14 September, 2014

Resepi Ikan Celup Tepung (ICT)

Salam sejahtera buat pengunjung blog mamalutfi.. arini saja nak share sket cara saya buat bancuhan celup tepung untuk goreng2. Boleh guna untuk masak ikan celup tepung (ICT) , kiranya anykind of goreng2 celup tepung la.. seafood - sotong, udang, ketam. Sesuai juga utk goreng pisang, cempedak, ubi keledek.

====================
BAHAN-BAHAN: (utk hasil semangkuk adunan)
Tepung beras  1 stgh cawan
Telur 1 biji
Air 3/4 gelas
Serbuk kunyit 1 sudu teh
Garam 2 sudu teh
Kapur makan secubit
Bahan gorengan (ikan, sotong, udang dll)

Cara adunan saya :
Air+serbuk kunyit+garam+kapur bancuh sekali. Warna kuning kunyit akan bertukar jadi kemerahan bila tambah kapur td.

Mix telur+tepung beras. Tambah air bancuhan tadi sket2 sambil gaul rata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Klu celup jari/bahan gorengan.. tepung mesti melekat sedang elok kata org. (Perfectly coated la..). Pandai2 la adjust nisbah air@tepung tu elok2 ye. Dah siap biarkan seketika dlm 5 minit dan boleh start celup dan menggoreng dlm minyak yg dah dipanaskan. Balik2 bahan gorengan hngga cukup masak dan angkat. Sedia dihidang.

*Tips menggoreng sotong:
Celup sotong dlm adunan. Minyak dipanaskan seperti biasa terlebih dahulu. Kecilkan api sebelum masukkan sotong ke dlm minyak. Goreng sotong dgn api perlahan selama 1 minit. Ini untuk mengelakkan sotong menjadi liat (menganjal isinya). Besarkan api semula untuk kepanasan asal semula supaya tepung gorengan tidak menyerap minyak berlebihan.

===================

Saya prefer guna tepung bancuhan ni utk apa jua jenis celup goreng ni. Tepung beras diguna so lebih crunchy. Tambah pula ade sedikit kapur makan (kapur sireh tu ye..bukan kapur lain tau!) Saya dpt resepi ni dari mak saya. Lupa plak nk tny ape reason letak kapur tu..bagi rangup jugak kut.hehe.. tapi jangan terlebih letak nnt rasa pahit pulak. Secubit dua je saya letak dalam bancuhan air tu.

Selamat mencuba..buat ICT@SCT atau2 ape2 ajelah pilihan anda masa cuti sekolah ni utk anak2 dan keluarga pasti menyelerakan. Takyah beli yg siap kat kedai..sebab lebih mahal. Seekor ICT saiz sederhana dlm rm3 seekor. Yang besar sket maybe dlm rm5 seekor. So penyelesaiannya.. beli aje kembung/selar/selayang sekilo dah leh jimat sket bila goreng sdri. Hehe...Amacam??

9 komen ditinggalkan:

Adilah berkata...

Pandainya. Sy buat keras sgt jadinya huhu :(

Ida Iar berkata...

Ape yg jadi keras sgt tu puan Adilah? Tepung gorengnye ke bahan yg digoreng tu?

Adilah berkata...

Tepungnya sis lepas digoreng..kerasss.tgk gmbr sis post cantik je n dah nmpk rangup

Ida Iar berkata...

Boleh adjust sukatan air dan tepung tu..jgn pekat sgt, just nice bila kita celup dan angkat, tepung masih bersalut pd bahan gorengan tp tak terlalu tebal or nipis salutannya. Ade resepi suka tambah tepung gandum biasa sket tp sy tak letak. mmg fully tepung beras sahaja pakai.

noor berkata...

Yay! Nak try buat ikan celup tepung utk makan dgn nasi kerabu esok. Thank you for the recipeđź‘Ť

Tanpa Nama berkata...

Akak dah buat tengahari tadi Alhamdulillah menjadi. Cuma tang tepung yg kt tubuh ikan tu tak crunchy. Kenapa ya. Padahal akak dah ikut sebijik2 dah. Sedap cuma itu je masalahnya. hehehe

Ida Iar berkata...

kalau tak berapa crunchy maybe adunan masih agak likat dan minyak semasa menggoreng tak cukup panas. kalau masih tak berjaya maybe boleh gunakan telur putih sahaja instead of sebiji telur. boleh cuba jaya sampai berhasil ye kak. saya nak dapat hasil macam mak buat pun amik masa berkali-kali cuba baru dapat rasa yang sesedap mak saya buat. hihi.. apapun terima kasih sebab sudi mencuba resepi ICT ni.

jazzeyra aj berkata...

Salam puan, maaf newbie ni, telur perludimassukan atau tak perlu?

Ida Iar berkata...

Salam @jazzeyra aj, masukkan juga telur. ada kat dalam ayat atas saya tulis..

Mix telur+tepung beras. Tambah air bancuhan tadi sket2 sambil gaul rata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Klu celup jari/bahan gorengan.. tepung mesti melekat sedang elok kata org. (Perfectly coated la..)

Kalau pakai telur putih saja dia more crunchy. klu taknak bazir telur pakai je sebiji terus kuning +putih telur. :)

Harap membantu.

Video Testimoni