Anda berisiko mendapat kencing manis atau diabetes sewaktu mengandung?

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Lama tak buat entri baru, harini luangkan sedikit masa nak berblog. Akhir-akhir ni selalu juga saya dihujani pertanyaan tentang masalah kencing manis@diabetes ketika hamil. Atau nama singkatan yang glamor iaitu GDM (Gestational Diabetes Mellitus a.k.a Diabetes Gestasi) Saya merupakan salah seorang ibu yang pernah melalui situasi ini sewaktu kehamilan pertama saya dahulu. Saya didiagnos sebagai GDM mommy ketika kehamilan berusia 28 minggu ketika itu, selepas bacaan gula dalam darah ketika ujian OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) melebihi tahap normal yang sepatutnya. So sedikit sebanyak saya akan cuba berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya tentang masalah kecing manis/diabetes sewaktu kehamilan dalam entri kali ni.




Apa penyebab masalah kencing manis ketika hamil/GDM ini?
*Diabetes gestasi adalah keadaan yang dicirikan oleh paras glukosa darah tinggi ditemui semasa mengandung.  Diabetes gestasi adalah hasil daripada perubahan hormon yang berlaku dalam semua wanita semasa mengandung. Keadaan ini berlaku pada kira-kira 4% daripada semua kehamilan. Peningkatan paras hormon tertentu yang terhasil dalam plasenta (organ yang menghubungkan bayi dengan tali pusat untuk rahim dan pemindahan nutrien daripada ibu kepada bayi) mengganggu keupayaan insulin untuk menguruskan glukosa. Keadaan ini dipanggil "rintangan insulin.

*Ketika plasenta membesar semasa hamil, ia menghasilkan lebih hormon dan peningkatan rintangan insulin. Biasanya pankreas ibu mampu menghasilkan insulin lebih (kira-kira tiga kali jumlah yang biasa) untuk mengatasi rintangan insulin. Namun terdapat situasi jika pankreas tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup untuk mengatasi kesan hormon yang meningkat semasa mengandung, paras glukosa akan meningkat, menyebabkan diabetes kehamilan terjadi.

*Ujian diabetes gestasi (OGTT) biasanya dilakukan di antara masa 24 dan 28 minggu kehamilan. Jika anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk penyakit kencing manis, doktor anda mungkin mencadangkan bahawa ujian dilakukan pada awal kehamilan lagi. Jika anda telah disahkan menghidap diabetes gestasi, anda akan perlu diuji enam hingga 12 minggu selepas melahirkan anak untuk melihat sama ada kencing manis masih ada atau tidak. Biasanya ketika bawa bayi checkup untuk bulan pertama mungkin kita kena ulangi ujian ni. Kalau bacaan gula dalam darah anda normal, maka sah anda hanya mengidap kencing manis sewaktu kehamilan sahaja. Namun anda tetap berisiko untuk mendapat kencing manis (type 2) untuk jangka masa panjang atau kehamilan seterusnya jika tidak menitik beratkan soal penjagaan kesihatan dan pemilihan makanan yang bersesuaian.
  
**************************************************

*Kalau cerita tentang penyebab awal kencing manis yang saya alami dulu...penyebab utama yang boleh saya katakan adalah kerana saya tidak mengawal pemakanan saya..Saya sangat cenderung dengan makanan manis seperti kek chocolate moist dan apa jua jenis manisan masa tu.

Buah-buah yang tinggi kandungan gula seperti anggur memang favourite juga semasa kandungan dah mencecah 6 bulan ke atas. Akibatnya bila berat badan naik mendadak (3-4 kg dalam satu bulan tu) masa kehamilan bulan ke 6 dan ke 7 kenalah buat prosedur MOGTT. Masa tu sejarah keluarga takde yang kena diabetes lagi. Bacaan 2 jam selepas MOGTT saya dulu adalah 8.3 mmol / L. Memang lebih dari kadar normal 7.0 mmol/L la kan. Dah kantoi GDM bermula episod prosedur BSP pulak. Yang ni saya cerita lain kali ye. 

So peringatan buat ibu-ibu mengandung...memang seronok bila dah ada selera makan tapi pandai-pandai la kawal pemakanan juga ye..walaupun macam susah je nak control nafsu makan tu kan? hehe...Semua benda craving aje masa tu. 2-4% ibu-ibu berpotensi nak kena GDM ni. Kira nasibla ye kalau terkena macam saya juga. Sapa suh tak beringat bab makan kan?


**************************************************

 
Siapa yang berisiko mendapat masalah kencing manis ketika hamil/GDM ini?
Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:

  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar (macrosomia) dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi


Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 

Apa tujuan OGTT (Oral Glucose Tolerance Test)?*
Untuk mengukur keupayaan badan menggunakan sejenis gula, yang dipanggil glukosa, iaitu sumber utama  tenaga badan kita. Ujian OGTT boleh digunakan untuk mendiagnosis prediabetes dan diabetes. 

Berapakah bacaan normal dan bacaan yang didiagnos sebagai diabetes selepas OGTT dilakukan?  
Hemoglobin A1c (HbA1c) = 6.5%  
Glukosa plasma puasa => 126 mg / dL (7.0 mmol / L)  
Tahap glukosa plasma 2 jam = 200 mg / dL (11.1 mmol / L) semasa 75-g OGTT 
Tahap glukosa plasma rawak = 200 mg / dL (11.1 mmol / l) dalam pesakit dengan gejala klasik 
 hiperglisemia atau krisis hyperglycemic

********************************************************


Perkara yang bermain difikiran bila sekali pregnant dah kena GDM.."Apakah saya akan mengalaminya lagi untuk kehamilan seterusnya?"
*Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...haha apa punya peribahasa daaa...

