Homemade Resepi : Daging Dendeng & Rojak Kateh

Sempena musim raya haji yang banyak terima daging korban ni, maka kenalah pelbagaikan lagi resepi-resepi masakan daging kan? 😊

Kalau tak masak, bila nak habis daging pemberian orang ni. Walau tidaklah banyak mana tapi tetap kena masak untuk 3-4 kali juga baru habis. So hari ni, kita main masak-masak lagi.

Korang pernah dengar nama resepi Daging Dendeng? Pernah makan tak lagi hidangan ni? 

Maaf saya pun tak berapa pasti asal-usul resepi ni dari negeri mana. Asalnya, pertama kali saya makan yang ofismate pernah buat la. Tapi yang saya buat baru ni terlebih kicap sikit.Jadi agak hitam la rupanya selepas siap masak. Haha. Takpe, janji sedap!

Bahan-bahan nak masak daging dendeng ni mudah sahaja, takde bahan sukar dicari sangat pun. Cuma cara penyediaannya mungkin sedikit leceh  buat orang yang tak rajin masak. Haha. So cari mood rajin tu sebelum mula bersilat di dapur ya.

Tapi lagi best kalau dapat makan yang orang masakkan la,kan?? Memang laju aje nak menambah. Sedap dimakan dengan nasi panas, ketupat serta lemang juga. Rupa macam masak kicap aje tapi ade pedas cili sket la.

Resepi yang saya dapat ni saya rujuk dari blog AzianHasan

Resepi Daging Dendeng

Bahan-bahannya:
1 kilo daging
100-150  gram cili kering ( dikisar) ~ saya guna serbuk cili aje sebagai ganti
5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat
2/3 sudu besar cuka
Garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis
# Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging


Cara membuatnya:
1) Rebus daging sehingga empuk.
2) Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper.
 
3) Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 minit - 1 jam.

 4) Goreng daging dengan api perlahan. Dah siap, angkat dan toskan.

Baru siap fasa pertama ni. Next...
5) Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak. Boleh guna kuali sama, pastikan kuantiti minyak berpadanan.
6) Masukkan kicap dan gaul rata.
7) Masukkan daging yang telah digoreng tadi.
8) Masukkan garam, gula dan sedikit cuka masakan/air asam/jus lemon secukup rasa.
   (saya juga tambah cili api beberapa biji yang tidak dipotong, sekadar menambah seri hidangan)
9) Gaulkan dendeng daging sehingga sebati, angkat dan hidangkan,

Tadaaa...dah siap daging dendeng versi saya masak. hitam molek kaler kicap pekat.

Alhamdulillah sedap sungguh la rasanya. Agak-agak nak masak hujung minggu ni boleh la ya. Sebab nak masak daging perlu kesabaran lebih sikit nak bagi empuk tu. So resepi ni sesuai dimasak time tak rushing sgt. Kecuali kalau korang ada pressure cooker. Kejap aje empuk daging. Tumbuk daging tu tak perlu la beriya sangat ye.sekadar nak bagi leper dan lembut sikit aje.

 #########################################

Oh ye, rasa macam nak bagi resepi tambahan lagi satu juga iaitu Rojak Kateh @ Rojak Tulang Rawan Lembu. Ada yang minta resepi nak buat ni lepas saya upload gambar rojak kateh kat FB. Ok..saya bagi resepi ni berdasarkan yang mak saya masak ya. Yang masak ni mak saya, hehe saya tukang makan je pastu. 

Rojak Kateh @ Rojak Tulang Rawan Lembu 

 

Bahan-bahannya:
1-2 batang kaki lembu  - (betulkah penjodoh bilangan itu?)
3 senduk kecil Cili boh @ Serbuk cili
1 senduk kecil Cuka masak (ACV pun boleh guna)
Segenggam Asam jawa atau 2 sudu besar pes asam jawa.
Air secukupnya
Sekeping Gula nisan @ gula melaka saiz sederhana
Garam/gula secukupnya

Cara Penyediaan:
1) Bakar kaki lembu (bahagian kasut hitam dia tu-untuk mudahkan cabut lapisan luarnye)
2) Kasi kikis sampai nampak tulang rawan sahaja. Macam dalam gambar dibawah.

Sumber : ceria-resipi.blogspot.my

3) Rebus separa empuk tulang kaki tadi. (kalau pakai pressure cooker maybe dlm 15-20 minit dah memadai.)
4) Kikis lagi tulang rawan dan isi2 sekitar lutut/kaki lembu tersebut sampai licin dari cantik kalau boleh dikerjakan.
5) Potong dadu / kecil2 agak2 dapat makan sekali suap aje ketulan daging/tulang rawan tu.Tulang boleh buang je atau ulang masak kat periuk lain boleh buat bone broth.
6) Tukar air rebusan pertama tadi. Rebus lagi dalam air baru sehingga jadi betul2 kembang dan lembut. Masak cara biasa boleh jadi berjam-jam. Kalau pressure cooker maybe 40 minit dah jadi lembut. Tak cukup lembut? Masak la lagi lama. Dah siap, tos dan ketepikan.

Bahagian kuahnya:
1) Masukkan air dalam 1 liter kedalam periuk. Didihkan bersama cili boh @ serbuk cili tadi beserta cuka masak, gula nisan, asam jawa. Tak perlu tumis apa-apa. Masuk semua sekali saje. (Tapi kalau korang prefer tumis lada tu, tak perlu minyak banyak la ye.)
2) Masukkan tulang rawan/kateh dan isi2 tadi sekali. Letak garam gula secukup rasa. 

Apa rasa yang sepatutnya rojak ni?
Ada rasa pedas sket, masam sket, manis sket, tapi tak masin sangat. Ala-ala macam kuah rojak betik tapi tanpa isi ikan, begitulah lebih kurang.
Ada yang suka makan panas-panas, ada yang suka makan sejuk. Boleh simpan dalam peti untuk tahan lebih lama.

Selamat mencuba 2 resepi di atas!

Sedikit pesanan dari MamaLutfi:
Kalau takut dilanda masalah tahap kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, atau jadi sakit gout akibat pengambilan berlebihan makanan tersebut sila jangan lupa diri bila makan ye. Takpun sebagai kawalan awal boleh la mengambil Vivix, Phytocol-St, Omega Guard, Lecithin, Alfalfa dan Herblax sebagai alternatif bagi anda ye.

Vivix - mengadungi polifenol yang bagus untuk kesihatan serta bersifat antioksidan.
Phytocol St - berperanan menyekat lebihan kolestrol dari makanan dari memasuki salur darah ketika serapan di usus.
Omega Guard - berperanan menyingkirkan mendapan kolestrol jahat (LDL) yang ada dalam saluran darah - (mencegah salur darah tersumbat dan menjaga ia dari inflammation)
Lecithin - membantu pengelmusian lemak, so elakkan lemak menepu pada salur darah.
Alfalfa - mencegah pengumpulan asid urik yang menjadi punca gout dengan meneutralkan asid berlebihan (Alfalfa bersifat alkali)
Herblax - bantu masalah penghadaman dan melancarkan pembuangan.

Mana nak dapat suplemen tersebut? Hubungi saya aje ye ditalian  013-9230280


Saya akan bantu anda memberi konsultasi produk yang bersesuaian dgn kehendak dan keperluan anda. Semoga semua sihat selalu ye!

0 komen ditinggalkan: