Memaparkan catatan dengan label Kalsium Magnesium. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kalsium Magnesium. Papar semua catatan

Luka Bersalin Czer Sembuh Cepat Selepas Amalkan Vivix

Assalamualaikum dan hai buat semua..

Korang pernah bersalin secara czer atau bakal bersalin secara czer tak? Terus terang Ida cakap, setakat 3 anak yang Ida kandung dan lahirkan setakat ni, Alhamdulillah Allah belum bagi ujian bersalin begitu. Tiga-tiga anak Ida semua bersalin secara normal.

Memang Ida takleh bayangkan camne susah dan payah yang perlu dilalui oleh ibu-ibu yang bersalin secara czer ni dalam melalui hari-hari berpantang terutamanya.

Hari ni Ida nak share pengalaman sahabat terdekat Ida sendiri yang melalui proses bersalin secara czer kali kedua dah pun. Lagi unik sahabat Ida ni dia mempunyai masalah alergik pada kebanyakan jenis ubat penahan sakit dan antibiotik.

Kesian tau orang-orang yang camni kalau melalui proses pembedahan, sebabnya lepas pembedahan kalau kesan bius dah habis nak makan pain killer pun terpaksa memilih. Kalau tak habis bengkak sembab jadi mata dan muka.

***********************************************



 Bersalin secara pembedahan selepas dinasihatkan doktor akibat kandungan songsang dan kontraksi sudah mula tiba.


Untuk kelahiran yang kedua ni baru guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech.

Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu.

Alergik pada ubatan tahan sakit dan antibiotik (NSAIDS)


Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya allergic pada banyak ubat. Bila makan satu muka akan jadi bengkak sampai tak boleh nak bukak mata.

 .
Saya hanya mampu makan panadol. Tapi itupun akan buat jadi bengkak juga cuma tak seteruk bila makan antibiotic. Kalau demam biasa or sakit kepala ok la kan dengan panadol. Tapi kalau czer tak cukup hanya dengan panadol.

Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris

Minggu pertama sangat hazab. Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris sampai tak mampu nak bergerak. Nak ke toilet yang sekangkang kera pun terpaksa berenti 2 kali dan ambil masa yang lama sampai menangis.
.
Nak bangun, nak duduk sangat lah menyeksakan. Ditambah pula anak jaundis masa tu dan ulang alik klinik untuk injection selepas bersalin. Syukur juga kat rumah ni memang ada wheelchair.
.
Disebabkan tak boleh makan ubat tahan sakit dan antibiotik, jadi saya bertahan dengan vitamin Shaklee. Sejak hari pertama saya ambil ZINK COMPLEX dan VITAMIN C (untuk cepat baik luka) , GARLIC COMPLEX untuk ganti ubat antibiotik, VITALEA , BCOMPLEX untuk tenaga, OSTEMATRIX untuk elak sembelit (memang tak sembelit sepanjang berpantang), LECITHIN untuk bengkak susu.
.
Namun begitu, megadose zink complex n vitamin C tak mampu untuk meringankan sakit saya. Yelah, ini vitamin bukan ubat..dan vitamin pulak adalah vitamin semulajadi kesannya bukan segera macam ubat. Mungkin tak cukup untuk tahan sakit dari major operation ni. Satu je yang saya belum cuba waktu tu dan saya menyesal sebab tak ambil dari hari pertama lagi iaitu VIVIX.
.

Cuba Vivix bermula hari ke 20 selepas pembedahan, menyesal tak amik lebih awal!

Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memang rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin.Sangat menyesal.
.
Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah dengan Vivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang.
.
Seksa tau nak pegang baby yang berat tu kalau sakit. Banyak pergerakan akan terbatas.Tapi nak tak nak kena bergerak juga walau sakit macam mana pun. Saya juga syiorkan pada kawan yang juga bersalin secara czer.
.
Untill now, saya masih consume Vivix ni sebab banyak sangat kelebihannya. saya tau saya masih memerlukan Vivix untuk luka dalaman dan yang penting untuk kecantikan juga. Vivix baiki sel-sel dalaman. Bila sel cantik, fungsi badan pun cantik. Sebab tu luka pun cepat baik sebab Vivix bertindak terhadap sel.
.
Jadi saya amat sarankan Vivix untuk mereka yang bersalin secara Czer..dan Vivix ni boleh juga untuk mereka yang menjalani apa-apa pembedahan untuk memastikan luka cepat baik. Baik juga untuk pudarkan parut akibat jahitan semasa pembedahan. Terbaik sungguh!

