Memaparkan catatan dengan label GDM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GDM. Papar semua catatan

Diari kelahiran:Irdina Zulaikha

Dah lama nak mencoret momen kelahiran anakanda ketiga ku ini..tapi sering aje ditangguh-tangguh. InsyaAllah akan cuba refresh balik memori detik-detik menunggu kelahiran puteri kedua merangkap anakanda yg ketiga dlm family kecilku. Ada yang masih segar diingatan, ada yang dah agak-agak lost la juga..Hihi. Baby Irdina dah cecah usia 4 bulan baru mama nak kongsi cerita pasal dia. Huhu.. Cerita yang agak panjang kali ni. Sabar je la klu nak baca ye.

Close-up: Irdina di hari pertama kelahirannya...Wangi baby ketara sangat masa ni. SUKA!
21/05/2014 - Rabu
It is my EDD that day. Kiranya genap 40 weeks la pada hari tersebut mengikut perkiraan doktor berdasarkan Last Menstrual Period (LMP) ku dulu. Sepatutnya seawal pagi lagi dah gerak ke Hospital kena serah diri disebabkan status GDM ku untuk pregnancy kali ketiga ni. Tapi aku lengah-lengahkan sampai tengahari.

Selepas lunch kami suami isteri gerak ke Klinik Al Farabi, dapat no giliran tunggu aje la sampai turn kami. Aku pun dah lupa siapa nama doktor yang bertugas masa tu..hihi. Yang pasti bukan doc yang biasa attend aku la masa monthly checkup sebelum ni.

Selepas diteliti rekod ku, sedikit bebelan keluar dari mulutnya..haha. Agak dah. Katanya aku patut gi serah diri awal-awal pagi lagi ke Hospital sebab status GDM ni klu belum ada tanda sakit nak bersalin aku kena induce supaya tak overdue. Bimbang risiko pada baby katanya.

So klu nak kena induce sepatutnya aku dah kena serah diri sehari sebelum atau paling lewat awal pagi hari due date tu. Supaya proses induce dapat dibuat awal. Aku yg dah agak familiar dgn situasi tu masa first pregnancy dulu mmg saja la jugak pegi lewat sket je tu.

Memang saja lewatkan hari pergi sebab ada sedikit cuak dihati..sebolehnya nak juga ada tanda nak bersalin muncul dulu. Tapi memandangkan no blood show dan ketuban pun takde tanda leaking ape..nak tak nak hari due kena la pegi kan.

Niat awal nak bersalin di Hospital swasta aje kali ni. Pilihan aku nak ke Hospital Pakar MUIP Kuantan asalnya. Siap dah standby duit sebagai anggaran kos untuk bersalin secara normal kat sana. Tapi memandangkan aku ada history baru dlm pregnancy kali ni... GBS +ve (GBS= Group B Streptococcus) masa minggu ke 28 pregnancy, walaupun repeat test pada minggu ke 35 aku dah takde kuman GBS tu (-ve la kiranya result GBS tu)...tapi as precaution diorang mesti treat aku as patient with GBS+ve juga.

Dekat Hospital Pakar MUIP tu takde ramai paed (doc pakar kanak-kanak), hanya sorang aje. Kelengkapan pun limited untuk bayi jika ada masalah masa lahir. Dan memandangkan GBS dikira agak berisiko tinggi untuk bayi yang bakal lahir..not to mama yang melahirkan ni. So diorang suggest aku pegi ke Hospital kerajaan aje la. 

Maka dah jam 6 ptg baru dapat gerak ke HTAA Kuantan. Pegi la aku ke Pusat Bersalin Risiko Rendah kat HTAA tu dulu utk screening..buka fail ape sume dulu. Lama gak nak settle, nurse nak buka fail, cek tekanan darah, tanya history serba sedikit ttg pregnancy kali ni..masuk Maghrib. Solat maghrib kejap kat surau wad bawah tu je. Then tunggu lagi untuk proses VE (cek bukaan serviks) baru 1 cm kata doc perempuan yg buat tu.

Aku dah berdebor takut kena dengan doc lelaki pelatih yang ade situ. tapi Alhamdulillah, doc perempuan yg buat keje2 cek tu. Doc lelaki pelatih tu byk catit itu ini aje la keje dia. Smtra nak tggu dapat katil dan masuk wad, aku minta izin nak gi dinner dulu dengan husband dan anak-anak. Kat restoran belakang hospital tu aje.

