Saya sering ditanya tentang perkara ini:
“Tolong
cadangkan apakah makanan atau vitamin membanyakkan susu ibu yang paling
berkesan? Saya nak ambil dari sekarang. Sekarang saya mengandung 6
bulan. Saya nak, anak lahir saja susu dah banyak dan boleh menyusukan
hingga umur 2 tahun”
crdt: vitaminsemulajadi.com
Jawapannya mudah saja:
“Makanan atau vitamin yang anda perlu ialah ILMU PENYUSUAN”
Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan, perkaitannya dengan pemakanan serta praktik penyusuan susu ibu yang betul.
Antara kesilapan-kesilapan terawal yang mungkin dibuat oleh seorang ibu (yang sebenarnya niatnya nak menyusu):
- Tidak belajar konsep penyusuan yang betul.
- Tidak faham perkaitan ‘supply’ dan ‘demand’.
- Terpengaruh dengan lambakan produk membanyakkan susu ibu di luar sana.
- Terpengaruh dengan lambakan tips-tips membanyakkan susu yang banyak menekankan tentang ‘makanan memperbanyakkan susu badan’ atau ‘makanan untuk tambah susu badan’
- Tidak menemui orang yang betul untuk belajar tentang penyusuan, misalnya bertanya kepada orang yang tidak menyusukan anak.
- Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu.
Vitamin,
atau apa saja pemakanan yang katanya membanyakkan susu, sebenarnya
memberi sokongan kepada tubuh badan ibu, ia menutup ruang2 yang lopong.
Iaitu membekalkan vitamn/mineral/khasiat yang tidak dapat ditampung oleh
pemakanan ibu.
Misalnya
sayuran hijau membekalkan vitamin B terutama asid folik untuk ibu yang
menyusu (dan sesiapa sahaja). Daging dan produk soya membekalkan
protein. Longan kering membekalkan kalori. Jadi tidak hairanlah ibu
mendapati susu mereka menjadi banyak selepas mengambil makanan2 seperti
di atas.
Dalam
hal suplemen/vitamin, sebenarnya tidak ada vitamin khusus untuk ibu
menyusu yang MEMBANYAKKAN SUSU. Susu ibu tetap mengkuti konsep asalnya –
pengeluaran bergantung kepada keperluan NAMUN vitamin membantu ibu yang
mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang
mencukupi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian.
Ada ibu yang berkata “Saya dah makan banyak”
Makan banyak dengan makan sihat samasekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
- Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
- Makan makanan segera, makanan rapu, etc
- Sangat sibuk hingga selalu skip makan
- Selalu berada dalam keadaan stress
- Kurang rehat
- Tak cukup tidur
- Sering sakit
- Mengalami masalah kesihatan
Jadi
ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplemen bagi memenuhi
keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara2 di
atas.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
0 komen ditinggalkan:
Catat Ulasan