#supermomshakleestory #myvivixstory #vivixse

Credit : Supermom Shaklee Story


***********************************************************

Haa..dah abis baca pasal pengalaman beliau dalam tempoh berpantang tu? Terbayang pulak seksanya tu nak lalui proses nak baik luka lagi, nak jaga anak dalam pantang lagi, nak kena berulang ke klinik untuk cucuk lagi. 

Orang yang bersalin operate ni wajib amik suntikan Heparin tu kalau tak silap Ida dalam seminggu kut. 2 x sehari plak tu! Lagi banyak nak kena bergerak jauh2 mesti lagi seksa kan? Alhamdulillah, dengan pengambilan set bersalin Shaklee ditambah dengan Vivix pulak tu kemudian, luka czer sahabat Ida tu yang menyakitkan akhirnya dapat sembuh lebih cepat! 

Jika jadi Ibu yang tengah berpantang mahupun ahli keluarga yang perlu menjaga dalam pantang tersebut pun of course senang hati sikit nak bagi tumpuan kat baby juga pastu. Tak lah asyik nak fikir kesakitan akibat luka czer tu aje kan?

So, kalau korang antara ibu-ibu bersalin secara czer mahupun bakal dijadualkan czer ketika proses bersalin nanti (tak kira apa jua sebab korang kena czer tu)..Ida sangat-sangat syorkan korang ambil la set Berpantang Shaklee secara Full Set dan ditambah dengan Vivix untuk percepatkan sembuh luka tu. 

Bersalin cara normal boleh amik Vivix tak?

Boleh sangat-sangat tau! Sebab sewaktu bersalin kita mungkin mengalami luka juga walaupun tak la sehebat luka czer yang lagi banyak lapis tu. Vivix ni bantu percepatkan sel-sel kulit kita dibaikpulih dengan cantik sekali! Tambah pulak kalau amik ESP dalam set bersalin tu. Memang mantop!

Jika ibu-ibu atau para suami prihatin yang mahukan set Bersalin Shaklee + Vivix seperti dalam gambar di bawah, boleh hubungi Ida di 013-9230280 untuk membuat pesanan anda. 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c42bd6650f37513f5375dd4e9414b359

BELI SET BERSALIN SHAKLEE + VIVIX DISINI!

 

Berapakah harga bagi set Bersalin (Post-Natal) dan juga set Vivix (Advanced Protection) ini?

Harga bagi satu set Post Natal ialah RM582.00 sahaja (tidak termasuk GST). Boleh diambil sebaik sahaja selepas bersalin dan boleh teruskan sepanjang proses berpantang dan selepas berpantang juga untuk kesihatan ibu dan anak yang menyusu badan juga. Malahan set ini juga boleh diconsume sehingga 3-6 bulan selepas bersalin. JIMAT!

Manakala untuk Vivix pula cuma RM475 sebotol, beli 2 dengan harga yang lebih istimewa kerana anda juga layak untuk mendapat keahlian PERCUMA dan bonus tunai dengan pembelian Vivix tersebut. Yang mana harganya sudah tentu lebih murah dan sangat berbaloi! Anda mampu dapat PENJIMATAN SEHINGGA 20% dari harga sebenar.

Bagaimana caranya? Hubungi saya melalui whatsapp 018-9024280


Jangan biarkan saat berpantang dilalui dengan penuh hazab akibat kesakitan yang dilalui tu tau!

 

Vitamin Shaklee yang pertama kali saya makan | Hari 4 ~ Cabaran 7 Hari Entry

Cabaran 7 hari entri bersambung lagi. Hari ni saya akan berkongsi mengenai 'Vitamin Shaklee yang pertama kali saya makan'. Pertama kali saya mengenali dan mencuba produk Shaklee adalah pada tahun 2010. Semuanya bermula pada episod kehamilan kali kedua. Semasa mengandungkan Humaira masuk trimester ketiga saya mengalami masalah yang biasa dilalui kebanyakan ibu2 yang hamil iaitu otot kaki kejang @ simpul biawak org namakannya- terutamanya malam hari sewaktu tidur. Ia sangat tidak menyelesakan bagi ibu2 yang perutnya dah makin besar sukar nak capai kaki sendiri bilamana keadaan ni berlaku. Lagi la kdg2 suami saya kerja shift malam, takde orang lain utk saya harapkan bantuan melegakan sakit tu. 
 
Otot kaki kejang ketika hamil agak menyakitkan lebih-lebih lagi bila perut sudah semakin besar
 Masa mengandungkan Lutfi dulu takde pula jadi cramp mungkin sebab saya rajin sket paksa diri minum susu masa tu. Dapat pula susu free klinik bagi masa tu hihi..minum je la kan. Bila pemeriksaan bulanan tiba saya nyatakan pada nurse dan doctor yg saya jumpa. Mereka sarankan saya mengambil lebih kalsium+magnesium kerana keadaan ni berlaku selalunya sebab ibu hamil kurang bekalan nutrisi tu. Tapi kali ni klinik yang saya pergi tak bagi susu free dah..kena beli sendiri aje.

