Salam Aidiladha ~ Selamat menjalani ibadah korban

Salam Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat..sahabat handai dan saudara mara. Selamat menunaikan ibadah korban buat mereka yang amik bahagian dalam menunaikan ibadah korban ini. Ye, ianya ibadah jika kita niatkan kerana Allah. Tak kira la samada buat korban dalam negara sendiri atau join program korban diluar negara seperti EzQurban dll.

Ada juga sebahagian besar ibu bapa yang mengambil peluang ini untuk menjalankan aqikah untuk anak cucu masing masing. Alhamdulillah...sama2 menggunakan peluang ini sebaiknya untuk memberi kepada jiran2 tetangga sesama Islam yg miskin atau kurang berkemampuan juga. 

Balik kampung atau tidak? Yang berpeluang balik Alhamdulillah gunakan kesempatan ni untuk menziarahi saudara mara juga ye. Jangan duk terperap dirumah aje. Join sekali aktiviti menyembelih dan melapah daging korban/akikah serta mengagihkannya kepada jiran tetangga.

Keluarga saya tahun ni Alhamdulillah ade rezeki boleh buat korban sama juga tahun ni. Saya join sebahagian aje. Tapi acara sembelihnya esok hari la. Hari ni dah full quota si tukang sembelih kut. Tukang sembelih la antara orang yang bz musim raya korban ni kan? Hehe.. tahun lepas saya amik peluang potong daging untuk dibagi2. Dalam tgh alahan mual preggy tu try la juga take part. Tapi dah habis potong sume melepek juga lepas tu. Pening menahan bau daging lembu.hihihi. 

 
Lembu yang menanti giliran untuk dikorban esok hari.

0 komen ditinggalkan: