Cabaran 7 hari entri bersambung lagi. Hari ni saya akan berkongsi mengenai 'Vitamin Shaklee yang pertama kali saya makan'. Pertama kali saya mengenali dan mencuba produk Shaklee adalah pada tahun 2010. Semuanya bermula pada episod kehamilan kali kedua. Semasa mengandungkan Humaira masuk trimester ketiga saya mengalami masalah yang biasa dilalui kebanyakan ibu2 yang hamil iaitu otot kaki kejang @ simpul biawak org namakannya- terutamanya malam hari sewaktu tidur. Ia sangat tidak menyelesakan bagi ibu2 yang perutnya dah makin besar sukar nak capai kaki sendiri bilamana keadaan ni berlaku. Lagi la kdg2 suami saya kerja shift malam, takde orang lain utk saya harapkan bantuan melegakan sakit tu.
Otot kaki kejang ketika hamil agak menyakitkan lebih-lebih lagi bila perut sudah semakin besar |
Masa mengandungkan Lutfi dulu takde pula jadi cramp mungkin sebab saya rajin sket paksa diri minum susu masa tu. Dapat pula susu free klinik bagi masa tu hihi..minum je la kan. Bila pemeriksaan bulanan tiba saya nyatakan pada nurse dan doctor yg saya jumpa. Mereka sarankan saya mengambil lebih kalsium+magnesium kerana keadaan ni berlaku selalunya sebab ibu hamil kurang bekalan nutrisi tu. Tapi kali ni klinik yang saya pergi tak bagi susu free dah..kena beli sendiri aje.
Selain pengambilan susu yang saya tidak berapa gemar sangat masa preggy tu, saya perlu ambil pemakanan lain yg kaya dengan kalsium juga seperti yogurt, cheese dan sayuran serta kekacang tertentu. Alternatif lain yg mudah dimakan mereka mencadangkan saya mengambil pil kalsium. So bermula la pencarian saya diinternet melalui Google, pil kalsium mana yang agak bagus dan memenuhi keperluan saya masa tu. Saya terjumpa beberapa blog tak ingat dah sape punya blog(masa tu belum famous sgt Shaklee di online-blog2 ni) yang mempromosi set kehamilan Shaklee untuk ibu hamil dan antara vitamin yang dicadangkan termasuklah pil kalsium+magnesium a.k.a Ostematrix.
Saya berfikir-fikir juga nak ambil set complete atau cukup pil ini sahaja memandangkan masih banyak pil vitamin yang klinik bekalkan. Kalau boleh dapat yang free mengapa saya perlu beli lain, itu yang saya fikir masa tu. Hihi... Tapi lepas buat calculation balik mungkin saya perlu pil-pil vitamin ni selepas bersalin pula, masa tu klinik pun tak bagi free dah kut. So saya beli bbrp pil lain juga tapi yang lucunya saya simpan dulu lain-lain tu. Satu-satunya yang saya makan masa tu adalah Ostematrix. Konsisten saya makan lebih kurang seminggu ke dua minggu camtu lah, akhirnya saya perasan perubahan yang berlaku yang sangat ketara - TIADA lagi episod menyakitkan otot kaki kejang @ simpul biawak tgh mlm ni. Kalau tidak, seminggu tu mesti beberapa kali saya kena. Nangis kadang2 tahan sakit.
Terima kasih Allah, temukan saya dengan penyelesaian masalah yang menghantui saya masa tu. Lepas 2 minggu saya perasan juga saya tidak sukar membuang air besar seperti sebelum ni. Kurang masalah sembelit dah walaupun masih lagi makan pil iron klinik tu tapi sembelit dah berkurang. Hinggalah dah dekat nak bersalin baru saya mulakan dengan vitamin lain yang saya beli dalam set tu. Lama simpan tu. Hihi.. tapi masa tu kewangan takdelah bagus sangat untuk memudahkan saya repeat order lagi dan lagi. Agak2 macam masalah tu nak timbul baru rasa nak order lagi. Tapi satu perkara yang sudah lekat diminda saya masa tu - OSTEMATRIX MEMANG AWESOME! SHAKLEE MEMANG SERASI UNTUK SAYA!
Walaupun masa tu tak tergerak hati lagi nk amik tau pasal keahlian Shaklee tapi Ostematrix la telah membuka hati saya untuk lebih amik tau tentang kelebihan produk Shaklee yang lain pula. Ya, saya jatuh cinta dengan produknya sebelum saya bergelar ahli dan pengedar Shaklee lagi. Alhamdulillah pertemuan yang tidak disangka memberi asbab untuk saya lebih sihat dan memberi penyelesaian masalah saya ketika itu.
So kalau ada ibu2 diluar sana yang mengalami masalah cramp kaki yang berlanjutan hampir setiap hari, atau ada masalah sembelit yang agak ketara menyukarkan pelawasan anda saya sangat mencadangkan anda cuba lah Ostematrix Shaklee ni. InsyaAllah anda gerenti puas hati dengan kesan positif yang akan dirasai tu. Sebaik-baik kandungan pil kalsium adalah yang digabungkan dengan zat magnesium juga dalam nisbah yang disarankan. Apa yang dibekalkan dalam 4biji Ostematrix Shaklee?
Jika anda mengalami masalah yang sama - selalu cramp kaki dan juga sembelit tetapi anda BUKAN ibu yang sedang hamil, YA Ostematrix juga dapat membantu anda mengatasi masalah ini. So jangan ingat Ostematrix hanya untuk ibu mengandung aje ye. Kanak-kanak yang sudah bersekolah dan mampu menelan pil sendiri juga boleh mula mengambil pil Ostematrix ni sebagai ganti sekiranya tidak minum susu lagi untuk keperluan tumbesaran dan ketinggian mereka nanti. Mereka yang cukup kalsium seawal remaja tidak akan mengalami masalah ketinggian terbantut insyaAllah.
Berminat nak cuba Ostematrix Shaklee? Laju-laju hubungi saya seperti nombor yang tertera dibawah ye:
0 komen ditinggalkan:
Catat Ulasan