 seorang, dilangsungkan di hotel yang selesa, disediakan makan tengahari yang sedap2, memang Bengkel Nutrisi ni adalah sesuatu yang harus disertai oleh semua SID sekurangnya sekali. Sebab banyak sgt ilmu ttg nutrisi akan dipelajari disini. Orang baru mahupun yang dah lama berShaklee, bengkel nutrisi merupakan ruang utk kita mendalami tentang produk jualan kita. Kalau tak kenal mana nak cinta kan? Pasti sukar nak berkongsi kebaikan produk yang kita sendiri kita tak pasti ape kelebihan dan fungsinya. Nak suggest apa2 pun mesti rasa was was aje kan klu kurang ilmu.

 So buat SID ini lah masanya kita belajar lebih tentang produk jualan terus dari nutrionist Shaklee itu sendiri. Bengkel nutrisi ni hanya terbuka untuk mereka yang dah mempunyai ID shaklee sahaja..pendek kata dah jadi ahli la baru boleh join bengkel ni. Di akhir majlis boleb dapat sijil penghargaan juga tanda kita dah completekan bengkel pada hari tersebut. Mahal ke rm40 untuk menuntut ilmu dihotel dengan jamuan tengahari yang sedap2 tu? Sangat berbaloi ok!! Tak rugi langsung la. Terdapat beberapa sesi setahun ditempat berbeza2 so boleh pilih nak attend mana satu. Tak perlu pegi sume pun takpe. InsyaAllah kalau ade lagi tahun depan dan tiada aral saya akan join lagi utk sentiasa refresh dan tambah ilmu baru dlm bengkel nutrisi ni.

Buat kalian yang nak dapatkan konsultasi tentang produk Shaklee, saya sedia membantu anda untuk jadi lebih sihat! Jangan ragu2 nak hubungi saya untuk pilihan suplemen anda ye. Saya cuba sebaik mungkin untuk suggest pada anda mengikut bajet dan keperluan anda. 

11 manfaat penyusuan susu ibu bagi si ibu

Hari ni ada masa sedikit nak membaca untuk refresh balik ilmu penyusuan susu ibu. Tatkala tengah hamil ni la masa terbaik nak mendalami semula ilmu penyusuan dan info penting untuk proses kelahiran dan selepas bersalin. Al maklum la, ilmu kalau memang dah ada tapi tak refresh memang akan jadi lupa balik.

So kat sini saya nak kongsikan sedikit la manfaat yang akan ibu-ibu perolehi sekiranya meneruskan misi penyusuan susu ibu untuk anak-anak selepas kelahiran mereka nanti. Susu ibu ni bukan hanya nak bagi manfaat untuk bayi yang disusui aje tau! Dengan ibu sekali dapat manfaat tu secara sedar atau tidak. Jom semak apa manfaat yang akan ibu-ibu dapat dengan penyusuan susu ibu ni.


  1. Menguntungkan secara EKONOMI
Betul ke MENJIMATKAN? haa..saat semua benda nak naik harga ni, pilihan untuk meneruskan penyusuan susu ibu pada bayi anda dapat menguntungkan ibu bapa dari sudut kewangan/ekonomi keluarga sebenarnya. Dengan menyusu secara eksklusif, ibu bapa tidak perlu mengeluarkan kos untuk makanan bayi selama minimum 6 bulan. Tak payah pening-pening fikir nak beli nestum ape, biskut bayi jenis ape, nak masak bubur apa...TAK PERLU! Yakinlah susu ibu mempunyai zat dan nutrien yang sememangnya dah cukup untuk keperluan bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Air masak pun tak perlu sumbat hanya untuk memastikan anak kenyang/hilang dahaga. Komposisi nutrien dan kandungan air dalam susu ibu cukup untuk memastikan bayi anda kenyang dan tak dahaga dah jika anda berikan mengikut kehendak mereka. Secara puratanya bayi akan menyusu selama 15-30 minit penyusuan dan setiap 2-3 jam sekali. Ada juga yang lebih tinggi kadar penyusuannya. Jangan risau, susukan sahaja anak anda dengan gembiranya.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana dengan kos yang melibatkan gajet dan kelengkapan untuk mengepam susu,menyimpan susu? Bukankah melibatkan kos juga?

Tidak dinafikan jika anda tergolong dalam golongan ibu bekerjaya khasnya, anda pasti merasakan anda sangat memerlukan gajet2 ini untuk memudahkn niat anda meneruskan penyusuan terhadap bayi. Jika surirumah yang banyak berdamping dengan si anak, mungkin kos ini tidak perlu difikirkan sangat dan memang sangat menguntungkan. Namun jika diambil kira berdasarkan keperluan bukan mengikut trend semata-mata, kos penyediaan ini hanya dilakukan dengan nilai minima sahaja , bukan beli setiap bulan seperti nak beli susu formula. Tak percaya menjimatkan? Nanti kita buat entri lain citer keperluan ibu menyusu dengan gajet untuk mengepam susu ni ye.


     2. Susu ibu tidak pernah basi

Susu ibu selalu dikeluarkan oleh kilangnya di wilayah payudara ibu. Apabila kilang susu telah kosong, susu tersebut akan terus dikeluarkan. Sebaliknya jika susu ibu tidak digunakan kadar pengeluaran juga menjadi perlahan kerana dek kurang permintaan. Tidak perlu memerah terlebih dahulu untuk buang sebahagian awalan susu sebelum menyusukan anak. Susu ibu juga berkadaran dengan suhu badan ibu, langsung terus boleh diminum oleh bayi tanpa perlu menyukat suhunya terlebih dahulu. So,ibu nak bagi anak menyusu pukul berapa sekalipun tidak perlu risau dah basi ke belum susu didalam payudaranya. Malahan ia sumber paling segar untuk anak anda.


     3. Timbul rasa percaya diri pada ibu


Menyusu dapat memberi rasa percaya diri bahawa ibu mampu menyusu dengan penghasilan yang cukup untuk bayinya. Menyusu juga dipengaruhi emosi ibu dan kasih sayang terhadap bayi sehingga dapat meningkatkan pengeluaran hormon, terutama oksitoksin yang pada akhirnya akan meningkatkan pengeluaran susu ibu itu sendiri.

   4. Praktikal dan tidak menyusahkan

Susu ibu sentiasa tersedia disaat bayi ingin menyusu (tidak mengambil kira faktor ibu bekerja dan berjauhan dengan bayi). Langsung dapat diberikan tanpa perlu bersusah payah menyiapkan susu botol terlebih dahulu. Tidak perlu risau terlebih panas atau sejuk, tidak perlu risau terlebih sukatan atau susu atau kurang. Diciptakan oleh Allah sesuai mengikut keperluan bayi pada masa tersebut. sebab itu adakala susu ibu kelihatan sedikit cair dan sedikit pekat. Suhu semasa dan keperluan bayi adalah berbeza-beza.

  5. Menyusu dapat menunda kehamilan

Menyusu dapat menjadi cara merancang keluarga yang paling efektif untuk mencegah kehamilan jika dilakukan secara tepat dengan beberapa syarat, iaitu belum mengalami menstruasi, pemberian susu ibu tidak boleh dihentikan sama sekali dan belum mencapai 6 bulan penyusuan secara eksklusif. Dengan menyusu secara eksklusif kita dapat menunda haid dan kehamilan semulajadi. Namun tidak dinafikan dalam ramai-ramai ibu mungkin ada jua yang terlebih subur diberikan Allah walau dah buat secara eksklusif tapi lekat jua kehamilan baru tanpa sedar ketika belum mencapai 6 bulan. Itu rezeki namanya. Jangan bersusah hati.


   6. Mengurangkan risiko berat badan berlebihan

Dengan menyusu, lemak yang ada pada tubuh akan diubah menjadi air susu sehinggakan ia tidak menyebabkan kegemukan dan cepat mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelumnya. Menyusu memerlukan tenaga sekitar 500 kalori sehari, sehinggakan ibu tidak perlu mengurangkan jumlah makanan yang diambil. Hasil dari kajian, berat badan sebanyak purata 0.44kg untuk setiap bulan ketika menyusu dapat dikurangkan. Ini juga bergantung pada tahap metabolisme badan ibu juga ye. Ada yang lebih banyak dan cepat turunnya di awal 6 bulan pertama penyusuan. Kalau berat mendadak naik dalam tempoh tu rasanya sebab ibu tak terlebih pengambilan kalori la tu..hehe.


Lima manfaat lagi saya sambung selepas ni ye..harap bersabar! Hehehe..

