Memaparkan catatan dengan label 7 Fakta Mengenai ESP Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 7 Fakta Mengenai ESP Shaklee. Papar semua catatan

7 Fakta Tentang ESP Shaklee Yang Patut Anda Tahu

Sebut sahaja tentang ESP Shaklee, saya pasti sudah semakin bertambah bilangan penggunanya di Malaysia yang semakin berpuas hati dengan kesan selepas pengambilannya. Namun saya akui mungkin masih ramai antara kita yang belum cukup maklum tentang produk Hot Selling Shaklee ini. Apa fakta yang menarik tentang ESP yang patut anda tahu?



Kelebihan ESP | Fakta #1

ESP dihasilkan menggunakan soya berkualiti tinggi, organik dan Non-GMO. Kenapa pentingnya perkara-perkara ini? Ini kerana, soya yang mempunyai ciri-ciri ini tidak akan memberikan kesan yang buruk kepada penggunanya jika diambil dalam kadar yang disarankan. Protein soya non-GMO ESP ini dihasilkan dibawah kawalan proses yang ketat dinamakan IPP (Identity Preseveration Program)
dimana ia dimonitor dan dikawal dari seawal proses penanaman sehingga proses penghasilan ESP itu sendiri.

Soya yang bersifat tidak organik menggunakan bahan kimia, pestisid dalam proses penanamannya dan ia mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat dan ia mengundang pada terjadinya kanser! Manakala soya jenis GMO pula adalah berkualiti rendah dan lebih mudah dihasilkan, tapi ia berisiko menghasilkan toksin yg tinggi. Sebab itu ESP Shaklee dianggap istimewa dan berbeza kerana faktor pemilihan yang ketat dijalankan semasa memilih kacang soya terbaik untuk menghasilkan ESP.


Kelebihan ESP | Fakta #2

ESP Shaklee membekalkan sepenuhnya 9 jenis asid amino perlu dan juga yang tidak perlu. Pentingnya mengambil 9 jenis asid amino perlu ini kerana ia tidak mampu dihasilkan oleh badan manusia itu sendiri dan perlu didapatkan daripada makanan/minuman contohnya seperti ESP ni. Asid amino yang menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel. Ia benar-benar penting untuk kesihatan.
 



Jika anda tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet anda, kesihatan anda boleh terjejas. Asid amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon. 


 Kelebihan ESP | Fakta #3

Proses penghasilan ESP menggunakan air sejuk untuk mencuci kacang soya terpilih itu, bukan menggunakan campuran alkohol seperti kebanyakan produk komersial soya yang lain. Soya yang dicuci menggunakan air akan mengekalkan nutrisi terbaik yang ada pada soya tersebut termasuklah isoflavone. Isoflavone merupakan sebatian phytoestrogen yang mempunyai ciri antioksidan yang menghalang dari terjadinya kanser payudara dan kanser prostat. Phytoestrogen dalam soya melindungi tapak reseptor sel dari xenoestrogens dan mana-mana sebatian estrogen yang tidak diingini.

Tidak banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan produk berasaskan soya menggunakan kaedah pencucian dengan air kerana ia lebih tinggi kosnya. Shaklee telah memperuntukkan banyak kos untuk memberikan hasil yang terbaik dalam produk ESP nya.


Kelebihan ESP | Fakta #4 

Bahan anti-tiroid dan anti-pertumbuhan dalam soya disingkirkan. Dr Shaklee adalah orang yang telah menemui kaedah untuk melakukan hal ini. Dalam soya yang mentah mengandungi enzim anti-tyrosine, dan kaedah mencuci kacang soya dengan menggunakan air akan mengekalkan enzim tersebut.


Kelebihan ESP | Fakta #5

Proses penghasilan ESP tidak menggunakan cara pemanasan dengan suhu yang tinggi. Selain ia merosakkan protein pada soya tersebut ia juga mengakibatkan tiada lagi isoflavon yang tinggal. Sebagai contoh , sos soya dan minyak soya tidak mempunyai isoflavon yang tinggal sama sekali. Dalam usaha untuk membuat " protein sayuran bertekstur a.k.a Textured Vegetable Protein (TVP) ", ia dimasukkan melalui suhu yang tinggi, proses stim tekanan tinggi yang menyebabkan soya itu menjadi karsinogen atau penyebab kanser . TVP adalah apa yang digunakan dalam daging pengganti soya dan harus dielakkan . Jadi, jika anda menelan soya komersial yang terlebih masak (dipanaskan dengan suhu tinggi), ya ia akan menyumbang kepada sel-sel kanser yang terbentuk dalam badan.

Disebabkan itu juga kita tidak menggalakan anda membancuh ESP dengan air yang bersuhu tinggi (air mendidih).


Kelebihan ESP | Fakta #6

Pengambilan ESP mengikut sukatan yang disarankan mampu mengurangkan paras kolestrol yang tinggi. Berbeza dengan protein daripada daging, telur mahupun produk tenusu, ESP adalah rendah lemak dan juga bebas kolestrol. Soya telah terbukti untuk mengurangkan paras kolesterol yang tinggi - sekitar 10% - dalam banyak kajian . Ujian klinikal terkawal telah mendapati bahawa 25 gram soya dalam diet harian boleh mengurangkan tahap kolesterol LDL sementara mengekalkan HDL kolesterol. Ia juga menghalang pembentukan plak , melambatkan pertumbuhan plak yang ada , mengurangkan risiko pembentukan darah beku , menurunkan tekanan darah, dan meningkatkan keanjalan saluran darah. 

3 sudu besar ESP memberikan 14g protein soya isolate.



Kelebihan ESP | Fakta #7

ESP Shaklee telah ditambahkan dengan kalsium yang membekalkan 500mg kalsium dalam sukatan 3 sudu besar sehari. Soya isolate dalam serbuk protein mesti ditambah dengan kalsium (ini kerana ketika minyak dari soya dikeluarkan ia menjadikan makanan berasid - apabila kalsium ditambah ia menjadikannya bersifat neutral semula.

************************************************************
Rujukan: Soy confusion

Disebabkan ESP memenuhi 7 ciri-ciri asas pemilihan soya yang selamat ini, ESP memberi kelebihan yang besar kepada penggunanya. Ramai pengguna ESP berpuas hati dengan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang yang mereka perolehi selepas konsisten dengan penggunaan ESP. Jika anda juga ingin menikmati keenakan rasa asli protein isolate ESP ini, boleh la membuat order direct melalui klik butang belian di bawah. (Untuk pembelian menggunakan kredit kad/debit kad sahaja)
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b7b12758057611429c53e417bf920882
 TAPI...JIKA ANDA INGIN LEBIH PENJIMATAN SEHINGGA 25% BAGI BELIAN PRODUK SHAKLEE boleh lah mendaftar sebagai ahli Shaklee di SINI. Pembelian secara pindahan tunai (Cash Transfer) dan juga COD ( Cash On Delivery) juga disediakan untuk yang berdekatan.




MAHU LEBIH PENJIMATAN LAGI?? BELI 6 PERCUMA 1 untuk promosi bulan Oktober ini.
Dapatkan daripada saya pengedar Shaklee anda yang berdedikasi untuk membantu anda!


SMS/WHATSAPP / CALL: 013-9230280

Pengalaman BF aku..

Salam..
Dah lama dah nak wat entri pasal pengalaman BF (BreastFeed) dalam hidup aku setelah bergelar seorang Mama, tapi asyik tertangguh aje. Bersalinkan anak sulung (my Lutfi laa..) tanpa mengorek ilmu penyusuan Susu Ibu terlebih dahulu memang aku mampu menyusukan dia sehingga berusia setahun 2 bulan jugakla lebih kurang..tapi dalam kategori tak sepenuhnya hanya susu ibu. Kenapa tak berjaya penyusuan secara eksklusif??ni citernye..

Lutfi-3rd day

Hari pertama kelahiran Lutfi, ye..aku penat selepas bertarung menahan kesakitan nak bersalin kena induce lak tuh..makanan terakhir yg aku paksa diri ini makan..lunch time hospital lebih kurang kul 12lbh la..then minum ptg aku dh tak mampu nk mkn dh..sampai la aku bersalin kul 5.10pm..2jam lepas bersalin tu baru la ade nurse dtg bagi aku air..serius aku dahaga..tapi takkan nak mnta lebih2 plak, 1 cawan aje la teguknya, then nurse dtg bawa baby (Lutfi) utk aku BF buat kali pertamanya..kekok mmg kekok, dlm keadaan mengiring nurse bantu aku untuk menyusukan..memang masa tu satu perasaan baru yg aku takleh nak describe cmne melihat baby aku menyusu.. (ape ye feeling korg masa 1st time BF??) After 3 hours bersalin, baru la aku ditempatkan di wad lain.