Menurut doktor/dietitian yang saya dah jumpa sebelum-sebelum ni selepas kes GDM pertama saya tu katanya, next pregnancy akan berisiko tinggi berulang kes sama jika sepanjang kena GDM tu anda dah sampai tahap kena amik cucuk insulin tambahan sebab ketidakupayaan pankreas nak menghasilkan insulin semulajadi dari badan. Yang ni risiko untuk mendapat diabetes type 2 selepas dari kehamilan pun lebih tinggi.
Tapi jika berjaya mengurangkan simptom diabetes dan mampu kawal kandungan gula dengan pemantauan melalui prosedur BSP tu melalui diet control aje..insyaAllah risiko tetap ada cuma kadang-kadang nasib baik tak berulang dan tak berterusan.

Kalau pengalaman saya pula..First pregnancy saya ade GDM diusia kehamilan ke 28 minggu baru dikesan. Untuk second pregnancy saya memang giler control diet juga..saya kurang dengan makanan/minuman manis.. ikut betul2 saranan pemakanan..sampai terkurang makan pun ye kut..baby kedua lahir lebih kecil sedikit dari yang first tu. Dan sekarang baby yang ketiga dalam kandungan hampir mencecah 33 minggu sudah.. Saya terlambat sikit mengulangi prosedur MOGTT pada minggu ke 28 tu..saya sibuk apa tah sampai lupa sangat ...delay sampai 3 minggu..buat juga MOGTT pada minggu ke 31. Malangnya duk pulun makanan manis tak igt dunia saya ni walau dah tahu nak kena buat MOGTT tu..almost 2-3x seminggu saya pulun 2 slices kek Secret Recipe setiap kali makan kat sana. Dapat kek je pun tak pe dah..I love cakes so much!! Haha..Craving sungguh...langsung saya lupakan kembali diet saya yang penah saya control awal pregnant aritu. Bayangkan saya awal2 dulu buat tak pandang je Anis Moist Choc Cake yang sedapp tu... Cheese cake meleleh yang orang duk promote pun saya buat pandang tak pandang je walaupun orang duk ghairah promote merata2 sekarang.

Tapi saya dah kalah dengan kek SR..adoiiii..abis diet sugar control saya! Implikasinya...walau amik suplemen (kadang2 tak konsisten gak saya ni sejak busy2 lately)plus pulak tak control makan..MOGTT last week mengesahkan saya ada GDM lagi untuk pregnanncy kali ke 3 ni. baru aje tau semalam lepas pihak Klinik call nak maklumkan suh datang utk buat BSP nnt. Haihh...saya berdebor plak..bukan takut baby over besar..bukan takut kena cucuk darah buat BSP.. tapi takut kena paksa bersalin awal. Kena induce! So..right now nak makan manis masih boleh..tapi saya yang kena pandai kawal byk mana aje. Tapi baru je gatal tangan order kek lapis Sarawak dengan kawan..Acaner tu? Takpe..mkn sket cukup yang lain bagi orang je..bagi lepas craving dah ye. nanti klu kena berpantang bersalin lagi terbayang2 payah jugak kan? haha..Ayat nak sedapkan hati betul.

Memandangkan Shaklee ada beberapa jenis suplemen yang boleh membantu mengawal kandungan gula dalam darah sepanjang mengandung ni..maka saya kenalah lebih konsisten dan tambah apa yang patut plak lepas ni. More details untuk suplemen Shaklee yang boleh membantu mengawal kandungan gula dalam darah nanti saya share dalam entri lain ye. Moga bacaan BSP saya adalah dalam lingkungan normal bilamana saya mula mengawal diet saya dan lebih konsisten dengan suplemen yang bersesuaian juga.

**Moralnya: Suplemen hanya membantu kalau kita buat apa yang patut... Control Diet! Sebab suplemen Shaklee bukan ubat yang boleh merawat dan menyembuhkan penyakit2 yang ada ye. InsyaAllah saya yakin saya akan dapat bacaan yang normal sepanjang BSP nnt bila saya konsisten dengan jadual pengambilan suplemen dan diet control yang sesuai untuk ibu GDM.


3 komen ditinggalkan:

maz berkata...

Yer samalah kita. Tensen sbb kerap kena g klinik n hospital. Kdg2 dlm seminggu smpi 2 hari ada appointment. Nk plan 2nd baby pon mcm pk byk Kali. Takut ada gdm lgk..mls g klinik n nk tgu Sgt lama.

Ida Iar berkata...

Saya 2nd pregnant takde GDM walau 3 kali ulang MOGTT sepanjang hamil, tapi yg ketiga ni tak beringat sgt dh hujung2 waktu ni igt dah selamat la.. Sekali ade jugak GDM. Kira selang pregnancy la saya kena ni. Tapi sebab dah hujung pregnancy...aritu checkup pun doc ckp sume normal je.. Baby tak oversize, air ketuban just nice aje tak banyak.. Berat pun naik dlm 2 kg je skrg sebulan.. Urin test pun ok je. So just berharap tak kena induce je la..

Tanpa Nama berkata...

Apa nama produk Shaklee yang boleh membantu mengawal kandungan gula dalam darah sepanjang mengandung?