Selain pengambilan susu yang saya tidak berapa gemar sangat masa preggy tu, saya perlu ambil pemakanan lain yg kaya dengan kalsium juga seperti yogurt, cheese dan sayuran serta kekacang tertentu. Alternatif lain yg mudah dimakan mereka mencadangkan saya mengambil pil kalsium. So bermula la pencarian saya diinternet melalui Google, pil kalsium mana yang agak bagus dan memenuhi keperluan saya masa tu. Saya terjumpa beberapa blog tak ingat dah sape punya blog(masa tu belum famous sgt Shaklee di online-blog2 ni) yang mempromosi set kehamilan Shaklee untuk ibu hamil dan antara vitamin yang dicadangkan termasuklah pil kalsium+magnesium a.k.a Ostematrix.

Saya berfikir-fikir juga nak ambil set complete atau cukup pil ini sahaja memandangkan masih banyak pil vitamin yang klinik bekalkan. Kalau boleh dapat yang free mengapa saya perlu beli lain, itu yang saya fikir masa tu. Hihi... Tapi lepas buat calculation balik mungkin saya perlu pil-pil vitamin ni selepas bersalin pula, masa tu klinik pun tak bagi free dah kut. So saya beli bbrp pil lain juga tapi yang lucunya saya simpan dulu lain-lain tu. Satu-satunya yang saya makan masa tu adalah Ostematrix. Konsisten saya makan lebih kurang seminggu ke dua minggu camtu lah, akhirnya saya perasan perubahan yang berlaku yang sangat ketara - TIADA lagi episod menyakitkan otot kaki kejang @ simpul biawak tgh mlm ni. Kalau tidak, seminggu tu mesti beberapa kali saya kena. Nangis kadang2 tahan sakit. 

Terima kasih Allah, temukan saya dengan penyelesaian masalah yang menghantui saya masa tu. Lepas 2 minggu saya perasan juga saya tidak sukar membuang air besar seperti sebelum ni. Kurang masalah sembelit dah walaupun masih lagi makan pil iron klinik tu tapi sembelit dah berkurang.  Hinggalah dah dekat nak bersalin baru saya mulakan dengan vitamin lain yang saya beli dalam set tu. Lama simpan tu. Hihi.. tapi masa tu kewangan takdelah bagus sangat untuk memudahkan saya repeat order lagi dan lagi. Agak2 macam masalah tu nak timbul baru rasa nak order lagi. Tapi satu perkara yang sudah lekat diminda saya masa tu - OSTEMATRIX MEMANG AWESOME! SHAKLEE MEMANG SERASI UNTUK SAYA!

Walaupun masa tu tak tergerak hati lagi nk amik tau pasal keahlian Shaklee tapi Ostematrix la telah membuka hati saya untuk lebih amik tau tentang kelebihan produk Shaklee yang lain pula. Ya, saya jatuh cinta dengan produknya sebelum saya bergelar ahli dan pengedar Shaklee lagi. Alhamdulillah pertemuan yang tidak disangka memberi asbab untuk saya lebih sihat dan memberi penyelesaian masalah saya ketika itu.

So kalau ada ibu2 diluar sana yang mengalami masalah cramp kaki yang berlanjutan hampir setiap hari, atau ada masalah sembelit yang agak ketara menyukarkan pelawasan anda saya sangat mencadangkan anda cuba lah Ostematrix Shaklee ni. InsyaAllah anda gerenti puas hati dengan kesan positif yang akan dirasai tu. Sebaik-baik kandungan pil kalsium adalah yang digabungkan dengan zat magnesium juga dalam nisbah yang disarankan. Apa yang dibekalkan dalam 4biji Ostematrix Shaklee?


Jika anda mengalami masalah yang sama - selalu cramp kaki dan juga sembelit tetapi anda BUKAN ibu yang sedang hamil, YA Ostematrix juga dapat membantu anda mengatasi masalah ini. So jangan ingat Ostematrix hanya untuk ibu mengandung aje ye. Kanak-kanak yang sudah bersekolah dan mampu menelan pil sendiri juga boleh mula mengambil pil Ostematrix ni sebagai ganti sekiranya tidak minum susu lagi untuk keperluan tumbesaran dan ketinggian mereka nanti. Mereka yang cukup kalsium seawal remaja tidak akan mengalami masalah ketinggian terbantut insyaAllah.

Berminat nak cuba Ostematrix Shaklee? Laju-laju hubungi saya seperti nombor yang tertera dibawah ye:

013-9230280 (IDA)