Kira2 jam 9pm baru aku dapat naik ke wad atas, mula2 aku ditempatkan ke Wad kelas 3 aje sebab aku tak bawa GL. No hal la bab tu..janji dapat katil bukan ditempatkan tah mana2 aje kan. Then dah settle husband dan anak2 balik aje la. Aku pesan kat husband esok pagi datang la bawak mknn/minuman..sebab aku cuma dtg bawak pakaian aku dan baby dlm perut aje. kut rasa nak mengunyah or dahaga ke mmg kena tunggu waktu makan aje la. Takde bawa backup lgsg time tu.

First procedure lepas dapat katil of course la kena buat CTG kat situ..nak pantau jika ade surge dan juga keadaan heart beat baby. Everything so smooth la...heart beat baby cantik.. surge tak ketara pun lagi. dlm 20 minit baru ade sekali..tu pun very mild surge aje. abis episod ari first tu.

Malam aku tdo lena aje la..tak sakit ape kan.. cuma tak brp nak lena juga sebab jiran katil sebelah asyik duk berbunyi2 mengaduh menahan sakit kontraksi. Tapi aku cuba tido la sebaik mungkin..kut2 esok tiba giliran aku start sakit...mana ada nak fikir tidur dah kut kan?



22/5/2014 - Khamis
Selepas Subuh, mandi siap2 dapat breakfast sudah..mihun goreng, husband dtg bawa makanan dan minuman lagi.. termasuk air zam zam, kurma. Sementara menanti doctor membuat pemeriksaan pagi tu aku duk mundar mandir aje kat balkoni...jalan2 kejap..squatting kejap. Lebih kurang pukul 11pg doc buat VE..dah 3 cm katanya. So tak perlu induce..sepatutnya plan awal kena induce sebab aku ade GDM dan dah sampai due dah.

Alhamdulillah dengar plan doc tu dia kata aku takkan diinduce memandangkan jalan dah buka 3 cm, dan tggu progress aje la, lagipun bukan anak first so dia assume maybe tak lama la tu. Klu progress slow baru doc akan drip untuk cepatkan bukaan. Yang pasti contraction aku slow je masa tu..petang Hubby balik amik anak2 yg ditinggal kat taska untuk jagaan. And the day past just like that..Aku kebosanan juga sebenarnya tapi tak lena tdo. Jam 3 pagi baru betul-betul mata ni lelap.



23/5/2014- Jumaat
Jam 6 pagi aku terjaga dari tidur. Bersiap untuk mandi dan solat Subuh. Cuma aku pelik pagi tu baby dalam perut macam takde gerakan langsung. Biasa Subuh2 dia la tolong kejut dengan gerakan aktifnya. Aku gosok2 perut, tepuk2 manja gtu masa mandi, tapi langsung takde tindakbalas semula. Aku jadi takut seketika. Perut aku memang mengeras sangat2 tapi pergerakan baby langsung aku tak dapat detect.

Cuak., risau, cemas sume perkara aku rasa saat tu. Cuba tenangkan diri dengan pergi bersolat dulu. Kalau lepas sejam langsung takde gerakan aku decide nak inform nurse kat wad. Nak btau terus masa tu takut aku je yg cuak lebih sebenarnya. Aku cuba bertenang.

 Alhamdulillah dalam sejam lepas tu baru la terasa kembali gerakan halus baby dlm perut tu. Bimbang juga kan dengar citer macam2 tentang ibu yang memang tunggu masa nak bersalin aje tapi akhirnya kehilangan baby sebab tiba2 aje baby dah tak bergerak. Lagi la aku masuk kategori ibu yang berisiko kali ni. GDM+GBS.. Haa..byk tul cubaan timbul. 

Aku call husband suh datang awal sket hari ni. Aku mnta husband urus hal GL. Tanya kat nurse ade katil kosong tak utk wad kelas dua or kelas satu. Diorg suh aku kemas2 je dl.klu ade kosong diorg akan pindahkan aku nnt. Mak ayah juga dtg dari Terengganu. Kebetulan cuti hujung minggu dah kat sana kan. Lepas solat jumaat nurse cakap ada katil kosong di wad kelas 2. Pindah katil pastu.

Tiba waktu melawat mak ayah aku datang ke wad dengan adikku sorang. Aku sembang2 dengan mak, minta petua la, minta dia doakan aku mudah bersalin, cepat2 dapat kuar hospital sementara diorang ada kat Kuantan ni boleh tolong jaga anak2 aku yang berdua tu klu sampai masa aku nak bersalin nanti.