Maka malam tu, even penat masih terasa..dengan laparnye, yer..aku dh tak makan ape2 pun after bersalin, sekadar meneguk air yg nurse bagi tadi aje..tambah lagi sakit luka episiotomi tuh.. aku susukan juga si Lutfi tu even aku tau takdek susu pun yg kuar lagi..Alhamdulillah,Lutfi boleh kira baby yg baik jugak la..tak la menangis sakan malam tuh even dia lapar.setakat bunyi ek,ek,ek,..adelah sket2. Memang malam tu aku tak tdo mana pun, sbb tengok baby tak tdo, aku jadi resah..takut dia lapar. Esoknye dah discaj wad,aku pesan kat Hubby g cari FM dulu. Incase aku takde susu lagi awal2 tu kononnye..(maklumla..orang tak cari ilmu menyusu awal2..) Balik umah mmg FM itu la yg dibancuh tatkala Lutfi kelaparan sgt2..tapi dalam pada duk suakan dia FM..aku tetap jua suakan B aku bila nampak dia mcm nak menyusu tapi belum sampai tahap menangis kelaparan. Ini sume sebab feeling yg aku rasa masa mula2 BF Lutfi lepas bersalin tu la.. rasa satu moment yg sgt indah..terasa bonding antara aku dgn baby dekat sgt2. Hari ke 4 selepas bersalin, susu dah mula kuar sket2..lepas 2 sesi mengurut dh boleh rasa lega sket..Alhamdulillah lepas dari hari itu..aku dh kurang bergantung pada FM. Cuma saat Lutfi kena jaundice aku sedikit risau..tapi ade sorg mak sedara aku yg dtg melawat ckp susukan baby kerap sket dengan susu ibu..insya Allah cpt la turun bacaan jaundicenya tuh..aku ikutkan aje..Alhamdulillah jaundice Lutfi takdela sampai tahap dia kena warded dan duk bawah UV light eventhough aku ni berdarah jenis O.

Disebabkan selalu direct feeding sepanjang berpantang, aku dh tak bergantung pada FM dh buat masa tuh. Sungguh ku katakan directfeeding byk membantu pengeluaran susu badan seseorang ibu. Masa tu mmg tak tau sgt istilah supply vs demand ni dlm konsep penyusuan, (dlm ekonomi aku tau..ade demand lebih terhadap brg, adela supply lebih utk barang tu). tapi masalah baru timbul masa start keje balik. Sebab takde ilmu bab penyusuan susu ibu ni maka aku takde la kenal istilah stok EBM dn sebagainya..hantar Lutfi ke Taska aku bekalkan dia dgn FM juga. Every lunch hour atau free time aku ke taska yg memang dlm kawasan keje aku aje..pegi direct feeding kat Lutfi. so masa tu campur2 la jugak FM dan susu sendiri..cumanye Lutfi dh biasa direct feeding masa berpantang, so dia agak sukar nk bottle feeding..so FM yg aku bekalkan biasanya tak terusik mana pun. Klu dia btul2 kelaparan baru dia nak terima botol susu. Tapi selalunya berakhir dengan penjaga di taska kena bagi cara spoon feeding atau syringe la biasanye. Bila dh macam tu, aku selalu jugakla pegi ke Taska BFkan dia. Kadang2 aku perah dengan tangan..tinggalkan susu aku bilamana aku pegi taska dia tengah tdo. tapi masa tu tak tau lagi istilah dan cara Marmet tu. main hentam aje perah asal kuar susu. Seminggu aku start keje balik, dh masuk bulan pose, yer..aku pose mcm biasa,full pose aku buat pertama kalinye selepas melalui alam baligh. Susu merudum masa bulan pose??Alhamdulillah, takde istilah tu wujud sepanjang bulan pose tuh..lagi aku kebasahan baju di akhr2 waktu keje adelah.. Maklumlah..takde pam2, pegi BF sekali aje sepanjang keje tu. Amik supplement jauh sekali aku  nak buat..minum atau makan milk booster aku tak buat sebab langsung tak tau istilah2 tu. Mungkin aku tak penah risau dengan istilah susu akan kering, merudum penghasilan dan sebagainye..tambah pulak takde dimomok dengan macam2 perkara negatif lagi masa tu..so aku enjoy BF even berpose mcm biasa. Sebb tu boleh BF dgn suka hati..kat umah mmg direct feeding aje..FM mmg lgsg tak bagi bila Lutfi ade disamping aku.FM hanya utk keperluan di taska aje..
 
