Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menimba ilmu nutrisi anjuran pihak Shaklee yang dilangsungkan pada 6/9/2014 yang lalu. Bertempat di sebuah hotel berhampiran pantai iaitu di The Qamar, Paka Terengganu. Dulunya dikenali dengan nama Residence Resort Paka.
Alang2 pergi menimba ilmu, aku gunakan peluang ni untuk bercuti bersama keluarga juga. Kebetulan pula husband off day 3 hari. Jumaat-Ahad. Bengkel dijalankan hari Sabtu jam 10am-5pm. So selepas solat Jumaat bersiap2 ptgnya kami bertolak ke Paka dari Kuantan. Perjalanan ambil masa dlm 2 jam utk sampai sebab berhenti untuk makan juga dl seketika di salah sebuah restoran di Sg Ular. Sampai hotel rehat aje la untuk esok hari.
6/9- Selepas menikmati sarapan pagi dengan suami dan anak2, kami daftar utk sesi bengkel pula. Husband tak jadi nak masuk sama sebab peserta yang ada perempuan aje semua. So dia jaga anak2..Lutfi dan Humaira di bilik penginapan kami aje. Irdina aku bawa masuk dalam bengkel nutrisi hari tu. Alhamdulillah behave sungguh dia dalam kendongan Ring Sling hari tu.
Dapat la mama dia ni menimba ilmu dgn tenang sket sesi pagi tu. Kami juga dihidangkan dengan Mealshake dan Performance drink sebagai refreshment semasa bengkel. Tapi bancuh sendiri aje la kat meja blkg.hehe..ini memberi peluang buat mereka SID yang belum pernah merasa dua minuman tersebut. Aku dah selalu sangat dah minum 2 tu.hehe.. kami juga diberi satu sachet sorg Cinch Tea mix sebagai tester utk bancuh sdri kemudian.
Lepas lunch hour, solat kejap sebelum sesi seterusnya mula jam 2.15pm. Aku balik ke bilik lps lunch. Peserta lain solat di tempat yang telah disediakan. Tapi melayan Irdina yang agak cranky sket tghri tu nak menyusu aje aku masuk lewat sket untuk sesi kedua. Lebih kurang kul 3pm gtu la. Then terlepas la sdkt penerangan untuk bbrp produk. Di akhir bengkel ada sesi ujian sket. Kami diberi 25 soalan objektif berkaitan produk2 Shaklee. Semuanya telah diterangkan sepanjang bengkel tersebut. Dah la aku ada miss dengar sket..haha adoilah nasib. Jawab je lah. Soalan objektif aje pun kan? Alhamdulillah end up dapat la 22/25 markah utk ujian tu. Antara 5 peserta yg dpt markah tertinggi haritu. So dapat bawa pulang hadiah sebotol B complex sorg.
Bengkel berakhir disitu haritu..yg tggl mana2 yg nak tanya soalan secara tak formal aje la kat nutrionist Shaklee yang bagi talk aritu iaitu Pn Sarah. Aku takde terfikir nak tny ape2 tapi menyelit gak duk situ kut2 dapat dengar penerangan yg menarik dari soalan org lain..hehe. Dapat ilmu tambahan disitu. Pn Sarah juga bercerita tentang pengalaman dia sendiri yang amalkan suplemen Shaklee semasa dalam pantang aritu. Katanya kena sembuh cepat2 sebab dalam 2 bulan selepas tu majlis National Conference akan berlangsung. So tenaga kerja semua staff Shaklee amat diperlukan untuk menjayakan majlis tahunan yang gemilang tu. Bersalin secara c-sect pastinya ia cabaran yang besar utk sembuh secepat yang mungkin dlm masa 2 bulan tu kan? Suplemen pilihan utama masa tu katanya Vita C SR dan zink complex tu la.. dia juga mula ambil Vivix selepas habis berpantang 40 hari. Ada juga lain2 peserta yang berkongsi pengalaman mereka juga pada hari tersebut. Suka dapat dengar sharing kawan2 baru hari tu.
Bersama Pn Sarah, nutrionist Shaklee yang bagi talk pada hari tersebut |
Selesai sesi hari tu dengan membawa ilmu baru dan refreshing ilmu2 yang dah dapat sebelum ni. Dengan bayaran rm40 seorang, dilangsungkan di hotel yang selesa, disediakan makan tengahari yang sedap2, memang Bengkel Nutrisi ni adalah sesuatu yang harus disertai oleh semua SID sekurangnya sekali. Sebab banyak sgt ilmu ttg nutrisi akan dipelajari disini. Orang baru mahupun yang dah lama berShaklee, bengkel nutrisi merupakan ruang utk kita mendalami tentang produk jualan kita. Kalau tak kenal mana nak cinta kan? Pasti sukar nak berkongsi kebaikan produk yang kita sendiri kita tak pasti ape kelebihan dan fungsinya. Nak suggest apa2 pun mesti rasa was was aje kan klu kurang ilmu.
So buat SID ini lah masanya kita belajar lebih tentang produk jualan terus dari nutrionist Shaklee itu sendiri. Bengkel nutrisi ni hanya terbuka untuk mereka yang dah mempunyai ID shaklee sahaja..pendek kata dah jadi ahli la baru boleh join bengkel ni. Di akhir majlis boleb dapat sijil penghargaan juga tanda kita dah completekan bengkel pada hari tersebut. Mahal ke rm40 untuk menuntut ilmu dihotel dengan jamuan tengahari yang sedap2 tu? Sangat berbaloi ok!! Tak rugi langsung la. Terdapat beberapa sesi setahun ditempat berbeza2 so boleh pilih nak attend mana satu. Tak perlu pegi sume pun takpe. InsyaAllah kalau ade lagi tahun depan dan tiada aral saya akan join lagi utk sentiasa refresh dan tambah ilmu baru dlm bengkel nutrisi ni.
Buat kalian yang nak dapatkan konsultasi tentang produk Shaklee, saya sedia membantu anda untuk jadi lebih sihat! Jangan ragu2 nak hubungi saya untuk pilihan suplemen anda ye. Saya cuba sebaik mungkin untuk suggest pada anda mengikut bajet dan keperluan anda.
0 komen ditinggalkan:
Catat Ulasan