Paling takleh lupa...ada dapat call dari prospek yang tetiba nak join keahlian Shaklee dan beli produk. Aku tanya la dia dari mana, dapat no contact aku pun dari mana.. Orangnya duk Rawang, dapat no aku dari google katanye.

Kiranya jumpa blog mamalutfi ni la kan? Alhamdulillah...dalam duk tahan sakit contraction sket2 tu aku layan je segala pertanyaan dia. Bila sambung berSMS aku inform mybe aku amik masa sket bbrp hari utk daftarkan dia, sebab aku tgh tggu masa nak beranak aje time tu. Terkejut dia. sebab katanya dengar suara aku tak macam orang tahan sakit pun. Hihihi...kenangan sungguh! Memanglah time tu contraction mild2 aje...nak sembang2 boleh je.

Habis waktu melawat, mak ayah, adik aku dan en Suami beserta anak2 pun balik umah je la. Tggl ler daku menunggu masa bila la sakit contraction tu akan betul2 tiba. Memang takde sakit yang betul2 sakit lagi la kiranya..setiap waktu solat aku boleh solat dengan selesa je lagi. Tak perlu guna kerusi sume..Memang solat cara biasa aje.

Lepas Isya malam tu aku decide nak solat sunat hajat dan Taubat sekali, mohon doa moga Allah ampunkan dosa2 ku sebelum sampai masa aku nak bertarung dengan kesakitan sebenar nanti. Aku doa semoga kelahiran kali ni disambut oleh staff perempuan semuanya.

Cukup la dengan perasaan malu kena hadap doc lelaki masa anak2 sebelum ni. Dengan en suami pun aku mohon maaf jua, pinta dia solat sunat hajat mudahkan aku lalui proses besalin yg belum tau lagi bila nak tiba tu.

Dalam jam 10 malam, nurse datang ke katil inform suh aku kemas beg sekali lagi, ade katil kosong diwad kelas satu katanya. Nanti lepas doc buat VE  dia akan hantar aku pindah ke wad sana pulak. Alhamdulillah....first time in mylife ni, bersalin kat hospital gomen dapat merasa duk ketiga2 kelas wad yang ada. Merasa pengalaman yang cukup berharga tu. 

Dalam jam 11 malam, nurse panggil nama suh tunggu di bilik pemeriksaan. Doc nak cek progress bukaan jalan camne. Ade bbrp lagi ibu2 lain kat sana. Sampai turn aku, doc perempuan yang buat prosedur VE tu. Katanya progress aku agak slow, baru 4cm bukaan.

Aku agak dah..Penat jalan mundar mandir keliling katil 1cm je progress. maybe sebab tu juga kesakitan aku pun slow aje.. Sebab dari pengalaman dua anak sebelum ni, bukaan akan jadi cepat bilamana kontraksi aku agak kuat.

Doc tu buat keputusan untuk lakukan proses membran swipe, dalam kata lainnya macam bantu bukakan jalan la katanya. Actually aku tak suka part ni sebab ia agak menyakitkan..dan tah cemana la doc tu punye keje...tetiba aje dia 'terpecahkan' ketuban aku time dia swipe tu.

Terkejut kejap dia..aku pun lagi la terkejut. Rasa nak marah la juga kan. Memang banjir abis la masa tu...aku bila ketuban dah pecah tu aku agak cuak dah..memikirkan pasal GBS. Doc tu suh HO pasang jarum drip tu utk cucuk antibiotik kat tangan aku. Nasib drip antibiotik je bukan drip pitocin..klu tak tak tau la ape rasa.

10 minit lepas ketuban pecah kontraksi aku mendadak bertambah kesakitannya. Air ketuban pula tak berhenti kuar setiap kali kontraksi dtg. Nurse suh aku siap2 nak sorong pegi labor room. Aku ckp nak call husband dulu suh datang, sebab aku yakin aku akan bersalin malam tu juga dari kadar kesakitan aku rasa tu.


Sempat juga aku telan air zam zam dan kurma beberapa biji dlm menahan sakit kontraksi tu. Beg2 sume dah kemas, dari asalnya nak ditukar ke wad kelas satu aku terus ke labor room la plak. Tggu en suami datang je amik beg yang dah kemas2 tu utk bawa ke wad kelas satu lepas selamat bersalin nanti kata nurse.