Nape kat umah boleh direct BF aje tanpa bergantung pada FM??sebab aku ade suami yg suh menyusukan anak dengan susu badan aje sebabnya dia MALAS nak bgn malam bancuh FM utk anak dia tu..yerr...en suami ku MALAS bgn malam2..even aku pun mls gak benarnye, maka alternatif terbaik utk ibu yg pemalas ke dapur malam2 or even penakut nak ke dapur mlm2 utk bancuh susu anak..BF aje la penyelesaian terhebatnye. Anak nangis, selak aje baju sambil sama2 baring menyusukan baby. Lepas tu kita sama2 sambung tdo. Kata orang nak menyusukan perlu sokongan kuat dari suami..maka secara tak langsung kemalasan Hubby aku tu antara sikap negatifnye yg menyumbang kepada perkara positif utk aku dn Lutfi. Lagipun sikap malas Hubby utk bancuh susu anak tu bukan setakat waktu tdo malam aje, malah waktu2 senggang dia nengok tv pun dia taknak bancuhkan susu.Nak gi jejalan pun senang takyah mikir2 nak bawak bekal air panas, air masak,susu FM, botol2..Awal2 buat jugak bawak bekal tu..tp lm2 jd susah,nak bw persalinan baju anak dn pampers dia lagi..nak bawa bekal susu lagi. Hubby pun kata leceh. Elehh..bagi  dia hal2 urus anak sume leceh, klu setakat jaga anak kejap, main2 gurau senda yer dia suka..klu dah nangis, ooo please la mamanye perlu ade.

So sume tu berlangsung sampaila Lutfi hampir mencecah usia setahun..then aku dipanggil ke kursus induksi kat Pangkor. Sayu hati aku saat tu..induksi 2weeks..Lutfi terpaksa hantar ke kampung sebab Hubby terikat dengan keje 6hari seminggu, kdg2 OT lagi.Dia tak bleh nak jaga Lutfi..start masa tu lah..Lutfi bergantung pada FM spenuhnya..aku mana ade bt stok EBM nak bekalkan. sedangkan masa tu dah terdedah sket2 dengan kebaikan penyusuan susu ibu di kalangan kawan2 ofis..geng2 yg awal2 mula pumping kat ofis..Miza, Jaja.. Cuma hati tak tergerak nak buat stok EBM, bimbang menyusahkan parents di kampung. Diri sendiri pun tak reti nak manage stok EBM masa tu, inikan pula nak ajar dan suh parents aku kt kg bagi  EBM. Sepanjang kursus, memang agak merana badan la..bengkak susu sampai rasa nak demam..aku perah dn buang aje time mandi..bila dh biasa direct feeding tiba2 berhenti mengejut inila akibatnye.

Hari pertama kena tggl lama kat kg..senyum aje dia..mama yg sedih lebih2.

Balik kursus..susu mula mengering dah..tapi Lutfi mungkin dia rindukan saat2 bonding masa menyusu sebelumnya..maka dia hisap juga even dia tau takde susu..masa ni cik N mengalami luka parah jugakla..Lutfi dh byk gigi, tambah pulak mungkin dia tak puas hati sbb susu takde, tapi tetap juga dia nak so suction dia jadi makin kuat..Mungkin sebab itu, tak lama kemudian, susu kuar balik tapi tak sebanyak sebelum ni. Takde dah istilah baju basah dihujung waktu keje.sekadar mampu memnuhi kehendak Lutfi sesekali la..mungkin ini yg org panggil istilah re-laktasi(relactation)..even dh kering tapi jika dirangsang kembali, susu mampu ade semula tapi sebab aku ni bukan jenis yg care pasal supplement atau milk booster maka ia cuma mampu bertahan dalam 2 bulan aje.Tambah dengan cik N yg parah lukanye..Lutfi suka gigit2 masa gatal gusi nak tumbuh gigi lagi.sampai aku menangis2 menahan sakit bila menyusukan..so aku pun nekad kena ajr Lutfi minum FM gak..maka selepas setahun 2 bulan..berakhirlah episod aku menyusukan Lutfi..tapi bila Lutfi rindu nak menyusu dengan aku, aku bagi aje wpun takde susu dh..aku tak sampai hati ler...sayu betul. tapi sebab luka yg dialami buat aku rasa nk stop aje. Entahla..kekadang sungguh aku rindu saat2 itu..tapi sekarang bila offer nak susu ke tak??dia masuk mulut aje..tak hisap pun pastu dia lepas...gelak2..cakap ni adik Humaira punya susu.

Pengalaman menyusukan Humaira mmg agak berbeza..ape yang berbeza??nanti aku sambung part 2 la ekk..ahaha.bleh lak nak smbg2.Humaira dh bgn minta susu.

meh layan gambor2 jap..





Lutfi 8 months-baru pandai duduk tanpa disokong
Mama dgn Ayah jamu selera di Laksa Shack, ECM

1st hair cut Lutfi, after aku balik induksi..

Naik cruise bot dari PGH ke Mines Sri Kembangan

 Lutfi dah panjat aku minta susu..yerr aku nyusukan dia atas cruise boat tu aje,
without nursing blouse, without nursing cover, hanya tudung jadi cover aku.
Tapi pic tgh BF tak amik la.:(


Masa kami masih bertiga