Dilema ibu bekerjaya nak meneruskan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Bolehkah berjaya?

Salam hari minggu buat semua..entri hari sebenarnya saya tujukan khas buat teman-teman saya yang masih berjuang dalam penyusuan susu ibu dan juga teman-teman yang sedang mengandung dan berhasrat untuk melalui perkara yang sama..ingin menyusukan anak-anak sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia 2 tahun.

Bukan mudah nak melalui fasa 2 tahun ini dengan jayanya..ya..saya akui hal ini kerana saya pun skrg ni blum capai 2 tahun menyusukan anak kedua ni tapi dah ada campur sket dgn susu formula dah sebelum ni. Kenapa?? 

1st masa tgglkan dia masa sy kursus kat Nilai..stok tak cukup gara2 EBM mencair kerana pintu peti ais tak tutup rapat..plus dgn kesukaran nak ajar keluarga tolong handle EBM dlm masa singkat.

Panggilan kursus agak adhoc la masa tu. then saat anak berusia setahun 1 bulan..saya jadi sedikit malas mengepam kerana demand anak berkurang..itu la silap sy..sedangkan saya tau jika demand kurang supply pun akan reduce..

Saat kritikal asyk mengepam harini utk harini..sudah pam terus htr ke taska time tu..Sampai satu thp sy dgn berat hati beli juga susu formula yg paling kecik bungkusannya..sebagai backup di taska semata-mata. Alhamdulillah itu  je la yg sy beli.now dah habis susu formula tu sy tak beli lg dh..sbb saya ralat kerana kelalaian saya, sikap sambil lewa sy..misi penyusuan Susu ibu tanpa susu formula tak berjaya.

Tapi start saya beli susu formula juga saya tanam balik azam saya tak nak bergantung sepenuhnya kepada susu formula tersebut..saya upkan balik usaha saya..PP mlm hari..dan yang terbaik saya Marmet kembali. Alhamdulillah saya dah berjaya dapat balik rentak mcam dl..paling kurang 9oz sekali mengepam susu. Kadang cecah juga 12-13oz sekali pam.

Selain itu untuk mengurangkan keletihan dan stress saya amalkan pengambilan suplemen secara konsisten semula..dulu amik suplemen ikut suka aje. Alhamdulillah skrg walau takde stok melimpah ruah dari peti namun saya tau sekurang-kurangnya ia mencukupi utk saya teruskan perjuangan lebih kurang 6 bulan lebih lagi ni. Antara nak dengan tidak aje kan??

Untuk teman-teman diluar sana yang dah berjaya mengharungi detik 2 tahun itu Tahniah saya ucapkan! Untuk yang belum berjaya..jom kita usaha lagi jangan cepat mengalah..dan jangan malas2 macam saya aritu,, Buat mereka  yang baru nak menerokai alam penyusuan start la menimba ilmu itu skrg..dapatkan sokongan especially dari suami kita dan keluarga. Terangkan apa kelebihan jika dapat terus menyusu sehingga 2 tahun sekurang-kurangnya.

Buat yang memerlukan ilmu tambahan banyak  leh dapat sumber dari internet ni. Buat yang ade Facebook boleh join group sokongan di FB ni antaranya #bfmembers, Kumpulan Ibu2 Menyusukan (KIM), Kumpulan Sokongan Ibu2 Menyusu. Sangat banyak ilmu yang boleh diperolehi disana. Di laman web pun ada banyak seperti Forum SusuIbu.Com, Ratuhati.com.

Kat sini saya nak kongsikan juga pengalaman benar seorang ibu muda yang agak panik awalnya bila pengeluaran susu makin berkurang. Dia ibu bekerjaya tapi telah berjanji dan  berazam nak menyusukan bayinya sekurang-kurangnya hingga 2 tahun. Saksikan apa yang dia sanggup buat demi memenuhi janji dan azamnya pada sikecil tersayang.


Dibawah ni saya petik dari salah satu dokumen di FB KIM. Moga bermanfaat buat anda semua yang baru nak bermula dengan penyusuan susu ibu pada permata hati anda itu.

***************************************************************
Susu saya tidak cukup??

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). 

Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". 

Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!
 
Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.


klik untuk lebih jelas

Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  


Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. 


Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya  faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.

Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan



*************************************************************