Masa nurse sorong aku ke labor room tu jam dah 12 mlm. Aku berdoa sangat2 moga husband sempat sampai dan dapat temani aku dalam labor room nanti. Bukan ape, ni first time untuk dia tau! Dua anak sebelum ni dia miss nak rasai moment ni, melihat sendiri bininya ni bersalin. Sampai2 je dulu tu, aku da selamat bersalin. So kali ni aku berharap sangat Allah izinkan en Suami sempat tiba. Maklum la dari Balok nak sampai ke HTAA adalah dalam 30minit juga tu.



24/05/2014 - Sabtu
Jam 12.15am aku masuk labor room, tukar uniform, naik katil baring dan dipasang strap utk CTG monitor heart beat baby sambil monitor kadar kontraksi aku. Alhamdulillah semua yang duty masa tu perempuan. Sorg doc, sorg midwife, sorg nurse dan 3 doc pelatih semua perempuan.

Syukur Allah bagi aku peluang ni seperti yang aku mohon. Hari2 mohon doa dengan Allah supaya aku bersalin nanti dengan staff pompuan aje tanpa perlu aku rayu2 atau buat request tu kat nurse/doc. Kesakitan yang dirasai selang 5 minit sekali jadi makin kerap dalam masa sejam tu. Aku sempat jeling ke arah mesin CTG..saat kontraksi slow bacaan dalam belas2 atau 20+ gtu je la. Bila ia makin kuat...bacaan makin naik sampai 120+. Mulut tak lekang baca ayat2 doa dan zikir untuk tenangkan perasaan sakit yang mencanak2 tu.

Nurse pasangkan gas etonoks letak atas tangan aku mask nye, katanya kalau aku rasa tak tahan sakit boleh guna mask tu sedut gas. Tapi masa tu aku refuse nak guna, insyaAllah ku cuba handle sebaik mungkin kesakitan tu tanpa perlu ape2 penahan sakit.

Anak2 sebelum ni pun aku tak penah guna ape2 jenis penahan sakit pun. Sume go through aje kesakitan tu. Bacaan heart beat baby agak terkawal tandanya baby tidak dalam keadaan distress. Dalam sejam aje aku masuk ke labor room..kesakitan memang dah memuncak, aku cakap kat midwife tu aku rasa macam kepala baby dah nak keluar, (rasa macam nak meneran sangat2 dan nak terberak pun ada).

Doc yg bertugas minta aku hold kejap. Dia nak masukkan catheter untuk buang urin. Takes time lama plak aku rasa masa tu..katanya pundi kencing aku penuh. mana taknye...sebelum masuk labor room aku pulun minum air zamzam tu nak abis separuh botol 500ml tu ha..haha. tapi saat doc cuba tarik keluarkan catheter tu dengan tambah feeling nak teran sangat dah...tangan aku otomatik tercapai mask gas etonoks tu...adehhhhh...aku tersedut jugak sekali je.

Huhhh!! lgsg tak hilang sakit pun aku rasa. Last2 aku cakap aku dah ready nak teran pun. takyah gas2 lagi dah. sekali tu je la ku sedut tadi..

Alhamdulillah selepas bertarung dalam sejam lebih sket aje kesakitan kontraksi tu. dan sekali push..pada jam 1.24am maka lahir la puteri kedua ku merangkap cahayamata ketiga ku..IRDINA ZULAIKHA nama pilihan hati ku beri.


Seronok tido berbungkus ni kejap aje.. lepas tu setiap sejam terjaga nangis minta susu dan minta dipeluk.
Irdina at 3 months++


Irdina : Penghormatan (Kehormatan kami)
Zulaikha : kecantikan yang menawan

Moga dia membesar menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati kami.

Anda berisiko mendapat kencing manis atau diabetes sewaktu mengandung?

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Lama tak buat entri baru, harini luangkan sedikit masa nak berblog. Akhir-akhir ni selalu juga saya dihujani pertanyaan tentang masalah kencing manis@diabetes ketika hamil. Atau nama singkatan yang glamor iaitu GDM (Gestational Diabetes Mellitus a.k.a Diabetes Gestasi) Saya merupakan salah seorang ibu yang pernah melalui situasi ini sewaktu kehamilan pertama saya dahulu. Saya didiagnos sebagai GDM mommy ketika kehamilan berusia 28 minggu ketika itu, selepas bacaan gula dalam darah ketika ujian OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) melebihi tahap normal yang sepatutnya. So sedikit sebanyak saya akan cuba berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya tentang masalah kecing manis/diabetes sewaktu kehamilan dalam entri kali ni.




