5 Jenis Selendang Terkini Pilihan Wanita




Seperti fesyen baju yang sering berubah-ubah dan berkembang, fesyen selendang juga sering mendapat perhatian para penggemar fesyen Muslimah. Jika dahulu, fesyen tudung bawal dan tudung Syria pernah menjadi kegemaran ramai wanita bertudung, diikuti pula dengan fesyen tudung glitter shawl dan banyak lagi. Untuk tahun 2015 ini,  boleh dikatakan bahawa rata-rata rekaan selendang terkini yang baru adalah lebih ringkas dan praktikal

Saya sekarang pun dah terjebak dengan trend selendang @ shawl yang pelbagai sekarang ni. Hihihi.. Dulu konon-konon rasa tak sesuai bershawl sebab takut muka nampak bulat, tapi kreatif kan pencipta trend shawl sekarang ni, yang muka bulat pun boleh nampak tirus kalau pandai gayakan style yang ada.

 
 1. Instant Shawl
Fesyen selendang yang paling trending dan paling mendapat perhatian ramai wanita bertudung adalah tudung jenis ‘instant shawl’. Dan yang paling menarik mengenai pemakaian tudung ini adalah, anda tidak perlu menggunakan sebarang brooch atau pin tudung. Hanya sarung dan siap!  
Instant shawl macam ni memang pilihan hati saya, lagi-lagi bila dah ada anak 3 ni. Nak cepat dan mudah pakai tanpa perlu fikir pin sana-sini tapi still nampak bergaya dan trendy!



  1. Ombre Shawl
Bukan ombre shawl sahaja yang tengah trending, malah ombre jeans, ombre shirts dan ombre shoes juga sedang menjadi kegilaan ramai khususnya golongan muda. Ombre atau dengan kata lain corak abstrak dengan gabungan beberapa tona warna. 

Yang style ombre shawl ni pun memikat hati nak gayakan, sebab ia bertona warna. So tak la rasa plain sangat kan? Boleh match dengan baju plain color mahupun bercorak juga. Wahh...menyerlah gitu!



  1. Selendang Hood
Still, selendang hood tetap menjadi pilihan ramai wanita bertudung. Ia merupakan jenis tudung yang paling selesa dan mudah dipakai. Hanya sarungkan inner di bahagian dalam, anda hanya perlu memakai selendang hood dengan begitu mudah sekali.

Haa...kalau kalian perasan jenis selendang hood ni biasa tengok artis-artis suka gayakan betul tak? macam Dato' Siti, Emma Maembong dan beberapa lagi individu lain yang pernah saya tengok pakai. Cuma saya aje belum ade koleksi shawl camni. Hmm.. maybe boleh try satu klu kena dengan outfit yang dipakai.


  1. Satin Shawl
Kini terdapat juga tudung bawal satin dalam pelbagai pilihan warna. Apa yang digemari mengenai satin shawl adalah, tudung jenis ini boleh menjadikan si pemakai tampak lebih elegan dan classy. 
 Saya selalu sangat perhatikan dikalangan teman-teman saya, diorang prefer pakai shawl satin or berkilau 'shining2' camni masa pergi dinner or majlis special. Feeling so elegant you! Betul kan? hehe... Saya baru ade satu satin shawl dalam koleksi saya. Nak pergi National Convention Shaklee nanti harus saya beli satu yang nampak elegan dan classy begini. Baru terasa lebih menyerlah di pentas NC.hihihi...



  1. Printed Shawl
Dan yang terakhir sekali pastinya selendang bercorak yang sesuai anda gayakan bersama pakaian formal mahupun jeans dan t-shirt! 
Memang sangat sesuai buat pakai harian kalau camni, lagi-lagi bila kita gayakan dengan pakaian santai.  Kalau pakaian formal kena match dengan plain color punya baju. Memang perfect match la!

So, nanti belek-belek la koleksi selendang korang ada. Dah cukup banyak belum? Kalau belum ada walau satu kira belum terjebak trend selendang@shawl terkini lagi la tu.. So nak pastikan korang-korang still intrend dengan style Muslimah sekarang, haa...ape kata spend masa cuci mata tengok selendang terkini kat Zalora.

Mahal tak selendang??

Ehh..kalau korang nak tau, shawl ni ade banyak versi harga tau. Tak semua shawl mahal2..yang elegan dan bergaya of course la pricey sket tapi dalam koleksi saya pun mostly start RM15 aje. Koleksi selendang terkini kat Zalora pun ada yang semurah RM15 tapi nampak cantik bergaya tau!

Murah, berbaloi dan bergaya! Semua wanita pun suka kan?







1 komen ditinggalkan:

y i e n berkata...

kite pilih instant shawl skrg :)