Apa penyebab masalah kencing manis ketika hamil/GDM ini?
*Diabetes gestasi adalah keadaan yang dicirikan oleh paras glukosa darah tinggi ditemui semasa mengandung.  Diabetes gestasi adalah hasil daripada perubahan hormon yang berlaku dalam semua wanita semasa mengandung. Keadaan ini berlaku pada kira-kira 4% daripada semua kehamilan. Peningkatan paras hormon tertentu yang terhasil dalam plasenta (organ yang menghubungkan bayi dengan tali pusat untuk rahim dan pemindahan nutrien daripada ibu kepada bayi) mengganggu keupayaan insulin untuk menguruskan glukosa. Keadaan ini dipanggil "rintangan insulin.

*Ketika plasenta membesar semasa hamil, ia menghasilkan lebih hormon dan peningkatan rintangan insulin. Biasanya pankreas ibu mampu menghasilkan insulin lebih (kira-kira tiga kali jumlah yang biasa) untuk mengatasi rintangan insulin. Namun terdapat situasi jika pankreas tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup untuk mengatasi kesan hormon yang meningkat semasa mengandung, paras glukosa akan meningkat, menyebabkan diabetes kehamilan terjadi.

*Ujian diabetes gestasi (OGTT) biasanya dilakukan di antara masa 24 dan 28 minggu kehamilan. Jika anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk penyakit kencing manis, doktor anda mungkin mencadangkan bahawa ujian dilakukan pada awal kehamilan lagi. Jika anda telah disahkan menghidap diabetes gestasi, anda akan perlu diuji enam hingga 12 minggu selepas melahirkan anak untuk melihat sama ada kencing manis masih ada atau tidak. Biasanya ketika bawa bayi checkup untuk bulan pertama mungkin kita kena ulangi ujian ni. Kalau bacaan gula dalam darah anda normal, maka sah anda hanya mengidap kencing manis sewaktu kehamilan sahaja. Namun anda tetap berisiko untuk mendapat kencing manis (type 2) untuk jangka masa panjang atau kehamilan seterusnya jika tidak menitik beratkan soal penjagaan kesihatan dan pemilihan makanan yang bersesuaian.
  
**************************************************

*Kalau cerita tentang penyebab awal kencing manis yang saya alami dulu...penyebab utama yang boleh saya katakan adalah kerana saya tidak mengawal pemakanan saya..Saya sangat cenderung dengan makanan manis seperti kek chocolate moist dan apa jua jenis manisan masa tu.

Buah-buah yang tinggi kandungan gula seperti anggur memang favourite juga semasa kandungan dah mencecah 6 bulan ke atas. Akibatnya bila berat badan naik mendadak (3-4 kg dalam satu bulan tu) masa kehamilan bulan ke 6 dan ke 7 kenalah buat prosedur MOGTT. Masa tu sejarah keluarga takde yang kena diabetes lagi. Bacaan 2 jam selepas MOGTT saya dulu adalah 8.3 mmol / L. Memang lebih dari kadar normal 7.0 mmol/L la kan. Dah kantoi GDM bermula episod prosedur BSP pulak. Yang ni saya cerita lain kali ye. 

So peringatan buat ibu-ibu mengandung...memang seronok bila dah ada selera makan tapi pandai-pandai la kawal pemakanan juga ye..walaupun macam susah je nak control nafsu makan tu kan? hehe...Semua benda craving aje masa tu. 2-4% ibu-ibu berpotensi nak kena GDM ni. Kira nasibla ye kalau terkena macam saya juga. Sapa suh tak beringat bab makan kan?


**************************************************

 
Siapa yang berisiko mendapat masalah kencing manis ketika hamil/GDM ini?
Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:

  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar (macrosomia) dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi


Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 

Apa tujuan OGTT (Oral Glucose Tolerance Test)?*
Untuk mengukur keupayaan badan menggunakan sejenis gula, yang dipanggil glukosa, iaitu sumber utama  tenaga badan kita. Ujian OGTT boleh digunakan untuk mendiagnosis prediabetes dan diabetes. 

Berapakah bacaan normal dan bacaan yang didiagnos sebagai diabetes selepas OGTT dilakukan?  
Hemoglobin A1c (HbA1c) = 6.5%  
Glukosa plasma puasa => 126 mg / dL (7.0 mmol / L)  
Tahap glukosa plasma 2 jam = 200 mg / dL (11.1 mmol / L) semasa 75-g OGTT 
Tahap glukosa plasma rawak = 200 mg / dL (11.1 mmol / l) dalam pesakit dengan gejala klasik 
 hiperglisemia atau krisis hyperglycemic

********************************************************


Perkara yang bermain difikiran bila sekali pregnant dah kena GDM.."Apakah saya akan mengalaminya lagi untuk kehamilan seterusnya?"
*Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...haha apa punya peribahasa daaa...

Menurut doktor/dietitian yang saya dah jumpa sebelum-sebelum ni selepas kes GDM pertama saya tu katanya, next pregnancy akan berisiko tinggi berulang kes sama jika sepanjang kena GDM tu anda dah sampai tahap kena amik cucuk insulin tambahan sebab ketidakupayaan pankreas nak menghasilkan insulin semulajadi dari badan. Yang ni risiko untuk mendapat diabetes type 2 selepas dari kehamilan pun lebih tinggi.
Tapi jika berjaya mengurangkan simptom diabetes dan mampu kawal kandungan gula dengan pemantauan melalui prosedur BSP tu melalui diet control aje..insyaAllah risiko tetap ada cuma kadang-kadang nasib baik tak berulang dan tak berterusan.

Kalau pengalaman saya pula..First pregnancy saya ade GDM diusia kehamilan ke 28 minggu baru dikesan. Untuk second pregnancy saya memang giler control diet juga..saya kurang dengan makanan/minuman manis.. ikut betul2 saranan pemakanan..sampai terkurang makan pun ye kut..baby kedua lahir lebih kecil sedikit dari yang first tu. Dan sekarang baby yang ketiga dalam kandungan hampir mencecah 33 minggu sudah.. Saya terlambat sikit mengulangi prosedur MOGTT pada minggu ke 28 tu..saya sibuk apa tah sampai lupa sangat ...delay sampai 3 minggu..buat juga MOGTT pada minggu ke 31. Malangnya duk pulun makanan manis tak igt dunia saya ni walau dah tahu nak kena buat MOGTT tu..almost 2-3x seminggu saya pulun 2 slices kek Secret Recipe setiap kali makan kat sana. Dapat kek je pun tak pe dah..I love cakes so much!! Haha..Craving sungguh...langsung saya lupakan kembali diet saya yang penah saya control awal pregnant aritu. Bayangkan saya awal2 dulu buat tak pandang je Anis Moist Choc Cake yang sedapp tu... Cheese cake meleleh yang orang duk promote pun saya buat pandang tak pandang je walaupun orang duk ghairah promote merata2 sekarang.

Tapi saya dah kalah dengan kek SR..adoiiii..abis diet sugar control saya! Implikasinya...walau amik suplemen (kadang2 tak konsisten gak saya ni sejak busy2 lately)plus pulak tak control makan..MOGTT last week mengesahkan saya ada GDM lagi untuk pregnanncy kali ke 3 ni. baru aje tau semalam lepas pihak Klinik call nak maklumkan suh datang utk buat BSP nnt. Haihh...saya berdebor plak..bukan takut baby over besar..bukan takut kena cucuk darah buat BSP.. tapi takut kena paksa bersalin awal. Kena induce! So..right now nak makan manis masih boleh..tapi saya yang kena pandai kawal byk mana aje. Tapi baru je gatal tangan order kek lapis Sarawak dengan kawan..Acaner tu? Takpe..mkn sket cukup yang lain bagi orang je..bagi lepas craving dah ye. nanti klu kena berpantang bersalin lagi terbayang2 payah jugak kan? haha..Ayat nak sedapkan hati betul.

Memandangkan Shaklee ada beberapa jenis suplemen yang boleh membantu mengawal kandungan gula dalam darah sepanjang mengandung ni..maka saya kenalah lebih konsisten dan tambah apa yang patut plak lepas ni. More details untuk suplemen Shaklee yang boleh membantu mengawal kandungan gula dalam darah nanti saya share dalam entri lain ye. Moga bacaan BSP saya adalah dalam lingkungan normal bilamana saya mula mengawal diet saya dan lebih konsisten dengan suplemen yang bersesuaian juga.

**Moralnya: Suplemen hanya membantu kalau kita buat apa yang patut... Control Diet! Sebab suplemen Shaklee bukan ubat yang boleh merawat dan menyembuhkan penyakit2 yang ada ye. InsyaAllah saya yakin saya akan dapat bacaan yang normal sepanjang BSP nnt bila saya konsisten dengan jadual pengambilan suplemen dan diet control yang sesuai untuk ibu GDM.